GENG LENSA HIDUP

14 January 2010

YANG PERTAMA

SALAM...
sedang aku membelek-belek buku...
membuka folder lame...
membaca pamplet yang ade...
aku terjumpa info dan peringatan ni...
harap boleh dikongsi bersama...


Diriwayatkan:

Perkara pertama yang dijadikan oleh Allah ialah Qalam. Berkata Allah kepadanya:
“Tulislah segala kejadian hingga ke hari Qiamat.”

Dari Imam Ahmad dan Tarmizi


Perkara yang pertama ditulis oleh Qalam ialah:
“Aku ini yang tersangat menerima taubat. Aku mengampunkan atas sesiapa yang bertaubat.”

Said Ibnu Mansur


Diriwayatkan:
“Hari yang pertama dijadikan oleh Allah ialah hari Ahad.”

Ibnu Asakir


Diriwayatkan:
“Perkara yang pertama dijadikan oleh Allah daripada manusia ialah kemaluannya.”

Kemudian Allah berfirman:
“Inilah amanahKu kepadamu. Janganlah kamu meletakkannya melainkan pada haknya.”

Ibnu Abi Dunya


Diriwayatkan:
“Rumah yang pertama dibina di muka bumi ini ialah Kaabah.”

Ditanya orang kepada Rasulullah:
“Apakah tempat yang paling baik di muka bumi ini?”

Berkata Rasulullah:
“Aku tidak tahu sehingga aku bertanya kepada Jibrail.”
Ketika Rasulullahbertanya kepada Jibril: “Aku tidak tahu sehingga aku bertanya kepada Allah.” 


Kemudian berkata Jibril:
“Ya Rasulullah! Sesungguhnya sebaik-baik tempat di muka bumi ini ialah masjid, sebaik-baik ahlinya ialah orang yang paling awal masuk dan paling akhir keluar.”

Bersabda Rasulullah yang bermaksud:
“Akan datang sau masa di mana manusia duduk berkelompok-kelompok di dalam masjid, dan tiadalah perbicaraan mereka itu melainkan terhadap hal-hal dunia. Ketahuilah tiadalah Allah berhajat kepada mereka, maka janganlah kamu duduk bersama mereka.”

“Pertama-tama yang dicabut daripada hamba ialah malu.”

Ibnu Majah


“Pertama-tama yang dicabut daripada umat ini ialah malu dan amanah.”

Abu Nuaim


“Pertama-tama yang hilang dari agama kamu ialah amanah.”
Abu Nuaim

“Pertama-tama yang diangkat dari umat ini ialah amanah dan khusyuk.”
Imam Ahmad

“Kebaikan pertama dari umat ini ialah zuhud dan yakin dan kejahatan pertama ialah bakhil dan angan-angan.”
Thabrani

“Pertama-tama yang mengkiaskan urusan agama dengan fikiran ialah Iblis.”

“Fitnah yang pertama yang melanda Bani Israel ialah pada wanita.”

Ketika Allah bertanya di alam ruh sewaktu berhimpun seluruh ruh-ruh manusia: “Bukankah Aku ini Tuhan kamu.”
Pertama-tama yang menyahut: “Bahkan Engkaulah Tuhan kami.” ialah Rasulullah S.A.W.

Bersabda Rasulullah S.A.W. :
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali Allah berselawat kepadanya dengan sepuluh selawat. Barangsiapa yang berselawat kepadaku sepuluh selawat Allah berselawat kepadanya dengan seratus selawat. Barangsiapa yang kepadaku seratus selawat Allah berselawat kepadanya seribu selawat. Barangsiapa yang berselawat kepadaku seribu selawat, Allah mengharamkan jasadnya dan kulitnya dari api neraka.”

Diriwayatkan:
“Yang pertama sujud tatkala sujud kepada Nabi Adam ialah Israfil.”
Ibnu Abi Hatim.

Diriwayatkan:
“Yang pertama difardhukan ke atas umat Muhammad ialah sembahyang lima waktu dan yang pertama diangkat dari amalan ialah sembahyang lima waktu.”
Abu Ya’la.

Diriwayatkan:
“Adalah kesalahan yang pertama ialah hasad. Diarahkan supaya Iblis sujud kepada Nabi Adam tetapi disebabkan dia hasad (dengki) kepada Nabi Adam maka dia enggan.”
Ibnu Mundzar dan Ibnu Akasyar.

Diriwayatkan:
“Dosa pertama yang berlaku di langit ialah hasad.”

Dikatakan:
“Adalah permulaan dosa ialah takabbur, telah angkuhlah Iblis daripada sujud kepada Adam.”
Ibnu Abi Hatim.

Diriwayatkan:
“Yang pertama-tama yang memakai serban ialah Dzulkarnain al Iskandariah.”
Abu Syeikh Ibni Hayyan.

Bersabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Berserbanlah kamu kerana sesungguhnya para malaikat itu berserban.”

Dikatakan:
“Yang pertama-tama menggunakan mahkota ialah Namrud.”
Imam Sayuti

Diriwayatkan:
“Yang pertama-tama dihisab ialah Jibrail a.s. kerana dia adalah kepercayaan Allah kepada Rasul-rasulNya.”
Ibnu Hatim.

