GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label nasihat agama. Show all posts
Showing posts with label nasihat agama. Show all posts

31 December 2015

DAH PERGI HAJI TAPI TAK SOLAT JUMAAT


Baru saja nak duduk di kerusi kedai makan, tiba-tiba ada orang kata, "Kata dah pergi haji tapi tak solat Jumaat."
Saya menoleh kepada beliau. Ingatkan dia bercakap tentang saya. Rupa-rupanya dia bercakap tentang seorang kenalan.
Oleh kerana saya kenal mereka, maka saya bertanya, "Kenapa dia tak solat Jumaat?"
Barulah saya tahu kenalan tersebut bermusafir dari Kodiang ke Kuala Lumpur.
Saya kata, "Kalau dia bermusafir, boleh jamak dan qasar. Solat Jumaat tak wajib."
Dia jawab, bukan susah sangat pun nak solat Jumaat.
Saya kata, ini bukan soal susah atau senang. Ini soal keringanan yang Allah swt berikan. Islam bukan susah, kita yang menyusahkan.
Kalau hukum kata boleh jamak dan qasar, buat sajalah.
Ini samalah dengan orang kita yang bersungguh-sungguh nak Malaysia Airlines pasang CD baca doa bermusafir sebelum terbang seperti yang dilakukan oleh Royal Brunei Airlines.
Baca sajalah doa bermusafir sendirian sebelum terbang. Sama seperti kita baca doa makan di dalam pesawat. Ada kita baca doa makan ramai-ramai?
Ada kita baca doa ramai-ramai apabila nak tidur di dalam kapalterbang? Ada kita baca doa ramai-ramai apabila kita nak masuk tandas di dalam kapalterbang?
Kalau nak sangat baca doa beramai-ramai sebelum terbang, saya nak tanya sikit. Adakah kita berdoa beramai-ramai sebelum kita bawa kereta? Adakah kita baca doa dan minta semua penumpang angkat tangan sebelum kita start enjin kereta?
Kita suka sangat buat perkara yang akhirnya kelihatan susah dan menjadikan orang lain tidak gembira.
Islam mudah. Apabila hukum tak wajib, tak usah kita nak buat hukum baru. Cuma, kalau kita nak solat Jumaat walaupun bermusafir, silakan.
Semalam, saya solat Jumaat di Masjid Batu Empat, Jalan Changloon apabila balik kampung. Selepas solat Jumaat, saya jamak dan qasar solat Asar.
Buatlah. Cuma usah paksakan apa yang kita buat itu kepada orang lain.

facebook: Norizan bin Sharif

25 November 2015

WARAK SUNNAH YANG SERING DILUPAKAN


Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

betapa pentingnya warak... tetapi sifat ini sering dilupakan... ya... kita solat.... kita puasa... tetapi adakah kita prihatin dengan sumber rezeki kita? halal? haram? syubhah?

sumber rezeki...
status makanan harian kita...
tingkah laku kita....

adakah kita warak?

warak = menjaga/ menjauhi sesuatu yang bersifat haram atau ada unsur syubhah

* jom audit diri... semoga hari ini lebih baik daripada semalam...

27 July 2015

UNTUK RENUNGAN AYAH-AYAH



UNTUK RENUNGAN AYAH-AYAH

1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..

2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar 'membuat' anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.

3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..

4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja. Hu hu Muhasabah diriku..

5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..

6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab..

7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..

8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..

9. Mengikut kajian, ramai ayah-ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.

10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?

11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer...

12. Banyak anak-anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.

13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya'qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.

14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerusakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..

15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawapan kelak.

16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..

17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.

18. Di dalam AlQuran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!

19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan dimasjid..

20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).

21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.

22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak

23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.

24. Jom wahai ayah-ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-
ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..

Wallahua'lam.

10 July 2015

KENAPA MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH SENANG BERSALIN?


Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

pasti ramai yang tertanya-tanya... kenapa orang perempuan yang mengandug anak luar nikah ni senang je beranak? mengandung pun orang tak perasaan... tak de jalan terkedek-kedek bila dah tengah sarat... tau-tau je dah bersalin...

kat atas tu ada jawapannya...

apa pun tu semua kuasa Allah... dan rezeki masing-masing...ada juga yang dapat rezeki mudah bersalin... 

walaupun ada di kalangan kita yang agak mudah bersalin... tetapi kesakitan, kelenguhan, ehhhh macam-macam lagi la yang kena hadap masa mengandung Allah je yang tahu betapa payahnya... he3..

ok sekian...

Wallahua'lam

selamat menjalani 10 hari terakhir ramadhan =)

24 April 2015

TUNDUKKAN PANDANGANMU

Seorang suami mengadukan apa yang dirasakannya kepada seorang Syeikh. Dia berkata:
.
1. Ketika aku mengagumi calon isteriku, sewaktu itu seolah-olah dalam pandanganku, Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.
.
2. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.
.
3. Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat ramai perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.
.
4. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari isteriku.
Syeikh berkata, "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"
Suami menjawab,"Ya, mahu."
Syeikh: "Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu juga akan nampak lebih cantik di matamu jika dibandingkan dengan mereka semua."
Si suami tersentak, dan bertanya, "Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?"
.
Syeikh: "Kerana masalahnya bukan terletak pada isterimu. Tetapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu kepada Allah, tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan."
.
Rasulullah bersabda:
"لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ ثَانِيًا، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ "
"Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat".

Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah.
Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia?"
Suami itu menjawab: "Ya, tentu sekali."
.
Syeikh: "TUNDUKKAN PANDANGANMU."

*pentingnya menjaga ikhtilat dan pandangan


19 April 2015

JUBAH MAKSIAT


Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam bersabda: 


“Ada dua golongan penduduk neraka yang belum aku melihat keduanya,
1. Kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi untuk memukul manusia [maksudnya penguasa yang zalim],
2. dan perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang, cenderung kepada kemaksiatan dan membuat orang lain juga cenderung kepada kemaksiatan. Kepala-kepala mereka seperti bonggol unta yang berlenggak-lenggok. Mereka tidak masuk syurga dan tidak mencium bau wanginya. Padahal bau wangi syurga itu tercium dari jarak perjalanan sekian dan sekian waktu [jarak jauh sekali]”. (HR. Muslim dan yang lain).

Lihat:Keindahan Islam 26; Larangan (4) Implikasi Buruk amalan Mendedahkan Aurat Kecantikan (At-Tabarruj) https://youtu.be/bFBn2zetRLk

larangan menghampiri zina (iaitu mendedahkan perhiasan dirinya) melainkan dihadapan mahramnya... atau di hadapan suaminya...

credit to: Ustaz Dr. Abu Anas Madani


JOM DAPATKAN PRODUK MUSLIMAH MENEPATI SYARIAT!!!

KLIK BANNER DI BAWAH



SweetMuslimah.com

22 September 2014

ULAR DAN AMARAH

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu... dan kisah ini akan menjadi ikhtibar buat kita semua... =)

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya. Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." 
(HR Bukhari & Muslim)


19 October 2010

ISLAMIC FASHION FESTIVAL IN MONTE CARLO WITH ROSMAH AND NAJIB







klik gambar utk lebih jelas... "Islamic Fashion Festival" ada tertera di bahagian belakang...

di setiap keping gambar ada tertera tulisan Islamic Fashion Festival sambil dihadiri pemimpin tertinggi parti memerintah Malaysia... 

ape yang korang boleh lihat? islamic fashion festival... adakah islamik? adoiyaiiii jem gini... anda nilailah sendiri... anak kecil pun boleh fahami... penggunaan nama ISLAM sambil pakaian ala jahiliah membaluti tubuh...

ape pendapat anda? 

23 August 2010

SEDAP DERRR... KARI MAPLEY TU...

sekadar hiasan... dari encik google

salam
ape khabar semua?
harap baik-baik je...

