GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label diet sihat. Show all posts
Showing posts with label diet sihat. Show all posts

07 February 2015

5 JENIS SAYURAN MAMPU DETOX BADAN!!!

Proses penyingkiran bahan-bahan tidak berguna daripada badan merupakan perkara yang penting untuk badan anda. Hal ini kerana, seringkali badan anda dibebankan dengan proses pencernaan bahan-bahan makanan yang berat dan tidak berkhasiat. Setiap individu harus melakukan detoksifikasi untuk kekal sihat dan cergas. Pengambilan toksin-toksin melalui makanan, air, produk kosmetik sebenarnya hanya memudaratkan kesihatan anda.  

Jangan risau, anda tidak perlu berbelanja banyak untuk membeli produk detok malah kaedah semulajadi di rumah sudah mencukupi. Berikut adalah 5 jenis makanan detoksifikasi yang perlu ditambah dalam diet harian anda. 

Kubis daun (Kale)
Kale merupakan sayuran hijau yang baik untuk mengeluarkan toksin badan anda. Ahli Ayurveda, perubatan tradisional India sering mencadangkan sayur kubis daun yang pahit ini untuk kecergasan tubuh badan. Jika anda tidak tahan dengan rasa pahitnya, anda boleh mengambil sayur ini dengan campuran salad-salad lain.

Articok
Articok  mengandungi cynarin yang membantu penyingkiran toksin dalam badan secara semulajadi. Articok bukan sahaja membersihkan badan, tetapi juga membantu sistem pencernaan yang baik. Malah, lemak badan anda juga dapat dikurangkan dengan pengambilan sayuran ini. 

Daun Ketumbar
Daun ketumbar ataupun Coriander juga antara makanan wajib bagi detoksifikasi badan anda. Hal ini kerana daun ketumbar dapat menyingkirkan toksin daripada badan dan kandungan pati minyak dalam ketumbar ini dapat merangsangkan sistem pencernaan dengan lebih baik.

Halia
Halia mengandungi bahan gingerol yang membantu merangsang penyingkiran toksin dan bahan tidak berguna dari badan serta membantu meningkatkan tahap metabolisma badan. 

Brokoli
Sayur brokoli memang berkhasiat untuk badan kita terutamanya bagi golongan wanita. Sayuran ini mengandungi sulforaphane, yang membantu badan anda untuk menghasilkan enzim yang bertanggungjawab menyingkirkan toksin dalam badan. 
Kredit Gambar: Renaissance Herbs/ Fine Dining/ Wanista/ Adda Pinch

31 January 2015

5 TIPS MUDAH BERDIET

Anda rasa terlalu sukar untuk berdiet? Anda sering berhenti di tengah jalan dalam berdiet?

Berikut beberapa cara mudah untuk membantu anda rasa seronok semasa berdiet:


1.  Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.
Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.

2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah dilihat.

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ''minum air kosong secukupnya!'', ''makan buah-buahan!'', atau ''tidur 8 jam sehari!''. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.

3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.

4. Minum air kosong secukupnya.

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

5. Ambil sarapan setiap hari.

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.


10 November 2014

TIPU SIKIT BILA BERDIET ATKINS

Atkins Diet - High Protein & Low Carbs Diet
1. Sila kenal jenis darah anda! - Diet Atkins paling sesuai dengan orang yang berdarah 'O'. Yang berdarah lain, dinasihatkan minta nasihat doktor dulu.

2. Jangan nak mengada-ngada terlalu hadkan jumlah carbs anda - ambil juga carbs, tapi jangan lebih-lebih. Maksud lebih-lebih tu macam ni; lepas makan roti sapu planta, lepas tu makan spageti lepas tu minum Milo yang manis siap dengan jajan-jajan. Itu lebih-lebih! Yang OK, pagi-pagi ambil oat atau cereal dengan low fat milk. lagi bagus susu kambing. Pagi-pagi boleh lebih sikit ambil carbs sebab metabolisme tengah sedap!

3. Air sebagai peneman setia - minum air kosong dengan banyak. Asal dahaga sikiiiit je minum, minum dan minum. Paling penting selepas bangun tidur dan sebelum bangun tidur.

4. Sape kata jangan ambil buah? - Gila kalau tak ambil buah. Ambil buah dan sayur-sayuran dulu sebelum jamah protein. Ambil buah tinggi serat macam oren dan epal elakkan buah tinggi carbs macam pisang dan durian. Ikut sunnah, ambil buah-buahan dulu sebelum makan. INGAT!

5. Sayuran hijau itu bagus - ambil sikit buah + SAYUR HIJAU YANG BANYAAAKKK + main course yang high protein. Sayur hijau bagus untuk pencernaan.

6. Tekanan ketika induksi? - abaikan tekanan ketika tempoh induksi, sampai semua carbs tak boleh. Rileks-rileks jer...

7. Jangan skip meal - ini bahaya. Makan ikut time yang betul walaupun dalam porsi yang sedikit. Skip makan nahas menanti, Hehe

8. Senaman & bersukan - Tak mampu pergi gyms? Itu bukan alasan, ada gym yang bayar MYR4 je untuk sekali main - contoh gym under MSN & Rakan Muda. Tak mampu jugak? Jogging. Untuk weighting? Rajin-rajin susun perabot dalam rumah. Bersukan lagi senang...

kalau rupa macam ni wajib diet lah!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...