GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

22 April 2016

AWAS: PENGHIDAP DIABETIS


Assalammualaikum...

seringkali kita dinasihatkan jangan buat air manis-manis... ececeh...
walhal air yang tawar dan manis tu sama je kuantiti gula di dalamnya...

yang berbeza cuma kuantiti airnya...
hati-hati ye kawan-kawan...

semoga kita semua sihat selalu....

kurangkan makan manis-manis terutamanya daripada refined sugar... (gula putih)

umah kami dah guna brown sugar... wangi je baunya... biarpun guna brown sugar kita tetap perlu hadkan pengambilannya...

wassalam...

11 March 2016

BETUL KE MAKANAN SUNNAH?

antara makanan sunnah 

Sekali lagi saya buat disclaimer bukan nak sabotaj penjualan makanan tambahan.
Ramai orang kita berminat dengan pemakanan sunnah. Jualan makanan sunnah pun dah jadi industri besar sekarang.
Tapi betul ke ambil suplemen tu bermakna anda ikut sunnah dan mendapat kelebihan pemakanan sunnah?
Tahukah anda bagaimana pemakanan sunnah sebenarnya?
Nabi (SAW) sebenarnya sangat kurang makan. Baginda lebih kerap berpuasa daripada makan.
Ingat kisah Nabi ikat beberapa ketul batu di perut demi menghilangkan lapar? Ingat kisah isteri baginda Aishah yang menceritakan dapur di rumah Nabi tak berasap selama beberapa bulan, mereka bertahan dengan memakan air dan kurma sahaja?
Nabi (SAW) kita makan sikit, makan bila lapar saja dan berhenti sebelum kenyang. Nabi makan makanan yang baik (zaitun, kurma, gandum). Nabi kita kerap jadi vegetarian, jarang sekali menjamah daging.
Memang Nabi menggemari daging kambing, mengambil madu sebagai ubat, namun baginda (SAW) tak makan semua itu setiap hari.
Kita ni bagaimana pula?
Kita ni makan banyak; selagi tak tersandar dan tak sendat kancing pinggang kain/ seluar memang takkan berhenti. Makan daging tiap2 hari kalah harimau. Makan nasi berpinggan2 kalah orang kerja sawah. Jenis makanan pula semua bantai, lagi berproses lagi suka. Tak cukup makan di luar, siap tapau pula sambung makan di rumah (saya la tu).
Bila dah datang semua penyakit barulah sedar diri. Ubat tak mahu ambil tetapi nak amal pemakanan kononnya makanan sunnah. Cara hidup masih tak tukar kepada pemakanan ikut cara Nabi. Cuma beli pemakanan segera daripada tin berlabel sunnah.
Nabi tak ajar begitu. Nabi ajar cara hidup sihat dengan kurangkan makan, lebihkan kerja. Bukan makan belasah semua, lebihkan berehat dan berlingkar kemudiannya cover dengan makanan segera daripada tin. Salah konsep tu.
Masih belum terlambat nak berubah. Jika sudah pun datang penyakit, ambillah ubat mengikut nasihat doktor. Ubah cara pemakanan, banyakkan berpuasa. Lebihkan ibadah, lebihkan kerja, ubah gaya hidup. Setelah badan kembali sihat, besar kemungkinan ubat-ubatan doktor akan kurangkan.
Nabi ajar makan untuk hidup. Tapi umat Nabi hidup untuk makan.

29 February 2016

BAHAYA GULA PUTIH

Assalammualaikum...
semoga semuanaya diberikan kesihatan yang baik...

di bawah adalah petikan daripada utusan Malaysia.... sebenarnya sekarang aku lebih banyak megikuti posting mengenai bahaya gula putih, bahaya makanan berproses, bahaya tepung gandum putih dan lain-lain berkaitan pemakanan dan punca-punca penyakit lazim di kalangan rakyat Malaysia... seperti kolestrol, high blood pressure, diabetis dan obesiti...

