GENG LENSA HIDUP

27 March 2014

BILA AGAMA DIDAGANGKAN

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu

Kini manusia sanggup berniaga dengan nama agama...

Jus dengan bacaan ayat suci al quran lah
Ayam yang didengarkan ayat al quran lah
Kem tahfiz cuti sekolah lah

Kos untuk membeli atau menghadirinta kadang kala mencecah ratusan ringgit... ade setengah tu bila mengaku tadika tahfiz je automatik kos pendaftaran je mencecah ribuan ringgit...

Eh tah macam2 lagi lah... dan bila diselitkan nama agama, tahfiz, al quran je... kos untuk menghadiri sesuatu program atau kos untuk membeli barang tersebut akan menjadi lebih tinggi daripada produk yang biasa2 sahaja...

Seolah2 agama sudah diperdagangkan...

Setahu aku zaman dulu guru mengaji tak de langsung minta jumlah tertentu untuk dibayar... hanya terima jika ada yang memberi...

Dan pada aku ibu bapa sangat penting miliki ilmu agama agar dapat mendidik anak dengan tangan mereka sendiri...

Ha3 silap2 nanti panggil mintak bacakan doa je dah kena bayar ribu2 =)

Semoga kita semua dijauhkan daripada sifat sebegini...

Wallah hua'lam



TIPS MEMBELI RUMAH

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu

Kali ni aku nak share beberaps tips membeli rumah...

1. Selidik latar belakang pemaju untuk elak projek pembinaan terbengkalai. Kalau nak selamat beli je rumah yang dah siap. Macam ayah aku buat gitu la...

2. Ketahui status rumah anda pegangan bebas (free hold)... atau lease hold... better pilih free hold... sebab akan jadi hak korang sampai bila2

3. Pastikan lokasi rumah jauh daripada loji kumbahan dan risiko banjir...

4. Tidak terlalu jauh dengan sekolah, dan lokasi penting yang korang rasakan perlu.

5. Pastikan perjanjian jual beli s&p dibuat dengan sempurna.

6. Kalau nak buat renovation... lebih baik buat sebelum kita pindah masuk... ia lebih senang.

7. Jika berkemampuan pilihlah rumah yang diperbuat daripada jubin yang berkualiti, material mangkuk tandas yang tahan, siling yang berkualiti, tengok rumah contoh dengan lebih teliti.

8. Dan yang lain2 boleh tambah sendiri jika perlu.

* Perkara paling penting adalah perkara nombor satu dan dua


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...