salam
lagi entri berjadual
______________________________________
hati masam
hati suram
tunduk melangkah
betulkan posisi
pandang ke sisi sekali-sekali
baring
mengiring
berguling
berpaling
terus pusing
ambil 'handphone'
picit-picit
sembang-sembang
"ibu rindu" dia bilang
"makan tau nanti, takut masuk angin, perut bergesel takut kena ulser" suara itu meyelinap masuk ke telinga
"nanti esok nak pegi KL" satu suara ditalian memberitahu
"erm... buat ape?" aku bertanya
"jaga cucu" jawab dia
"nanti kita pegi haji sesame" suara tu lagi
"InsyaALLAH, saya kumpul duit dulu, hari-hari simpan RM30 okay?" aku jawab ringkas
"tak dapat makan kerepek lagi" cuba meneruskan perbualan
"boleh je" jawapan ringkas ku
"nak cekodok" airmata aku sudah bergenang
senyap tiba-tiba
dia menangis di talian
aku juga dalam situasi itu - aku tak bisa tahan lagi
masing-masing cuba ceriakan suasana...
terima kasih sayang....
nanti pulang kita berdendang
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi baca dan tinggalkan komen anda =)