GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

25 November 2015

WARAK SUNNAH YANG SERING DILUPAKAN


Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

betapa pentingnya warak... tetapi sifat ini sering dilupakan... ya... kita solat.... kita puasa... tetapi adakah kita prihatin dengan sumber rezeki kita? halal? haram? syubhah?

sumber rezeki...
status makanan harian kita...
tingkah laku kita....

adakah kita warak?

warak = menjaga/ menjauhi sesuatu yang bersifat haram atau ada unsur syubhah

* jom audit diri... semoga hari ini lebih baik daripada semalam...

25 September 2015

BAKI MASA YANG ADA UNTUK SANG DAJJAL MUNCUL

Assalammualaikum

Rasanya terlalu sedikit masa yang berbaki untuk sang dajjal muncul...

Pasti korang pernah belajar mengenai dajjal, baca buku mengenai dajjal... dan dengar ceramah ahli agama mengenai dajjal...

Ya masa itu semakin hampir...

Apa yang perlu kita buat... jaga solat, pelihara aurat, banyakkan zikir dan amalan-amalan yang boleh melindungi diri daripada fitnah dahsyat dajjal...

Semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya... aamiin...

Mintalah daripada Allah... kerana semua daripadaNya..

26 May 2015

KELEBIHAN DAGING KAMBING

Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.
Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah S.A.W. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.
Daging kambing adalah daging yang paling baik
Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.
Pengurai Kolestrol Tepu
Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.
Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.
Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .
Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
Mencantikkan Kulit
Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.
Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semulajadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.
Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.
Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).
Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.
Inilah tipu helah yahudi untuk menjatuhkan umat islam terutamanya.
Wallahu'Alam.
SUMBER: DAKWAH DESIGN

20 March 2015

USTAZ KAZIM UMUM TARIK DIRI BERCERAMAH DI TELEVISYEN




BATU KURAU: Pendakwah terkenal Datuk Mohamad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengumumkan menarik diri daripada menyertai sebarang program ceramah agama di televisyen.

Beliau bagaimanapun berkata bagi siaran yang telah dirakam dan yang telah ditandatangani kontraknya, ia tetap akan diteruskan.

"Saya juga menarik diri sebagai ahli panel Forum Perdana tetapi ceramah-ceramah biasa berjalan seperti biasa, cuma saya tidak lagi muncul dalam kaca televisyen melainkan dalam program 'Kalau Dah Jodoh' sebab saya masih ada kontrak dengan Astro.

"Saya rasa ini adalah penampilan terakhir saya dalam forum ini (Forum Perdana), saya ucapkan terima kasih kepada RTM, kepada para sahabat dan penyokong saya," katanya dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam secara langsung di TV1 di Padang Astaka Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Kamaruddin di sini malam tadi.

Ditemui pemberita kemudiannya, beliau berkata punca beliau menarik diri kerana beliau merasa kecewa berikutan terdapat pihak yang mengatakan beliau berdakwah untuk mencari duit sedangkan tujuannya adalah untuk membiayai Pusat Pendidikan Al-Barakah di Ipoh, Perak.

"Sebab kedua saya tidak pernah meletakkan bayaran terpulang kepada orang yang nak bagi dan duit bayaran ceramah itu dimasukkan ke sekolah tersebut.

"Saya merasa 'down' ada yang mengatakan saya (penceramah) penglipur lara sedangkan saya berceramah meninggalkan keluarga, isteri dan anak-anak untuk berdakwah, tiba-tiba dituduh sebagai penglipur lara.

"Saya mungkin terlalu keterlaluan berceramah dalam setiap saluran TV. Saya rasa saya kena beri peluang kepada penceramah lain untuk mengambil tempat saya. Jadi saya rasa saya akan berceramah di luar kaca televisyen, saya tidak menonjol seperti dulu," katanya.

Beliau berkata keputusannya itu lebih baik kerana Forum Perdana akan menjadi lebih ceria tanpa nyanyian dan "saya rasa itu yang terbaik bagi sesetengah pihak dan saya terima jika itu yang mereka mahukan."

