28 January 2010

CUBA KAMU DATANG DALAM HATI INI

cuba kamu datang dalam hati ini
ambil rasa ini
letakkan dalam bebola kaca
kamu lontar tinggi ke angkasa

nah
ia jatuh
kamu lihat
berderai bukan

bisakah kamu ajari aku mencatumnya semula
atau kamu biarkan
menanti aku bisa mencantum semula

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi baca dan tinggalkan komen anda =)