GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

26 July 2017

YEAY!!! NEW BABY FRESH FROM OVEN



Assalammualaikum

Alhamdulillah... aku dah selamat melahirkan baby yang keempat... dapat gegurl... fuhhh syok la boleh beli baju gown...



Nur Iman Amani binti Mohd Noor Aiman
25 syawal 1438H @ 12:03PM
3.46kg

Officially Nu'man dah jadi abang...

Syok sangat abang n kakak main doktor2

My 3rd child abang nu'man

My 2nd child kakak alisha

My 1st child abang ahmad

Daaaaaa jumpa lagi nanti...

P/s: plan nak buat surprise untuk besday husband... wait n see yaaaa

18 June 2016

KUIH RAYA IN THE HOUSE

Assalammualaikum....

Semoga semuanya sihat selalu...
Tahun lepas aku tak buat pun kuih raya... tahun ni belum seminggu puasa aku buat kuih....

Ni saje test guna marjerin... samperit dahlia dengan coklat chips...

Hari yang sama buat hari tu jugak habis....

Premium samperit... no deco2... simple but nice... less than 24 hours licin... kena makan ngan anak2...

Pertama kali buat tart gulung...
Nak tau teknik tengok je dekat youtube... setttle... segala tips buat kuih ada...

Aku beli jem ready made je... tak kuasa nak parut nanas... kasar tangan nanti ha3

Jem nanasnya sedap tak liat dan just nice je manisnya... next entri aku cite pasal jem ok...

Sebelum di bakar...

Yang kuning tu aku campur kuning telur dan pewarna kuning... baru berseri sikit...

Selepas di bakar

Ahmad peminat tart...

With in 24hours dah tinggal separuh balang...

Tart yang dapat dihasilkan daripada 250g butter lebih kurang 1 balang sedang dan 1 balang kecil... jumlah aku tak kira...

Nampaknya mama kena wat kuih raya bila dah nak raya la... kalo tak nanti kena makan je...

Ok see u next entri {^_^}

11 November 2015

NOTA BUAT PARA PELINDUNG WANITA


Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu... bahagia di samping insan tersayang...

pelindung wanita  tu lelaki la ye...

Jika kalian pernah berkawan rapat dengan seorang gadis dan si gadis itu pernah berhasrat ingin jadikan kalian bakal imamnya, tetapi ternyata kalian bukan pilihan Allah untuknya... dan kalian ditakdirkan bernikah dengan orang lain... berilah penjelasan tanpa melukakan hatinya... seorang gadis yang telah menunggumu bertahun-tahun...

Yang telah menjaga dirinya, mendinding hasrat lelaki lain dari mendekatinya kerana dia ada kamu sahaj sebagai calonnya...

Kalian tidak pernah tahu sedalam mana kepercayaan yang diletakkan, seteguh mana usahanya untuk bertahan dengan kamu sebagai pilihannya....

Sebab untuk membenarkan hatinya jatuh hati kepada kamu pun bertahun-tahun dia bertanya pada Allah... untuk memberi rasa itu hidup atau tidak... Dia tidak mencintai dirimu kerana dirimu... dia tidak menunggu dirimu kerana dirimu... dia tidak berharap kepada dirimu kerana dirimu... sebab sungguh, meletakkan harapan yang disandarkan pada Allah itu yang membuatkan dia memilihmu seorang...

Allah tidak pernah salah dalam urusanNya...

Kecenderungan untuk menerimamu adalah dari Tuhan. Bukan kerana dirimu. Ini adalah ujian Allah untuknya.... meskipun ujian Allah berkadar langsung dengan kemampuan hambaNya, tetaplah mendoakan kesejahteraan hatinya.

Jika kamu ditakdirkan bernikah dengan orang lain, doakan hatinya kuat. sebab kamu telah menggantikannya dengan apa yang baik menurutmu, maka doakanlah ia tidak hancur atas sebab itu.

Titipkan doa agar dia tidak merasa seperti sampah, tidak merasa seperti sisa kerana telah digantikan dengan mudah.