Mengenai terdapat pihak yang mengatakan beliau berjenaka dalam menyampaikan ceramahnya, Mohd Kazim berkata itu adalah caranya untuk menarik hati pendengar.
 
"Kalau nak serius dengar hujah saya, pergi ke pondok pengajian saya dan saya tegas. Saya adalah pendakwah dan itu adalah cara saya untuk menarik hati golongan muda.

Apabila saya menyanyi, saya ketawa nanti ada orang marah saya. Orang mempertikaikan saya rasa sangat tak kena.

"Kalau yang pertikai orang tak pandai saya tak kisah, tapi yang mempertikai adalah orang alim dan saya menghormati orang alim. Jadi lebih baik saya mengundur diri.

"Saya kena hormat, lebih baik saya berceramah biasa di padang sekolah, masjid, surau tetapi tidak disiarkan dalam TV," katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang selama ini menyokongnya dan menyifatkan Zambry sebagai seorang yang sangat terbuka.


Sumber: AstroAwani

07 February 2015

IMAN PERASAAN

Seorang lelaki telah datang kepada aku seraya berkata. "Majoriti manusia hari ini mempunyai iman perasaan. Mereka merasa cukup dengan iman yang ada. Mereka belajar agama supaya dapat mengamalkan ilmu tersebut dan berharap dengan iman tersebut dapat selamat di akhirat kelak."

"Apabila ada manusia lain tertindas mereka merasa marah dan sakit hati. Jika ada manusia berbuat maksiat mereka merasa sedih. Jika ada yang tidak menutup aurat mereka merasa malu. Pada yang jahil mereka merasa kasihan. Semua perasaan tersebut dikongsi dan diceritakan dalam media sosial tanpa ada usaha sedikit pun secara fizikal. Inilah namanya iman perasaan."

Dia kata lagi, "Perkara yang paling patut difikir-risau-bimbang ialah masalah iman. Manusia akhir zaman dahagakan iman tetapi tidak tahu bahawa mereka sedang menderita iman."

Dia sambung bicara, "Iman kita tak sebanding Sahabat. Iman Sahabat ialah iman pengorbanan. Sahabat telah mengorbankan seluruh kehidupan mereka untuk agama. Mereka sanggup tinggalkan Mekah Madinah semata-mata menyebarkan Islam dan buat usaha atas iman."

"Hari ini kita perlu usaha atas iman. Buat dakwah cara Nabi. Bukan nak betulkan manusia. Bukan nak tunjuk pandai. Tapi untuk islah diri perbaiki diri dan ajak orang lain usahakan iman supaya mereka juga sedia dan ajak orang lain dan orang lain juga usaha atas orang lain sehinggalah agama sampai ke hujung-hujung dunia."

Dia kata, "Semua orang Islam bertanggungjawab atas kerja ini. Kerja mengajak manusia kepada ALLAH. Kita kena buat kerja agama ini ikut cara dan sunnah Nabi. Bukan cara dan fikir kita yang cetek. Pergerakan cara Nabi ini akan menarik hidayah dan rahmat ALLAH."

(Aku merasa dia berkata mengenai aku. Aku pun tak tahu bahawa iman aku iman perasaan atau iman perasan. Dia ada bagi metafora tentang iman perasaan. Aku cuba lukiskan. Moga yang membaca akan lebih faham dari yang melukis.)



kredit to: awang fauzi (4zee) - kartunis MAJALAH GILA-GILA

p/s: anda di mana?

10 October 2014

KELEBIHAN KAHWIN AWAL

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

isu kahwin awal... atau kahwin muda... sering menjadi bualan.... yup hakikatnya bayak kelebihan.... 

1) susah senang bersama
biasanya jika kahwin muda... dan sebaya.... ketika masih study atau baru mula membina kerjaya.... anda akan rasa.... susah senang bersama dan detik itu akan jadi manis bila anda dah mula meniti usia emas.... anda akan terkenang zaman mula-mula membina keluarga... sangat sweet =)

2) cepat dapat anak
jika Allah kurniakan anak awal... anda akan merasa anda masih muda untuk jadi nenek... hehe... anda masih muda anda dah ada anak bujang dan ada yang dah terima menantu... tak seronok ke?

