GENG LENSA HIDUP

05 July 2014

KISAH BENAR LAILATUL QADAR


Assalammualaikum...

lawak jugak hihihi...

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah. Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat teraweh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk join kawan2 melepak kat surau taman sebelah.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram waktu isyak aku lihat kubah masjid berada di tanah seolah olah sujud ke bumi. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah. Kubah tu sujud la abah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? " ini baru mlm pertama ramadan..engkau dah jumpa lailatul qadar!!!!!

Tidak pasal-pasal aku kena sergah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. Pasal tu kubah tu dia orang angkat letak kat tanah.. " sambung Abah mengomen.

* Menyambut ketibaan bulan ramadhan ~ semoga kita akan rajin² pergi masjid dan surau ...Jangan tegur benda yang pelik jika dah lama tak ke surau/masjid.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...