GENG LENSA HIDUP

30 April 2014

KENAPA ALLAH HARAMKAN BABI? SEDANGKAN DIA YANG CIPTA...

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu

Berbalik pada soalan kat atas tu.... ade la member non muslim aku tanya masa aku study dulu... 

Aku jawab senang je... Dia nak tengok sejauh mana kita taat perintahNya... dan kalau kita tanya kenapa Allah adakan yang baik dan buruk... sebab Allah nak kita ikut panduan yang dah disediakan...

Sedangkan sejak dari alam rahim lagi manusia ni dah berjanji nak jadi hamba yang taat... tapi berapa ramai yang berpegang pada janji?

Kalau semuanya Allah cuma cipta yang baik2 je tak payah la Allah cipta syurga ye tak? 

Juga nak tengok sejauh mana kita yakin dengan janji Allah... setiap hamba yang taat bakal perolehi kebaikan di akhirat kelak...

Wallah hua' lam

29 April 2014

KENALI PERSONALITI MELALUI KETINGGIAN

Assalammualaikum
Semoga semuanya sihat selalu

Jom santai2 sambil tengok ketinggian anda di bahagian mana...



Aku tergolong dalam ketinggian yang 'comel'
My hubby tergolong dalam ketinggian yang 'perfect'

Ha3 sesuai la tu... takkan nak jumpa yang kurang zat kot... hu3
Just for fun...

Semoga kami dapat anak2 yang ohsem selalu



BAHAYA MENDATANGKAN FITNAH

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu

Tak de cerita... tetapi sengaja direka cerita untuk seseorang itu... kita panggil memfitnah... itu pun dah besar dosanya... seperti membunuh...

Inikan pulak sengaja mendatangkan fitnah... eh macam mana pulak tu?

Duduk berdua2 lelaki dan wanita... nanti akan ada yang soseh2... sebab tu agama larang... sebab ia mendatangkan fitnah...

Wanita pakai ketat2... nanti ade yang soseh2... sebab tu agama larang... sebab ia akan mendatangkan fitnah kepada tuan badan...

Islam sangat sempurna...
Jika diikuti dengan betul memang tidak ada pemfitnah dan mereka yang mendatangkan fitnah... dunia ni memang aman... hu3... 

Tapi tu semua bukan la mudah... di zaman pemikiran liberal kian menular ini... 

Sepanjang aku belajar dosa orang yang mendatangkan fitnah ni lebih daripada yang membuat fitnah...

Contoh: ko pakai pakaian seksi yang pelik....
Kau cakap "siapa yang mengata akan dapat dosa percuma"

Kau pernah fikir tak? Apa yang kau buat tu akan sebabkan orang lain mengata? Haaa tu la bahayanya mendatangkan fitnah....

Akan dapat dosa berganda....

Sekian. Semoga kita semua terhindar daripada perkara yang mendatangkan fitnah.

Sekadar hiasan

28 April 2014

PEREMPUAN DAN LELAKI KEMARUK NAK DOT DOT DOT

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu

Ni entri berkonsepkan nasihat sahaja bukan nak kondem sesiapa ye...

Sekarang ni... banyak sangat orang jual produk untuk cantik, putih, gebu, ketat, padat, tahan lama dan bla bla bla...

Mereka menjual dan menghasilkan produk adalah berpaksikan jeuntungan srmata-mata... walhal mereka bukan lah seorang saintis, seorang dermatologist, seorang doktor, dan sewaktu dengannya...

Kebiasaannya.... mereka ini membeli produk dari luar... dalam amaun yang banyak... dan mereka lakukan percampuran bahan2 dengan nisbah tertentu... di kilang mereka... haaaa

Tak pelik ke? Siti yang hari2 menyanyi tup2 boleh hasilkan lipstik? Tak pelik ke? Orang yang tak pernah ambik sains tulen... dan tak tau pun nak seimbangkan persamaan kimia... tau2 dapat hasilkan produk yang begitu dan begini?

Haaaa tak lain tak bukan sebab nak raih keuntungsn je....

