GENG LENSA HIDUP

03 July 2014

SPOT-SPOT TERBAIK SEMBUR PERFUMES


[SPOT-SPOT TERBAIK UNTUK SEMBUR PERFUMES ANDA]

Kami ingin share tips untuk spot semburan perfumes yang boleh menyerlahkan bauannya. Biar semerbak agar keyakinan diri dan aura diri bertambah.

Sebelum tu saya nak list kan rules pemakaian perfumes yang berkesan:



1. Cara yang PALING SALAH (ramai orang buat) adalah dengan sembur pada bahagian hujung lengan then gosok dengan menggeselkan kedua-dua hujung lengan. Dengan menggosok tu certains notes boleh hilang.



2. Sila sembur perfumes selepas mandi, apabila badan sudah dilap kering.



3. Jangan pakai ketika berpeluh-rejat terutamanya jika anda guna perfumes jenis 'fresh'.



4. Sembur dalam jarak 5-10 cm dari badan supaya spreadingnya akan optimum dan berkesan. 



5. Untuk lebih berkesan, digalakkan guna juga deodorant, losyen, after-shave yang dalam jenama yang sama. 



6. Paling terbaik untuk lelaki yang lasak dan kuat berpeluh dalam cuaca tropika adalah dari jenis spicy campuran woody. Contohnya: D&G The One Gentlemen, Versace Eros, Ralph Lauren Double Black, Hugo Boss Bottled



7. Sembur pada nadi badan. Untuk lebih baik, sebagai tambahan sembur sekali pada tapak tangan kemudian tepuk-tepuk lembut pada pakaian.



8. Pakai yang 100% Ori sahaja, yang lain sila say BYE BYE (perfume ori adalah yang terbaik)

SPOT-SPOT TERBAIK [RUJUK GAMBAR]
Untuk Golongan Berjimat : (1) (2) (3)
Untuk Rakyat Marhean : (1) (2) (3) (4) (5)
Untuk Eksekutif : (1) (2) (3) (4) (5) (8) (9)
Untuk Yang Kaya Berjaya: (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9)


KEHEBATAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH


Assalammualaikum

semoga hari-hari Ramadhan kita semua sentiasa terinspirasi... ramai tokoh-tokoh Islam yang sangat berkaliber... antaranya adalah Sultan Muhammad Al-Fatih...

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; 

“Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” 
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Baginda adalah Sultan yang benar-benar menegakkan Sunnah Rasulullah saw dalam kepimpinannya; ciri-ciri baginda:

1. Pecinta ilmu - berguru dengan guru-guru terbaik dari pakar pelbagai bidang walaupun gurunya itu bukan Islam. [The Power of Knowledge]

2, Mengusai bahasa - menguasai pelbagai bahasa dan memiliki kemahiran berkomunikasi yang bagus untuk memimpin. [The Power of Communication Skills]

3. Berfikiran kritis & inovatif - mengambil pengalaman sejarah lampau & sangat memanfaatkan teknologi & kepakaran terkini. [The Power Thinking Out of Box]

4. Strategis - merancang & berfikir secara strategik untuk mencapai visi dan misi yang nyata. [The Power of System]

5.Imaginasi - mempunyai azam kuat serta sentiasa berimaginasi positif untuk mencapai matlamat. [The Power of Intentions]

6. Inspirasi - bersemangat tinggi & sentiasa memotivasikan para tentera dan rakyatnya. [The Power of Inspirations]

7. Pimpinan melalui tauladan - sentiasa menjadi contoh terbaik untuk rakyat & tenteranya. [The Power of Leadership by Example]

8. Kerja berpasukan - sentiasa mengambil kira idea-idea & tenaga-tenaga orang lain serta bekerja dalam kumpulan. [The Power of Team-work]

9. Sedekah - pemimpin yang paling banyak menginfakkan hartanya dalam sejarah Uthmaniah. [The Power of Giving]

10. Sayangkan ulama - sentiasa berdamping dengan para ulama dan sering menjemput ulama-ulama dari jauh untuk tinggal bersama di Istana. [The Power of Spiritual Person]