RAMAI tidak tahu penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung sebenarnya berpunca daripada gula, bukan lemak seperti diketahui umum selama ini. Gula diambil bukan sahaja secara langsung daripada minuman bahkan makanan berkarbohidrat seperti nasi selain manisan kuih-muih tradisional, kek dan aiskrim.

Di Malaysia, penggunaan gula adalah yang tertinggi menyebabkan penyakit-penyakit kronik meningkat saban tahun, manakala di negara maju yang mengutamakan kesihatan seperti di Jepun, penggunaan gula bukan sahaja pada tahap minimum, bahkan sukar untuk mendapatkan gula putih di pasaran mereka!

Sumber: Utusan Malaysia.

sewajarnya... kita perlu lebih berhati-hati dan memilih makanan yang  berkualiti untuk memasuki tubuh badan kita dan seluruh ahli keluarga... bukan sekadar memilih makanan yang halal dan suci sahaja.... bahkan pemilihan makanan yang kaya nutrisi dan bersifat natural lebih digalakkan...

sebenarnya sekarang aku dah tak galakkan anak-anak minum air kotak, makan jajan, air soda, minum milo, dan lain-lain proses food yang mengandungi kandungan gula yang tinggi...

dan alhamdulillah... kami suami isteri memiliki kesihatan yang baik buat masa ini setelah pemeriksaan seluruh badan dijalan... tiada masalah kolestrol, tekanan darah normal, tidak obesiti, dan paras gula dalam darah pada paras yang normal...

semoga aku istiqamah dalam memilih makanan yang terbaik untuk keluarga =)

posting daripada doktor norman

p/s: gantikan gula pasir dengan madu atau stevia... mula-mula memang agak janggal... tapi lama-lama okay ce try =)

16 November 2015

DOKTOR INI MEMBERI NASIHAT: BAHAYA PIL PERANCANG


Assalammualaikum

ini nasihat daripada doktor ye...

1) apa-apa bahan kimia pasti ada side effect
kenapa aku cakap ada side effect? jika tak de side effect doktor tak perlu pantau pengambilan pil perancang... macam kita makan ulam-ulaman... lek je... tak perlu pemantauan... kan.....

2) jangan cakap "makan je dah bertahun ambik tak da pa pun... tak da pa pun..."
ni paling selalu aku jumpa... ewahhh eksen nye kau.... apa-apa ciptaan manusia biasanya akan rosakkan manusia tu sendiri.... walaupun disamping tu ada kebaikkannya juga.... dia belum kena.. boleh la cakap.... manusia mudah dapat naik kereta tapi dengan kereta juga berapa ramai manusia mati eksiden.... manusia ramai yang suka layan telefon pintar.... tapi berapa ramai manusia yang boleh bergaduh, boleh berdosa akibat manusia yang cipta telefon pintar....

kau ingat paracetamol... aspirin... morphine dan lain-lain bahan kimia dalam ubat hospital tu tak de side effect la? pi ngaji dulu... physical chemistry dan organic chemistry.... nanti baru tau segala tok nenek bahan kimia tu semua ada side effect.... tak kira la yang boh dalam ubat ke... dalam makanan ke...

pada aku nak guna tu berpada-pada... boleh je ambil pil perancang... terutama bagi yang bersalin secara pembedahan... sebab nak tak nak untuk keselamatan kena elak mengandung dalam tempoh 2 tahun...

apa pun lebihkan bertawakal pada Allah... dan faham niat sebenar perkahwinan... Allah dah janjikan rezeki untuk setiap hambaNya yang hidup.... jika rasa tak berkecukupan.... usahalah lebih gigih untuk tambah pendapatan... kih3

jika berupaya untuk berbincang suami isteri... lakukan la natural family planning... jika dah mengandung tu dah aturan Allah...

kami dah masuk 5 tahun kawin... tak pernah lagi plan.... apa-apa... natural planning atau makan ubat... memang tak pernah... natural planning pernah sekali dua gitu je kot haha... lepas tu tak kuasa dah....

hasilnya dah anak 3.... wewewe... 2011, 2013, 2015....

as usually...

nurse kat klinik akan sibuk-sibuk suruh makan ubat la... kan... aku pun cakap je husband tak bagi dan we all buat natural family planning.... haha

k dah next time aku membebel....

