GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

25 February 2015

RANCANG UNTUK TIDAK VAKSIN ANAK



Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu....

memilih untuk vaksinasi anak atau untuk menolak vaksinasi kepada anak?

ya isu ini semakin kerap dibincangkan... dan dikongsikan di media sosial... sebenarnya isu vaksin ini dah lama... yang paling menjadi isu adalah status halalnya... adakah vaksin ini halal? di mana pengiktirafan halalnya?

kebanyakkannya tak ada pun... macam juga ubat-ubatan hospital... jika dilihat pada botol atau bekas asalnya... kebanyakkannya tiada pun pengiktirafan halal...

begitu juga dengan vaksin...

kita juga semestinya tidak mahu tubuh badan kita dan ahli keluarga tercemar dengan sesuatu yang syubahah kan?

dari sudut lain... ramai juga yang memandang vaksin ini bukan lah kaedah total untuk mengatasi penyakit... kerana vaksin hanya sesuai untuk penyakit tertentu sahaja....

vaksin adalah proses memasukkan bakteria yang lemah dalam badan... untuk biarkan tubuh membina imunisasi... kerana tu... ada bayi yang demam jika disuntik vaksin... dan ada juga yang tahan dan tak demam...

selain dengan suntikan vaksin... memberikan susu ibu juga adalah bagus untuk membina imunisasi semulajadi baby... dan kita tak perlu risau jika anak tak diberikan vaksin... kerana tubuh badan manusia ni hebat... kan ciptaan Allah hebat... kerana imunisasi akan terbentuk secara semulajadi...

selain pengambilan makanan secara semulajadi yang boleh meningkatkan sistem imun badan... dan pada aku jika ada ibu bapa yang tidak setuju jika anaknya divaksin.... tak perlu lah ada terlalu menghina... kerana mereka ada alasan tersendiri.... dan juga tak perlulah ada yang mengatakan 'jangan nanti anak dah tak reti duduk diam terloncat-loncat macam kera baru nak menyesal sebab dah vaksin anak'

sebab pada aku pertama sekali adalah doa seorang ibu buat anak-anak... dan selebihnya adalah ketentuan Allah... kerana masih ada juga anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat biarpun telah di vaksn... dan beruntunglah jika ada anak-anak yang dapat membesar tanpa vaksin....

apa yang penting keyakinan kita... hanya Allah sahaja yang berhak menjadikan 'kun faya kun'




13 September 2014

GAYA COMEL IBU & ANAK

masa kat Kenny Roger's Mentakab makan-makan besday Ahmad

hmmm

masa raya... lepas open house rumah jiran

gaya budak matang

senyum

hahahah comel ke???
jangan marah na... =)

15 May 2014

MASA YANG SESUAI AJAR ANAK MENGAJI


Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

semua mak dan bapak kalau boleh nak anaknye... berjaya ye tak? bila masa sesuai ajar anak mengaji ye?
pada aku dari kecik lagi... kita biasakan diaorang dengar dan tonton video Alif Ba Ta... daripada youtube... belikan flash card ke... seawal 6 bulan dah boleh tunjukan tu semua...

nanti mereka akan familiar...

so jadi mudah untuk diajar...
gunakan kelembutan bukan kekerasan....
untuk naikkan mood mereka...
beri galakan yang positif...

my son 2tahun 9bulan...

dah mula diajar baca iqra'

memang dia macam agak 'liat sket'
sebab asyik fikir nak main je...

tapi aku selalu cakap... "ahmad belajar ngaji ni bagus.... nanti boleh bacakan quran untuk mama ngan ayah... kalau mama ngan ayah dah tak de...." 

