GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

11 May 2016

CIRI-CIRI ORANG YANG BENAR-BENAR BERJUANG DI JALAN ALLAH


CIRI-CIRI ORANG YANG BENAR-BENAR BERJUANG DI JALAN ALLAH
عن أبي موسى عبدِ اللهِ بنِ قيسٍ الأشعريِّ رضي الله عنه قَالَ: سُئِلَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم عَنِ الرَّجُلِ يُقاتلُ شَجَاعَةً، ويُقَاتِلُ حَمِيَّةً، ويُقَاتِلُ رِيَاءً، أَيُّ ذلِكَ في سبيلِ الله؟ فقال رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَنْ قَاتَلَ لِتَكونَ كَلِمَةُ اللهِ هي العُلْيَا، فَهوَ في سبيلِ اللهِ)).
مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
Dari Abu Musa, iaitu Abdullah bin Qais al-Asy'ari r.a., katanya:
"Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam ditanya tentang apabila seseorang yang berperang dengan tujuan menunjukkan keberanian, dan ada juga yang berperang dengan tujuan hamiyyah (sombong, fanatik, kebangsaan), dan ada juga yang berperang dengan tujuan menunjuk-nunjuk kepada orang lain (populariti/ riak). Yang manakah di antara kesemuanya itu dikira sebagai berjihad fi sabilillah (di jalan Allah)?

Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam menjawab: "Sesiapa yang berperang dengan tujuan agar kalimah Allah (Agama Islam) menjadi yang tertinggi, maka dialah yang disebut sebagai berjihad fi sabilillah."
(Muttafaq 'alaih)
Hadis Soheh Riwayat Imam Bukhari & Muslim

Kitab Riadhussolihin,
Karangan Imam Mahyuddin Abu Zakaria Yahya Bin Syaraf An-Nawawi (Imam Nawawi)

29 October 2015

WARNA MAMPU REDAKAN TEKANAN

Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah berkenaan. pilihan warna bilik tidur dan kesihatan dapat membantu:

MERAH - Hilangkan masalah sakit kepala
Kajian mendapati bahawa merah dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembap berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin.

BIRU - Mengurangkan tekanan di tempat kerja
Anda rasa tertekan? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ia dapat mengurangkan tekanan darah.

MERAH JAMBU - Elakan insomnia
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa pada waktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna berkenaan. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik!

JINGGA - Ceriakan mood
Apabila anda berasa murung atau cuba mengembalikan tenaga, cuba sesuatu yang berwarna jingga pasti mood anda akan berubah.

HIJAU - Leyapkan keletihan
Ada pendapat mengatakan hijau mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.


17 October 2015

KISAH ERMA FATIMA DAN BADE WAJAR DIJADIKAN TAULADAN

Assalammualaikum...

Kisah erma fatima memfailkan penceraian di mahkamah. Ramai yang rasakan sayang pada perkahwinan yang terbina sejak berpuluh tahun dulu... ya memang betul sayang...

Dan aku nampak kisah ini sangat unik dan jarang terjadi...

Bagaimana kenyataan balas Bade bila isterinya failkan penceraian...

"Saya berkahwin bukan untuk bercerai..."

Satu statement yang memang win... dan berakal... dan jelas kata-katanya berpandukan akal bukan emosi...

Di pihak erma fatima juga... telah berikan alasan bukan kerana suaminya dia failkan penceraian... mungkin ada rasa tak selesa daripada sudut lain... tapi kematangan erma dalam menguruskan perasaan dia pada aku agak bagus...

Dan dalam untuk apa-apa kes pun kebijaksanaan suami sangat penting dalam melayari kehidupan berumah tangga...

Lelaki yang menyayangi seorang perempuan dia tak akan tinggalkan perempuan tersebut dalam apa keadaan sekalipun...

Dan perempuan yang sayang seorang lelaki... biarpun selalu marah dengan sikap lelaki tersebut... tapi dia masih mampu bertahan...