3) kos belanja kahwin
jika kahwin awal kos belanja kahwin masih murah.... nak nak sebelum ada GST... haha so cepat-cepatlah kahwin...

4) menambahkan rezeki
janji Allah untuk yang berkahwin. rezeki akan bertambah. selagi kita ikut perintahNya dan tinggalkan laranganNya.... InSha Allah... jangan percaya cakap-cakap orang tunggu ada kereta... tunggu dah stabil tunggu itu tunggu ini.... sebab bukan orang tu yang kurniakan rezeki.... so jangan risau =)

5) pupuk rasa bertanggungjawab
semestinya suami akan bertanggungjawab pada keluarga.... cari nafkah dan berusaha untuk perbaiki kehidupan.... so... semua ni akan jadikan hidup seseorang tu bermatlamat dan sentiasa memberikan komitmen agar keluarga sejahtera.... seronok kan?

ok lah sebenarnay banyak lagi keistimewaan kahwin awal... aku kahwin tak de lah awal sangat tapi awal lah jugak.... masa umur 24tahun... aku dan suami sebaya.... =)

ok wassalam =)

ni barang masa aku bertunang simple je kan?
hmm

03 October 2014

KENAPA CHEF HIDU MAKANAN?


pernah lihat chef atau tukang masak lepas memasak biasanya mereka akan ambik bau makanan tu dulu.... dan itu adalah trade mark yang popular... bagi kebanyakkan iklan atau apa-apa 
menu masakan untuk menarik minat penonton atau pembeli...

masakan nampak ala-ala sedap je bila tengok chef buat aksi macam tu..

rupanya ada kebaikan yang tersembunyi...

semoga ada manfaat =)





03 August 2014

ISTIGHFAR DALAM ISTIGHFAR


Rabiatul Adawiyah pernah berkata,

"Istighfar kita perlu kepada istighfar lagi seandainya istighfar kita hanya dengan lidah sahaja, tidak disertai
dengan hati."

Istighfar ni suatu doa. Doa mohon ampun. Simple pun doa juga.

"Sesungguhnya doa yang paling utama adalah doa yang keluar dari hati yang bersungguh-sungguh dan tekun. Itulah doa yang didengar dan diterima, walaupun doanya sedikit." (HR Al-Hakim)

"Tidaklah menetapi dosa orang yang beristighfar" (HR Abu Daud & Tirmidhi)

Maknanya, walaupun sebut "Astaghfirullahaladzim" je pun, hati pun kena seiring dengan lafaz di bibir. Bukannya bibir melafaz, hati tak ingin. Hati menidakkan.

Istighfar bunyinya satu. Tapi sebenarnya dua.. (hati & bibir)

FAHAM?

SENYUM =)

08 June 2014

LELAKI ELOK BERJALAN DI DEPAN WANITA



Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu... =)

LADIES FIRST adalah budaya barat yang diserap perlahan-lahan dalam minda orang Muslim =)

"Ladies first, please"
Bukanlah ayat seorang gentleman.

Tidak.
Langsung tidak.

Adam.
Berjalan , dahulukan dirimu.
Daki tangga , dahulukan dirimu.
Hatta melangkah longkang, dahulukan dirimu.

Biarkan kami di belakang.

Andai ada Hawa yang berkata;
"Ahh. Sweetnya akhi tu bagi kite jalan dulu. Gentle"

Maka Adam,
Tawarkanlah senduk padanya.

Kami izinkan.

"Sungguh , aku lebih rela berjalan di belakang singa berbanding seorang wanita" -Saidina Umar al-Khattab.

27 May 2014

AGAMA BAGI ORANG YANG TAMAK... ADALAH SEPERTI BERIKUT...

