Semalam di Nat Geo Wild, telah diumumkan bahawa ular yang sangat berbahaya baru sahaja ditemui. Saintis mendakwa bahawa ular merupakan species baru : revolusi keluarga reptilia itu .
Menurut Nat Geo Wild , ular tersebut akn brtmbah 0.5 cm panjang setiap kali ia makan dgn sekali suapan setiap 30 saat atau kurang. Ular ini tidak boleh dibunuh atau dicederakan oleh senjata malahan ianya mati hanya apabila ia menggigit dirinya sendiri.
Huh mengejutkan? Saintis mendakwa bahawa hanya ada satu-satunya cara ia boleh dibunuh tetapi kajian masih diteruskan untuk mencari cara-cara baru ular ini boleh dibunuh. Ini adalah ular yang paling beracun dan dahsyat pernah direkodkan dalam sejarah manusia.
Ular ini hanya boleh didapati dalam Nokia 3310 telefon mudah alih di bawah pilihan permainan , ular Xenzia .
Terima kasih kerana berhati-hati dan sabar membaca ini!
Tajuk pun dah nampak kelakar kan? Tu lah petikan akhbar... dimana JPAM akan melalui proses rebranding.... dan ditukar menjadi APAM...
Betul kan? Aku tak tipu... ha3
Jadi menteri sekadar tunjuk buat kerja... so rebranding je... perkhidmatan... hmmm
Rebranding ni nanti haruslah menghabiskan duit...
Letterhead kena tukar baru
Billboard setiap cawangan tukar baru
Cetakan pada pakaian, kenderaan dan lain-lain kena tukar baru...
Ehhh pendek kata banyak yang kena tukar baru... disebabkan ada rebranding...
Bila ada aktiviti tukar menukar... akan ade yang ambik tender... bila dah ambik tender... mesti ada yang kelepet... tu normal dalam jabatan kerajaan... biarpun salah disisi agama.... lepas tu yang menanggung rakyat... rakyat kena tanggung melalui pelbagai kenaikan...
So renung-renungkan... tak de apa yang nak digemberikan dengan nama ni...
asyik entri serius je... kali ni nak share entri yang antai-santai je... sambil senyum-senyum... tapi tak de la sampai ketawa terbahak-bahak... jom tengok!!!
1. hangout / gantung luar
2. thumb drive / ibu jari pandu
3 heartbreak / jantung rehat
4. withdraw / dengan lukis
5. box office / kotak pejabat
sebenarnya banyak lagi perkataan inggeris lain seperti handsome (tangan beberapa), homeless (rumah kurang), dan banyak lagi lah...
cuba sesekali korang gunakan perkataan 'tangan kedua' (second hand).... "weh ko beli kereta tangan kedua ke?" walaupun tu bukan direct translation... tapi jarang digunakan ye tak?
semoga semuanya baik-baik sahaja... aku nak komen isu viral naik moto beli kat drive-thru....
foto ini menjadi viral... seolah-olah nak guna moto gi beli kat drive-thru satu kesalahan...
komen yang menyokong brader naik motor tu...
sebenarnya... itu semua bukan satu kesalahan pun... mungkin... tu kali pertama pempuan tu dan laki dia beli kat drive-thru... then rasa pelik pulak tengok orang lain naik motor...
aku dulu mase study kat shah alam biasa je... gi naik motor ngan kengkawan... okay... tadi aku nak share sebenarnya banyak lagi kenderaan yang korang boleh gunakan masa beli dekat drive-thru...
1. Beca
2. Traktor
3. Unta
4. Kereta Kebal
5. Kereta Lembu
6. Basikal
7. Kereta Kuda
8. Kerusi Roda Elektrik
9. Penyapu Terbang (kalau kau hadoooo)
banyak lagi kenderaan yang korang boleh gunakan untuk drive-thru... jangan lah batak sangat okay!!!
moral: jangan jadi bangang keje nak gelakkan orang... nanti kau pulak kena bahan... macam manusia jakun uwekkk...
Saya parking Modenas saya bersebelahan LC135 yang penunggang dan pemboncengnya pakai full face helmet. Isteri saya ke tandas.. sementara saya beratur di ATM mngeluarkan duit gaji. LC135 tu asyik pandang saja. Saya cepat2 kaluarkn wang dari ATM, isi minyak dan tanpa berfikir panjang hidupkan Modenas dan bergerak meninggalkan stesen minyak.
Malangnya LC135 tadi mengekori. Saya bawa modenas saya semakin laju dan LC135 tu pun semakin laju sambil pemboncengnya yang berjaket hitam menunjuk-nunjuk kearah saya.
