GENG LENSA HIDUP

27 June 2010

DARI FAIL MAHKAMAH SYARIAH: HARTA SEPENCARIAN


salam
kembali bersiaran.... 

kali ni aku nak bincangkan dan diskusikan perihal harta sepencarian.... pe tu harta sepencarian? harta yang diperolehi oleh isteri atau suami ketika hidup bersama.... tidak kira bidang kerjaya mereka sama atau tak... ni maksud secara ringkas dan mudah...... supaya korang boleh faham.... 

harta sepencarian ni dalam bahasa omputihnya MATRIMONIAL PROPERTY merupakan satu peruntukan undang-undang daripada adat melayu.... diteruskan hingga kini kerana tak de pape pertembungan dari segi syarak.... so harta sepencarian ni dah diterima sebagai salah satu undang-undang keluarga islam....

harta sepencarian ni biasanya akan dituntut jika berlaku penceraian atau kematian... juga kadang kala kalau suami ada berpoligami... isteri kedua tak boleh pertikaikan kalau suami memberi sesuatu yang lebih pada isteri tua.... kerana segala harta yang dimiliki bersama ketika masih belum berpoligami memang berhak ditakrifkan sebagai harta sepencarian dengan isteri pertama... dalam situasi ni isteri kedua tidak berhak campur tangan... 

manakala setelah berpoligami... jika ada berlaku apa-apa tuntutan... harta sepencarian barulah boleh dibahagikan kepada tiga.... dan begitulah seterusnya....

p/s: aku rasa nak menulis isu ni sebab ade kes suami yang tak paham-paham istilah harta sepencarian.... lepas dia berpoligami... bini baru pun same gak tak bape nak paham... asyik nak jeles je... jeles kat bini pertama dapat umah...  bila naik mahkamah baru ko nganga... susah beno nak paham istilah.. haishhhhhhhhhh =)

lepas ni aku nak cite pasal tuntutan nafkah idah dan anak-anak... ni pun ade gak aku tengok tuntut yang tah pape je... dengan alasan yang tak masuk akal... haishhhhhh

TEMPAT MENDIRIKAN SOLAT SUNAT


salam
semoga korang semua sihat selalu...
sentiasa diberkati dan dirahmati...

kali ni aku nak kongsikan tentang tentang tempat mendirikan solat sunat... yelah pape yang Rasulullah nasihatkan dan alaukan semua bersebab... so kali ni aku nak share la ye...

solat sunat boleh dilakukan kat mane-mane pun selagi tempat tu suci mengikut syariat.... ohhhhh yang paling penting jangan lupa menghadap kiblat ye.... tetapi solat sunat ni lebih afdhal dilakukan kat umah sendiri.... kecuali beberapa solat je yang memang kena wat kat luar umah... macam solat tahiyatul masjid... solat tawaf @ ihram dan yang sewaktu dengannya.... tak de la name solat sunat tahiyatul masjid kalau wat kat umah kan?

sepotong hadis Rasulullah yang bermaksud:
"apabila salah seorang kamu sembahyang di masjid hendaklah rumahnya diberi bahagian daripada sembahyangnya, supaya Allah meletakan kebaikan di dalam rumahnya itu kerana sembahyangnya tadi"

sabda Baginda lagi yang bermaksud:
"seutama-utama sembahyang ialah sembahyang kamu di rumah kamu, kecuali yang wajib"

kenapa lak Nabi berpesan cam tu? bimbang akan wujud rasa riak @ ujub.... jika wujud perasaan ni maka sia-sialah segala amalan yang dilakukan....

p/s: mendirikan solat sunat tahiyatul masjid lebih utama apabila melangkah je ke dalam masjid berbanding bersalaman dengan jemaah.... lakukan solat sunat lu pastu baru la salam-salam ngan jemaah.... jangan lupa ye =)

FAZAKKIR!!!

salam
layan je la gambar ni...

sejuk mata memandang sejuk lagi bahu memikul...
ehhh silap.... tu la soh blaja BM pi ponteng kelas... =P



aku suka pic ni... bagus betol adik beradik...


kalau yang cam ni? heheh

TAMBAHAN PENERANGAN TENTANG PINGGAN MANGKUK MELAMINE


salam...
mungkin artikel yang baru keluar pagi tadi agak mengelirukan sedikit....
kat sini ade sedikit penerangan mudah... dan harap boleh difahami.... 
baca artikel penuh yang sebelum ini di SINI

melamine memang suatu yang merbahaya jika dimasukan dalam makanan macam keju, coklat... dan apa juga makanan... tetapi dalam isu pinggan mangkuk melamine pulak... tak mengapa digunakan... cuma pastikan telah mendapat pengiktirafan FDA.... kerana pinggan mangkuk melamine tiruan kebiasaannya made in china atau made in thailand mereka akan campurkan sekali bersama UREA... urea inilah yang menyebabkan pinggan mangkuk melamine bertukar warna... dan menjadi tidak stabil seperti kaca dan seramik... tetapi pinggan mangkuk melamine yang asli... tahan sehingga sunu 140 darjah celcius.... dan struktur atau warna tidak berubah.... dan harganya sudah tentu lebih mahal daripada yang tiruan....

harap maklum... =)

BAHAYA PINGGAN MANGKUK MELAMINE


salam
menaip entri pantas kerana aku mahu kongsikan perihal pinggan mangkuk.... huh!!!
kalau nak diikutkan rasenye macam-macam benda da kita tak leh nak pakai ye.... yang benda tu begini... yang benda ni begitu.... rumit la plak rasenye.... lalala... =)

MELAMINE = adalah bes organik yang berasaskan karbon, nitrogen, dan oksigen....
yang telah dihasilkan oleh Justus von Liebig kemudian dihasilkan secara besar-besaran untuk digunakan secara meluas dalam industri...

ohhhhhh kita base tengok orang kenduri.... kedai makan... hatta kat umah sekali pun gunakan pinggan melamine... yang made in china.... korang tau tak basenye pinggan melamine yang tak ori ade dicampur dengan UREA FORMALDEHYDE... pe mende plak tu? 

mende alah tu adalah sejenis bahan yang digunakan untuk membuat bekas barangan elektrik... dan 'insultation' wayar letrik.... mende alah sangat bahaya pada kesihatan.... ohhhh.... boleh sebabkan masalah sistem penghadaman... masalah batu karang... masalah sistem pernafasan... masalah buah pinggang... masalah pundi kencing... juga kerosakan sistem pembiakan..... juga rasa malas berblog

melamine juga leh bertindak balas dengan makanan dan membentuk bahan yang lagi bahaya... iaitu MELAMINE CYANURATE... di mana bahan ni leh bentuk kristal seperti kaca yang boleh sebabkan kerosakan salur darah dan buah pinggang... waduh kok...

pinggan mangkuk melamine yang ori basenye mahal... dan tahan hingga suhu 140 darjah celcius.... dan tak de dicampur ngan UREA.... 

cara paling selamat adalah gunakan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada kaca atau seramik di mana keadaan pinggan mangkuk kaca dan seramik lebih stabil.... kebanyakan negara-negara eropah, amerika dan negara UAE telah mengharamkan semua pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine.... ohhh malaysia ku bila lagi ye????

p/s: seb bek umah aku gune pinggan mangkuk seramik kaler biru.... ade satu je bekas daripada melamine.... tu pun bapak aku dapat hadiah.... pape pun ingat!!! segalanya dari DIA.... kalau bukan dengan izin DIA kita tak jugak sakit... atau sembuh daripada penyakit... =)

beli pinggan melamine yang original? pastikan yang telah diiktiraf oleh FDA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...