14 September 2015

CARA HINDARKAN STRESS

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu..
dan tak mau stress okay... maklum la hari ni hari isnin...


Berikut tanda- tanda awal stress / tekanan:

  • Degupan jantung laju
  • Banyak berpeluh
  • Risau / bimbang
  • Loya
  • Nafas laju / cepat
  • Selalu rasa tidak sihat
  • Cirit-birit / rasa hendak buang air kecil
  • Sukar tidur
  • Rasa sejuk pada kaki dan tangan
  • Selera makan berubah
  • Selalu letih
  • Gangguan seksual
  • Kuat merokok
  • Sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya
  • Murung / perubahan sikap
  • Penyakit seperti lelah / sakit kepala / timbul ruam kulit

Kesan dari tekanan:

  • Tekanan darah tinggi
  • Lelah
  • Masalah kulit semakin teruk / jerawat
  • Hilang fungsi seksual & pembiakan
  • Strok
  • Masalah berat badan
  • Gangguan tidur
  • Cirit-birit / sembelit
  • Serangan migrain
  • Ulser perut
  • Sakit kepala
  • Kemurungan

Tanpa kita sedar, stress boleh membawa kesan pada sistem jantung, sistem penghadaman & rangka otot. Kenali tanda-tanda perubahan pada diri kita. Jangan takut berkongsi masalah atau ketidak selesaan kita pada orang yang kita boleh percayai. Berjumpalah dengan doktor & dapatkan rawatan awal sebelum stress terus menekan diri kita.

Selain zikir & doa, amalkan pemgambilan makan yang mengandungi Vitamin B ataupun amalkan B Complex.

23 July 2015

6 JENIS OBESITI


Ketahui kenapa lemak terkumpul di bahagian badan tertentu...

Sains ini telah dikaji dan terbukti terdapat 6 jenis obesiti disebabkan pelbagai faktor. Nah lihat sendiri jenis badan korang mengikut gambar trsebut.

1. Obesiti daripada makanan

Jenis ini adalah paling lazim di dunia. Ia berlaku disebabkan oleh pengambilan makanan dan gula yang berlebihan. Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah anda, kurangkan jumlah makanan, gula dan buat senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

2. Obesiti disebabkan Gluten

Ini jenis obesiti adalah yang paling biasa di kalangan wanita yang telah melalui menopaus disebabkan ketidakseimbangan. Perkara yang paling penting adalah untuk mengelakkan duduk berpanjangan, merokok dan alkohol. Amalkan senaman dengan berat.

3. Obesiti disebabkan oleh "kecut perut"

Ini jenis obesiti disebabkan oleh tekanan, kebimbangan dan kemurungan. Orang yang mempunyai masalah ini adalah disebabkan pengambilan gula yang banyak. Perkara terbaik untuk dilakukan ialah mengawal tekanan anda dan melakukan aktiviti fizikal.

4. Obesiti Metabolik

Masalah ini tertumpu kepada mereka yang mengambil alkohol, mempunyai masalah psikologi atau masalah dengan pernafasan.

5. Obesiti disebabkan oleh peredaran vena

Ini kebanyakannya diwarisi secara genetik obesiti. Biasanya berlaku semasa mengandung dan pada orang yang mengalami kaki bengkak. Penyelesaiannya adalah dalam latihan seperti berjalan dan menaiki tangga.

6. Obesiti dari tidak aktif

Ini jenis kegemukan yang disebabkan bahagian-bahagian badan yang dahulunya aktif tidak digunakan seperti dahulu. Kunci untuk menghapuskan deposit lemak ini bukan mengurangkan makanan kerana badan boleh mempercepatkan metabolisme dan membakar mereka dengan cepat.

Hasil artikel dari: naturalhealthcareforyou.com

05 May 2015

ADAKAH TELUR BOLEH DI MAKAN SELEPAS BERSALIN?