"nanti pegi mana2 jumpa quran dah boleh baca.... untung... Allah pun sayang... banyak dapat pahala"

so dia akan cepat2 ambik bantal dan buku iqra' terus nak ngaji...

hu3... dia hafal al-fatihah dah boleh... dengan doa2 harian yang pendek... macam doa masuk tandas, doa makan, doa naik kenderaan tu tak de masalah... cuma belum tau eja jawi... dan belum berapa kenal huruf je....

menghafal tu lebih mudah bagi kanak2
mengenal huruf tu kena tekun sikit la diajar...
kenal jalan mane nak pegi Pizza Hut tau sangat dah (-_-)

anak kita... kita yang corakkan... 

dah dekat seminggu da belajar ngaji...

next mission :
1. nak ajar membaca suku kata
2. menulis nombor
3. nak ajar lebih banyak vocab jepun

i hope... =)

21 February 2014

ANAK-ANAK YANG KIAN MEMBESAR

Assalammualaikum
Semoga semuanya sihat selalu
Menjangkau 4 tahun usia perkahwinan kami
Alhamdulillah anak - anak semakin membesar
Seronok tengok keletah mereka



Nanti ade masa lapang aku upload lagi picture....
My hubby pun semakin membesar huk3 =P











21 January 2014

PERASAAN SEORANG AYAH BILA MENATAP ANAK YANG BARU LAHIR

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat sejahtera... alhamdulillah aku dianugerahkan seorang suami yang baik... dan anak2 aku dianugerahkan ayah yang baik hu3... puji sket...

my hubby pernah cerita pe perasaan dia masa dapat dan tengok first baby kami... dia kata... "lemah satu badan"

then for the second baby... my hubby kata... dia menangis bila tengok ank kedua kami... aku dengar touching gilerrrr...

he3... opkos la my hubby ni jenis orang yang lemah lembut n sopan santun... huk3 dan sangat caring.... ape pulak perasaan bapak2 kat luar sana bila dapat menatap wajah anak buat pertama kali?

alisha tengah tunggu makanan

ahmad berangan drive kereta ayah

jalan2 tepi pantai

alisha senyum

kasih seorang bapak

belajar untuk jadi abang

masa dalam flight dari kuching to senai

wajah2 kesayangan hamba

ahmad dengan baby happy puff

main bola

nak jadi macam atok =)

sayang sangat!!!

22 October 2013

TIPS SUPAYA MASAKAN SEDAP

Abang ahmad yang baru recovered from fever...

Adik alisha da masuk 6 bulan dan berat pon  dah 8.05kg... 

To my hubby...
Tq tolong sayang.. mase sayang semeseme... he3....
tulun masak n tulun pape yang patut...
Akhir kata pesan chef AA (aiman abidin)
Masak dengan ikhlas... supaya rasa sedap... 
(Padanlah tak payah taruk ajinomoto pon da sodap)

04 June 2013

BILAKAH ANAK-ANAK MULA BELAJAR MENIPU?

Salam dan selamat sejahtera...

Semoga semuanya sihat selalu....

Ramai ibu bapa yang sering katakan... 

"Aku tak pernah ajar anak aku menipu"

TapI sedarkah kita... secara tidak langsung kita telah mengajar anak menipu...

Situasinya...

Ibu bapa keluar rumah dengan tujuan tertentu... kadang kala terpaksa meninggalkan anak di rumah....

Kebiasaannya anak akan menangis kerana ditinggalkan...
Itu adalah salah satu cara untuk mempamerkan kesedihan jika ditinggalkan...
Dengan cara menangis...

Anak-anak menganggap berada di sisi ibu bapa adalah lebih selamat dan menyeronokan...

Lama kelamaan jika sering ditinggalkan...
Anak anak akan mula kawal diri daripada menangis... kerana jika jika menangis mereka tetap tak dapat ikut jugak...

Biarpun jauh dilubuk hati mereka... mahu pergi bersama sama ibu dan bapa... tapi kesedihan tu sudah tak dipamerkan dengan air mata...

Saat itulah anak anak sudah belajar menipu diri mereka... dengan cara melindungi kesedihan dihati mereka...

Seeloknya... terangkan kepada anak anak dengan sebaik baik nya... supaya mereka faham mengapa mereka tak boleh pergi bersama sama ibu bapa mereka...