Assalammualikum

untuk kita-kita... yang punya Agama...
  1. Agama adalah suatu OBJEK yang indah. Maka ramailah antara kita belajar “keindahan” dalam agama.
  2. Ramai yang belajar hingga ke tahap Master dan PHD usuludin, syariah dan sebagainya.
  3. Akhirnya ramai juga yang menggunakan “unsur” keindahan dalam agama untuk mengaut keuntungan secara “TAMAK”.
  4. Maka digunakanlah perkataan “berbaur agama” seperti “pahala”, “sunnah nabi”, “syurga”, “suci”, “ikhlas”, “muamalat”, dan tidak lupa... “barang ini bagus Tuhan suka kalau kita beli ubat gigi ni sebab ada chop halal”
  5. Perkataan “berbaur agama” wujud ibarat cendawan tumbuh selepas berak diluar longkang surau-
  6. Perkataan “berbaur agama” seperti “pahala”, “sunnah nabi”, “syurga”, “suci”, “ikhlas”, wujud dalam melariskan insurans, melariskan kicap, melariskan institusi institusi kolej, melariskan restoran restoran...

21 May 2014

MEMBACA AL-QURAN MENGURANGI WAKTU?



"Membaca Quran mengurangi waktu?"

Ada seorang ulama berguru kepada seorang guru. Selang beberapa lama, saat dia ingin melanjutkan belajar ke guru lain..gurunya berpesan :

"jangan tinggalkan membaca Al Qur’an, Semakin banyak baca Al Qur’an, urusanmu semakin mudah"

Dan muridnya pun . Dia membaca Al Qur’an 3 juz per hari. Dia menambahkan hingga 10 juz per hari. Dan urusannya semakin mudah. Allah yang mengurus semua urusannya. Waktu pun semakin berkah.

Apa yang dimaksud dengan berkah waktu?

Boleh melakukan banyak hal dalam waktu sedikit. Itulah berkah Al Qur’an. Al Qur’an membuat kita mudah mengefektifkan penajaman waktu. Bukan kita yang atur waktu kita, tapi Allah.

Padahal teorinya orang yang membaca Al Qur’an menghabiskan banyak waktu, mengurangi kegiatan lain, tapi Allah yang membuat waktu nya itu jadi berkah. Hingga menjadi begitu efektif. Hidup pun efektif. Dan Allah akan mencurahkan banyak berkah dan kebaikan pada kita karena Al Qur’an. Salah satu berkahnya adalah membuka pintu kebaikan, membuka kesempatan untuk amal sholeh berikutnya. Dan Salah satu balasan bagi amal baik yang kita lakukan adalah kesempatan untuk amal baik berikut..

20 May 2014

KELEBIHAN SURAH AL-MULK DAN AR-RAHMAN


Assalammualaikum kali ni aku nak berkongsi mengenai kelebihan surah.... semoga bermanfaat...

KELEBIHAN SURAH AL-MULK

Ibnu Abbas berkata : "Pada suatu hari ada seorang menghamparkan jubahnya di atas kubur dan ia tidak tahu bahawa tempat itu adalah kubur, ia membaca surah Al-Mulk, kemudian ia mendengar suara jeritan dari kubur itu : Inilah yang menyelamatkan aku. Kemudian kejadian itu diceritakan kepada Rasulullah saw.lalu beliau bersabda: surah Al-mulk dapat menyelamatkan penghuni kubur dari azab kubur."(ad-Da'awat Ar-Rawandi, hlm 279/819 ; Al-Bihar 82/64,92/313/2, 102/269)

Imam Muhammad Al-Baqir (sa) berkata : "surah Al-Mulk adalah penghalang dari siksa kubur, surah ini termaktub didalam Taurat, barangsiapa yang membacanya di malam hari ia akan memperoleh banyak manfaat dan kebaikan.. sungguh aku membacanya dalam solat sunat selepas isyak dalam keadaan duduk .ayahku (sa) membacanya pada siang dan malam. Barangsiapa yang membacanya,maka ketika malaikat Munkar dan Nakir akan masuk ke kuburnya dari arah kedua kakinya,kedua kakinya berkata kepada mereka, : kalian tidak ada jalan ke arahku, kerana hamba ini berpijak padaku lalu ia membaca surah al-mulk setiap siang dan malam ; ketika mereka datang kepadanya dari rongganya,rongganya berkata kepada mereka : kalian tidak ada jalan ke arahku, kerana hamba ini telah menjagaku dengan surah Al-Mulk ; ketika mereka datang kepadanya dari arah lisannya, lisannya berkata kepada mereka ; kalian tidak ada jalan ke arahku, kerana hamba ini telah mmbaca surah Al-mulk setiap dn mlm dgnku