Inilah yang dinamakan cinta, sayang dan kasih terhadap pasangan...

Semoga akan menjadi ikhtibar kepada semua...

P/s: sekejap je dah 5 tahun kawen. Baru je lepas anniversary 29 zulkaedah 1436H bersamaan dengan besday husband jugak he3...



03 October 2015

PERLU KE BAYI PAKAI SARUNG TANGAN?


Assalammualaikum

semoga semuanya sihat sejahtera...

kali ni aku nak share pengalaman dan kisah berdasarkan pemerhatian aku. korang yang dah pernah jadi ibu atau bapa... pernah atau tak dengar... orang tua-tua cakap anak bayi suka genggamm tangan dan bila buka tapak tangan berkerak... yes...

jika diikutkan... pengamaL perubatan... depa tak galakkan pemakaian sarung tangan bayi @ mitten. kenapa mereka tak galakkan?

pertama
untuk beri galakkan bayi belajar menggenggam tangan ibu bapa atau orang berhampiran seawal mungkin.... biasanya tangan ibu lah... ketika sesi penyusuan... dan ketika sesi bual-bual dengan bayi... rangsangan ni sangat penting... inilah sebab utama kenapa tak digalakkan pemakaian sarung tanagn bayi...

kedua
untuk pastikan tangan bayi bersih dan bebas kerak... seperti yang diceritakan oleh orang-orang lama... maklum lah... bila asyik pakai sarung tangan tak pernah buka... tangan bayi pasti akan sentiasa menggenggam kerana tiada rangsangan... then bila kerap digenggam dan terkurung sudah pasti berpeluh... tu yang kena rajin cuci dan dibersihkan... kalau tak rajin berkerak la jawabnya...

ketiga
kenapa bayi lebih baik tak pakai sarung tangan. untuk pastikan ibu bayi rajin potong kuku bayi... haha betul ke? dah banyak kes aku perati je... bila bayi tu ligat sikit je... tetiba sarung tangan bayi tu tertanggal.... mak aiiiiiiiiii panjang betul kuku bayi tu... then si mak baby tu... dengan pantas sarungkan semula sarung tangan tu... see... adoi la kan... kot ye pun potong la kuku bayi tu... baru la nampak kemas dan bersih...

berdasarkan pengalaman aku...
anak pertama memang agak lama aku pakaikan dia sarung tangan kira lebih dari sebulan... so jari-jemarinya kurang nampak fresh... 

tapi untuk anak kedua... dan ketiga... hari kedua dah tak pakai dah. hari pertama kena pakai sebab aku tak dan nak potong... coz masa tu masih kat hospital... hari kedua dah balik rumah... jadi memang aku terus potong kukunya dan tak perlu pakaikan sarung tangan lagi... dan kuku bayi kena lah selalu di periksa jika panjang je sikit...  cepat-cepat potong untuk elak dia cakar muka...

so far... alhamdulillah... comel, cantik dan bersih je.... berbeza dengan sarung kaki @ stokin @ booties... sebaik-baiknya sentiasa dipakai... untuk elak mudah masuk angin... tapi anak aku bila dah besar sikit tak berapa sesuai pakai stokin stail orang besar tu... sebab dia jenis semangat... betis besar...

anyway semoga membantu anda semua untuk jadi ibu dan bapa lebih baik dan hebat!

wassalam...

jari baby yang tak pakai sarung tangan

14 August 2015

14 May 2015

7 FAKTA NOKIA YANG ANDA TIDAK TAHU



Mungkin ramai yang tidak tahu, pada 12 Mei 2015, merupakan ulang tahun ke 150 syarikat pengeluar telefon terkemuka, Nokia.

Sempena memperingati antara jenama telefon paling tua di dunia ini, kami kongsikan beberapa fakta yang mungkin anda tidak tahu tentang Nokia.

