GENG LENSA HIDUP

26 April 2010

KITA TENGOK PILIHANRAYA BESAR PUNYA PRU 13

salam
tahniah untuk BN atas kemenangan terancang itu
aku rasa sedikit kecewa
ya itu yang aku rasa...

tiba-tiba semalam terus malas layan kisah-kisah online
terus tutup blog dan terus layan cerita 
SHAWSHANK REDEMPTION untuk kali ke 5
hari ni aku bangun dan masih bersemangat rupanya

ya aku yakin 
kemenangan BN kali ini bukan dengan modal yang kecil
seperti yang sebelum ni...
mereka perlu membayar upah untuk itu dan ini
aku senaraikan sedikit antara perkara yang mereka lakukan 
semuanya memerlukan duit

- pengundi hantu
- menawan hati pengundi dengan duit
- membayar pembawa bendera (yang kelihatan seperti budak2)
- membayar tukang sorak
- membayar mereka yang tak puas hati dengan calon pilihan
- membayar mereka yang jadi calon bebas untuk tarik diri

tah banyak lagi yang mungkin aku terlepas pandang. tapi yang pastinya mereka benar-benar bertungkus lumus untuk kemenangan ini. nah ambik lah hadiahnya. sebuah kemenagan kecil yang satu malaysia tahu ada calit kotor di situ.

setelah semua media perdana dikerah untuk meletakkan logo dacing juga setiap kali mengeluarkan cerita mengenai Hulu Selangor. ditangkap semua yang memakai baju altantuya. dan apa saja yang PR lakukan semua kau kata melanggar peraturan. itu kau kata.

tak pe biarkan mereka gembira seketika. kita akan lihat macam mana mereka mahu lakukan persediaan untuk PRU 13. andai kos untuk 1 pihan raya kecil pun sudah menelan belanja jutaan ringgit. bagaimana BN mahu hadapi PRU 13 ini? adakah dengan nilai BILLION atau TRILION? sanggupkah mereka bekalkan pengundi hantu untuk semua kawasan DUN 1 MALAYSIA yang bertanding? sanggupkah mereka mengorek semua hal peribadi pemimpin yang bertanding atas tiket PR untuk dieksploitasikan? 

mereka tidak akan mampu untuk lakukan cara kotor begitu untuk 1 MALAYSIA.yang pasti PR telah menang 7 kali berbanding BN sebanyak 3 kali. setelah berakhirnya PRU 12 pada 2008

aku tetap akan cakap UNDILAH PAKATAN RAKYAT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...