Boleh ke dibuktikan berapa peratus tongkat ali dalam produk anda?
Boleh ke anda buktikan berapa peratus kurma dalam minuman 'cerdik ' anda?

Mengikut kajian... kebiasaannya produk 'sihat' itu kadangkala hampir tak dapat dikesan kandungan tongkat ali nya...

Wehhh tongkat ali bukan murah oooo
Wehhh saffron tu bukan murah oooo
Dan lain2 herba...

Tau2 depa jual dengan harga murah2 je...
Ade jugak yang jual dengan harga mahal... sebab nak untung cepat...

Aku nasihatkan... kalau nak cantik... nak anak bijak... nak laki sayang... nak itu nak ini...

Belilah kurma original bagi anak makan....
Belilah kismis original bagi anak makan...
Tok sah lah caye dengan jus cerdik ke... minuman cerdik ke...

Yang pempuan plak rajin solat, wuduk... pun dah berseri2...

Ingat kalau hari ni laki dan bini makan pruduk bagi putih... esok lusa nanti dapat anak gelap... jangan kalut pulak... pasaipa la anak aku gelap na... aku cerah... laki aku cerah... (lupe le tu...)

Esok2 jangan menyesal.... bila mai sakit pelik2... efek guna produk terlajak putih ke... terlajak ketat ke...

Nanti jangan nyesal dah 5, 6 tahun guna produk tuttt.... baru kementerian kesihatsn declare ade poison, ade logam berat dan lain2...

Jangan mudah terpengaruh, jangan mudah percaya,
Tiada kesihatan yang diperolehi dengan sekelip mata... semoga kita semua dipelihara Allah S.W.T

26 April 2014

SIAPAKAH MR. BURIT?

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu


Lain negara...
Lain bahasa...

RESEPI DONUT PALING MUDAH DI ALAM SEMESTA

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu... tajuk entri tak menahan... alam semesta...

Last week aku gi kl umah along... so hari cuti my SIL masak la makanan untuk tetamunya.... pendekan cite my SIL wat donut la yang gebus dan lembut... serius aku suke gile makan ha3... al maklum aku memang pencinta donut... especially big apple... yang sangat ohsem tu...

Aku pun tanya la resepinya...

Along ade tambah 'water roux' untuk dapatkan kesan lembut dan gebu pada donut...

Ape tu water roux?

Kanji yang dimasak... cara mudah nak buat ambik dalam sesudu tepung gandum dan 500ml air... masak atas api... sampai tepungnya masak... biarkan suam2 kuku...

Then aku guna bahan2 yang ade kat umah je...

Bahan-bahannya:
2 sudu besar minyak masak...
Tepung gandum lebih kurang 500gram..
2 sudu kecil gula pasir
Secubit garam
Sebungkus yis mauripan
Air secukupnya

Ambil yis, gula dan garam... masuk kan ke dalan setengah cawan air suam... ingat air suam ye... kalau terlajak panas nanti yis nye 'mati' doh tak naik2...

Satukan dan biarkan seketika hingga berbuih...

Sementara tu masukan tepung dan minyak ke dalam mangkuk...

Kemudian ambil 3 sudu besar 'roux water'... dan masukan yis yang dah berbuih tu....

Adun hingga cantik dan tak melekat di tangan dan bekas.... tutup mangkuk dengan tuala... biar seketika hingga naik 2x ganda...

Kemudian bila dah kembang... ambil doh dan tumbuk2 untuk buang udara yang ade kat dalam doh....

Canai lebih kurang 1.5cm.... dan cetak guna acuan donut.... rehatkan selama 15minit....

Goreng dengan api sederhana.... jangan kuat sangat takut hangus...

Tadaaa donut dah pun siap.... boleh ditabur gula... disira sambal... dicelup coklat... dan apa saje terpulang pada anda....

Tak percaya? Cubalah dulu.... nanti share jadi ape?

Lemak - dalam membuat donat ni ikut kita la nak letak lemak ape... marjerin ke... butter ke... lemak sayur ke... minyak ke... santan ke... yang penting ade lelemak....

Aku tak de attach picture sebab tak sempat ambik... dah bagi kat jiran and kene makan...