11. Iman yang tinggi - pemimpin yang tidak pernah meninggalkan Tahajjud sejak dari umur baligh & sentiasa menjadi imam kepada pimpinan tenteranya. [The Power of Sujud]

12. Berserah kepada Allah swt - sentiasa bersangka baik dengan Allah swt dan sentiasa memberi semangat kepada tenteranya dengan kata "Allah sentiasa bersama kita" - The Power of Tawakal]

13. Pengorbanan - Pemimpin yang banyak berkorban harta, masa & tenaga untuk menegakkan kegemilangan Islam. Sentiasa berada di hadapan semasa memimpin tenteranya ketika perang. [The Power of Sacrifice]

salam Ramadhan penuh Barakah =)


02 July 2014

BUAT AMALAN SYAITAN

Assalammualaikum

kadang-kadang... kita rasa kita dah banyak amalan baik.... ye baguslah... tapi adakah kita tinggalkan amalan buruk?

solat sunat rajin buat
puasa sunat rajin buat
suka berdoa
suka mengaji

tapi selamba je hari-hari membazir makanan... buang makanan... masak banyak-banyak... tak habis makan dan rileks je buang makanan....

dia lupa agaknya... membazir tu amalan SYAITAN...

semoga kita semua dijauhi daripada amalan sebegini AMIN....

HANDBAG SERENDAH RM30

RM30 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK TAMBAH RM5
Width  : 22cm
Height :  18cm
Thickness :  9cm
Handle vertical height  :  11cm
Strap vertical height :52cm
Material :  Pu
Can not put A4 paper


RM30 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK TAMBAH RM5
Width  : 22cm
Height :  18cm
Thickness :  9cm
Handle vertical height  :  11cm
Strap vertical height :52cm
Material :  Pu
Can not put A4 paper


RM30 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK TAMBAH RM5
Width  : 22cm
Height :  18cm
Thickness :  9cm
Handle vertical height  :  11cm
Strap vertical height :52cm
Material :  Pu
Can not put A4 paper

whatsapp 0129552047
like & share our FB page : Infinity On9 Shop

do visit our page for more variety =)

01 July 2014

MASIH BER'FACEBOOK' DI BAZAAR!!!

Assalammualaikum...

just want to say... so annoying... kalau dekat bazaar pun masih nak melayan FB, whatsapp, wechat dan lain-lain medium bersosial secara maya...

gua rasa nak label seperti so-sial hahaha

tolonglah!!!

masa jalan kat bazaar tu... tengok depan... bukan tengok HP ok... supaya korang tak de la nak terlanggar orang lain... melanggar orang lain ke... yang sama-sama berasak-asak di bazaar tu....

paling annoying...
main FB... layan WECHAT... siap boleh SHAKE masa dekat bazaar... pastu bila terlanggar orang lain... buat muka tak tau... buat muka 10sen... mintak maaf pun tak...

grrrrr...

pesanan ni buat lelaki & wanita... please behave sket... =)


BAGAIMANA TERJADINYA SEMBELIT

Assalammualaikum 

semoga semuanya sihat selalu.... 
sembelit.... masalah susah buang air besar... bagaimana terjadi ye? punca terjadinya?

terjadi...
akibat kurang cecair dalam badan 
akibat kekurangan serat dalam badan

bagaimana cecair dan serat boleh atasi sembelit

serat biasanya tak hancur seperti nasi... ikan dan lain-lain... so serat tu berfungsi untuk menyerap cecair yang ada dalam badan.... terutamanya di bahagian rektum (stage terakhir sebelum proses penyahtinjaan)

dengan pengambilan serat dan cecair yang cukup.... kita boleh atasi masalah sembelit....

cuba anda bayangkan jika anda kurang mengambil serat.... semasa proses pergerakan untuk penyahtinjaan... tiada elemen serat yang boleh menyerap cecair untuk melancarkan proses pembuangan.... wahhh mesti sangat memeritkan....

dan... jika anda hanya mengambil serat... dan kekurangan sumber cecair... semasa proses pergerakan untuk penyahtijaan... elemen serat dalam badan anda... tak dapat menyerap cecair yang cukup... ia juga akan menjadikan salah satu punca sembelit.... najis anda akan menjadi keras dan tiada kelancaran semasa membuang...