"aku harap-harap ade orang sudi belanje... huhuhu..."

cam tu le gamaknye ayat-ayat orang yang da tersangkut dengan air tangan mapley... ayat kat atas tu contohnye je la... ade yang suka lepak kat kopitiam? kat mamak? kat KFC? kat McD? kat mane-mane kedai makan la... korang kisah tak siapakah yang menyediakan makanan korang tu?

semua orang tau meninggalkan solat tu berdosa ye tak? plak tu solat tu tiang agama... masuk plak dalam rukun Islam yang kedua... kalau rukun nikah kita tinggalkan... nikah tak sah kan? kalau rukun solat kita tinggalkan solat tak sahkan? kalau kita tinggalkan rukun Islam plak? lu pikir sendiri...

seperti satu kisah di zaman nabi Musa.... ade seorang lelaki yang dah berumahtangga... dia belom memilki zuriat... lalu dia pun bernazar...

"kalau aku dapat anak... aku akan minum air kencing anjing hitam"

dengan izin Allah... isteri lelaki tu pon pregnant... pastu dia pun dapat le anak lelaki... dan-dan teringat nazar dia... nak minum air kencing anjing hitam... mesti le risau kan? air kencing anjing hitam tu....

info: mase zaman nabi Musa syariatnye berbeza ngan zaman nabi Muhammad s.a.w... kalau zaman Rasulullah bernazar perkara yang haram tak payah buat cuma kena bayar dam(denda)... tapi zaman nabi Musa lain... asal bernazar je mesti buat... walaupun haram...

lelaki tu pon berjumpa la dengan nabi Musa... dan berceritalah yang dia telah bernazar... kemudian nabi allah Musa pun menjawab yang lelaki tu tak payah minum air kencing ainjing hitam.... tapi akan minum air yang lebih hina dari tu... 

nabi Musa pun memerintahkan lelaki tu untuk menadah air yang jatuh dari bumbung orang yang meninggalkan  solat... kemudian minum air tu... ermmm tu baru air bumbung orang yang tinggalkan solat... pun da lebih hina daripada air kencing anjing hitam...

cam ne plak dengan orang yang tak solat atau meninggalkan solat? kemudian masak untuk kita? air tangan orang tak solat? tu belum lagi kalau kita makan air tangan orang kafir... terfikir tak? kenapa anak-anak sekarang ramai yang degil? yang rase payah nak buat perkara baik-baik... penah kita amik tau tak tukang masak tu solat ke tak?

lebih baik makan kat umah makan air tangan isteri atau ibu kita... ye tak?

wanita plak kena la jaga solat supaya anak-anak atau suami tak gelap hati makan air tangan kita... lihat la betapa pentingnya solat... dan betapa hinanya orang yang culas dalam solat... tapi orang kita selalu rase bangga bila kerap makan kat luar kan? tu mentaliti orang-orang kita... 

MAKAN KAT LUAR BUKAN SIMBOL KUKUHNYA KEWANGAN DERRRR
nota: cerita ni telah diolah sedikit daripada cerita asal... tetapi maksud cerita tak berubah... =)
p/s: usahakan memasak sendiri... kalau da terpakse nak wat cam ne... tawakal je la ye... ohhhh

22 August 2010

BELAJAR BIARLAH TINGGI-TINGGI... TAPI JANGAN BODOH BERTINGKAT-TINGKAT


salam
moga semua sihat walafiat...
ermmm... memandangkan aku tak sempat nak taip entri...
so aku nak kongsikan cite daripada Mtd. Kota Lama... hehehe... harap bermanfaat...

kadang-kadang anak kecil hanya melihat apa yang mereka nampak...

"Mak...besar nanti Atan (bukan nama sebenar) nak jadi Perdana Menteri", kata anak pada si ibu yang sedang sibuk menganyam tikar untuk dijual dipasar tani. "Bagus la Atan kalau kamu bercita-cita macam tu" balas si ibu pada Atan.

"Tapi.." kata si ibu yang masih lagi menganyam tikar sambil memandang jauh ke anak mata si anak."Jangan kamu menindas rakyat" sambung si ibu lantas si anak terus bangun dan merapati si ibu tadi."Kenapa mak cakap macam tu?" Atan bertanya.

"Atan tau kan kita hidup susah? tanya si ibu pada Atan. "ayah dah lama pergi, kita ni kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".
"Atan memang tau kita hidup susah mak" balas Atan."Sebab tu Atan nak jadi Perdana Menteri" jawab Atan sambil tersenyum.