1. Nokia bukan bermula sebagai pengeluar telefon bimbit. Sebelum telefon bimbit, Nokia terlebih dahulu mengeluarkan kertas, but getah dan tayar kereta.

2. Nada dering Nokia (Nokia tune) diinspirasikan dari petikan gitar bertajuk Gran Vals, dimainkan oleh Francisco Tartego, dan diterbitkan pada kurun ke 19.

3. Nama Nokia datang dari nama Sungai Nokianvirta, Finland, di mana kilang yang pertama didirikan pada tahun 1865.

4. Pengasas syarikat Nokia ialah Knut Fredrik Idestam.

5. Nokia mula membina peralatan komunikasi bermula era 1960an.

6. Telefon pintar pertama adalah dari jenama Nokia, iaitu Nokia 8110, seperti yang anda lihat digunakan Keanu Reeves dalam filem The Matrix. Ia menawarkan perkhidmatan internet melalui WAP (Wireless Application Protocol).

7. Nokia 1110 adalah jenama Nokia paling laris jualannya, dengan jumlah jualan sekitar 250 juta. Ia dikeluarkan pada tahun 2005.

08 May 2015

JASA NOVEL CINTA, DRAMA DAN FILEM CINTA KARUT

MENGAPA BERCERAI MUDA?
Rumahtangga yang dibina oleh generasi muda hari ini banyak yang tidak berasaskan realiti dan dibangunkan atas dasar impian dan fantasi yang tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Sehingga apabila mereka bernikah masing-masing merasa kecewa kerana pasangan atau perkahwinan TIDAK SEINDAH YANG DISANGKAKAN.
Si lelaki berasa kecewa kerana isterinya tidak menjadi seperti bidadari yang dia selalu gambarkan. Masak tak pandai, layan atas katil macam tunggul, kulit yang disangka gebu ada kurap. Manakala si isteri pula mengadu bahawa suaminya tidak tahajjud tiap-tiap malam, tak membisikkan kata-kata cinta macam dalam filem dan novel serta tidak lembut dan peyayang seperti yang disangkakan.
Hakikatnya, kehidupan berumahtangga bukan sebagaimana yang ditulis seperti dalam novel, drama dan filem cinta karut tersebut. kejap-kejap merajuk ada yang sibuk nak pujuk, kejap-kejap marah, kejap-kejap ada skandal, kejap-kejap lari untuk cari ketenangan... realiti yang sebenar bukanlah begitu. Jika empunya badan asyik memikirkan perasaan sendiri kehidupan rumahtangga tak akan ke mana. 
Realitinya, anda perlu bertolak ansur menjaga anak-anak, menguruskan kerja rumah, menyalurkan rasa cinta dan sayang, hinggakan tak ada ruang untuk merajuk lama-lama, untuk nak lari tinggalkan anak dan keluarga semata-mata mencari ketenangan. Kerana banyak perkara yang lebih penting untuk dilakukan dan difikirkan.
Kegagalan mengurus 'Expectation' yang berbeza boleh mengundang kepada pergaduhan dan perceraian. Jasa novel-novel cinta khayalan, drama dan filem cinta karut, ustazah novelis yang tak praktikal banyak menyumbang kepada masalah ini.
Selain itu sikap tidak sabar dan pentingkan diri amat menebal dikalangan pasangan muda apabila masing-masing berkahwin dengan 'cara fikir' yang salah iaitu 'Apa yang aku akan dapat dari perkahwinan ini' sedangkan sepatutnya yang dipegang ialah ' Apa yang akan aku sumbang dan manfaatkan dengan perkahwinan ini'.
Inilah masalah yang berlaku apabila masing-masing hanya memikirkan kekurangan orang lain bukan dirinya sendiri. Si suami hanya fikir tentang kelemahan isteri dan si isteri hanya tahu menyalahkan suami kerana tak tahu menjaga perasaan dirinya.
Begitu besar impak... terutamanya jika anda sangat gemar berkhayal sambil membaca novel-novel picisan dan menonton drama cinta di stesen TV yang ada. Yang pastinya apabila anda berkahwin, cuba sedaya mungkin membahagiakan pasangan, bertolak ansur, terima segala kelebihan dan kekurangan...  InshaAllah... segalanya dapat diharungi bersama biarpun pelbagai rintangan yang melanda =)
Bukannya menyalahkan novel atau drama cinta semata, tetapi pastikan anda berfikir dan berpijak di bumi nyata sebelum melangkah ke alam perkahwinan dan semasa mengharungi alam rumahtangga.
semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya
wallahua'lam
sekadar hiasan =P