Diriwayatkan:
“Perkara pertama yang diperiksa daripada lelaki ialah tentang sembahyangnya.”
Al Hakim

Diriwayatkan:
“Perkara yang pertama yang akan disoal kepada perempuan pada hari Kiamat ialah mengenai sembahyangnya dan kemudian mengenai suaminya.”
Abu Syeikh

Diriwayatkan:
“Perkara pertama disoal kepada hamba pada hari Qiamat ialah mengenai nikmat-nikmatnya.”
Tarmizi

Diriwayatkan:
“Yang pertama diletakkan di atas mizan untuk ditimbang ialah perangai yang baik atau akhlak yang mulia.”
At Thabrani

Diriwayatkan:
“Yang pertama diletakkan di atas timbangan hamba ialah tentang nafkahnya terhadap keluarganya.”
At Thabrani

Diriwayatkan:
“Yang pertama bercakap dengan anak Adam di hari pengadilan ialah peha dan tapak tangannya.”
Ahmad

Diriwayatkan:
“Yang pertama memberi syafaat ialah nabi-nabi, kemudian ulamak dan seterusnya para syuhadak.”
At Thabrani

“Pertama-tama yang akan masuk syurga dari umat itu ialah Abu Bakar.”
Abu Daud

Diriwayatkan:
“Pertama-tama yang akan masuk syurga dari kalangan orang kaya ialah Abdul Rahman bin Auf.”
Abu Nuaim

Diriwayatkan:
“Pertama-tama yang akan masuk syurga ialah peniaga yang benar.”
Abu Syaibah

Daripada Aisyah r.a., berkata Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bala yang pertama yang berlaku ke atas umat ini sesudah peninggalan Nabi mereka ialah kenyang. Sesungguhnya sesuatu kaum itu apabila perut mereka kenyang, gemuklah badan mereka lalu lemahlah hati mereka dan liarlah syahwat mereka.”

Diriwayatkan:
“Pertama-tama yang akan melihat Allah pada hari kiamat ialah orang beriman yang buta matanya di dunia.”
Samrah Bin Jundub

Diriwayatkan:
Perkataan pertama yang diucapkan oleh Rasulullah S.A.W. sewaktu sampai ke Madinah ialah : “Wahai manusia! Berilah makan, sebarkanlah salam, hubungkanlah silaturrahim, sembahyanglah diwaktu malam ketika orang sedang tidur, masuklah kamu ke dalam syurga dlam keadaan sejahtera.”
Tarmizi

Diriwayatkan:
“Pertama-tama yang menentukan jam sebanyak dua belas jam ialah Nabi Nuh a.s. tatkala di dalam bahtera bagi menentukan waktu sembahyang.”
Ibnu Asakir.


Pertama yang azan di langit ialah Malaikat Jibrail.
Pertama yang azan dalam Islam ialah Bilal Rabbah.
Pertama yang Iqamat ialah Abdullah bin Zaid.
Abu Shaikh Ibn Hayyan
Pertama yang berpuasa: Adam a.s. sebanyak tiga hari dalam sebulan.
Ibn. Asakir

Pertama yang menghunuskan pedang untuk berperang pada jalan Allah ialah Zubair. Bersabda Rasulullah kepadanya ; “Allah sejahterakan engkau dan pedang engkau.”

Pertama yang syahid di dalam Islam ialah Al-Haris bin Abi Halah, ada yang mengatakan Sumaiyah ibnu Amar, syahid di tikam dengan tombak oleh Abu Jahal.
Ibn Saad.

Diriwayatkan:
“Pertama-tama orang yang akan sampai kepada telaga Kausar ialah orang yang berkasih sayang kerana Allah.”

Diriwayatkan:
Telah lalu seorang hakim di hadapan rumah seorang lelaki yang sedang memukul seekor kucing. Lalu bertanya hakim tersebut:

“Kenapa kamu memukul kucing yang lemah ini?” Jawab lelaki tersebut: “Aku telah menjumpai kucing ini di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan tersangat lemah dan kesejukan. Kemudian aku mengambilnya dan memberinya makan serta minum. Aku pelihara ia hingga ia benar-benar sihat tetapi apabila ia telah sihat ia telah membuang najis di marata-rata tempat dirumahku.”

Kemudian berkata hakim tersebut: “Ini sebenarnya peringatan dan tamsilan antara kita dengan Allah. Dia telah memelihara kita daripada kecil yang tersangat lemah dan dhaif lalu Allah beri kita makan, pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah kita kecapi tetapi kita masih durhaka kepada Allah. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita durhaka Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNya.”
Selepas itu, beredarlah hakim dan beristighfarlah lelaki tersebut di atas dosa-dosanya terhadap Tuhan.


SEMOGA DAPAT MEMBERI MANFAAT BAGI SETIAP DIRI ~

RUJUKAN: ABU AL-FAQAR (NASIHAT BUAT SETIAP DIRI)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...