Adoiiiii....Modenas takkan dapat nak lawan kelajuan LC135. Saya menyelinap masuk ke lorong secara tiba-tiba untuk mengelakkan dikejar LC135. Tapi LC135 tu masih mengejar dan membunyikan pulak honnya berkali-kali.
Secara tiba-tiba dah beriringan pulak dengan Modenas saya. Pembonceng belakangnya membuka full face dan menjerit....
"Bang bang!!!!! Isteri abang tertinggal kat stesen minyak tadi!!!!!!!"...
Sepasang suami isteri sedang berebut remote tv. Si suami suka tengok bola, manakala si isteri suka tengok rancangan masak2. Gaduh punya gaduh sampai Channel tv asik bertukar-tukar.. kejap bola kejap rancangan masak-masak.. bunyi tv tu jadi tidak menentu macam ni..
" Satu kilo daging ayam DI TENDANG RONALDO MASUK GOL... 5 ulas bawang putih BERDIRI OFFSIDE... daging di rebus oleh REFREE sampai empuk... masukkan jintan manis dan YELLOW CARD ke dalam periuk... BOLA DIBAWA LALU di rebus separuh masak... GOAL KEEPER ditusuk jadi sate... PENJAGA GARISAN MENGANGKAT BENDERA tanda sate dah masak.... "
*Jiran sebelah: Ape ke bende yg diorang tonton tu... pelik bebenor bunyinya... dunia2. (",)
Filem live-action SpongeBob SquarePants bakal menemui layar perak sekitar Mac. Pastinya ramai peminat-peminat setia siri kartun yang disiarkan di saluran Nickelodeon itu akan berpusu-pusu menyerbu pawagam tidak lama lagi.
Bersangkutan dengan tayangan filem The Spongebob Movie: Sponge Out Of Water pada minggu hadapan, mari imbas beberapa fakta menarik mengenai dunia SpongeBob yang mungkin tidak diketahui oleh para peminat tegarnya sendiri.
1 - Pencipta SpongeBob
Siri televisyen dan karekter SpongeBob dicipta oleh Stephen Hillenburg. Tahukah anda bahawa Stephen merupakan bekas ahli biologi marin?
Stephen gemar melukis dan pada mulanya mencipta karekter Spongebob dalam sebuah buku komik yang dpanggil ‘Intertidal Zone for the Institute’.
2 – Nama sebenar SpongeBob
Nama sebenar yang diberikan kepada karekter titular siri ini adalah ‘SpongeBoy’. Namun nama Spongeboy telah menjadi hakcipta batang mop terlebih dahulu.
Stephen mengekalkan nama ‘Sponge’ tersebut kerana dia tidak mahu kanak-kanak terkeliru dan menganggap SpongeBob sebagai sebuah keju.
3 – Umur SpongeBob
Episod pertama SpongeBob SquarePants keudara pada 1 Mei 1999. Pernahkan anda terfikir berapakah umur SpongeBob?
Menurut lesen memandunya, SpongeBob dilahirkan pada 14 Julai 1986. Itu menandakan SpongeBob berusia 29 tahun pada 2015! Dia tergolong dalam kumpulan zodiak Cancer.
4 – Pertukaran Patrick Starfish
Semasa episod pertama mula ditayangkan, ramai orang yang menyukai karekter sidekick, Patrick Starfish kerana sifatnya yang bendul namun mencuit hati.
Walhal dalam versi beta, karekter Patrick sangat berlainan apabila dia memiliki bar dan bekerja sebagai bartender. Patrick juga seorang pembuli dalam versi terdahulu.
5 – Bintang Hollywood pernah membuat kemunculan
Stephen Hillenburg sebenarnya tidak mahu para selebriti meminjamkan suara mereka buat karekter-karekter ciptaannya kerana takut dilabel meniru The Simpsons.
(Victoria Beckham sebagai Permaisuri Amphitrite)
Bagaimanapun dia pernah membuat dua kali pengecualian iaitu Tim Conway dan Ernest Borgnine yang menjadi supehero kegemaran SpongeBob iaitu Mermaid Man dan Barnacle Boy. Seasonseterusnya menyaksikan kemunculan Will Ferrell, Tina Fey, Johnny Depp, Victoria Beckham, LeBron James, Pink dan lain-lain.
6 – Dimanakah Bikini Bottom?
Bikini Bottom adalah lokasi berlakunya kehidupan SpongeBob dan rakan-rakan. Bandar Bikini Bottom mempunyai populasi 538 dan dipenuhi pelbagai perniagaan seperti restoran, firma guaman dan kilang.