Doakan Allah mengampunkan dosanya dan memeluk kesakitannya. Doakan dia tetap dekat dengan Allah. Doakan Allah menghilangkan kamu dari hatinya seperti kamu telah dapat menghilangkan dan menggantikan dia dari hatimu.

Katakan bahawa dia boleh membuka hatinya dan mempertimbangkan lamaran yang datang selepas kamu. katakan dia boleh berkata 'Ya' jika ada yang ingin menyunting padanya. dan doakanlah semoga Allah redha kepada muslimah yang telah diuji dengan kehadiranmu  dalam hidupnya....

Sungguh sudah begitu ramai yang kehilangan diri sendiri selepas kehilangan seseorang, maka doakan dia tetap berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah...

Kerana dia juga pernah menjadi sebahagian gelak tawamu...

nota: jangan berharap pada manusia berlebih-lebihan... kelak sakitnya tu di sini hi3... ini bagi yang berkawan ikut syariat ok... ni bukan kategori cinta macam kisah dalam novel tu ye... atau macam slot drama akasia...

29 October 2015

CIRI-CIRI PENTING UNTUK JADI LELAKI IDAMAN WANITA

Assalammualaikum

sejak dua menjak ni banyak betul perbincangan mengenai lelaki idaman wanita...

haha gelak dulu na....

ni aku nak cite sikit... dulu-dulu sebelum kawin aku punya garis panduan lelaki idaman.... kulit sawo matang/cerah, ada misai dan janggut, tinggi lebih dari 172cm.... tak banyak cakap,,, ehh banyak la ciri-ciri lelaki idaman aku....

selain tau pasal agama... tak banyak tau pun tapi kena tau jugak hehe...

ini pendapat aku dan kawan-kawan aku la... jangan kecam aku...

lelaki atau perempuan yang nak cari pasangan... kena cari yang kacak atau cantik... jugak... kalau dapat cantik sangat atau kacak sangat alhamdulillah.... supaya anak yang terhasil tu tak la tak comel sangat... ko faham maksud aku kan hi3...

even mak bapak elok rupa paras masih ada juga kadang-kadang dapat anak yang kurang comel... ok... tu kena redha lah.... tapi kalau dah laki bini tak comel... jangan sesekali pasang angan -angan nak dapat anak comel... itu namanya berangan tak sudah.... kalau dapat juga anak yang comel tu memang rezeki Allah nak bagi... hi3

begitu juga dengan ketinggian... dan tahap IQ...

pada aku dalam memilih calon isteri atau suami tu semua kena diambil kira.... aku memang particular bab tu semua... haha...

tahu bab agama pun kena jugak... kalau sebelum kawin sibuk melentok-lentok selfie... kau tak boleh harap dia hentikan tabiat tu lepas kawin.... sama gak dengan sifat lelaki kau tak boleh harap dia ikut acuan yang kau suka 100%

TAPI KAN....

last-last jodoh aku dengan...
lelaki 172cm...
kulit sawo matang..
ada misai dan janggut..
pandai masak...
boleh katakan multi tasking la....

alhamdulillah....

tapi kan kan kan...

bila aku tanya hubby... taste dia cam ne... sebab setahu aku ex dia... ada yang bulat... ada yang lonjong... ada yang tinggi... ada yang muka penat... ada yang chinese look... haha hubby aku gelak je...

tapi yang pastinya dia suka korea n jepun..haha.. bila pegi saloon nak potong rambut bini... mesti la contoh fesyen rambut awek korea yang dia pilih... soh tukang gunting potong... kalau dia potong sendiri pun gitu jugak...

dan.... hubby aku kalau boleh dia nak bini dia ni... menutup aurat dengan betul... itu aku faham dan aku tengah cuba sedaya upaya.... pakai jubah la yang dia suka... pakai tudung labuh la lepas dada... kuar muka dan tapak tangan je... haha....

apa pun jodoh tu rahsia Allah.... biasanya elok je Allah atur jodoh kita.... melengkapi satu sama lain.... dan itulah kami suami isteri....

apa pun ciri-ciri yang korang nak... korang kena doa hari-hari... jangan pulak doa nak kawin dengan laki orang... haha silap haribulan pinggan melayang...  tak pun nanti kecewa sendiri kan... mereput je pendam perasaan... kih3

ok babai...