17 April 2015

TIPS UNTUK DEACTIVATE VOICEMAIL

TIPS UNTUK DEACTIVATE VOICEMAIL
KEMPEN MENGEMPISKAN KEUNTUNGAN TELCO.
Bagi setiap call yang tidak dijawab atau disambut oleh sistem voice mail, kita akan dikenakan caj 0.08 sen sehingga 0.10 sen. Syarikat telco mengaut keuntungan berjuta dari servis ini.
Jom jimatkan bil bulanan kita:
Celcom ##002#
Tune talk ##002#
Digi *128*1*10*1*5#
Maxis ##109#

Sesiapa yang mengalami masalah, boleh terus call customer support masing-masing....




14 April 2015

JAWAPAN YANG PERLU DIELAK, JIKA ANAK MULA BERTANYA

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

anak banyak tanya?
ibu bapa mula rimas?
atau ibu bapa tak tau nak jawab apa?

pertama sekali...

sebagai ibu bapa sila lalukan persediaan dengan lebih rapi bila anak-anak anda mula membesar.... kerana pastinya mereka akan mula bertanya itu dan ini...

sebagai ibu bapa banyakkan membaca... dan mencari ilmu... bukan setakat ilmu... agama...sahaja... sains, geografi,  dan pelbagai lagi...

kerana anak-anak pasti akan bertanya... dan anda sebagai ibu bapa cuba elakkan daripada menjawab entahlah tak tau... setidak-tidaknya anda perlu berikan harapan yang anda akan mencari jawapan bagi setiap persoalan anak anda... biarpun bukan on the spot... sekurang-kurangnya anda boleh jawab "mama tak pasti... nanti mama akan carikan jawapan untuk soalan awak tu"

sekurang-kurangnya jawapan anda masih membuahkan harapan pada anak... untuk mereka mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam...

my son ahmad... (4 years old)
dah mula bertanya... kenapa bulan bentuk lain-lain?
dekat angkasa ada apa lagi mama?
mama london dekat mana?
boleh ahmad tolong mama buat donat?
mama honey tu madu kan? 
bee yang kumpul ye?
kenapa moon siang tak ade cahaya mama?
ahmad tinggal dekat bumi kan mama?
macam mana jadi banjir mama? hujan banyak-banyak ke mama?

sangat banyak soalan yang diajukan...
sebagai mummy kena lah sediakan jawapan...
haha mama kena la tau menganai fasa bulan, satelit, bintang, planet, kehidupan serangga, benua-benua yang ada... peta dunia pun kena tau... macam mana banjir boleh jadi... kalau tak... alamatnya tak dapat lah nak menjawab soalan-soalan yang diajukan tu... 

apa pun itulah cara-cara anak nak explore...dan mengetahui sesuatu yang baru... selain jawapan... anda boleh tunjukan mereka video dan gambar... untuk membantu pemahaman mereka... dan jika ada masa boleh bawa mereka bersiar-siar untuk mengajar mereka tentang alam... seperti pokok, sungai, laut, bintang, planet, matahari, serangga, burung, dan lain-lain lagi...

semoga kita semua mampu menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak. amin =)






09 April 2015

5 NAHAS UDARA MELIBATKAN VVIP DI MALAYSIA




Malaysia telah digemparkan dengan berita nahas helikopter di Semenyih pada 4 April 2015 yang mengorbankan enam orang termasuk Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1M) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alia.

