GENG LENSA HIDUP

10 October 2017

SUKA MEMASAK

Jangan takut tak reti memasak...
Yang paling penting mahu mencuba...

Banyak cara nak belajar memasak...
Tengok video kat youtube boleh, cuba resepi yang kawan2 bagi, yang pengting kreatif dan bersungguh...

Lama-lama nanti retilah...
Aku pun dedulu tak la reti memasak pun... 
Sekarang boleh la kalau setakat nak masak untuk jamuan open house ke... yassin ke... jamuan hari jadi ke... masak untuk keluarga ke...

Anggaran 100pax macam tu la...











Pizza customer yang nak sambut anniversary

Tempahan pelanggan

Heart bun untuk anak-anak

Tempahan karipap sardin + kentang


09 October 2017

JERANTUT HILLS RESORT

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu...
Lepas baby amani dah cukup 2 bulan... 
Kami ada bawa anak-anak pergi berjalan-jalan ke jerantut hills resort...

Saja je nak bawa diaorang pergi mandi swimmming pool...

So, aku pun booking la bilik siap-siap... check in 25/9/2017 check out 26/9/2017...
Harga bilik kat resort ni tak mahal pun...
Bilik kami family suite hanya RM95.++

Cuma bilik agak oldskool la... yang sangat best tu swimming pool besar... budak-budak puas mandi manda... hihihi

Sesiapa yang nak bawa anak mandi manda bole la cuba tempat ni...

Akak bagi 3/5 bintang...






06 October 2017

RESEPI TELUR DADAR ASAM PEDAS


Assalammualaikum

Memasak merupakan aktiviti yangbmenyeronokkan...

Di mana kita berpeluang mencuba pelbagai resepi...

Kali ni aku nak kongsikan resepi telur dadar asam pedas...

Buat telur dadar seperti biasa sebiji-sebiji atau telur dadar yang telah siap dipotong...

Tumis bahan-bahan untuk membuat asam pedas seperti biasa...

Setelah mendidih masukan bendi dan telur... perasakan dengan garam dan gula... 

Jadi...

Ringkas dan sedap... menu masakan berkuah yang berkhasiat...

Selamat mencuba!



26 July 2017

TANDA-TANDA KEROSAKAN GINJAL

KEROSAKAN  GINJAL
==================
Buah pinggang, ginjal, kidney...adalah benda yg sama. Misunderstanding yg kerap aku dapati ialah masyarakat berfikir kalau buah pinggang rosak, simptom nya ialah sakit pinggang / sakit pada kedudukan anatomi buah pinggang. Sebenarnya tidak.

Terlalu banyak punca buah pinggang boleh rosak.
Cuma aku list kan punca2 yg paling biasa terjadi dan kita mampu elak:

1- Penyakit diabetes / darah tinggi tak terkawal
2- Kerap bergantung pada ubat tahan sakit /pain killer
3- Makan produk2 yg nephrotoxic,yakni produk2 yg menjahanamkan kidney.

Kali ni kita tengok apa simptom2 buah pinggang rosak.
Mudah aja nak faham simptomnya, kalau kita faham apa fungsi buah pinggang.Bila faham, mudah ingat.

1) Sebagai organ penting yang memainkan peranan dlm imbangan air /cecair dalam badan.

So,kalau ginjal rosak, air akan mula berkumpul dlm badan. Ikut hukum graviti,air akan berkumpul ke bawah,kan? So simptom nya ialah kaki akan bengkak, sembab. Bengkak nya ialah secara serentak pada kedua dua belah kaki ya, bukan sebelah ( kalau bengkak sebelah, selalunya bukan masalah kidney)
Kalau air makin byk berkumpul, air akan berkumpul naik dari kaki ke betis...malah ke bawah peha pun boleh.
Air pun akan berkumpul di ruangan keliling abdomen..org melayu panggil busung. Air juga boleh berkumpul pada keliling paru paru atau jantung...menyebabkan rasa sesak nafas ..sakit pada dada.

2) Organ perkumuhan. Utk buang bahan kumuh.
Kidney macam filter. So bila filter rosak, bahan kumuh akan meningkat naik. Simptom bila bahan kumuh berkumpul dlm badan:

- kulit gatal2...selalunya takde ruam..satu badan gatal
- kulit kering...mungkin macam bersisik.
- rasa mual / muntah
Kalau makin tinggi bahan kumuh, kita boleh jadi confuse...jadi weng,..tak boleh berfikir secara rasional.

- bertambah nya bahan kumuh pun menyebabkan lidah kita rasa "metalik' / rasa logam....aku pernah tanya patient apa rasa metalic tu, dia kata macam kita jilat batang besi ..so itulah yg patient kidney rosak rasa...dan mereka lama kelamaan tak suka makan daging merah, sebab bila makan daging merah akan makin menyerlah rasa metalik kat lidah.

3) Kawalan tekanan darah
So,bila kidney rosak, tekanan darah akan naik. Boleh sakit kepala, boleh pitam, boleh pengsan.

4) Organ yg menghasilkan erythropoietin.
Erythropoietin tu penting utk penghasilan sel darah merah.So bila kidney rosak, erythropoietin akan kurang, maka darah merah pun kurang. Darah merah bawak oksigen. So kita akan ada simptom kurang darah merah ( kurang oksigen)

- mudah penat  - pucat - sesak nafas  - berdebar debar
- rasa sejuk tangan kaki  - pening
Makin kurang sel darah merah, kita boleh jadi confuse, pelupa...sebab sel otak kurang dpt oksigen...

5) Penghasilan air kencing.
So bila kidney rosak, air kencing makin kurang.
Air kencing pun boleh berbuih.
Boleh ada darah dlm air kencing.

=================================================

So, perhatikan,simptom simptom kidney rosak tak de pun sakit pinggang. BOLEH ADA SAKIT PINGGANG KALAU LAH ADA BATU KARANG. Batu karang dlm buah pinggang boleh menyebakan sakit pinggang. Dan kronik batu karang mmg boleh merosakkan buah pinggang. Tapi secara umum, orang rosak kidney tak akan rasa sakit pinggang.

Bengkak kaki

Busung air berkumpul pada abdomen yang kosong

Air yang berkumpul perlu dikeluarkan...
Jagalah buah pinggang anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...