WARNA MAMPU REDAKAN TEKANAN

Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah berkenaan. pilihan warna bilik tidur dan kesihatan dapat membantu:

MERAH - Hilangkan masalah sakit kepala
Kajian mendapati bahawa merah dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembap berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin.

BIRU - Mengurangkan tekanan di tempat kerja
Anda rasa tertekan? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ia dapat mengurangkan tekanan darah.

MERAH JAMBU - Elakan insomnia
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa pada waktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna berkenaan. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik!

JINGGA - Ceriakan mood
Apabila anda berasa murung atau cuba mengembalikan tenaga, cuba sesuatu yang berwarna jingga pasti mood anda akan berubah.

HIJAU - Leyapkan keletihan
Ada pendapat mengatakan hijau mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.


17 October 2015

YEAY!!! NU'MAN DAH MENIARAP

Ni masa ngah gigih

Yessa... dah berjaya...



Yeay!!! Alhamdulillah... nu'man dah meniarap... ni untuk 2nd time... 1st time dia meniarap dan telentang sebelum dia cukup 4 bulan...

Haha...
Mama plak yang eksited... baby yang baru2 niarap ni biasa lom lagi rajin sangat nak niarap... nanti dah biasa baru lebih mahir...

Mama harap ketiga-tiga anak mama membesar dengan sihat dan cerdas...

Tadaaa...

03 October 2015

KEPENTINGAN WANITA MEMILIKI LESEN MEMANDU

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

kali ni aku nak sentuh mengenai wanita dan lesen memandu.... aku mula-mula belajar drive dan ambik lesen kereta masa umur 18 tahun... tahun 2004... lagi awal daripada hubby aku... (tapi dia lebih power drive la kan...) hubby aku ambik lesen kereta masa kitaorang dah couple... dalam tahun 2008 gitu lah... aku ambik lesen kereta ni pun atas sebab nak mudahkan urusan masa study. takut nak kena bawa alatan survey... so aku pun ambik lesen... masa tu dekat arau lagi...

tapi aku tak biasa pun drive... setakat drive keta ayah aku pi balik kampung pekan air panas yang dekat tu je... haha... tu pun jarang-jarang je...

masa dah dekat shah alam baru aku agak selalu drive... tapi kereta auto... okeh diulang auto... so... semestinya la... aku tak biasa bawa kereta manual... al maklum... rajin pinjam kereta bapak sedara aku.... kereta bapak aku manual....

dan aku aktif semula memandu... bila dah kawin... sebab husband aku berikan sepenuh kepercayaan dia... untuk aku drive... memula... dia boleh paksa aku drive... jalan dah la tengah sibuk masa tu... dia paksa lalu main road... dengan lori, kereta, van, motor... traffic light... hahhhh berpeluh-peluh ketiak aku...

masa tu aku ingat lagi berenti kat traffic light boleh mati pulak enjin... belakang aku lori... haha kena pon pon pon la jawabnya... (dah macam masa ujian memandu kau)

tapi husband aku tetap suruh aku move on... sebab dia tau aku boleh... itu la permulaan aku drive kereta setelah sekian lama tak bawa kereta manual... bila dah biasa ok la....

dan pada pendapat aku... zaman sekarang ni sangat penting wanita tahu memandu...

1. jika anda bekerja, ia akan memudahkan urusan anda ke tempat kerja.
2. jika ada hal kecemasan di mana anda perlu ke suatu tempat, tetapi pada masa itu suami tiada

biasanya aku akan drive sendiri untuk urusan klinik. seperti pemeriksaan bulanan semasa mengandung (masa perut kecik ok lagi... bila perut besar dah sangkut steering),  atau kena pergi klinik untuk check up anak-anak pada umur 1 hingga 3 tahun ke... dengan itu ia memudahkan urusan anda sekeluarga...