Sebenarnya, kemalangan udara ini bukan nahas pertama yang melibatkan orang kenamaan di Malaysia malah ia sudah berlaku sejak 1976.  

Berikut adalah senarai nahas penerbangan udara melibatkan orang kenamaan sejak 1976. 

6 Jun 1976 

Kemalangan udara yang berlaku pada jam 3.50 petang ini  mengorbankan Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens dan 10 VVIP  yang lain termasuk menteri kabinet apabila pesawat buatan Australia milik Sabah Air itu, terhempas kira kira 2 kilometer dari landasan Lapangan Terbang Kota Kinabalu. 

10 Jan 1982 

Menteri Luar Negeri, Tun Mohd Ghazali Shafie, 50, terselamat dari nahas pesawat apabila pesawat Cessna 206 yang dinaikinya terhempas di gunung Kampung Som Som Hilir berhampiran Kampong Janda Baik, 37.5km dari Kuala Lumpur.

Pesawat itu dikatakan dalam perjalanan dari Kelab Penerbangan Diraja Selangor, Kuala Lumpur ke Kuala Lipis, kawasan pilihan raya yang diwakilinya.

8 Mac 1987

Helikopter Alouette yang dinaiki Datuk Seri Najib Tun Razak, empat anak kapal dan penumpang dari Pekan ke Kuala Lumpur dilaporkan nahas di 49km Lebuhraya Karak-KL pada 8 Mac 1987. 

Bagaimanapun, mereka semua selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

5 Mei 2013 

Helikopter yang dinaiki oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama keluarga dilaporkan mengalami masalah kawalan akibat angin kencang di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi.

Akibatnya, pesawat yang dinaiki mereka terbalik kerana tiupan angin yang kencang. 

Walau bagaimanapun, mereka sekeluarga selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan. 

4 April 2015 

Helikopter jenis AS365N2 Dauphin yang dinaiki oleh Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1M) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, 63, dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alia terhempas di Kampung Sungai pening, Semenyih, Selangor.

Kejadian yang berlaku pada 4.55 petang ini,  mengorbankan enam orang termasuk Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1M) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, dan Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alia. 

Mereka dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke Subang selepas menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang.

Kredit Gambar: Pahang Daily

04 March 2015

9 FAKTA SPONGEBOB YANG ANDA MUNGKIN TIDAK TAHU


Filem live-action SpongeBob SquarePants bakal menemui layar perak sekitar Mac. Pastinya ramai peminat-peminat setia siri kartun yang disiarkan di saluran Nickelodeon itu akan berpusu-pusu menyerbu pawagam tidak lama lagi.

Bersangkutan dengan tayangan filem The Spongebob Movie: Sponge Out Of Water pada minggu hadapan, mari imbas beberapa fakta menarik mengenai dunia SpongeBob yang mungkin tidak diketahui oleh para peminat tegarnya sendiri.

1 - Pencipta SpongeBob
Siri televisyen dan karekter SpongeBob dicipta oleh Stephen Hillenburg. Tahukah anda bahawa Stephen merupakan bekas ahli biologi marin?


Stephen gemar melukis dan pada mulanya mencipta karekter Spongebob dalam sebuah buku komik yang dpanggil ‘Intertidal Zone for the Institute’.


2 – Nama sebenar SpongeBob
Nama sebenar yang diberikan kepada karekter titular siri ini adalah ‘SpongeBoy’. Namun nama Spongeboy telah menjadi hakcipta batang mop terlebih dahulu.





Stephen mengekalkan nama ‘Sponge’ tersebut kerana dia tidak mahu kanak-kanak terkeliru dan menganggap SpongeBob sebagai sebuah keju.

3 – Umur SpongeBob
Episod pertama SpongeBob SquarePants keudara pada 1 Mei 1999. Pernahkan anda terfikir berapakah umur SpongeBob?





