GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label dr hamid arshat. Show all posts
Showing posts with label dr hamid arshat. Show all posts

05 May 2015

ADAKAH TELUR BOLEH DI MAKAN SELEPAS BERSALIN?


Sering kita diingatkan agar jangan makan telor lepas bersalin atau kepas bedah; konon takut luka bernanah. Adakah fakta ini benar? Ini adalah diantara kepercayaan dan amalan orang2 tua dahulu yang saya dapati tiada asas atau bokti nyata. Benarkah telor meningkatkan kandungan cholesterol dalam darah kita yang seterusnya meningkatkan risiko darah tinggi dan sakit jantung? Ini juga satu andaian yang banyak dipercayai orang ramai. Semua fakta2 itu sudah tidak sahih lagi.

Malah satu kajian menunjukkan makan 1-2 telor setiap hari meningkatkan kesihatan badan tanpa meningkatan tahap cholesterol dalam darah. Ada kajian menunjukkan amalan makan telor bolih mengurangkan risiko kanser payudara. 

Berikut adalah beberapa khasiat telor.
1. Mengandungi berbagai vitamins A B D E K , logam2 selenium, kalsium , zinc. Setiap biji telor mengandungi 77 kalori, 6 gram petotin dan lemak2 baik. Telor adalah diantara makanan terbaik.

2. Telor mengandungi cholesterol tetapi kajian menunjukkan makan cholesterol tidak meningkatkan tahap cholesterol dalam darah.
Telor meningkatkan HDL (good cholesterol) yang penting untuk melindungi dari penyakit2 jantung , angin akhmar dan berbagai2 masalah kesihatan. Kajian menunjukkan makan 2 biji telor setiap hari selama 6 minggu meningkatkan tahap HDL sebanyak 10 %.
Telor yang diperkaya dengan omega3 bolih mengurangkan triglycerides dalam darah dan seterusnya melindungi dari serangan jantung.

3. Telor mengandungi choline yang berfungsi membina sel membrane dalam otak dan ini penting untuk kecekapan fungsi otak. Telor adalah sumber terbaik bagi choline.

4. Telor mengadungi lutein dan zeaxanthine (antioxidants)  yang sangat penting untuk menjaga keutuhan retina dalam mata. Kesannya ia mencegah dari masalah2 cataract dan macular degeneration yang sering mengancam penglihatan kita.

5. Sebiji telor mengandungi 6 gm perotin yang terdiri dari aminoacids yang bermutu tinggi serta dalam nisbah yang terbaik. Perotin adalah zat penting dalam pembinaan dan pembaikkan pulih semua sel2 tisyu dan organ dalam tubuh. Memakan telor mempercepat peroses baik pulih tisyu2 selepas pembedahan dan luka dari trauma.

Zat perotin dan aminoacids juga penting bagi meningkatkan kesuburan orang lelaki dan perempuan.

Memakan 2 biji telor ketika  sarapan pagi juga memberi sumber tenaga dan kekenyangan yang lama. Dengan itu ia bolih mengurangkan ketagihan makan bahan2 yang tinggi kandungan gula dan karbohaidret. Kesan baiknya ialah mengurangkan berat badan.


Saya memang mengamalkan makan 2 biji telor separuh masak untuk sarapan setiap hari. Semoga dikurniakan kesihatan yang berterusan.

PETIKAN ARTIKEL DARIPADA DOKTOR HAMID ARSHAT

12 March 2015

CARA MERAWAT BATU KARANG SECARA SEMULAJADI

Cara Merawat Batu Karang Secara Semulajadi
Satu petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu (Gallbladder Stones):
1. Minum 4 gelas apple juice setiap hari selama 5 hari berturut-turut.
2. Hari ke-6 jangan makan malam (dinner).
3. Pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom (magnesium sulphate), beli di kedai farmasi.
4. Pukul 8 malam ulang makan garam epsom.
5. Pukul 10 malam, Campurkan satu cawan (250 ml) Olive oil atau sesame oil dan setengah cawan juice lemon yang fresh (perah 3 biji lemon). Campur olive oil dengan juz lemon dan minum.
6. Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu karang keluar.
Sumber : Dr Hamid Arshat


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...