kadang-kadang tu anak aku ada aktiviti dekat sekolah ke... katakan tak da kenderaan yang boleh pick up... terpaksalah drive sendiri gi sekolah anak... boleh atau tak boleh... bila keadaan memerlukan... kau akan jadi boleh... aku gitulah... kalau ikut hubby aku... tunggu dulu nanti ada yang ambik... tunggu punya tunggu... tak de... hubby plak dah gi keje semula... kih3 ape lagi... masa ni la gunanya kemahiran memandu...

dan jangan disalahgunakan kelebihan tahu memandu ni... aku biasanya drive bila ada keperluan... dan bukan untuk suka-suka... kalau nak bersuka ria biasanya husband aku ikut sekali dan dia akan drive...

kemahiran memandu atau menunggang motosikal ni sangat penting... dan sebaik-baiknya anda miliki lesen... jadi ia lebih selamat...

go girl! go girl! go girl!

perbaiki  diri anda...

wassalam..

aku tak update pun lagi lesen yang jenis baru ni...
buat slip yang kena attach sekali lesen ni pun masa kat sarawak...

aku cuma boleh drive keta je... tow truck, van, dan lain-lain tatau haaa. =P

PERLU KE BAYI PAKAI SARUNG TANGAN?


Assalammualaikum

semoga semuanya sihat sejahtera...

kali ni aku nak share pengalaman dan kisah berdasarkan pemerhatian aku. korang yang dah pernah jadi ibu atau bapa... pernah atau tak dengar... orang tua-tua cakap anak bayi suka genggamm tangan dan bila buka tapak tangan berkerak... yes...

jika diikutkan... pengamaL perubatan... depa tak galakkan pemakaian sarung tangan bayi @ mitten. kenapa mereka tak galakkan?

pertama
untuk beri galakkan bayi belajar menggenggam tangan ibu bapa atau orang berhampiran seawal mungkin.... biasanya tangan ibu lah... ketika sesi penyusuan... dan ketika sesi bual-bual dengan bayi... rangsangan ni sangat penting... inilah sebab utama kenapa tak digalakkan pemakaian sarung tanagn bayi...

kedua
untuk pastikan tangan bayi bersih dan bebas kerak... seperti yang diceritakan oleh orang-orang lama... maklum lah... bila asyik pakai sarung tangan tak pernah buka... tangan bayi pasti akan sentiasa menggenggam kerana tiada rangsangan... then bila kerap digenggam dan terkurung sudah pasti berpeluh... tu yang kena rajin cuci dan dibersihkan... kalau tak rajin berkerak la jawabnya...

ketiga
kenapa bayi lebih baik tak pakai sarung tangan. untuk pastikan ibu bayi rajin potong kuku bayi... haha betul ke? dah banyak kes aku perati je... bila bayi tu ligat sikit je... tetiba sarung tangan bayi tu tertanggal.... mak aiiiiiiiiii panjang betul kuku bayi tu... then si mak baby tu... dengan pantas sarungkan semula sarung tangan tu... see... adoi la kan... kot ye pun potong la kuku bayi tu... baru la nampak kemas dan bersih...

berdasarkan pengalaman aku...
anak pertama memang agak lama aku pakaikan dia sarung tangan kira lebih dari sebulan... so jari-jemarinya kurang nampak fresh... 

tapi untuk anak kedua... dan ketiga... hari kedua dah tak pakai dah. hari pertama kena pakai sebab aku tak dan nak potong... coz masa tu masih kat hospital... hari kedua dah balik rumah... jadi memang aku terus potong kukunya dan tak perlu pakaikan sarung tangan lagi... dan kuku bayi kena lah selalu di periksa jika panjang je sikit...  cepat-cepat potong untuk elak dia cakar muka...

so far... alhamdulillah... comel, cantik dan bersih je.... berbeza dengan sarung kaki @ stokin @ booties... sebaik-baiknya sentiasa dipakai... untuk elak mudah masuk angin... tapi anak aku bila dah besar sikit tak berapa sesuai pakai stokin stail orang besar tu... sebab dia jenis semangat... betis besar...

anyway semoga membantu anda semua untuk jadi ibu dan bapa lebih baik dan hebat!

wassalam...

jari baby yang tak pakai sarung tangan

28 September 2015

SAYANG ANAK TANGAN-TANGANKAN

Assalammualaikum...