Menurut lesen memandunya, SpongeBob dilahirkan pada 14 Julai 1986. Itu menandakan SpongeBob berusia 29 tahun pada 2015! Dia tergolong dalam kumpulan zodiak Cancer.


4 – Pertukaran Patrick Starfish
Semasa episod pertama mula ditayangkan, ramai orang yang menyukai karekter sidekick, Patrick Starfish kerana sifatnya yang bendul namun mencuit hati.


Walhal dalam versi beta, karekter Patrick sangat berlainan apabila dia memiliki bar dan bekerja sebagai bartender. Patrick juga seorang pembuli dalam versi terdahulu.


5 – Bintang Hollywood pernah membuat kemunculan

Stephen Hillenburg sebenarnya tidak mahu para selebriti meminjamkan suara mereka buat karekter-karekter ciptaannya kerana takut dilabel meniru The Simpsons.

(Victoria Beckham sebagai Permaisuri Amphitrite)

Bagaimanapun dia pernah membuat dua kali pengecualian iaitu Tim Conway dan Ernest Borgnine yang menjadi supehero kegemaran SpongeBob iaitu Mermaid Man dan Barnacle BoySeasonseterusnya menyaksikan kemunculan Will Ferrell, Tina Fey, Johnny Depp, Victoria Beckham, LeBron James, Pink dan lain-lain.


6 – Dimanakah Bikini Bottom?

Bikini Bottom adalah lokasi berlakunya kehidupan SpongeBob dan rakan-rakan. Bandar Bikini Bottom mempunyai populasi 538 dan dipenuhi pelbagai perniagaan seperti restoran, firma guaman dan kilang.





Tetapi dimana letaknya Bikini Bottom itu? Sebenarnya Bikini Bottom terletak di bawah pulau Bikini Atoll yang berada di Micronesia. Lokasi itu wujud dan menjadi tapak pencubaan nuklear oleh Amerika Syarikat pada tahun 40 dan 50-an!

7 - Stephen Hillenburg tidak mahu Justin Timberlake menyanyi soundtrack
Avril Lavigne, Jeff Tweedy, dan The Flaming Lips antara penyumbang lagu bagi album runut bunyi filem SpongeBob. Penyanyi utama The Framing Lips, Wayne Coyne rancang untuk berduet bersama Justin Timberlake.






“Saya tidak mahu mereka yang pelik dan popular. Saya tidak suka penyanyi-penyanyi yang terlalu komersil,” ujar Stephen Hillenburg mengenai penglibatan Justin Timberlake.

8 – Penyelidik menjumpai kulat ‘Spongiforma Squarepantsii’
Para penyelidik di San Francisco State University menemui satu spesies cendawan yang dinamakan “Spongiforma squarepantsii” pada tahun 2011.






Kulat yang tergolong dalam keluarga genus Spongiforma berkenaan dijumpai di hutan pulau Borneo. Pelik bukan bagaimana nama saintifik itu boleh tercipta? Hurmm


9 – Catat sejarah
Sebelum ini kartun kanak-kanak Rugrats mencatat sejarah apabila menayangkan 172 jumlah episod. SpongeBob Squarepants kemudiannya muncul sebagai rancangan paling lama tayangan di Nickelodeon dengan 200 episod keseluruhan.



Tiada episod baru ditayangkan sejak Mac 2014 kerana memberi peluang untuk pembikinan produksi akhir filem The SpongeBob Movie: Sponge Out of Water.



Kredit gambar: Wikipedia, Spongebob Wikia, spongebobmovie, hype, gallerryhip, inquisitr

NUFFNANG TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN!!!

