GENG LENSA HIDUP

26 July 2010

MITOS TERJELEK ABAD INI - MESTI BACA


salam
semoga semua sihat dan diberkati sentiasa
moga murah rezeki...
dan menjadi insan yang diredhai...
aku penah jugak cakap hal ni kat SINI

semalam aku melayan FB...
sampai pukul 4:00 pagi...
berjumpa seorang hamba Allah..
yang sangat taksub dengan BN...
hahaha...

siap kabo... 

kalau tak de BN korang ni kebulur
kalau tak de BN malaysia tak membangun
kalau tak de BN hidup mundur
kalau tak de BN negara akan porak peranda
tah macam-macam lagi cakap...
selalu jugak ayat-ayat cam ni kuar kat TV.....

mai nak habaq sat...

jangan marah kalau aku cakap ITU MITOS TERJELEK ABAD INI
hang pa yang ada akai....
hang pa yang ada otak...
hang pa cuba tengok negara lain...
singapore, indonesia, thailand, jepun, brunei, korea dan lain-lain...
kat negara depa ada BN ke?

maju je...
membangun je...
ade je yang mundur...
ade je yang menderita...
ade je yang mewah...

rezeki Allah yang tentukan...
BUKAN BN

rasenye tak perlulah bodohkan rakyat malaysia sampai cam tu sekali...
kepada sesiapa yang terfikir BN yang beri tu semua...
banyakan istighfar... takut-takut lari dari aqidah... 
kerana dengan kata-kata juga boleh memesongkan aqidah...
kerana dengan hati juga boleh memesongkan aqidah...
kerana dengan perbuatan juga boleh memesongkan aqidah...

diulangi di sini BN hanya parti yang telah diberi mandat oleh rakyat untuk mengurus tadbir negara. tetapi kini BN sudah khianat pada amanah tersebut.... dengan membiarkan dan mengalakan maksiat seperti rasuah, judi, arak, pelacuran, seks bebas dan lain-lain... apa yang telah diberikan dan diagih-agihkan kepada rakyat jelata berupa wang, kain pelikat atau apa saja... itu adalah duit hasil kutipan cukai dan lain-lain yang diperolehi daripada rakyat jelata... BUKAN DUIT BN.... jadi BN tak boleh la gunakan duit-duit rakyat sewenang-wenangnya... untuk berjoli... dan tak mau bagi royalti... jadi tak perlulah lagi untuk menyebut-nyebut mitos yang khurafat.

sila faham apa maksud khurafat dengan jelas okay... 
jangan sekerat-sekerat...
nota: khurafat tu adalah perkara karut yang diada-adakan...

p/s: berhati-hati memilih pemimpin kerana kita akan disoal diakhirat nanti. ada hati jangan biar mati. hang pa mau sokong BN ke apa suka ati lah... tapi jangan sampai keluar ayat-ayat khurafat ok.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...