Dan banyak lagi situasi... yang sering terjadi... kita sering menipu dan menakut  nakutkan anak anak...

Seperti...

"Pegi la sane... nanti ade hantu tangkap"

"Nakal nakal nanti misi cucuk"

Dan pelbagai lagi dialong yang sering kita dengar... menakutkan anak anak supaya mereka mendengar kata...

Berkatalah benar biarpun pada seorang kanak kanak

22 May 2013

LATIH ANAK GUNAKAN PINGGAN DAN CAWAN KACA

Salam dan selamat sejahtera

Ibu bapa mesti risau pinggan mangkuk pecah ye tak?

Nak nak bila digunakan oleh anak yang masih kecil...
Bimbang anak tercedera...
Bimbang juga pinggan mangkuk yang mahal mahal hancur berderai...

Hehehe

So anda boleh melatih anak anda untuk minum dan makan dalam pinggan atau cawan kaca...
Permulaan latih anak anda gunakan cawan dan pinggan plastik sahaja...
Dan asuh mereka supaya tidak perlu mencampakkan atau membuang pinggan atau cawan setelah habis makanan atau minuman...
Lama kelamaan anak anda memiliki rutin yang sihat dan sentiasa mengikut tatatertib ketika makan dan minum... dan ketika itu juga anda boleh lah tukarkan cawan plastik kepada cawan kaca dan pinggan plastik kepada pinggan kaca...

Hasilnya...
Tingkah anak anak anda seperti orang dewasa... yang penuh tatatertib ketika makan...
Aku dah praktikkan pada anak aku...
Pada usia satu tahun setengah... beliau dah mampu makan dan minum sendiri... menggunakan pinggan mangkuk kaca...

07 January 2013

24 WEEKS PREGNANT

salam dan selamat sejahtera...

semoga semuanya sihat sokmo...

tetiba rasa nak share pasal "bun in my oven"

1st time mase pregnant anak sulung.... ade la sket kne mild morning sickness... now for 2nd baby... alhamdulillah tak kena morning sickness...

cuma teringin makan serupa jeeeeeee dengan 1st baby... ermmm

harap semuanya dipermudahkan hingga detik-detik kelahiran... amin....


13 October 2012

IBU BERKERJA ATAU IBU DI RUMAH???

salam dan selamat sejahtera semua..

topik ibu berkerja dah lama kita dok dengar orang sebut-sebut kan???

aku rasa teringin tulis topik ni... sebab my husband ade cakap... cube kira berapa ramai mak-mak yang lagi suka berkerja... berbanding jaga anak kat umah??  dan rasa lebih mudah anak dihantar kepada pengasuh berbanding jaga sendiri...

ramai yang memilih untuk berkerja berbanding menjaga anak sendiri di rumah... ye tak???

ibu yang berkerja... dan pulang ke rumah kemudian memberi sepenuh komitmen kepada anak-anak dan suami... memang sangat penat... diulangi SANGAT PENAT... =)

anak-anak yang dihantar ke rumah pengasuh atau taska...

biasanya... lebih banyak dibiarkan baring... dan pengasuh akan berusaha untuk pastikan anak tersebut diam... terutama ketika bayi... so anak-anak yang banyak sangat baring kepala diaorang akan lebih nampak leper.. ye tak??

dan bila bayi semakin membesar... pengasuh akan pastikan anak-anak tersebut tidak terlalu lasak atau aktif... kerana akan menyusahkan pengasuh tersebut untuk wat kerja-kerja rumah beliau sendiri... ye tak???

untuk mendapatkan pengasuh yang benar-benar anggap anak kita seperti anaknya adalah sangat sukar...

manakala ibu-ibu yang berkerja pulak... da penat-penat balik kerja... biasanya mesti la nak rehat bila balik umah... mungkin... sekali lagi anak-anak akan dibiarkan baring atau melakukan aktiviti sendiri... anak-anak yang sedang membesar sekali lagi akan kurang mendapat rangsangan...

kelebihan ibu-ibu yang berkerja...

mestilah dapat tambah income family... ye tak???

tetapi berapa ramai ibu-ibu yang sanggup berhenti kerja demi anak-anak???

bukan semua ibu-ibu sanggup mengahadap kerenah anak-anak selama 24jam... apa pun segalanya terletak di tangan sendiri... dan aku sangat tabik spring pada ibu-ibu yang berkerjaya dan juga anak-anaknya terjaga dan terbela... bukan setelah penat berkerja... menjaga anak seperti melepaskan batuk ditangga...

