GENG LENSA HIDUP

27 June 2010

BAHAYA PINGGAN MANGKUK MELAMINE


salam
menaip entri pantas kerana aku mahu kongsikan perihal pinggan mangkuk.... huh!!!
kalau nak diikutkan rasenye macam-macam benda da kita tak leh nak pakai ye.... yang benda tu begini... yang benda ni begitu.... rumit la plak rasenye.... lalala... =)

MELAMINE = adalah bes organik yang berasaskan karbon, nitrogen, dan oksigen....
yang telah dihasilkan oleh Justus von Liebig kemudian dihasilkan secara besar-besaran untuk digunakan secara meluas dalam industri...

ohhhhhh kita base tengok orang kenduri.... kedai makan... hatta kat umah sekali pun gunakan pinggan melamine... yang made in china.... korang tau tak basenye pinggan melamine yang tak ori ade dicampur dengan UREA FORMALDEHYDE... pe mende plak tu? 

mende alah tu adalah sejenis bahan yang digunakan untuk membuat bekas barangan elektrik... dan 'insultation' wayar letrik.... mende alah sangat bahaya pada kesihatan.... ohhhh.... boleh sebabkan masalah sistem penghadaman... masalah batu karang... masalah sistem pernafasan... masalah buah pinggang... masalah pundi kencing... juga kerosakan sistem pembiakan..... juga rasa malas berblog

melamine juga leh bertindak balas dengan makanan dan membentuk bahan yang lagi bahaya... iaitu MELAMINE CYANURATE... di mana bahan ni leh bentuk kristal seperti kaca yang boleh sebabkan kerosakan salur darah dan buah pinggang... waduh kok...

pinggan mangkuk melamine yang ori basenye mahal... dan tahan hingga suhu 140 darjah celcius.... dan tak de dicampur ngan UREA.... 

cara paling selamat adalah gunakan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada kaca atau seramik di mana keadaan pinggan mangkuk kaca dan seramik lebih stabil.... kebanyakan negara-negara eropah, amerika dan negara UAE telah mengharamkan semua pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine.... ohhh malaysia ku bila lagi ye????

p/s: seb bek umah aku gune pinggan mangkuk seramik kaler biru.... ade satu je bekas daripada melamine.... tu pun bapak aku dapat hadiah.... pape pun ingat!!! segalanya dari DIA.... kalau bukan dengan izin DIA kita tak jugak sakit... atau sembuh daripada penyakit... =)

beli pinggan melamine yang original? pastikan yang telah diiktiraf oleh FDA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...