GENG LENSA HIDUP

19 May 2014

UNTUNG RUGI BUAT PINJAMAN UNTUK BELI SAHAM ASB... LEBIH BANYAK RUGI...

Assalammualikum dan selamat sejahtera...

curik2 masa nak taip entri... busy la kononnya... haha

sangat biasa kita jumpa orang-orang Melayu kemaruk buat loan bank untuk beli saham ASB... dalam amount yang banyak.... betul tak???

di sini aku nak share...
actually pihak ASB dah ade keluarkan buku... dan buat comparison between simpanan dalam ASB yang konsisten setiap bulan dan buat loan... hasil yang lebih baik dan menguntungkan sebenarnya adalah... simpanan yang konsisten setiap bulan...

1. kita tak perlu berhutang
2. lebih untung
3. tiada riba

hutang...
sepanjang aku belajar agama... kita cuma dibenarkan berhutang jika kira kekurangan perkara asas... kurang makan.. ke minum ke.... pakai ke... kenderaan ke... itu pun bukan yang melibatkan riba'.... berhutang tanpa riba'....

masa dalam kursus kawen pun perkara ni ada diterangkan... tak tau la uolss punya kursus kawen... aku kursus kawen kat UiTM Shah Alam...

disamping tu.... riba' ni hukumnya HARAM jelas disebut HARAM malah Nabi Muhammad kata boleh isytihar perang kepada pemakan riba'

nak detail korang boleh tanya ustaz atau ustazah yang berkenaan.... tapi dewasa ni... isu riba' kita selalu pandang enteng... disebabkan riba' la... ekonomi umat Islam makin teruk... tu tak masuk lagi perangai anak2 yang makin menjadi2 nakalnya...

cuba anda bayangkan...
anda buat loan untuk ASB sebanyak 25000 untuk 20 tahun.... (contoh)... biasanya nilai yang dibayar balik akan lebih daripada nilai pinjaman... dan berubah2 kadarnya... (kebanyakannya memang ada melibatkan riba')

then...
after 20 years... nilai ringgit semestinya akan susut... berhutang hampir separuh umur baru selesai... dah lah ade riba'... nilai duit yang dapat akhirnya pun makin susut...

anda bayangkan ...
saya sekolah darjah 1 pada tahun 1993... masa tu harga kuih masih lagi 10sen satu... kini pada tahun 2014... harga kuih dah jadi 40sen atau 50sen sebiji.... ya... hanya sekitar 20... nilai duit makin susut dan barangan makin mahal...

begitu jugak bagi mereka yang buat loan.... dengan harapan akan dapat duit yang banyak selonggok 20 atau 25 tahun kemudian.... tapi... pada masa tu... nilai duit anda semestinya akan semakin susut...

berbeza jika anda membuat simpanan bulanan... ia tak melibatkan riba... dan keuntungan 100% milik anda... jika berhutang akhirnya pihak bank juga akan untung... anda tak de la untung pun...

(bank mana boleh bagi pinjam kalau diorang rugi ye tak?)

lambat bayar pun diaorang dah kenakan interest.... lagi satu risiko BLR (Base Landing Rate) yang boleh berubah... dimana ia ditetapkan oleh bank berdasarkan OPR (Overnight Policy Rate)... OPR ni plak boleh berubah ikut  keadaan ekonomi dan akan ditentukan oleh bank negara berdasarkan ekonomi semasa. dengan kata lain OPR naik BLR pun akan naik... begitulah sebaliknya...

berbeza dengan pelaburan emas atau pelaburan hartanah.... kerana emas akan laku di mana2 pun... even masa perang... contohnya aku ade seutas gelang tangan yang dibeli pada tahun 1990.... dengan harga RM1++... kini harga gelang tu dah mencecah RM3++...

nampak tak? perbandingan nya...

pelaburan hartanah... juga akan memberikan keuntungan setelah 10 atau 20 tahun kemudian... nilainya tetap tak kan susut...

bagaimana orang bukan Melayu boleh berjaya dalam ekonomi mereka? kerana mereka akan pastikan setiap pelaburan mereka memberikan keuntungan... untuk tahun-tahun akan datang... bukan yang merugikan.... 

