GENG LENSA HIDUP

31 October 2014

ORANG PERAK DAN ORANG SARAWAK

Assalammualaikum...

okay kali ni aku nak kongsi cerita lawak... asyik-asyik yang serius je ye tak?

ni kisah orang Perak dan orang Sarawak... mereka berjumpa dan berbual...

Sarawak : Awak ni orang Perak kan?
Perak : ye, kenape?
Sarawak : Bahasa korang berbeza sikit kan?
Perak : Ada le sikit
Sarawak : Kalau terbakar, korang panggil apa?
Perak : Terbako, terbako
Sarawak : Hmm.. memang lain, kita orang panggil lain.
Perak : Korang panggil ape?
Sarawak : Kita orang panggil Bomba.
Perak : cis @#!!

Senyumlah sikit!!! =)



PERKHIDMATAN KATERING YANG ANDA BOLEH CUBA

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

zaman sekarang boleh katakan semua majlis kahwin tuan rumah lebih suka memilih khidmat katering... so ni ada beberapa katering yang boleh korang cuba...



berasal daripada Batu Pahat... perkhidmatan nia ayah aku guna masa kenduri kahwin adik aku yang kedua... dan ambik pakej RM11.50 satu kepala untuk 1200 orang... memang lengkap... dan tak payah nak fikir apa sangat...

tuan rumah tinggal sediakan door gift dan kediaman untuk ahli keluarga... sebab masa tu ayah aku buat dekat dewan... so ayah aku sewakan hotel di masjid berdekatan... untuk ahli keluarga...

masa kenduri aku dulu maklum la anak sulung... belum ada pengalaman... cari katering orang kawasan Labis je... tapi tu tak lengkap sangat kena sewa kanopi lain... tempah kek lain... makan beradab lain... pakej aku tu sekadar menu tetamu dan pelayan sahaja...

dan jika nak memilih katering... pilihlah yang dah ada pakej lengkap... tuan rumah akan bertambah senang.... dah tak perlu pening kepala... nak cari sedara mara atau jiran tetangga nak tolong itu ini...

dan masa aku buat kat depan rumah je... sebab aku pun nikah kat rumah... so... senang lagi kat tempat yang sama...

mereka menyediakan katering untuk pelbagai majlis... seperti perkahwinan, aqiqah, majlis korporat dan lain-lain acara...

jadi sesiapa yang ada di kawasan Johor boleh lah cuba... pemilik akan datang sendiri jumpa tuan rumah untuk berbincang mengenai menu dan lain-lain hal... dan owner sangat friendly... haha.. mereka juga dah banyak buat event untuk orang-orang kenamaan... 

so don't worry... InshaAllah semuanya o....

jom cuba!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...