GENG LENSA HIDUP

18 November 2015

NOVEMBER 2015: NOTIS AMARAN AIR PASANG BESAR BUAT PENDUDUK JOHOR


JOHOR BAHRU:  Orang ramai dinasihatkan untuk bersedia dan berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku di Selat Tebrau dari 24 November hingga 30 November dengan paras ketinggian air laut boleh mencecah sehingga 3.7 meter.
Dalam satu notis yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memaklumkan beberapa kawasan terutamanya di kawasan pusat bandar dan kawasan rendah berhampiran tepi pantai atau sungai boleh dilanda banjir sekiranya berlaku hujan lebat secara berterusan semasa air pasang besar ini.
MBJB turut meminta penduduk setempat yang berada di kawasan terlibat untuk berjaga-jaga sepanjang tempoh fenomena air pasang besar ini.

sumber: johor times

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...