25 April 2014

KAMI DULU-DULU HAHAHA


Yang lelaki tu mesti la my hubby
Yang perempuan tu mesti la aku

Gambar ni di ambik masa kita orang belum nikah lagi...
Lame dah kot...
Kita orang nikah je dah nak masuk 4 tahun...
Hu3

PEPEK SEMERBAK




Jangan ingat lucah ye...
Lain tempat lain bahasanya =)

24 April 2014

KOLEKSI HANDBAG BERJENAMA UNTUK HARI RAYA

FURLA PURSE
RM40 FREE POSTAGE SEMENANJUNG
SABAH DAN SARAWAK TAMBAH RM5


PRADA HANDBAG
RM150 FREE POSTAGE SEMENANJUNG
SABAH DAN SARAWAK TAMBAH RM10


GUESS SET
RM220 FREE POSTAGE
SABAH DAN SARAWAK TAMBAH RM10


GUESS SET
RM220 FREE POSTAGE
SABAH DAN SARAWAK TAMBAH RM10


FASHION HANDBAG
RM50 FREE POSTAGE
SABAH DAN SARAWAK TAMBAH RM5

UNTUK LEBIH BANYAK PILIHAN BOLEH LIKE FB Infinity On9 Shop

Whatsapp / sms / call : 0129552047

ARAK PENGHILANG DAHAGA


Iklan dulu2...
Tak de dulu tak de sekarang...
Tak sangka pulak cam ni...

Sekian

BIRTHDAY CELEBRATION FOR ALISHA

Assalammualaikum
Semoga semuanya sihat selalu




Abang ahmad yang terlebih excited hu3







23 April 2014

KEMATIAN KARPAL... SUATU KEMATIAN YANG DIRANCANG!

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu

Aku cuma nak cakap kematian karpal bekas pengerusi DAP adalah dirancang...

Siapa perancangnya?

ALLAH S.W.T

Tak betol ke?
Jangan kata aku main2 
Aku tak tipu dan memang sangat betul =)

Sudah2 la mengata orang dah mati... yang masih hidup tu selamat beramal soleh... =)

ORANG KITA ROSAK SEBAB RIBA'

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu

Lama dah teringin tulis entri tentang riba'...
Riba sangat bahaya dan sangat dilarang dalam Islam kerana itu nabi isyhtihar perang kepada si pemakan riba... setahu aku lah... untuk hujah sokongan korang boleh carik sendiri hadis yang berkaitan...

Hmmm...

Tapi...
Sistem ekonomi yang diperkenalkan di Malaysia kebanyakan nya melibatkan riba'. Nak ikut sistem perbankan islam kosnya lebih tinggi daripada sistem konvensional...

Tu yang ramai pilih jalan terlibat dengan riba'

Loan kereta...
Loan rumah...

Berapa ramai yang buat loan dan tak memilih sistem riba'?

Hatta nak kumpul duit pun... buat loan dekat bank... untuk jana duit kononnya... beribu2 hutang ASB... untuk simpanan akan datang... dengan cara buat loan yang melibatkan riba'...

Nanti awal tahun... sibuk update... nak ambik dividen buat belanja... keluarga... statusnya ape ye? HARAM

Lepas tu nanti anak degil anak gitu gini... sendiri pelik...
Aku tak de bagi makan benda haram pun kat anak aku... ayam aku sembelih sendiri... aku tak curik tulang masa kerja... aku tak itu... aku tak ini... dan macam2 lagi... tapi dia lupa... tentang riba'...

Kami sekeluarga tak pernah buat loan untuk tambah simpanan ASB. Simpanan yang konsisten tu akan mendatangkan hasil... yang lumayan daripada buat loan... tak percaya cubalah sendiri...

My dad kalau kate nak simpan 1k sebulan dia akan konsisten... kalau my dad nak simpankan bini dia pun cam tu...

Hasilnya boleh la guna bila perlu....

Aku kadang2 pelik dengan orang yang belajar agama macam2 tapi selalu buat tak kisah je isu riba' ni haishhh...

Padahal itu perkara yang HARAM

Dah malas nak membebel... JAUHI RIBA' 

SEKIAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...