GENG LENSA HIDUP

08 May 2010

GILA KAU? NAK MATI ESOK KE?

salam...
moga semua selamat hari-hari...
hari ni aku mau sentuh topik psikologi...

psikologi: merupakan ilmu sains yang mengkaji jiwa atau fikiran manusia. segala rupa kelakuan manusia. ilmu jiwa. 

itulah yang aku dapati daripada kamus dewan...

korang semua sila senyum semasa baca entri ni... mengenali, memahami jiwa manusia... emosi manusia... senang ke? itu bergantung pada setiap individu... yang pasti hanya dengan psikologi banyak masalah dapat diselesaikan. tak kira untuk mereka yang sakit, mereka yang gugup, mereka yang berdepan dengan musuh...
ada betul ka? betul la... huhuhu... =)

baginda Rasulullah juga mengamalkan kaedah ini... membantu pesakit dengan cara menguatkan semangat pesakit. begini kisahnya...

suatu ketika Nabi Muhammad SAW datang mmenjenguk orang yang sakit. lalu baginda bertanya tentang penyakitnya dan bagaimana asal mulanya. kemudian baginda bertanya apakah yang diinginkan oleh pesakit. seterusnya baginda meletakkan tangan pada dahi pesakit & kadang-kadang pada dada pesakit seraya berdoa untuk kesembuhan pesakit. baginda juga sering berkata kepada pesakit:

jangan khuatir, tidak apa-apa. engkau akan sembuh insyaallah... 
(Nabi Allah mestilah cakap arab okay.... ni versi alih bahasa)

dengan kata-kata ini akan menguatkan jiwa pesakit untuk cepat sembuh bukan? kata-kata & dorongan pada minda pesakit... lagi kerap diucapkan... akan meninggalkan kesan yang lebih positif...

kerana itu ada pengamal perubatan barat yang melakukan kajian bahawa pesakit kanser boleh sembuh hanya dengan peranan psikologi.... menerapkan kata-kata positif dalam diri... ketenangan pada emosi... sesuatu penyakit dapat disembuhkan insyaallah...

kenapa aku katakan begitu?

apabila hanya dorongan positif diterapkan... emosi akan jadi lebih tenang... apabila emosi tenang sistem pengaliran darah akan berjalan dengan baik. jantung anda akan berdegup dan mengepam darah tidak terlalu pantas.... bukan kah kanser terjadi apabila berlaku pembahagian sel secara tidak normal? apabila emosi kurang stabil... proses pembahagian sel itu akan terjadi lebih pantas... selain faktor pengambilan makanan...
oleh itu penjagaan emosi bagi pesakit adalah sangat penting... dan ini adalah jalan terbaik... daripada pengambilan ubatan sintetik (pil-pil hospital)

aku contohkan di sini... jika anda dipatuk ULAR... dan anda jadi panik... degupan jantung akan jadi lebih pantas... peredaran darah akan jadi lebih cepat... lantas bisa tersebut lebih mudah untuk merebak ke seluruh tubuh... nampak tak? cuba anda lebih tenang dan lakukan langkah-langkah yang sepatutnya sebelum pergi ke hospital... insyaallah masalah akan dapat diatasi... tu pun kalau panjang umur la... hihihi...

selain itu saat kita berhadapan dengan sesiapa pun. orang hebat. kanak-kanak. orang tua. psikologi sangat penting. aku sendiri pernah mengalami situasi di mana aku dimomokan yang pelajar CINA hebat bermain catur. pada tahun 2002 aku di tingkatan 4. aku menyertai pertandingan catur peringkat negeri. pada pusingan pertama aku terpaksa berdepan dengan pemain CINA. gelabah tak? kami duduk di dalam satu dewan. di kiri aku ada sebuah jam randik. di sebelah kanan aku ada sekeping kertas. di mana aku perlu catatkan setiap pergerakan di atas papan catur untuk disemak oleh pengadil.

muka budak CINA tu serius gila... aku ni mestilah suka senyum dan sengih-sengih... hahaha... kami bersalaman sebelum mulakan permainan. aku mulakan dulu... buah catur aku kaler putih... aku masih lagi senyum... aku berikan tumpuan lebih pada papan catur... tak mau tatap muka garang budak tu... nanti tak leh concern... hahaha... aku umpan budak CINA tu sampai makan aku punya QUEEN... budak tu senyum puas... aku pun sengih & senyum... hehe... aku tau budak tu over confident untuk checkmate aku. aku gerak tiga langkah berselang seli dengan budak tu... aku dapat CHECKMATE dia hanya menggunakan PAWN, CASTLE & KING. aku puas gila... muka budak tu sangat frust... 

lihat... apa pun situasi pengendalian emosi sangat penting. psikologi memang penting dalam kehidupan... supaya kita mampu berdepan dengan semua jenis manusia. dan membina keyakinan diri... untuk kebaikan sendiri & orang lain.

jangan plak korang gi ziarah orang sakit ko cakap cam ni... eh... aku tengok ko ni macam ade tanda-tanda nak mati je... esok atau lusa meninggal la ni... gila ko... kompem korang kena maki... tak depan-depan dia maki dalam hati. diamkan je sekalipun korang dah nampak tanda-tandanya... 

APA PUN SEGALANYA DATANG DARIPADA DIA...
MINTALAH PADA DIA... INI HANYALAH TEORI MANUSIA...
1, 2, 3... smile...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...