"Jadi Perdana Menteri boleh bawa mak jalan-jalan, makan sedap-sedap, duduk rumah besar" kata Atan lagi. Si Ibu merenung jauh, memang betul kata Atan, tak perlu jadi Perdana Menteri,jadi ketua cawangan pun dah boleh beli macam-macam. Macam anak Pak Abu, baru jadi ketua cawangan Kampung Ngok Ngek, dah pakai kereta besar, menjalar-jalar. Itu belum lagi anak Pak Tam, jadi ketua bahagian Kuali Hitam, rumah mengalahkan istana sultan.

Si ibu mengusap rambut si anak, Atan yang baru berumur 6 tahun tak mengerti lagi erti hidup.Apa yang dilihat itu yang ditafsir. Yang tersirat belum lagi dapat di rungkai oleh Atan.Atan belum lagi perlu memikirkan mengenai perbelanjaan rumah.Gula nak dibeli, beras nak dibeli, minyak motor nak menghantar tikar ke pasar tani perlu diisi. Mujurlah rumah ini tak perlu disewa, biarlah buruk, asalkan ada tempat untuk berteduh tinggalan arwah suami. Tiba-tiba airmata si ibu tadi menitis, mengenai pipi si anak yang berada dalam ribaannya. "Kenapa mak menangis?'' tanya Atan. Si anak tak mengerti, jerih perit menjalani kehidupan yang semuanya memerlukan kuasa wang. Lantas si ibu mengusap cepat-cepat airmatanya.  "Takde apelah Atan, mata mak masuk habuk tadi" jawab si ibu.

Si ibu menjeling ke arah dapur, gula dah kehabisan, beras tinggal 2 cupak lagi, cukuplah untuk sehari dua. Tikar yang telah siap nak dihantar ke pasar tani esok. Minyak motor cukup sekadar untuk pergi, tapi balik belum tentu lagi. kalau jualan bagus, dapatlah beli sedikit barang dapur. Dapat untuk membeli buku mewarna untuk Atan.

Si ibu sayu, memikirkan tentang perbelanjaan rumah. Takkan hari-hari makan ikan kering berkuahkan kicap?. Nasib baiklah air diambil dari perigi. Perigi yang digali oleh arwah suami, tak perlulah risau untuk bayar bil air. Cuma bila malam, rumah usang ini hanya bertemankan pelita, nak harapkan cahaya dari lampu neon?..jauh sekali.

Cuma bila ada pilihanraya, ramailah wakil-wakil dari parti politik datang. Mewahlah sedikit hidup, dapat beras, gula, tepung, biskut kadang-kadang duit pun dapat. tapi itu cuma sementara, habis pilihanraya semuanya  hilang, janji yang ditabur lenyap bersama empunya mulut. Apa boleh buat, dah nasib, pujuk hati si ibu tadi.

Mereka orang kaya, semua YB-YB, tak perlu pikir tentang nak beli gula, susu, beras dan minyak. Mereka banyak  duit, fikir si ibu tadi. Aku perlu bekerja beras untuk semua tu. Tapi bila harga barang naik, aku tersepit. Nak mengadu?, sekadar mengadu tapi tindakan macam kura-kura. Lembap!.

"Atan, nanti bila Atan sekolah, Atan belajar sungguh-sunguh tau" ujar si ibu.
"Atan janji mak, Atan akan belajar sungguh-sungguh, Atan nak belajar setinggi yang boleh mak" balas Atan.

"Tapi nak..belajar biarlah tinggi-tinggi..tapi jangan jadi bodoh bertingkat-tingkat" kata si ibu. "Maksud mak?" tanya Atan.

"Atan kalau nak jadi Perdana Menteri, kena fikir masalah rakyat, jangan bebankan rakyat" kata si ibu. "Sebab, nak jadi perdana Menteri kena Belajar tinggi-tinggi, tapi jangan bodoh bertingkat-tingkat" kata si ibu lagi.

Atan mula berfikir, apa yang pasti, Atan masih tidak mengerti maksud si ibu. Sengaja si ibu membiarkan Atan berfikir. "Ingat nak...belajarlah tinggi-tinggi..jangan bodoh bertingkat-tingkat". pesan si ibu pada Atan.

