GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label suami isteri. Show all posts
Showing posts with label suami isteri. Show all posts

24 January 2016

EVOLUSI SUAMI ISTERI


ahahaha

okay ini gambar we all...

yang bawah tu gambar masa belum kawin lagi... yang atas tu lepas 3 tahun kawin...

next time nak snap gambar dah 6 tahun kawin...

haha... ramai yang cakap muka aku ngan husband mirip-mirip...
aku tak pasti la mirip tang mana...

haha

okay ni entri suka-suka je... nanti dah tua boleh la anak-anak aku tengok koleksi entri aku ni kan... =D



21 May 2015

JANGAN PANDANG SERONG JIKA SUAMI RAJIN


Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

haha... cer baca ayat atas tu... Rasulullah s.a.w juga seorang suami yang rajin dan ringan tulang... jadi bergembiralah seorang isteri jika memiliki suami yang rajin...

buat mak atau mak mertua.... jangan lah pulak bimbang... jika menantu atau anak lelaki anda menjadi sangat ringan tulang melakukan kerja-kerja rumah... kerana anak anda sedang mengikut jejak Rasulullah s.a.w...

hehe...

yelah... suami yang baik dan bertimbang rasa pastinya akan memastikan dirinya yang digelar sebagai ketua... bertungkus lumus melakukan pelbagai pekerjaan... kan isteri cuma pembantu jeeee haha... baru lah isteri ada masa nak bercantik-cantik... baru lah urat isteri tak cepat timbul... baru lah isteri tak cepat kedut-kedut dan mudah letih... kerana terlalu banyak melakukan kerja rumah...

kan kan kan?

apa pun bergantung pada rezeki masing-masing... bukan semua beruntung dan bertuah untuk memiliki suami yang ringan tulang dan menjaga kebajikan isteri...

p/s: alhamdulillah my hubby tak pernah segan nak lakukan pelbagai kerja rumah... daripada memasak, mengemas, melipat kain, sidai kain, menguruskan anak-anak dan lain-lain lagi... terutamanya bila aku tengah sarat mengandung.... dan bila nampak aku kepenatan... =D peace yooo... 

selfie masa bergonjeng =P

11 May 2015

5 CARA HARGAI PASANGAN

5 Cara menghargai pasangan anda
1. Anggap pasangan kita seperti diri sendiri. Menganggap pasangan kita sebagai diri sendiri yang harus dicintai, dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami isteri. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan.

2. Isteri bukanlah pembantu rumah tangga. Banyak suami menganggap bahwa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab seorang isteri seratus persen. Padahal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahwa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah.

3. Isteri adalah manusia. Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka ridha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang telah berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar dari masalah yang mereka hadapi.

4. Ingat hari lahir dan tanggal pernikahan pasangan. Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh siapa saja apalagi dari orang yang disayanginya. Jika suami adalah orang yang perhatian dan menyayangi isterinya, apa salahnya jika dia memberikan hadiah khusus kepada isterinya.

5. Membantu ringankan tugas isteri. Suami sesekali perlu ringan tangan membantu isteri, jika setiap hari isteri kita berpeluh dalam memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suami pun perlu membantu isteri membantu pekerjaan rumah. Jika itu dilakukan, pastinya sang isteri pun akan melayangkan senyum indahnya bahkan perkataan terbaiknya.




29 April 2015

COMEL! SUAMI ISTERI BERGADUH DI LAMAN FACEBOOK ZALORA



Assalammualaikum

semoga semuanya sihat...

kegilaan membeli 'online' biasanya terjadi di kalangan wanita... bila dah ada suami mesti kadang kala suami jadi stress dengan tabiat isteri hihihi

bagus jugak ZALORA ni rajin melayan haha =P


kelakar kan?

20 May 2014

INSTICT SUAMI DAN ISTERI... MEMANG POWER!!!