yuksssss!!!

so make sure pengambilan serat dan cecair untuk tubuh anda mencukupi bagi mengatasi masalah sembelit... =)

salam ramadhan 1435 hijrah

BERKONGSI BABAK ROMANTIK

Assalammualaikum

hamboi tajuk entri.... gedik semacam je... aku saje nak share aktiviti romantik yang boleh semarakan hubungan suami isteri... cewahhh...

ala-ala dah 30 tahun kawin gitu... =P

sebelum ada anak....

wayang..
kami suka menonton wayang.... lepas hubby balik kerja je.... harus la cepat2 gi ho3... jarang miss cerita2 baru... sampai la aku dah sarat mengandung.... hubby siap park kereta tepi lif.... sebab tak nak bagi aku penat.... wayang tetap tengok....

tengok tv / marathon drama korea/ anime/ filem
haaaa... ni aktiviti wajib kalau tak outing.... mengadap tv.... lappy.... sebab dalam hard disc hubby ade macam-macam drama bersiri.... so ape lagi nonton la...

dukung...
hahaha ni mesti suami kena suka atau pun rajin dukung bini ngeh ngeh... gua suka dukung cam ala-ala cite korea gitu.... dukung belakang.... hahai... =P

merajuk...
haha merajuk tu akan menimbulkan lebih banyak adegan romantik itu saja gua boleh cakap.... my hubby bila dah kawin ni dia kurang sikit suka merajuk.... hu3.... gua suka giler merajuk.... keh3... tapi masa belum ade anak la....

pegang tangan...
biasa masa nak tido.... pegang2 la tangan... bila dah tido krohhhhh krohhhh ke laut la jawabnye...

banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat... untuk lebih romantik... tanpa modal yang besar

bila dah ada anak...

bergurau bersama anak-anak dan suami/isteri...
holiday bersama....
bergilir-gilir memasak...
bergotong-royong buat kerja rumah

banyak lagi lah... korang fikirlah sendiri... =)

* my hubby suka soh aku tido kat lengan dia atau dia tido kat riba aku (romantic moment beb)

Salam 3 Ramadhan 1435 Hijrah

30 June 2014

RAMADHAN BULAN MULIA

Assalammualaikum...

salam 3 ramadhan 1435 Hijrah
semoga semuanya sihat dan diberkati selalu....

kekangan masa di bulan ramadhan.... al maklum la... hajat di hati nak tingkatkan amal... cewahhh =P... kol 4:15 pagi aku bangun masak untuk sahur... lepas tu solat... buat kerja rumah... sampai la anggaran kol 9:30 pagi baru la aku free...

then...
nak melayan anak-anak yang berdua tu.... hehe... fenin jugak la... masakkan makanan untuk diaorang... suapkan pulak... mandikan... ho3... super busy mummy...

harapan aku... at least khatam quran sekali dalam bulan ramadhan kali ni... 

dan misi satu hari satu menu berbeza hingga akhir ramadhan... ho3

aku dah brainstorm lagi sebelum puasa hari tu... miahaha...

alhamdulillah...

1 ramadhan - mi hailam, karipap, air oren, buah tembikai
2 ramadhan - nasi lemak, air sirap, buah mangga

diet mesti seimbang okeh =)

next day... just wait and see apa rezeki kami...

babai...

Salam Ramadhan 1435 Hijrah

ANAK KURANG ADAB

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu... aku rasa sejak-sejak aku dah jadi mak-mak ni... selalu betul aku jumpa budak-budak yang suka buat rumah orang macam- rumah sendiri... senang cite tak de adab...

suka-suka nak kotorkan umah orang
suka-suka nak sepahkan umah orang
suka-suka hati dia je...

mak bapak pulak ada je dengan anak-anak tapi buat tak tau.... nampak tak???? hangin nya??? anak tak reti duduk diam.... mak bapak buat selamber je... sikit pun tak de nak tegur...

aku dulu-dulu kalau buat 'taik' kat umah orang... siap la... balik umah memang kena balun la... tapi anak-anak bapak ngan mak aku semua beradab bila gi umah orang... dan faham bahasa... tak de la rumah orang jadi tunggang langgang dibuatnya...