Bismillah... semoga semuanya sihat selalu... kali ni aku nak share mengenai sayang anak tangan tangankan...

Sebenarnya pepatah lama tu masih relevan digunakan pada zaman sekarang... sayang mana kita kat anak kita jangan la sampai tak boleh ditegur atau dimarah...

Janganlah bila anak mengadu kena rotan dengan cikgu kita nak gi marah cikgu pulak... tanpa selidik apa punca anak kita kena marah...

Anak tersadung akar... akar pulak yang dimarah dan dicarutnya... padahal si anak sendiri yang tak berhati-hati...

Selain tu kecuaian dan kealpaan sendiri semasa anak dalam pengawasan kita... kita sibuk nak marahkan orang lain dan salahkan orang lain...

Budaya menyalahkan orang lain pada masa kini semakin menjadi-jadi... walhal dalam al quran juga dah diberitahu ibu bapa lah yang akan mencorakkan anak mereka.

Semoga kita semua tidak tergolong dalam kategori ibu bapa yang sering menyalahkan insan lain....

Kalau anak kau balik sekolah mengadu kena acah2 buli ngan kawan2 sekolah... kau nak bambu budak2 tu ke? Atau kau ajar anak kau defend diri sendiri dulu? Mestilah ajar anak defend diri sendiri dulu... ajar anak untuk jadi berani pertahankan diri sendiri...

Kalau kau sibuk layan fon. Anak kau... kau bagi main dengan orang lain... then jatuh... kau nak marah anak orang atau kau nak marah diri sendiri yang careless...

Semuanya atas ibu bapa sendiri... kalau tak nak anak comot main kat luar... kau tak payah bagi main kat luar lepas mandi... kalau kau tak nak anak kau tergolek... tak payah bagi main dengan anak orang lain... bila kau bagi ruang dan peluang pada anak kau... kau kena terima risiko negatif atau positif yang bakal jadi...

Haha anak aku kalau selamba je makan jajan dan gula2... memang kena bebel lah... jalan kalau menonong tak reti nak hati2 pastu terjatuh... kena marah la jawapnya...

Stop blame others...

Wassalam...


24 September 2015

MEDIA SOSIAL DAN PENDAPATAN SAMPINGAN

Assalammualaikum...

Semoga semuanya sihat sejahtera....
Pernahkah anda terfikir untuk jana pendapatan sampingan... hanya dengan mengadap laptop? Smart fon dan yang sewaktu dengannya...

Pada aku sangat la rugi kalau kau hadap laptop dan guna media sosial tanpa dapat apa-apa...

Sekadar update status kat facebook dan twitter... upload gambar selfie kat instagram dan yang sewaktu dengannya...

Memang sangat rugi okay...dan satu tindakan kurang bijak...

Kalau kau hadap facebook dan twitter pastu share perkara atau status bermanfaat ok la lagi... but... kalau kau sekadar share gambar selfie yang tah apa-apa... tu semua memang buang masa dan tak da untung pun.... melainkan nasib kau baik dan teramat baik... tetiba ada anak raja nak pinang kau keesokan hari...

So gunakan la media sosial sebaiknya untuk kau jana pendapatan sampingan... dengan berniaga online, share resepi, atau apa-apa yang boleh mendatangkan hasil yang halal... dan berpahala... bukan sekadar ikut-ikutan... orang sinun upload gambar... kau pun upload jugak gambar tengah berteleng-teleng... omg... memang tak produktif langsung... babe...

Ni projek hantar resepi. Kumpul point dan boleh redeem duit.


Ni dalam masa seminggu dah boleh dapat cam ni... cukup rm500 terus cashout...

Program affiliate lagi... join dengan lazada, sweet muslimah, simple hijab...

Review lokasi percutian... satu artikel rm80 hingga rm200... di samping iklan nuffnang...

Kan seronok... sambil main ngan anak-anak, sambil masak untuk husband... kau boleh jana income...

Tq sifu...
Puan Ainon Mohd sudi add kat facebook... bertambah senang la nak berguru nanti...

Bagaimana anda dan siapa anda... anda yang tentukan...