Assalammualaikum...

malam tadi... pegi outing sat... sebab nak beli barang dapur.... so masa on the way... kereta kita orang lalu la dekat satu gerai burger... aku tak sebut apa2 pun... tapi dalam hati aku teingin nak makan burger...

haha... lepas2 beli barang... aku pun nak order burger la... my hubby said... tak payah... dah order... OMG... again... macam dalam syurga... baru terlintas dalam hati... dah dapat...

terlintas nak makan sup kambing dapat makan sup kambing...
terlintas nak makan KFC tup2 dia bawa balik KFC...

selalu sangat... jadi cam tu... baru je rasa nak tengok picture hubby... tup2 dia whatsapp gambar dia.... Ya Allah Alhamdulillah... hubby selalu dapat rasa hati bini dia...

i'm so proud with my hubby...

my hubby always said... don't worry... orang lelaki walaupun tak sebut sayang hari2 tapi tingkah lakunya... memang menunjukan yang dia sangat sayang isterinya... 

my hubby selalu cakap..."kalau abang mati jangan tak nak kawin lagi... nanti tak de siapa jaga"
my hubby selalu cakap... "sampai sekarang masih macam budak2"

hahaha.... dah memang cam tu... "sayang kan suka manja dengan abang..."

p/s: bila facial foam aku habis pun my hubby perasan... tak payah order dia dah belikan siap scrub lagi.... aduhai... so touching dear...


08 January 2014

TANDA SUAMI SAYANGKAN ISTERI

Assalammualaikum

Ape tanda suami sayangkan isteri ye?

1. Tak bagi isteri dedahkan aurat

For me.... my hubby akan jenggilkan mate dia bila tengok bininya pakai pakaian yang terketat masa keluar rumah... kalau nasib tak baik aku kena cubit ha3... but tu semua jadi ingatan aku  supaya jaga penampilan masa keluar rumah... he3

2. Tak bagi chance lelaki lain duduk dekat dengan isterinya

For me... my hubby... memang macam tu... kalau naik flight... .. kalau yang bakal duduk sebelah bini dia tu lelaki... mestilah dia akan soh tukar seat... hu3... kalau pegi makan dengan member lelaki dia... susunan kerusi masa makan memang dia akan jaga... supaya bininya tak duduk bertentangan mata dengan member lelaki dia... dan tak duduk sebelah member lelaki dia...

3. Selalu ada bila isteri memerlukan

For me... my hubby... selalu ade terutamanya saat isterinya sangat memerlukan... masa aku demam... dalam pantang... ha3 rasa macam nak dalam pantang je hari2... sebab dilayan macam puteri ho3...

4. Faham sangat taste isteri

For me... aku beruntung sangat sebab my hubby sangat mengutamakan isterinya daripada dirinya sendiri... daripada soal makan... pakai... dan sebagainya... tapi dia tetap letakkan ibunya nombor satu... tu yang buat aku sayang beribu ribu lemon kat beliau...

perghhh nak cite lebih2 kang takut touching sangat... sayang rasa sangat happy... sebab abang jaga sayang dengan baik..... semoga kita dapat bersama sampai syurga... sob sob sob


25 June 2013

INGIN JADI JELITA DI MATA SUAMI? TANPA MODAL YANG BANYAK... CUBALAH SENDIRI...

salam dan selamat sejahtera...

semoga sihat sentiasa... walaupun berjerebu...

mencari nafkah tu semestinya la tugas suami.... tetapi bila ade masa lapang... salahkah suami ke dapur untuk memasak?

haruslah tak salah... bukan setakat ke dapur untuk memasak... malah membantu isteri melakukan kerja rumah saat suami ada kelapangan juga sudah cukup menggembirakan isteri...

ye la... bila isteri gembira... awet muda la bini korang...
badan pun tak mudah lenguh lenguh dan sakit sakit...

moralnya... nak isteri yang cantik jelita... dan awet muda tanpa modal yang banyak... rerajinlah membantu isteri di rumah...

haha... lagi pun mengeratkan kasih sayang...
isteri pun boleh manja manja dengan suami...

kuang kuang kuang... sesape yang belum cuba... ce cube ce cube...

nota: tq for my hubby becoz always help me... everytime i need...


07 October 2010

KALAU ABANG JADI ULTRAMAN...

salam semua...

jom kita layan cite best nak? layannnnnnnn

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie.... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah....bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... ..buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9).... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang.... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu, Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman....
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah... 