Atan melihat mata si ibu... 

daripada: Mtd. Kota Lama

21 August 2010

KHUNSA KE? MENGEJAR HIDAYAH... MENGHARAPKAN TAUFIK....



salam
sedikit perkongsian daripada otai Mtd. Kota Lama...
hohoho... tajuk saje je suspen sikit...

Sebenarnya Allah ada menggariskan mekanisma untuk hamba-hambanya yang mendambakan hidayahNya.

Bertauhid : Sesiapa yang mahu hidayah Allah, hendaklah ia terhindar dari kesyirikan kerana Allah tidak memberi hidayah kepada orang yang membuat syirik. “Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kesyirikan, mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(Al-an’am: 82)

Bertaubat: Bertaubat boleh menjadi pendorong kepada hadirnya hidayah Allah “Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki dan menunjuki orang-orang yang bertaubat kepada-Nya”. 
(QS. Ar-Ra’d: 27)

Belajar agama:“Jika Allah menginginkan kebaikan (petunjuk) kepada seorang hamba, maka Allah akan memahamkannya agama”. 
(HR Bukhori)

Mengerjakan apa yang diperintahkan dan menjauhi yang dilarang: “Dan sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pelajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menguatkan (iman mereka), dan kalau demikian, pasti Kami berikan kepada mereka pahala yang besar dari sisi Kami,dan pasti Kami tunjuki mereka kepada jalan yang lurus.” 
(An-nisa: 66-68)

Membaca al-quran: memahami, mentadabbur, mengamalkan “Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus”. 
(QS. Al-Isra:9).

Berpegang teguh kepada Agama Allah: Barangsiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.” 
(QS. Ali-Imron:101)

Mengerjakan solat: Di antara penyebab yang paling besar seseorang mendapatkan hidayah Allah adalah orang yang senantiasa menjaga sholatnya, Allah berfirman pada surat al-baqoroh yang artinya “Aliif laam miim, Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya dan merupakan petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.” Siapa mereka itu, dilanjutkan pada ayat setelahnya “yaitu mereka yang beriman kepada hal yang ghoib, mendirikan sholat dan menafkahkah sebagian rizki yang diberikan kepadanya” 
(QS. Al-baqoroh:3) .

Berkumpul dengan orang-orang soleh: “Katakanlah: “Apakah kita akan menyeru selain daripada Allah, sesuatu yang tidak dapat mendatangkan kemanfaatan kepada kita dan tidak (pula) mendatangkan kemudharatan kepada kita dan (apakah) kita akan kembali ke belakang, sesudah Allah memberi petunjuk kepada kita, seperti orang yang telah disesatkan oleh syaitan di pesawangan yang menakutkan; dalam keadaan bingung, dia mempunyai kawan-kawan yang memanggilnya kepada jalan yang lurus (dengan mengatakan) : “Marilah ikuti kami.” Katakanlah:”Sesungguhnya petunjuk Allah itulah (yang sebenarnya) petunjuk; dan kita disuruh agar menyerahkan diri kepada Tuhan semesta alam.”
(QS. Al-An’am:72).

Mohon doa dengan Allah: “Wahai Tuhan kami, janganlah engkau condongkan hati kami sesudah engkau berikan petunjuk. Dan kurniakanlah kepada kami dari sisi-Mu kerahmatan, sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi kurniaan.” 
(Surah ali-Imran, ayat 8.)

Selaku orang yang ingin mengejar hidayah Allah, nak tak nak, kena juga amalkan cara-cara ini. Usaha kena ada!! Mengetahui hakikat ini, kita rasa hari ini, tidak lagi kita berperang dengan diri sendiri berkenaan hal hidayah ini. Jika ingin dapat hidayah, kejarlah hidayah.....

daripada: Mtd. Kota Lama 

p/s: otai base la ade salah ejaan...

