Ini respon CEO Alfafa, Ustaz Norsham Abd Aziz di FB saya selepas saya berkongsi respon Bank Negara tentang projek perumahan Alfafa.
Tempoh hari saya ke pejabat Alfafa untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Pegawai di sana menjelaskan bahawa wang RM99K yg dibayar akan diguna untuk membeli tanah baru. Pada tahun kedua, proses penukaran status akan dibuat dan tahun ketiga rumah akan dibina.
Saya bertanya soalan, bagaimana perjanjian salam boleh dibuat sedang ketika kontrak dibuat tapak rumah tidak dispesifikkan?
Responnya, tanyalah CEO.
Apabila ditanya kepada CEO Alfafa, ini pula responnya.
Menambahkan lagi keraguan terhadap projek perumahan Alfafa.
Boleh rujuk gambar yang saya share sebelum ini utk ikuti diskusi yang sudah masuk hari kedua
smile emoticon
[UPDATE 26 Julai 2015, hampir 2 tahun selepas posting ini:
Saya tergelak apabila sang ostad menuduh orang lain tak ada maklumat.
Saya pernah mendatangi ofis Alfafa utk mendapatkan maklumat. Saya ada saksi bersama saya ketika itu.
Malah saya juga pernah tawarkan utk bersemuka dgn sang ostad utk membuat penilaian perjanjian salam mereka.
Tapi inilah responnya, rujuk gambar.
Yg dia tahu hanya sumpah seranah orang lain, qunut nazilah, menuduh anak haram dan sebagainya.
Sekali lagi, saya membuat cabaran utk mengadakan sesi diskusi terbuka dengan CEO ALFAFA USTAZ NORSHAM utk membongkar Misteri Banglo Murah Alfafa.
sumber: FB Afyan Mat Rawi
NOTA: kini terlalu ramai manusia yang mahu menjual agama untuk kelangsungan hidup mereka jadi berhati-hati... search dan selidik dengan betul sebelum membuat keputusan