IBU IBU... ENGKAULAH RATU HATIKU...











09 October 2012

LATIH ANAK MAKAN SAYURAN

salam dan selamat sejahtera semua...

untuk memastikan anak-anak mendapat khasiat yang seimbang... si ibu perlulah lebih prihatin dengan jenis sajian yang diberikan kepada anak-anak... masalah yang paling utama adalah nak bagi anak makan sajian yang berasaskan sayuran.... ye tak???

anak kecil sifatnya mudah meniru...
tunjukkan pada mereka yang anda makan sayuran yang telah dimasak dengan pelbagai jenis menu... dan juga ulam-ulaman... 

Pastikan!!!

sayuran dicuci bersih... 
dipotong dengan saiz yang sesuai...

jadikan sayuran seperti lobak merah, tomato dan timun antara snek kegemaran anak anda... anda boleh potong timun dan lobak secara memanjang seperti saiz kentang goreng... manakala tomato dihiris nipis dan biarkan anak anda meratah... sambil menonton TV atau bermain...

tunjukkan contoh dan memek muka... bahawa makan sayuran tu sedap dan menyelerakan... mulakan seawal mungkin... terutamanya apabila mereka sudah tumbuh beberapa batang gigi di barisan hadapan...

percayalah... anak anda akan jadi penggemar sayur-sayuran...

anak saya juga penggemar daun selom, tomato, timun, lobak merah... dan hampir semua jenis sayuran dia akan makan... walaupun usianya baru menjangkau 1 tahun 2 bulan...








28 October 2010

WAJAH PENCULIK KANAK-KANAK

assalammualaikum dan salam sejahtera...

moga semuanya sihat sejahtera la ye... dan dirahmati Allah selalu...

TAJUK: KANAK-KANAK HILANG? SALAH SIAPA?

isu kanak-kanak hilang bukan la isu lapok... isu ni selalu je di 'update' dari hari ke hari dengan kehilangan baru... ohhh macam-macam sebab punca kehilangan kanak-kanak...

faktor utama adalah kecuaian ibu bapa...

mak ayah selamber je biar anak-anak merayap mase kat shopping complex... depa plak dok sibuk bershopping... tak pun anak-anak yang masih kecik sesuka hati je disuruh pegi kedai beli sos cili ke... kicap ke... 

semestinya lah penculik tu ade peluang nak menculik kan?

selain hilang kena culik ade gak yang hilang sebab dibawa arus deras ke... dihanyutkan ombak ke... haaaaaaa ni plak yang jenis suka pi picnic... pastu biar je anak-anak merayap tah ke mane... yang si mak dan bapak ni dok makan ayam goreng dengan spagetti...

wohoooooooooooo anak da hilang baru gelabah nak carik.....

sewajarnya kanak-kanak yang masih di dalam jagaan ibu bapa... mereka berada di dalam keadaan yang paling selamat... dan ibu bapa plak sewajarnya jangan cuai ketika menjaga kanak-kanak...

nota: entri ni daripada sudut kesedaran dalam pengawasan kanak-kanak... kalau ikutkan tu sume dalam lindungan Allah... ye tak? ape pun... anak tu kan amanah... op kos la kita kena jaga...

p/s: kalau anak da besar panjang nak lari umah plak? hishhhhh macam-macam hal sekarang ni...

hati-hati ok!!! =P

25 October 2010

BELAJAR DARI KESALAHAN

assalammualaikum dan salam sejahtera....

