GENG LENSA HIDUP

03 December 2015

KES BUNUH DAN ROMPAK KERANI SEKOLAH AGAMA SELESAI



KES BUNUH DAN ROMPAK KERANI SEKOLAH AGAMA SELESAI

Muar 2 Dis - PDRM Muar berjaya menyelesaikan siasatan kes Bunuh seorang kerani Sekolah Agama di Bukit Pasir pada 16/11/2015 yang lalu selepas mendapat kebenaran menuduh suspek lelaki tempatan berusia 30-an di bawah Sek.302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan Bunuh daripada pejabat Peguam Negara.
ACP Azman bin Ayob, Ketua Polis Daerah Muar dalam sidang medianya di sini berkata, suspek akan dituduh di mahkamah Majistret Muar pada 3/12/2015, sementara tiga lagi dijadikan saksi Polis dengan Bon RM20,000.00 di bawah Sek. 118 Kanun Prosedur Jenayah. Kes berjaya diselesaikan dengan penemuan semula beberapa barang mangsa termasuk telefon bimbit dan beberapa barang peribadi mangsa.
Terima kasih kepada orang ramai yang tidak menyebarkan berita berbentuk spekulasi dan tidak tepat berkaitan kes ini yang banyak membantu siasatan yang dijalankan pihak Polis, ujar Azman lagi.
Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...