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

p/s: lawak derrr.... jem aku bace huhu

26 September 2010

SIAPAKAH SUAMI ANDA KETIKA DI SYURGA?

assalammualaikum dan salam sejahttera semua =)

kali ni nak berkongsi info buat semua...

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.


17 August 2010

WAK LUUUU!!! NAK TEGUR AKU... HOHOHO

salam 
buat semua... semoga sihat sentiasa...
dan gembira menjalani ibadah puasa =)

rasa nak berkongsi sesuatu... yang mungkin ramai dah tau... tapi tak ambik pusing pun... ramai yang da tau tapi tak kesah pun... ramai yang tau masih tak buat pun....

Fatimah Az-Zahra dan Sayidina Ali melihat Rasulullah s.a.w menangis kemudian menanyakan kenapa Rasulullah s.a.w menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku diisra'kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya. Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.


Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya." 


Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya. 


Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas. 


Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. 


Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki yang bukan muhrimnya.


Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya kerana ia boleh solat tetapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub. 


Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. 


Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

Mendengarkan itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis...

bagaimana pula dengan yang melentok-lentok, berteleng-teleng, berhias-hias kemudian mengambil gambar dan menempel di blog dan facebook atau laman sosial lain? ye untuk tatapan umum... sesiapa pun boleh melihat... sesiapa pun boleh memuji... (jika ade tujuan mahu dipuji la... dan mahu menonjolkan diri sendiri)

nanti mungkin akan ade yang marah... kate itu hak aku... aku punya suka... bukan ko yang tentukan aku masuk syurga ke tak!!! hohoho jangan macam tu... 

ingat...
Rasulullah s.a.w telah mengingatkan dan menceritakan apakah perkara yang boleh menjerumuskan perempuan tu ke neraka... dengan balasan yang pelbagai rupa... tak suka dengan ingatan tu? tak mau terima ingatan tu? 

jangan nanti-nanti untuk berhijrah pada yang lebih baik... kerana ajal boleh tiba pada bila-bila masa je... 

ingatan ni bukan untuk yang single je... yang da bersuami pun kena berjaga-jaga...

p/s: jangan marah satu perkongsian buat diri sendiri dan semua yang aku sayang!!! =)

27 June 2010

DARI FAIL MAHKAMAH SYARIAH: HARTA SEPENCARIAN


salam
kembali bersiaran.... 

kali ni aku nak bincangkan dan diskusikan perihal harta sepencarian.... pe tu harta sepencarian? harta yang diperolehi oleh isteri atau suami ketika hidup bersama.... tidak kira bidang kerjaya mereka sama atau tak... ni maksud secara ringkas dan mudah...... supaya korang boleh faham.... 

harta sepencarian ni dalam bahasa omputihnya MATRIMONIAL PROPERTY merupakan satu peruntukan undang-undang daripada adat melayu.... diteruskan hingga kini kerana tak de pape pertembungan dari segi syarak.... so harta sepencarian ni dah diterima sebagai salah satu undang-undang keluarga islam....

harta sepencarian ni biasanya akan dituntut jika berlaku penceraian atau kematian... juga kadang kala kalau suami ada berpoligami... isteri kedua tak boleh pertikaikan kalau suami memberi sesuatu yang lebih pada isteri tua.... kerana segala harta yang dimiliki bersama ketika masih belum berpoligami memang berhak ditakrifkan sebagai harta sepencarian dengan isteri pertama... dalam situasi ni isteri kedua tidak berhak campur tangan... 

manakala setelah berpoligami... jika ada berlaku apa-apa tuntutan... harta sepencarian barulah boleh dibahagikan kepada tiga.... dan begitulah seterusnya....

p/s: aku rasa nak menulis isu ni sebab ade kes suami yang tak paham-paham istilah harta sepencarian.... lepas dia berpoligami... bini baru pun same gak tak bape nak paham... asyik nak jeles je... jeles kat bini pertama dapat umah...  bila naik mahkamah baru ko nganga... susah beno nak paham istilah.. haishhhhhhhhhh =)

lepas ni aku nak cite pasal tuntutan nafkah idah dan anak-anak... ni pun ade gak aku tengok tuntut yang tah pape je... dengan alasan yang tak masuk akal... haishhhhhh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...