GENG LENSA HIDUP

18 March 2015

NAZIM OTHMAN DEDAH GAMBAR KEPALA BERJAHIT

KUALA LUMPUR 17 MAC 2015: Pelakon Nazim Othman sedikit demi sedikit memberanikan diri berkongsi kepada umum mengenai penyakit yang dihadapinya menerusi Instagram
Terbaru, Murai Batu lihat dia dengan berani berkongsi gambar dirinya terutama di bahagian kepala yang kelihatan telah berjahit seperti seorang pesakit yang telah menjalani pembedahan.
Nazim masih lagi berdiam diri, tidak memberi sebarang kenyataan atau komen kepada pihak media, namun dia hanya berkongsi kisah hidupnya menerusi Instagram.
Difahamkan, Nazim dikatakan menghidap penyakit di bahagian kepala tetapi tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihan yang mengatakan dia menghidap kanser.
Apa-apa pun Murai Batu dengan kesempatan ini, hanya mampu berdoa agar kesihatan Nazim dapat pulih sediakala dan dapat menjalani hidup seperti sedia kala.
Peminat Nazim juga dikhabarkan tidak henti-henti mengirimkan doa dan mahu pelakon kesukaan ramai ini dapat meneruskan kariernya sebagai seorang pelakon dengan jayanya, Amin...
sumber: murai.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...