17 August 2010

KO TAK NAK SAMBUNG BELAJAR KE?

belajar tak semestinya cam ni je kan?


salam
apa khabar semua...
harap sehat selalu la ye...

ape kat fikiran korang?

bila kate belajar je mesti ade pen, kertas, jadual kelas yang padat dan sendat... macam tu? hohoho... sila usir dari kepala pemikiran yang macam tu... sebab setiap hari kita semua belajar kadang-kadang tu mungkin setiap jam... ye ke?

jawapannye ye!! titik...


tak de istilah sambung belajar sebenarnye... sebab hari-hari kita memang akan belajar... yup belajar sesuatu yang baru... hehe (sibuk je aku ni wat teori sendiri)

semalam tak tau nak wat kuih karipap... eheheh... hari ni da tau la... belajar ngan sape? belajar ngan mak mertua... belajar gak tu kan? 

semalam bace blog orang lain... eheheh... hari ni da wat blog sendiri la.... belajar ngan sape? tengok-tengok orang wat nak cuba la jugak sendiri... hohoho belajar gak tu kan?


banyak lagi contoh.. manusia ni sentiasa belajar dan tak pernah berhenti belajar walaupun da grade dari mane-mane universiti... da tamat tingkatan 5... da tamat tingkatan 3... da tamat darjah 6... selagi kita semua bernyawa kita semua akan terus belajar... ye tak?


terlalu banyak medium untuk kita belajar.... tengok semut pun kita boleh belajar... tengok rumput pun kita boleh belajar... tengok baby pun kita boleh belajar... tengok kartun pun kita boleh belajar... yang penting hati kita nak atau tak...

nak nak dalam al-quran... memang la rujukan paling sesuai untuk kita belajar... sebab dalam quran ade ajar kita  macam-macam perkara... fizik, biologi, ekonomi, jenayat, ibadat, dan ape segala ilmu semua ade dalam al-quran... ye tak? jawapannye ye...

wohoooo...
weh quran tak ajar pun cara nak masak karipap... cara nak buat blog... cara nak menjahit... ohhhh... ana fenin la... fenin la... jangan fenin la...


Dan kami tidak mengutus engkau (Muhammad), melainkan orang lelaki yang kami beri wahyu kepada mereka;maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui. 
(An-Nahl:43)


ilmu manusia ni TAK PERNAH LENGKAP...
tu yang perlu kita ingat dan semat dalam hati...
kerana tu kita semua perlu terus belajar...
dan jangan kedekut untuk mengajar...


orang dulu-dulu tak masuk U pun bijak ye tak?


wallahualam...

WAK LUUUU!!! NAK TEGUR AKU... HOHOHO

salam 
buat semua... semoga sihat sentiasa...
dan gembira menjalani ibadah puasa =)

rasa nak berkongsi sesuatu... yang mungkin ramai dah tau... tapi tak ambik pusing pun... ramai yang da tau tapi tak kesah pun... ramai yang tau masih tak buat pun....

Fatimah Az-Zahra dan Sayidina Ali melihat Rasulullah s.a.w menangis kemudian menanyakan kenapa Rasulullah s.a.w menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku diisra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.


Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya." 


Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. 


Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas. 


Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. 


Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki yang bukan muhrimnya.


Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya kerana ia boleh solat tetapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub. 


Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. 


Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

Mendengarkan itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis...

bagaimana pula dengan yang melentok-lentok, berteleng-teleng, berhias-hias kemudian mengambil gambar dan menempel di blog dan facebook atau laman sosial lain? ye untuk tatapan umum... sesiapa pun boleh melihat... sesiapa pun boleh memuji... (jika ade tujuan mahu dipuji la... dan mahu menonjolkan diri sendiri)

nanti mungkin akan ade yang marah... kate itu hak aku... aku punya suka... bukan ko yang tentukan aku masuk syurga ke tak!!! hohoho jangan macam tu... 

ingat...
Rasulullah s.a.w telah mengingatkan dan menceritakan apakah perkara yang boleh menjerumuskan perempuan tu ke neraka... dengan balasan yang pelbagai rupa... tak suka dengan ingatan tu? tak mau terima ingatan tu? 

jangan nanti-nanti untuk berhijrah pada yang lebih baik... kerana ajal boleh tiba pada bila-bila masa je... 

ingatan ni bukan untuk yang single je... yang da bersuami pun kena berjaga-jaga...

p/s: jangan marah satu perkongsian buat diri sendiri dan semua yang aku sayang!!! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...