kisah ni aku jadikan entri la... boleh kan? ni pon aku olah... kejadian ni diceritakan oleh seorang kenalan aku kat FB... kebetulan dia dah ade anak...

kena la olah supaya agak panjang sikit entri ni... tak kan la nak publish entri kontot sangat huhu...

kisah seorang ibu dan seorang anak lelaki...

ibu: wah bagus... abang dapat A periksa kali ni...
anak: terima kasih ibu...
ibu: kalau abang belajar rajin sikit je lagi kompem abang dapat 100%... abang kena belajar dari kesalahan!!!
anak: kalau abang jawab semua betul... tak de yang salah... macam mane nak belajar dari kesalahan...

kuwang kuwang kuwang =)

si ibu pun mula bertanya... aku cakap salah ke?

huhu dasat la dik... pusing ibu kamu mau melayan lalala =P

4 GOLONGAN LELAKI BAKAL DITARIK KE NERAKA

Pertama:-
  'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.  

Kedua:-
'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.  

Ketiga:-
  'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.  

Keempat:-
 'Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

nota: kadang-kadang kita selalu nampak orang pempuan walaupon da kahwin dengan selambe je kuar umah tak tutup aurat... walaupun selangkah je kuar dari rumah... cam tu gak dengan anak-anak pempuan... dan adik-beradik lelaki gak... tetap ade tanggung jawab...

aku masih ingat: aku kena marah dengan adik lelaki aku... mase tu aku sat je nak buat pe tah kat halaman umah... aku pakai tudung... cuma mase tu aku pakai baju lengan pendek... adik aku kate "ha tangan tu nak kena bakar ke?" aku pon gelak-gelak je masuk umah balik gi carik cardigan huhu ~ bila fikir balik tu pun aurat gak walaupun kuar umah selangkah je....

02 September 2010

NENEK 75 TAHUN MELAHIRKAN SEORANG ANAK...


salam
kali ni masih lagi entri autopublish...
jom layan.....

Seorang nenek berusia 75 tahun telah melahirkan seorang anak . Teman temannya datang berkunjung untuk menziarahi dan bertanya khabar. Ketika mereka ingin melihat bayinya nenek itu berkata...

"tunggu dulu ya".

Beberapa minit kemudian mereka bertanya kembali nenek itu dengan muka selamba berkata 

"tunggu dulu ya".

dengan perasaan yang tak sabar,Akhirnya mereka bertanya  

"sampai bila kita boleh melihat bayi tu?",

Nenek tu menjawab 

"tunggu sampai dia menangis".

kawan-kawan nenek tu kehairanan 

"Kenapa kita harus tunggu sampai dia menangis?"

"sebab ....aku lupa letak bayinya di mana....."

nota: nyanyuk

p/s: tak manopous lagi ye?

01 September 2010

BAHAYA MAKAN CEREAL

salam
semoga semua sihat walafiat...
diberkati dan dirahmati selalu =)

ini merupakan satu kisah antara seorang anak dan seorang ibu... 
berdasarkan cerita ni... maka... terlihatlah KEUNGGULAN kanak-kanak tersebut...

setiap pagi si ibu akan menyediakan sarapan untuk anaknya... ye la nak anak membesar sebagai johan kan.... kena la siapka sarapan untuk anak dia... yup setiap pagi si ibu menyediakan cereal honey star a.k.a bijirin bintang madu... untuk anak beliau...

pada suatu hari si anak melihat ikan yang di dalam akuarium... dan teruja untuk memberi ikan tu makan cereal yang dimakannya setiap hari... ye la... budak-budak kan... ape lagi... beria la budak tu nak buka tutup akuarium tu... nak bagi ikan tu makan...

tiba-tiba...

si ibu menjerit dari arah dapur...

"adik!!! jangan bagi ikan tu makan... nanti dia mati..." jerit si ibu dari dapur... 
"tapi kenapa ibu bagi adik makan benda ni hari-hari?" balas anaknye...

kuang kuang kuang...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...