Sering kita diingatkan agar jangan makan telor lepas bersalin atau kepas bedah; konon takut luka bernanah. Adakah fakta ini benar? Ini adalah diantara kepercayaan dan amalan orang2 tua dahulu yang saya dapati tiada asas atau bokti nyata. Benarkah telor meningkatkan kandungan cholesterol dalam darah kita yang seterusnya meningkatkan risiko darah tinggi dan sakit jantung? Ini juga satu andaian yang banyak dipercayai orang ramai. Semua fakta2 itu sudah tidak sahih lagi.

Malah satu kajian menunjukkan makan 1-2 telor setiap hari meningkatkan kesihatan badan tanpa meningkatan tahap cholesterol dalam darah. Ada kajian menunjukkan amalan makan telor bolih mengurangkan risiko kanser payudara. 

Berikut adalah beberapa khasiat telor.
1. Mengandungi berbagai vitamins A B D E K , logam2 selenium, kalsium , zinc. Setiap biji telor mengandungi 77 kalori, 6 gram petotin dan lemak2 baik. Telor adalah diantara makanan terbaik.

2. Telor mengandungi cholesterol tetapi kajian menunjukkan makan cholesterol tidak meningkatkan tahap cholesterol dalam darah.
Telor meningkatkan HDL (good cholesterol) yang penting untuk melindungi dari penyakit2 jantung , angin akhmar dan berbagai2 masalah kesihatan. Kajian menunjukkan makan 2 biji telor setiap hari selama 6 minggu meningkatkan tahap HDL sebanyak 10 %.
Telor yang diperkaya dengan omega3 bolih mengurangkan triglycerides dalam darah dan seterusnya melindungi dari serangan jantung.

3. Telor mengandungi choline yang berfungsi membina sel membrane dalam otak dan ini penting untuk kecekapan fungsi otak. Telor adalah sumber terbaik bagi choline.

4. Telor mengadungi lutein dan zeaxanthine (antioxidants)  yang sangat penting untuk menjaga keutuhan retina dalam mata. Kesannya ia mencegah dari masalah2 cataract dan macular degeneration yang sering mengancam penglihatan kita.

5. Sebiji telor mengandungi 6 gm perotin yang terdiri dari aminoacids yang bermutu tinggi serta dalam nisbah yang terbaik. Perotin adalah zat penting dalam pembinaan dan pembaikkan pulih semua sel2 tisyu dan organ dalam tubuh. Memakan telor mempercepat peroses baik pulih tisyu2 selepas pembedahan dan luka dari trauma.

Zat perotin dan aminoacids juga penting bagi meningkatkan kesuburan orang lelaki dan perempuan.

Memakan 2 biji telor ketika  sarapan pagi juga memberi sumber tenaga dan kekenyangan yang lama. Dengan itu ia bolih mengurangkan ketagihan makan bahan2 yang tinggi kandungan gula dan karbohaidret. Kesan baiknya ialah mengurangkan berat badan.


Saya memang mengamalkan makan 2 biji telor separuh masak untuk sarapan setiap hari. Semoga dikurniakan kesihatan yang berterusan.

PETIKAN ARTIKEL DARIPADA DOKTOR HAMID ARSHAT

29 April 2015

BARANG YANG PERLU DIBAWA KE HOSPITAL SEMASA BERSALIN


Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

alhamdulillah... aku dah nak masuk 32 weeks... pastinya ramai juga yang sedang menanti saat kelahiran... aku ni dah masuk 3rd baby... so dah boleh agak apa yang lebih penting untuk dibeli... tak de lah sampai semua benda seolah-olah wajib dibeli...

tapi untuk anak ketiga ni banyak juga barang yang kena beli baru... macam set bantal baby, lapik getah, tuala mandi, tuala tangan, baju, stokin, sebab barang abang dan kakak ada yang dah rosak dan dah lama...

ni antara senarai semak yang perlu ada:

1. pakaian baby
2. tisu basah (baby wipes)
3. newborn diapers
4. booties
5. maternity pad atau night pad (untuk ibu)
6. stokin untuk ibu
7. persalinan pakaian ibu
8. tuala baby & ibu
9. minyak bayi
10. disposable panties / panties untuk ibu
11. tuala kecil
12. sedikit makanan kering (sebab lepas bersalin memang lapar gile weh)
13. minuman 3 in 1
14. kain bedung (option)

ini antara barang yang perlu dibawa ke hospital.... ada orang siap bawa surah yassin bagai... pada aku tu semua tak de tak pe yang penting zikrullah sebagai pendinding yang paling mudah... dan selebihnya yakinlah Allah Maha Pelindung =)

27 April 2015

ASAL USUL ROKOK (TEMBAKAU)



R O K O K . Rasulullah SAW pernah bersabda
(maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka” Abu Hurairah R.A



yang mendengar sabda tersebut bertanya:
“Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?” Sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk Orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.” Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji” 

-Ustaz Azhar Idrus- 

sebenarnya aku pernah dengar daripada dua versi... versi lagi satu mengatakan benih tembakau berasal daripada najis iblis... wallahu'alam...

nota: yang penting rokk tak de manfaat ok =)

22 April 2015

10 MAKANAN PALING MENGGEMUKAN DI MALAYSIA

Ramai orang suka makan. Setiap orang sukakan makanan. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan - kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak

Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak(mengandungi karbohidrat, protein, lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong (170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?



2. Roti Canai

Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Lari 10 km dulu baru boleh makan lebih sikit!:)

3. Nasi goreng

Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang khasiatnya. Ada kurang situ!

4. Ais krim

Sedapnya dapat ais krim, lagi lagi dengan cuaca di Malaysia ni kan? Tetapi ingat! Ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori - dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?



5. Burger

Kaya dengan karbohidrat, protein (patty), lemak. Satu hidangan burger 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?


6. Mee kari

Hidangan mee dengan sup kari, santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7.  Makanan bergoreng

Rata rata kebanyakan makanan bergoreng.Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) kadang kadang pakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh elakkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Whole milk

Susu penuh krim ini sememangnya tak elok utk anda! Kandungan lemak sangat tinggi dan walaupun ada memberi anda kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak.

9. Roti

Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Somehow, roti pun high in fat dan karbohidrat. Sekeping pun dah 80 kalori. Boleh cuba roti wholemeal. Satu keping baru 50 kalori.

10. Mayonis

Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori dan 40 gram lemak. Agak tak berapa sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri. Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagaimana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

13 April 2015

8 TIPS TURUNKAN BERAT BADAN TANPA BERSENAM



Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

Pasti ramai yang ingin kelihatan kurus dan sihat tanpa perlu bersusah payah bersenam... kan? terutamanya bila menjelang hari bahagia hehe

di sini ada beberapa tips mudah...


1. Gaya Pemakanan

pastikan anda mengambil sarapan pagi setiap hari... sederhana ketika makan tengahari... dan makan sedikit di waktu malam... seperti satu frasa 'breakfast like a king, lunch like a queen and dinner like a Pauper'. Makan sedikit pada waktu malam adalah kerana makanan memerlukan masa untuk dicerna... dan biasanya pada waktu malam kita agak kurang aktif...

2. Banyakkan Minum Air Putih

air putih adalah 0 kalori... so tak perlu bimbang anda boleh minum dengan banyaknya... dan ia akan membantu menjana metabolisme... selain membantu organ dalaman anda berfungsi dengan baik... kayu ukurnya... hingga air kencing anda jernih he3

3. Aktifkan Diri

lakukan pelbagai aktiviti fizikal pada setiap hari, seperti naik tangga, menyapu, mengemas rumah, memcuci pinggan, membasuh kereta, dan lain-lain lagi... ini semua akan membantu membakar kalori anda...