point aku kat sini nak cakap buat loan untuk beli saham ASB tu tak bagus dan tak untung pun sebenarnya... kalau setakat nak simpan bulan2 dalam ASB tu tak jadi masalah... tapi jangan lupa jugak untuk melabur dalam pelaburan yang lebih menguntungkan....

ok... babai semoga kita semua sedar dan tak terlalu syok sangat makan riba'.... nanti ujung2 pelik... asal la anak aku degil2 ni... aku sembahyang dah... aku puasa tak tinggal... aku berdoa untuk anak2... aku bagi diaorang makan ayam sembelih... apesal ye???? apesal???

tuuuu yang syok sangat buat loan.... makan riba' yang nyata haram... tiap2 tahun kuarkan duit untung... buat makan pakai family.... jangan tanya kenapa....

wallahu'alam....


SUASANA NAK HUJAN PUN BISA BUAT RASULULLAH S.A.W GELISAH

Assalammualaikum

semoga kita semua sentiasa diberkati...

betapa sayang nya Nabi Muhammad pada ummatnya... MasyaAllah... 

Dari ˜Atha' bin Abu Rabah r.a katanya, dia mendengar Aisyah isteri Rasulullah saw. bercerita:Bila angin bertiup kencang dan langit mendung berawan banyak, tampak kegelisahan di wajah Rasulullah saw sehingga baginda maju mundur (berjalan mundar-mandir). Apabila hujan telah turun wajah baginda berubah menjadi gembira dan hilang kegelisahannya. Berkata Aisyah:Aku bertanya kepada baginda, apa yang menyebabkan baginda gelisah sebegitu rupa. Jawab baginda,:Aku khuatir kalau-kalau angin dan mendung itu menjadi laknat yang ditimpakan kepada umatku. Tetapi bila hujan telah turun maka hal itu adalah rahmat. (HR Muslim)

adakah kita sentiasa ingat pada baginda? jika ingat... mana kita letak sunahnya? mana kita letak ajarannya?

renung-renungkan dan selamat beramal... =)

HAMPIR 5 TAHUN DAH JADI BLOGGER

Assalammualaikum...

sejak 2009 aku dah mula menulis blog... aku tak tau aku memang sangat addict dengan internet dan computer....

sejak aku mula2 kenal internet masa aku darjah 6.... pada tahun 1998... haha lame kan... mula2 aku buat email.... guna account yahoo.... then dok chatting guna MiRC... masuk macam2 channel....

pastu... aku kenal online game.... pastu buat pulak account Friendster, MySpace, YM.... Blog... dan kepantasan perkembangan media sosial ni yang aku perasan lebih kurang tahun 2010.... agak ketara la...

tapi sejak dua menjak ni lagi la.... dengan twitter lah... instagram lah.... tah macam2 lagi... rasa macam tak terkejar dah....

kebetulan aku berkenalan dengan hubby pun melalui media sosial... pada 2008 la cam tu melalui Friendster... 

nak buat cam ne.... dunia aku Online je... haha... my hubby pun cam tu gak.... suka duka hidup aku.... 50% ade aku ceritakan kat blog.... tapi lebih dalam bentuk pengajaran.... yang lain lebih kepada ilmu agama, humor, politik semasa dan lain2 genre....

semoga aku akan terus berblog.... haha mujur hubby aku sangat memahami... boleh demam aku kalau tak jumpa internet sehari haha...

p/s: my hubby always said to my son... "mama nye ubat senang je... bagi internet semua jadi ok" haha

tau tak pe... =P nanti boleh la anak2 aku baca blog aku.... cucu2 aku baca.... haha wah.... besar betul cita2 nya....


18 May 2014

RESEPI - BERGEDIL SARDIN

Assalammualaikum...

haaa kali ni aku nak share respi bergedil sardin... bergedil ni sebenarnya favorite food my father in law... haha asal aku balk kampung je mesti dia akan mintak aku buatkan dia bergedil...

biasanya aku buat bergedil kentang dengan ayam je... tapi sejak berjiran dengan ustaz yang terror gile masak... aku dapat la ilmu baru... BERGEDIL SARDIN yang memang ohsem!!!

masa kat sarawak aku pernah try wat sekali.... memang sedap ko...

then bila balik semenanjung mesti la aku buatkan my father in law bergedil sardin ni.... nak bagi dia rasa la kan... 25 biji aku buat licin tak sampai dua jam... bukan my father in law je suka... biras aku pun cakap sedap ho3... ce korang try... 