pada aku...
kita sebagai mak bapak... meman suka anak aktif dan lincah... tapi biarlah lincah dan aktif yang faham bahasa...

tok sah la senyum lebar tengok anak-anak aktif buat sepah kat rumah orang... nanti orang akan cop kau sebagai mak bapak tak reti didik anak...

so please la... aku rimas jumpa budak-budak kurang adab... nombor satu gua nak empuk mak bapak dia dulu.... =P

ok babai have a nice Ramadhan

29 June 2014

PERTEMUAN DITENTUKAN ALLAH

Assalammualaikum

semua yang terjadi Allah sudah tentukan... aku dah lama tak jumpa kawan masa sekolah dulu... even... kami asal daripada tempat yang sama...

last berjumpa pada raya 2011... dia datang melawat aku bersalin... anak pertama.... dan pada 21 jun 2014....

di Teluk Gorek Mersing....

my friend ade kursus kat situ la... that day kursus dah abes... dia pun terasa nak amik gambar pemandangan Teluk Gorek... snap dua keping gambar.... bila tengok semula... dia perasan dalam gambar macam husband aku... dia baru nak cari aku kat mana...

aku pun dah perasan dia... aku pun panggil la...

serius memang cantik pertemuan yang Allah dah aturkan....



1st picture (husband aku)


2nd picture (ada aku)

28 June 2014

JENAMA FAREEDA BERPRESTIJ


Assalammualaikum...

asyik-asyik cerita FAREEDA... 
tak bosan ke? aku nak bagi komen sikit la...

Walaupun aku tak beli tudung FAREEDA, tapi aku sangat benci mereka yang berfikiran begini. TOLONGLAH! Kalau tak mampu beli, TAK PAYAH BELI sebab ini barangan kehendak, bukan keperluan. Kenapa tak bising bila store H&M yang baru nak buka, launch pukul 11 pagi esok tapi orang beratur dari 6 petang hari sebelumnya. 

Kes yang sama; tak mampu beli barang ori dari LV, Ralph Lauren, Chanel, Prada, Burberry, Marc Jacob, etc. ramai yang cari ciplak. Tayang kat orang ramai dengan versi ciplak dibeli. Tapi still, orang tahu kalau yang jenis ambil tahu pasal fesyen. Dan #FAREEDA; disebabkan Fareeda itu jenama tempatan maka akan adalah orang yang tak mampu cakap "Terlalu mahal. Baik beli tudung 10 hingget". "Perlu tolong anak bangsa, kesian orang Melayu beli tudung mahal-mahal". "Fareeda terlalu sombong". Mereka terus komplen sebab bukan mereka yang berjaya macam Fareeda.

Dan macam biasa, tipikal Melayu. Mainkan agama. Kenapa? Beratur panjang-panjang maksiat ke? Mula timbul isu tinggal anak suami, tinggal tanggungjawab. Solat? C'mon. Islam itu pemudah cara. Solat bukan beban pun. Boleh je dilakukan dimana-mana... la ni banyak da surau... janji tempat suci...

Ada statement dari tulisan ini; "Anda sengkang mata macam gelandangan di kaki lima; tapi owner dia sedap-sedap tidur atas tilam empuk dalam air-cond". Maka? Takkan owner tu kena join sekali? Mereka cuma beratur ala-ala gelandangan (biasa berlaku untuk sesuatu pelancaran store baru kalau di luar negara). Anda tak fikir perit jerih asal perniagaannya. PELIK. Bila ada jenama hebat Melayu, mula orang nak pertikaikan. Yang mempertikaikan pula orang Melayu juga. 

Dan yang pasti FAREEDA mampu letak advert kat billboard Tol Sungai Besi. Bukan semua mampu walaupun syarikat-syarikat besar yang telah lama bertapak. Anda patut bangga dengan bertapa prestijnya jenama anak bangsa ini. 

"KAU MAMPU?"

fikir-fikirlah... bila lagi nak sokong jenama Muslim...
serupa jugak...

kalau kau beli sos jenama MAGGI...  ade problem sikit... "ahh biarlah lah sikit je..."
cuba kau beli sos jenama AMINAH keluaran bumiputera... sikit je silap terus kena Band...

babai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...