P/s: anything boleh email norfadhillah1810@gmail.com
Jom jana income bersama =)

Aku selalu cakap kat husband... sayang tak kan ngadap facebook kalau setakat update status n selfie je... paling tak mesti ade hasil...




SALAM AIDILADHA

Assalammualaikum
Semoga semuanya sihat selalu

Rasanya belum terlambat lagi untuk aku wish... selamat hari raya aidiladha....

Musim haji kali ni banyak pulak berita dari tanah suci yang agak menyedihkan...

Apapun... takziah buat keluarga mangsa...
Semoga mereka semua di tempatkan di kalangab orang-orang yang beriman...

Dan ni gambar masa raya aidilfitri lepas ok... masa aku dalam pantang lagi... beraya sakan kau... lepas tu letih dan lenguh-lenguh... nasib ade mr.e haha

Bidan terjun kih3







07 September 2015

AWAS: AKIBAT SETELAH 5 TAHUN BERKAHWIN

Assalammualaikum...

Semoga semuanya sihat selalu...
tajuk entri tak nak kurang... haha jangan marah haaaa...

Dulu sebelum kawin...
mana ada ni...
sekarang dah ada 3 orang anak...

Dulu... apa pun tak tau...

menu masa tahun pertama kawin ni je yang boleh dimasak

ini pun menu masa tahun pertama kawin

Boleh la buat makan family...

ni pulak lepas dah 5 tahun kawin


Antara sebahagian menu yang boleh dimasak untuk keluarga kecil aku..
kawan-kawan atau tetamu yang datang...

Dari tak reti nak memasak sangat... sekarang kira boleh lah... 
hasil google kat internet...

I hope after 10 years married i can make a beautiful cake with decoration like this...

Ini cita-cita i okay!!!

P/s: tq husband... sebab selalu layan i shopping barang untuk main masak-masak hahaha... husband i pun makin comel lepas 5 tahun kawin (sila jangan muntah okay!!!)




31 August 2015

6 KELEBIHAN JIKA SUAMI PANDAI MEMASAK

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat dan bahagia selalu...

Kebiasaannya... lelaki sering mengharapkan jika sudah berkahwin kebiasaannya isteri lah yang mesti tahu memasak...

Sebenarnya...
jika suami pandai memasak juga adalah satu kelebihan...

Paling sengkek reti masak telur haha... ok la kan... daripada tak tau apa-apa...

Antara kelebihan jika suami tahu memasak:

1. Boleh bantu isteri jika isteri penat.
2. Boleh memasak makanan buat isteri ketika berpantang.
3. Tak perlu nak kejut isteri jika lapar tengah-tengah malam... masak je sendiri...
4. Salah satu teknik memujuk isteri jika beliau merajuk... sejuk hati isteri jika suami boleh masak menu special haha....
5. Isteri dan anak-anak dapay merasa air tangan suami.
6. Simbol lelaki sejati haha.


21 August 2015

SWEET: SUAMI LAYANKAN ISTERI JUMPA BFF

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu
iols sangat hepi raya tahun ni...
sebab dapat baby baru...
dan...
iolss dapat jumpa my bff yang dah dekat 5 tahun tak jumpa... seiring usia perkahwinan aku... maklum la last time jumpa dulu hari aku nikah... haruslah my hubby kenal kan... haha

Okey...
di hujung2 syawal
My hubby yang sweet sudi bawa
Gi beraya umah bff
Kat jalan kuching kl n kat seksyen 6 shah alam...

Korang boleh bayangkan hepi gila aku...
haha jejak kasih la katakan...

Ni masa in the way... mengkarak 01 to kl

Ni anak aku dengan anak ain... ayman sidqi

This is my bff... ain...

Anak2... brother belakang tu asyik tido je... dalan keta tido... kat umah orang tido...
senang sangat mama nak bersembang haha

Kakak icha... mula2 malu2 kucing... lepas tu dah tak segan dah... kemain lagi...

Okeh ni dah kat shah alam...
Umah my bff Hani

Tq sebab sudi terima tetamu dari pahang ni dan kita dapat berhuhu... 


Nota: 
jangan marah haaa guwa puji laki guwa



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...