KELEBIHAN SURAH AR-RAHMAN .

Rasulullah saw bersabda : "barangsiapa yang membaca surah Ar-Rahman ,Allah akan menyayangi kelemahannya dan meredhai nikmat yang dikurniakan padanya," (Tafsir Nur Ats-Tsaqalan 5/187) 

Imam Ja'far Ash-shadiq (sa)berkata :"Barangsiapa yang membaca surah Ar-Rahman,dan ketika membaca kalimah 'Fabiayyi alai Rabbikuma tukadzdziban,' ia mengucapkan : La bisyay-in min alaika Rabbi akdzibu (tidak ada satu pun nikmat-Mu duhai Tuhanku, yang aku dustakan), jika saat membacanya itu pada malam hari kemudian ia mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid; jika membacanya di siang hari kemudian mati, maka matinya seperti matinya orang yang syahid." (Tsawabul A'mal,hlmn 117)

Imam Ja'far Ash-shadiq (sa)berkata :"jangan tinggalkan membaca surah Ar-Rahman, bangunlah malam bersamanya, surat ini tidak mententeramakn hati orang2 munafik, kamu akan menjumpai Tuhannya bersamanya pada hari kiamat,wujudnya seperti manusia yang paling indah, dan baunya paling harum. Pada hari kiamat tidak ada seorangpun yang berdiri di hadapan Allah yang lebih dekat dengan-Nya daripadanya. Pada saat itu Allah berfirman padanya: siapakah orang yang sering bangun malam bersamamu saat didunia dan tekun membacamu . Ia menjawab : Ya Rabbi, fulan bin fulan , lalu wajah mereka memjadi putih ,dan ia berkata kepada mereka : berilah syafaat orang2 yang mencintai kalian, kemudian mereka memberi syafaat sampai yang terakhir dan tidak ada seorang pun yang tertinggal dari orang2 yang berhak menerima syafaat mereka. Lalu ia berkata kepada mereka ; masuklah kalian ke syurga, dan tinggal lah di dalamnya sebagaimana yang kalian inginkan." (Tsawabul A'mal,hlm 117)

27 March 2014

BILA AGAMA DIDAGANGKAN

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu

Kini manusia sanggup berniaga dengan nama agama...

Jus dengan bacaan ayat suci al quran lah
Ayam yang didengarkan ayat al quran lah
Kem tahfiz cuti sekolah lah

Kos untuk membeli atau menghadirinta kadang kala mencecah ratusan ringgit... ade setengah tu bila mengaku tadika tahfiz je automatik kos pendaftaran je mencecah ribuan ringgit...

Eh tah macam2 lagi lah... dan bila diselitkan nama agama, tahfiz, al quran je... kos untuk menghadiri sesuatu program atau kos untuk membeli barang tersebut akan menjadi lebih tinggi daripada produk yang biasa2 sahaja...

Seolah2 agama sudah diperdagangkan...

Setahu aku zaman dulu guru mengaji tak de langsung minta jumlah tertentu untuk dibayar... hanya terima jika ada yang memberi...

Dan pada aku ibu bapa sangat penting miliki ilmu agama agar dapat mendidik anak dengan tangan mereka sendiri...

Ha3 silap2 nanti panggil mintak bacakan doa je dah kena bayar ribu2 =)

Semoga kita semua dijauhkan daripada sifat sebegini...

Wallah hua'lam



09 December 2013

DAH PUAS USAHA.... KENAPA MASIH SUSAH?