Tetapi dimana letaknya Bikini Bottom itu? Sebenarnya Bikini Bottom terletak di bawah pulau Bikini Atoll yang berada di Micronesia. Lokasi itu wujud dan menjadi tapak pencubaan nuklear oleh Amerika Syarikat pada tahun 40 dan 50-an!
7 - Stephen Hillenburg tidak mahu Justin Timberlake menyanyi soundtrack
Avril Lavigne, Jeff Tweedy, dan The Flaming Lips antara penyumbang lagu bagi album runut bunyi filem SpongeBob. Penyanyi utama The Framing Lips, Wayne Coyne rancang untuk berduet bersama Justin Timberlake.
“Saya tidak mahu mereka yang pelik dan popular. Saya tidak suka penyanyi-penyanyi yang terlalu komersil,” ujar Stephen Hillenburg mengenai penglibatan Justin Timberlake.
Para penyelidik di San Francisco State University menemui satu spesies cendawan yang dinamakan “Spongiforma squarepantsii” pada tahun 2011.
Kulat yang tergolong dalam keluarga genus Spongiforma berkenaan dijumpai di hutan pulau Borneo. Pelik bukan bagaimana nama saintifik itu boleh tercipta? Hurmm
9 – Catat sejarah
Sebelum ini kartun kanak-kanak Rugrats mencatat sejarah apabila menayangkan 172 jumlah episod. SpongeBob Squarepants kemudiannya muncul sebagai rancangan paling lama tayangan di Nickelodeon dengan 200 episod keseluruhan.
Tiada episod baru ditayangkan sejak Mac 2014 kerana memberi peluang untuk pembikinan produksi akhir filem The SpongeBob Movie: Sponge Out of Water.
Kredit gambar: Wikipedia, Spongebob Wikia, spongebobmovie, hype, gallerryhip, inquisitr
The One That Got Away Bangkok Version (Katy Perry) The One That Got Away (Bangkok Version) telah mencapai tontonan sehingga 1.3 juta sejak dimuat naik pada tahun 2012. Video parodi ini disukai kerana menyelitkan interpretasi kreatif mereka sendiri bagi menjadikan olahan ini bertambah lucu. Selain mempunyai suntingan yang baik, parodi ini turut memuatkan sedikit ‘kejutan’ pada penghujungnya!
Minahconda (Anaconda – Nicki Minaj) Duo yang amat popular dari Singapura ini amat terkenal di laman YouTube menerusi video-video peribadi yang melucukan. ‘Minahconda’ merupakan rendisi tersendiri Munah dan Hirziyang turut mengarang lirik mengelikan hati. Mengunakan budaya moden yang selari dengan anak melayu sebagai tambatan, parodi kepada lagu Anaconda ini terselit mesej yang berbaur perlian jika diamati.
Lembu Nak Jaga (Moves Like Jagger - Maroon 5)
Dimuat naik pada 29 Disember 2011, Lembu Nak Jaga mengisahkan seorang lelaki yang hidup di kampung dan sering dikongkong isterinya. Parodi yang amat amat berbeza dengan maksud asal lagu kumpulan Maroon 5 ini hasil kerjasama sekumpulan anak muda yang cukup aktif di laman Twitter.
Suatu hari Najib bersama Rosmah naik helikopter untuk meninjau keadaan rakyat. Ketika helikopter terbang berlegar di sekitar satu kawasan kampung kecil terjadilah satu perbualan antara mereka;
Rosmah : Kalau ayang campak keluar 4 keping duit RM50 ni ke bawah maka pasti 4 orang yang dapat duit ini akan rasa gembira.
Najib : Kalau abang campak keluar 200 keping duit RM1 ni ke bawah maka pasti 200 orang yang dapat duit ni akan rasa gembira.
Tiba-tiba pilot yang dari tadi mendengar sahaja perbualan mereka menyampuk; "kalau saya campak Datuk Seri dan Datin Seri ke bawah, 28juta orang rakyat Malaysia akan rasa gembira… "
"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah. Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat teraweh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk join kawan2 melepak kat surau taman sebelah.
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram waktu isyak aku lihat kubah masjid berada di tanah seolah olah sujud ke bumi. Ajaib.
Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah.
" Kenapa? " tanya Abah.
" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah. Kubah tu sujud la abah.
"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? " ini baru mlm pertama ramadan..engkau dah jumpa lailatul qadar!!!!!
Tidak pasal-pasal aku kena sergah. Rosak pengalaman suci aku ini.
" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. Pasal tu kubah tu dia orang angkat letak kat tanah.. " sambung Abah mengomen.
* Menyambut ketibaan bulan ramadhan ~ semoga kita akan rajin² pergi masjid dan surau ...Jangan tegur benda yang pelik jika dah lama tak ke surau/masjid.