4. Tingkatkan Pengambilan Buah dan Sayur

buah dan sayuran akan membuatkan anda cepat kenyang... dan ia tidak mengamdungi kolestrol... selain mengandungi pelbagai vitamin... pastikan anda makan sayur dan buah segar... dan dimasak dengan cara yang betul... supaya khasiatnya tidak berkurang atau musnah... anda boleh juga amalkan pengambilan sayur dan buah sahaja untuk makan malam... he3

5. Amalkan Teh Hijau

amalkan pengambilan teh hijau selepas makan... ia akan membantu proses pencernaan... dan ia juga bersifat antioksidan.... nak senang cari je teh hijau uncang BOH... ada dijual di pasaran... rasa nya memang lah tak berapa nak sedap... tapi demi kesihatan kan.... nak cantik punya pasal =)

6. Air Limau Nipis dan Air Lemon

amalkan kedua-dua jenis air ni... inshaAllah... amalkan sekitar 3-4 minggu... kelebihan air lemon ini adalah lemon adalah satu-satunya minuman bersifat asid... dan akan bertukar menjadi alkali apabila memasuki sistem pencernaan manusia...

7. Konsisten dan Buat Diari Pemakanan Harian Anda

lakukan semua ini secara konsisten... bila anda ingin makan... anda perlu ada ilmu mengenai apa yang anda makan dan manfaatnya pada tubuh... selain anda perlu lebih teliti memilih makanan untuk di makan... dan senaraikan apa yang anda makan setiap hari... malah anda boleh rancang apa yang anda perlu makan selama seminggu... untuk memastikan menu anda betul-betul berkhasiat dan bermanfaat pada tubuh... bukan sekadar makan untuk kenyang...

8. Tidur Yang Cukup

tidur yang cukup mampu memberikan kesegaran, membakar kalori, dan meningkatkan sistem imun kita... jadi jangan abaikan tidur anda...

nota: bagi yang muslim.... berpuasa dan bersolat juga antara cara tambahan untuk mengurangkan berat badan anda... =)

selamat mencuba!!!

13 april 2015
5:12 PM

26 March 2015

5 'TRICK' DIET YANG BERKESAN


Banyak yang sering kita dengar tentang cara menurunkan berat badan. Kali ini, MLP berkongsi 6 'trick' yang anda boleh amalkan untuk memastikan perjalanan anda untuk mendapatkan berat badan idaman lebih mudah!

1. Elak rasa lapar

Jangan tunggu sampai perut keluarkan bunyi baru nak makan. Makanlah sebelum anda berasa lapar kerana ini akan membuatkan anda makan dalam kuantiti yang sederhana.

2. Guna peraturan warna

Pastikan tiga warna ini ada dalam pinggan anda setiap kali makan; merah, oren dan hijau.

3. Minum, minum dan minum
Air masak ya. Bukan air manis berperisa, apalagi air bergas. Minumlah sebanyak mungkin kerana ia takan beri kesan buruk.

4. Makan jauh dari hidangan

Kalau di rumah, carilah tempat lain untuk makan, selain daripada meja makan. Ini kerana makan berhadapan hidangan yang pelbagai akan buat anda rasa masih lapar walaupun sebenarnya dah kenyang.

5. Makan dan kunyah perlahan-lahan

Kajian saintifik menunjukkan mereka yang makan dengan kadar yang cepat punya berat badan yang lebih berbanding mereka yang makan perlahan-lahan.

6. Mulakan dengan sup

Nak kenyang walau makan nasi sedikit? Mulakan 'meal' anda dengan sup, lebih elok kalau sup sayuran. Kemudian barulah diikuti dengan nasi.


Foto: dailystar.uk

25 February 2015

RANCANG UNTUK TIDAK VAKSIN ANAK



Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu....

memilih untuk vaksinasi anak atau untuk menolak vaksinasi kepada anak?

ya isu ini semakin kerap dibincangkan... dan dikongsikan di media sosial... sebenarnya isu vaksin ini dah lama... yang paling menjadi isu adalah status halalnya... adakah vaksin ini halal? di mana pengiktirafan halalnya?

kebanyakkannya tak ada pun... macam juga ubat-ubatan hospital... jika dilihat pada botol atau bekas asalnya... kebanyakkannya tiada pun pengiktirafan halal...

begitu juga dengan vaksin...

kita juga semestinya tidak mahu tubuh badan kita dan ahli keluarga tercemar dengan sesuatu yang syubahah kan?