Bahan-bahan:
9 biji kentang (saiz sederhana)
satu tin sardin (ape2 brand pun boleh)
sebiji bawang besar (dimayang halus)
3 tangkai daun sup / 3 tangkai daun bawang
lada sulah/ lada hitam secukupnya
monosodium glutamate (msg) - sikit je
garam secukupnya
secubit gula
telur ayam 2-3 biji ikut saiz yang kita gunakan
minyak untuk menggoreng

caranya:
- kupas kentang dan potong kecil
- goreng kentang yang siap dipotong dengan cara deep fry
- keluarkan satu tin sardin buang kuahnya dan basuh dan toskan
- lenyek kentang yang siap digoreng
- hancurkan sardin yang siap ditos tadi
- potong daun sup/daun bawang halus2
- satu kan kentang, sardin, bawang, daun sup/daun bawang, lada sulah/ lada hitam, garam, msg, gula
- gaul rata

kemudian bulat2kan ikut la bentuk yang disukai... pecahkan telur... pukul hingga agak kembang... dan celupkan adunan yang dah dikepal tadi ke dalam telur yang dah dipukul...

panaskan minyak hingga betul2 panas... masukan bergedil yang dah dicelup telur tadi... goreng hingga agak perang... kemudian angkat dan toskan...

sedia untuk dihidang... sekian


HUKUM ISTERI MEMANDIKAN JENAZAH SUAMI

Assalammualaikum...

rasanya kita semua patut tahu hukum seorang isteri memandikan jenazah suaminya... yelah mana tau ade yang nak buat cam tu kan....

menurut islam hukumnya adalah dibenarkan....

seorang isteri dibenarkan memandikan jenazah suaminya. digalakkan orang yang paling hampir dengan si mati memandikan jenazahnya....

petikan buku Persoalan Fikah Wanita m/s 94

sekadar hiasan

wallahu'alam

DYANA SOFYA MOHD DAUD SEOLAH-OLAH TAK KENANG BUDI - MACAI

Assalammualaikum...

haaaa ni aku baru jumpa.... 
ade yang cakap Melayu mudah kena perdaya la... si Dyana ni dah terperdaya dengan DAP la.... and so on... dan macam printscreen ni jugak... 'Dyana gigit tangan yang beri peluang'

aku tak nak komen panjang sangat...
Allah pun beri semua makhluk yang Dia ciptakan macam-macam.... udara... air... tapi berapa ramai yang khianat pada Pencipta????

yang taat tu alhamdulillah la...

UiTM tu bukan Universiti UMNO la... nak marah2 cakap Dyana seolah-olah tak kenang budi... Dyana tu dah memang lama jadi setiausaha politik Lim Kit Siang... tak de la isu dia begitu begini.... dah dia pilih nak bersama DAP...

pada aku daripada bersama UMNO atau BN same je... BN pun istilah perjuangkan Bangsa hanya di bibir... je... yang dijaga semuanya kroni dan periuk nasi sendiri....

untuk entri aku yang ni ---->>> klik sini ade jugak yang komen Dyana terpedaya dengan DAP... DAP tak perjuangkan Melayu... hu3 dia cakap tengok la sape yang menang dari segi ekonomi dan teknologi...

aku cakap senang je.... sape suruh kau perjuangkan Melayu sangat????

cuba kau perjuangkan Agama Islam??? Islam tu dah lame maju sejak zaman Nabi lagi.... so tak perlu lah maju atau tidak jadi isu.... sebab memang Islam dah lama maju sejak berzaman lagi...

p/s: orang melayu memang suka kena kencing... suka sangat buat loan bank untuk beli saham ASB... jenuh bayar bulan2... dah la terlibat dengan riba'... yang nyata haram dalam Islam... kan pihak ASB dah bagi buku yang diaorang buat calculation... simpanan bulanan yang konsisten lebih menguntungkan berbanding buat loan... so??? macam mana ekonomi nak maju selagi kita hidup dalam riba'? riba' tu melumpuhkan ekonomi...
habis hutang ASB 20tahun.... nilai ringgit pulak makin susut... hu3 

one more thing.... bank tak kan nak berniaga kalau tak untung... 