Assalammualaikum 

semoga semuanya sihat selalu....

seperti biasa... aku sangat setia untuk beriklan menggunakan nuffnang... sejak dari tahun 2010 lagi.... setia kan??

memandangkan aku ni setia... haruslah status aku ni glitterati... dan bila ada sesuatu yang tak kena kotnye tetiba status aku bertukar jadi no glitterati... haruslah dengan pantas aku komplen dekat technical support Nuffnang... haha

tetapi yang aku sangat puji... respon mereka sangat pantas... lepas komplen je tak sampai sejam lepas tu... status aku dah tukar balik jadi glitterati... haha sebenarnya aku lupa yang aku ada list satu blog yang kurang aktif... keh3

less than 2 hours je status aku kembali normal.... memang pantas la respon mereka...

beza antara non glitterati dan glitterati adalah dia punya bayaran.... berbeza... hehe

sekian terima kasih Nuffnang Malaysia =)

nota: Buffered earning dekat 30 iklan yang ada... syok kan?




03 March 2015

17 PERSEDIAAN SEBELUM BERHENTI KERJA

Assalammualaikum
semoga semuanya sihat selalu...
mungkin ada yang berfikir mahu berhenti kerja? fikir masak-masak... dan buat persediaan rapi... agar tidak kecewa nanti... ini ada beberapa tips yang perlu anda buat sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja... terutamanya bai kaum adam atau mereka yang masih single...
17 Persediaan sebelum berhenti kerja
1. Sediakan simpanan 36 bulan perbelanjaan bulanan. (Perbelanjaan asas seperti ansuran rumah,kereta,makan dan lain-lain)

2. Kurangkan komitmen hutang pada bank,sebaik-baiknya terus langsaikan hutang piutang yang ada.

3. Sebaik-baiknya telah ada kelengkapan asas.(rumah/kereta)

4. Buat bisnes yang aliran tunai pantas.(Trading) Elakkan model bisnes consigment untuk permulaan.

5. Buat bisnes secara sambilan dahulu, cuba selama 6bulan, jika pendapatan bersih dari bisnes 3kali ganda melebihi gaji pokok, boleh buat keputusan.

6. Jauhi model bisnes yang memerlukan kita untuk membuat pinjaman dahulu.(pinjaman untuk kembangkan bisnes atau bisnes sudah stabil boleh dipertimbangkan)

7. Kenalpasti tujuan utama mahu membuat bisnes.Mahu banyak duit atau mahu kaya-raya?
Banyak duit= Kaya sendiri
Kaya-raya = Legasi perniagaan

8. Persediaan mental dan emosi sangat penting. Sebab tu perlu ada simpanan 36bulan perbelanjaan bulanan supaya apabila bisnes jatuh, punyai ketenangan jiwa untuk berfikir.

9. Jika ada simpanan RM3,000 hanya guna RM1,000 sahaja untuk memulakan bisnes.
(Guna 1/3 simpanan sahaja supaya kita masih boleh bernafas sekiranya bisnes jatuh)

10. Pastikan kita telah dikelilingi dengan sahabat dan mentor bisnes bagi mengekalkan momentum.

11. Jika mahu terus terjun dengan bidang yang diminati,berkuli dengan mereka yang telah berjaya dan dapatkan pengalaman dengan mereka sebelum mula buat sendiri.

12. Dapatkan restu dari ibu bapa atau suami/isteri.(keberkatan)

13. Bersedia untuk ikat perut sekiranya pada fasa pertama bisnes masih belum untung.(Jika 6bulan tidak untung,tutup dan fokus bisnes lain atau tukar lokasi)

14. Pastikan telah bersedia sepenuhnya kerana dunia makan gaji dan dunia bisnes adalah dua dunia yang berbeza.

15. Sebelum ambil sebarang risiko,pastikan telah persiapkan diri dengan sebaiknya untuk menghadapi risiko.

16. Sediakan rancangan kecemasan sekiranya apa yang dirancang tidak menjadi.(Ready for the worst)

17. Banyakkan menambah ilmu dari masa ke semasa kerana ilmu boleh mengurangkan risiko yang bakal di hadapi.

pendek kata dare to fail okay

semoga sukses =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...