Assalammualaikum

Dah puas usaha... kenapa masih susah....

Kita perlu ingat... perancangan Allah lebih teliti... dan hanya Allah yang tahu apa yang bakal terjadi pada masa depan...

Dah puas usaha tapi aku masih susah.... jenuh carik duit... nak cukupkan itu ini... itulah keluhan kebanyakkan daripada kita...

Mungkin jika Allah beri kita senang si isteri jadi lupa diri... sibuk shopping sana sini...

Mungkin jika Allah beri kita senang... Suami mula lupa anak bini... perempuan lain ada di kanan kiri...

Selalu kita tengok nanti dah tua-tua baru dapat hidup senang... Sebab Allah tahu... bila dah tua... tak larat dah nak shopping sana sini... tak  larat nak berjoli sana sini...

Bila dah tua..... mula sakit sana sini... kaki pun tak boleh berdiri lama...

Allah tahu siapa kita... sikap kita... sifat kita... segalanya tentang kita... dan Dia telah berikan yang terbaik untuk kita....

Semoga kita semua redha dengan takdirNya...kerana ada hikmah disebaliknya...=)

Renung-renungkan...

23 August 2013

ADAKAH ANDA BENAR-BENAR YAKIN DENGAN ALLAH?

Salam dan selamat sejahtera...

Peluang menaip entri untuk blog... sangat terhad... al maklum lah... da jadi isteri n mummy ni... bz sokmo...

Setiap hari penuh dengan aktiviti.. bersama insan-insan tersayang...

Topik kali ni...

Adakah anda benar-benar yakin dengan Allah?

Yakin bererti pasti...

Jika anda yakin Allah Maha Mendengar...
Tak perlulah mengadu di facebook...

Jika anda yakin Allah itu Maha Melihat....
Tak de lah nak buat maksiat...

Jika anda yakin Allah itu Maha Memberi Pertolongan...
Kenapa mesti runsing dan susah hati...

Sebagai umat Islam yang paling penting sesudah usaha... yakin dengan sepenuh hati tanpa teragak-agak... yang Allah tu sentiasa ada untuk membantu hambaNya...

Selagi kita semua berada di landasan yang betul...

Mulai hari ini marilah kita berusaha untuk yakin dengan sepenuh hati tanpa ragu dengan setiap janji Allah...

Contohnya...

Bila kita bersedekah... pastikan kita tidak ragu-ragu dengan janji Allah... yang rezeki kita akan berganda... jangan pulak rasa ralat je tiap kali nak sedekah... sebab dalam hati ada rasa bimbang harta milik kita akan berkurangan...

Begitulah... cara kita sejauh mana kita yakin dengan janji Allah...


Sekian semoga hati kita semua terpelihara dan sentiasa rasa yakin terhadap Allah S.W.T


03 August 2013

PEGANG TANGAN AWEK! SYOKNYE!

Salam dan selamat sejahtera...

Semoga semuanya sentiasa ceria dan gembira...

Kecoh betul isu video orang sambut raya dengan anjing... macam dahsyat gila... tapi hang pa tak kecoh plak budak-budak sekolah dok pegang2 tangan keluar dating... berlambak kot aku rase... da cam budaya plak... tanpa segan silu leh pegang2 dengan bukan mahram.... 

Tu nak panggil apo plak... isu kecik dibesar besarkan... isu besar buat tak nampak je... orang islam yang dok pegang pegang depan khalayak tu bukan kategori menghina agama islam lagi kot...

Sebab tu masih ok je...

renung-renungkan =)


29 July 2012

GATAL LAH KAU NI!!!

salam dan selamat sejahtera...

ok ringkas dan padat...

situasi...

si A: weh aku nak kawin lah
si B: gatal btol... muda-muda da nak kawin...

si C: weh aku baru je kapel tadi...
si B: wow cool!!! sape name dia?? budak mane??? (very exited)

nota: mane lebih bagus? kapel atau nak sempurnakan sebahagian daripada agama? he3 renung2 kan...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...