dari sudut lain... ramai juga yang memandang vaksin ini bukan lah kaedah total untuk mengatasi penyakit... kerana vaksin hanya sesuai untuk penyakit tertentu sahaja....

vaksin adalah proses memasukkan bakteria yang lemah dalam badan... untuk biarkan tubuh membina imunisasi... kerana tu... ada bayi yang demam jika disuntik vaksin... dan ada juga yang tahan dan tak demam...

selain dengan suntikan vaksin... memberikan susu ibu juga adalah bagus untuk membina imunisasi semulajadi baby... dan kita tak perlu risau jika anak tak diberikan vaksin... kerana tubuh badan manusia ni hebat... kan ciptaan Allah hebat... kerana imunisasi akan terbentuk secara semulajadi...

selain pengambilan makanan secara semulajadi yang boleh meningkatkan sistem imun badan... dan pada aku jika ada ibu bapa yang tidak setuju jika anaknya divaksin.... tak perlu lah ada terlalu menghina... kerana mereka ada alasan tersendiri.... dan juga tak perlulah ada yang mengatakan 'jangan nanti anak dah tak reti duduk diam terloncat-loncat macam kera baru nak menyesal sebab dah vaksin anak'

sebab pada aku pertama sekali adalah doa seorang ibu buat anak-anak... dan selebihnya adalah ketentuan Allah... kerana masih ada juga anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat biarpun telah di vaksn... dan beruntunglah jika ada anak-anak yang dapat membesar tanpa vaksin....

apa yang penting keyakinan kita... hanya Allah sahaja yang berhak menjadikan 'kun faya kun'




07 February 2015

5 JENIS SAYURAN MAMPU DETOX BADAN!!!

Proses penyingkiran bahan-bahan tidak berguna daripada badan merupakan perkara yang penting untuk badan anda. Hal ini kerana, seringkali badan anda dibebankan dengan proses pencernaan bahan-bahan makanan yang berat dan tidak berkhasiat. Setiap individu harus melakukan detoksifikasi untuk kekal sihat dan cergas. Pengambilan toksin-toksin melalui makanan, air, produk kosmetik sebenarnya hanya memudaratkan kesihatan anda.  

Jangan risau, anda tidak perlu berbelanja banyak untuk membeli produk detok malah kaedah semulajadi di rumah sudah mencukupi. Berikut adalah 5 jenis makanan detoksifikasi yang perlu ditambah dalam diet harian anda. 

Kubis daun (Kale)
Kale merupakan sayuran hijau yang baik untuk mengeluarkan toksin badan anda. Ahli Ayurveda, perubatan tradisional India sering mencadangkan sayur kubis daun yang pahit ini untuk kecergasan tubuh badan. Jika anda tidak tahan dengan rasa pahitnya, anda boleh mengambil sayur ini dengan campuran salad-salad lain.

Articok
Articok  mengandungi cynarin yang membantu penyingkiran toksin dalam badan secara semulajadi. Articok bukan sahaja membersihkan badan, tetapi juga membantu sistem pencernaan yang baik. Malah, lemak badan anda juga dapat dikurangkan dengan pengambilan sayuran ini. 

Daun Ketumbar
Daun ketumbar ataupun Coriander juga antara makanan wajib bagi detoksifikasi badan anda. Hal ini kerana daun ketumbar dapat menyingkirkan toksin daripada badan dan kandungan pati minyak dalam ketumbar ini dapat merangsangkan sistem pencernaan dengan lebih baik.

Halia
Halia mengandungi bahan gingerol yang membantu merangsang penyingkiran toksin dan bahan tidak berguna dari badan serta membantu meningkatkan tahap metabolisma badan. 

Brokoli
Sayur brokoli memang berkhasiat untuk badan kita terutamanya bagi golongan wanita. Sayuran ini mengandungi sulforaphane, yang membantu badan anda untuk menghasilkan enzim yang bertanggungjawab menyingkirkan toksin dalam badan. 
Kredit Gambar: Renaissance Herbs/ Fine Dining/ Wanista/ Adda Pinch

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...