GENG LENSA HIDUP

14 April 2010

LEBIH 2000 YANG HADIR


HULU SELANGOR, 13 April: Lebih 2,000 orang memenuhi Dewan Komuniti Serendah, di sini malam ini bagi mengikuti pengumuman calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.
Mereka juga mahu mendengar penjelasan daripada pemimpin Pakatan Rakyat berhubung isu-isu semasa yang sedang melanda negara ketika ini.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw sudah berada di dalam dewan.
Antara pemimpin PAS lain yang hadir ialah Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ahli-ahli Jawatankuasa, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Dr Siti Mariah mahmud, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali, Ahli Parlimen Rantau Panjang dan Shah Alam, Siti Zailah Mohd Yusof dan Khalid Samad.
Kira-kira jam 10.15 tadi, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan ucapan, diikuti pula Tuan Guru Abdul Hadi dan Anwar yang seterusnya mengumumkan calon yang akan bertanding nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...