TIPS UNTUK POST ENTRI SECARA KONSISTEN

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...

semoga semuanya sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang....

1. bila datang idea... cepat2 save dalam note handphone... supaya tak lupa topic apa nak share dalam setiap post.

2. post entri secara kerap tetapi bermanfaat... 

3. nak mudah je... bila ade masa terus taip entri siap2... dan buat entri berjadual... untuk menggelakkan tak terlepas untuk post entri setiap hari...

4. post sekurang-kurangnya satu entri setiap hari... untuk dapatkan traffic yang konsisten

5. belajar untuk jadi lebih kreatif dalam menghasilkan entri.... supaya kita tak ketandusan idea...

hahaha... bila da boleh update entri setiap hari dan konsisten.... baru la boleh cakap "BLOGGING IS MY PASSION" ye tak?

ni update entri sebulan sekali pun payah.... cam mane nak cakap BLOGGING IS MY PASSION.... kuang3

ok la babai...


17 May 2014

TANDA-TANDA SESEORANG YANG PEMAAF


orang yang pemaaf ni biasanya akan senang hati
tak de banyak penyakit
nak buat ape2 smooth je....
sebab hatinya sentiasa dalam ketenangan...

moh le kita semua jadi seorang yang pemaaf...
supaya kita sentiasa tenang dan bahagia...
amin...

BAPAK YANG DAH BERSARA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua....

pada 12 mei 2014 bapak yang aku panggil 'ayah' dah bersara.... sepatutnya pada 13 mei 2014... tapi disebabkan hari tersebut jatuh pada Hari Wesak... so bersara la lebih awal...

my dad bersara pada usia 56 tahun.... dia cakap dah cukup la tu.... sekarang dia nak tumpu urusan lain plak.... azam dia lepas pencen ni... nak full time berjemaah kat masjid... nak gi umrah, nak gi haji... nak berkebun... nak beli kereta baru cash.... tak tahan aku dengar haha... yang paling penting nak berehat2... dan boleh la menggentel cucu-cucunya yang berdua tu...

yelah... dah tua ni komitmen pun kurang... hutang pun tak de dah... anak-anak nak ditanggung tinggal 2 orang je.... my sis yang dekat penang tu pun tak de buat loan PTPTN... dan adik bongsu aku yang tingkatan 3 tu je la... tanggungannya...

my dad sangat komited dengan kerjayanya sebagai guru... gua respek... dia memang betul2 patut jadi cikgu.... tah berapa kali dia dapat anugerah cemerlang... gua tak pasti... tapi dah banyak kali la... sebab berkeping2 jugak gambar dia terima anugerah...

setahun aku pernah belajar dengan my dad.... haha garang seyh... aku pulak spesies malas... free2 je kena marah... kat sekolah aku memang tak pernah panggil ayah aku ayah... sampai dah dalam kereta baru aku panggil dia ayah... straight gilerrrr...


s
upacara potong kek sempena majlis perpisahan beliau.... maklum la otai kat sekolah ni... sejak 1989 sampai 2014... tak pindah2 sekolah... memang otai la kan....

diiringi untuk punch card buat kali terakhir.... 

punch card kali terakhir

hadiah yang berkoyan-koyan penuh satu kereta...

esoknya 13 mei 2014... aku buat surprise untuk ayah... cikek leleh blueberry... yang di tempah khas daripada akak fiza sugiman... dan dia wat delivery pada ayah yang dok kat umah... coz aku kan dok jauh kat pahang....

semoga ayah gembira dan diberkati selalu... amin...

OH... PATUTLAH NAJIB BENGANG DENGAN MAT SAID!!!

hahahaha
kalau bukan edit ni... memang patut bengang pun kui3

macam2 hal lah =P

TAHNIAH!!! DYANA SOFYA MOHD DAUD CALON DAP TELUK INTAN

INI LAH WAJAHNYA....
JUST WAIT N SEE =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...