GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label kah kah kah. Show all posts
Showing posts with label kah kah kah. Show all posts

25 January 2011

READERS DIGEST JOKE

I was waiting tables in a noisy lobster restaurant in Maine when a vacationing Southerner stumped me with a drink order. I approached the bartender. "Have you ever heard of a drink called 'Seven Young Blondes'?" I asked. He admitted he'd never heard of it, and grabbed a drink guidebook to look it up. Unable to find the recipe, he then asked me to go back and tell the patron that he'd be happy to make the drink if he could list the ingredients for him. "Sir," I asked the customer, "can you tell me what's in that drink?"


He looked at me like I was crazy. "It's wine," he said, pronouncing his words carefully, "Sauvignon blanc."

ahaha macam-macam hal la... aku share ni sebab tak best la plak gelak sorang-sorang je kan... =P

01 September 2010

BAHAYA MAKAN CEREAL

salam
semoga semua sihat walafiat...
diberkati dan dirahmati selalu =)

ini merupakan satu kisah antara seorang anak dan seorang ibu... 
berdasarkan cerita ni... maka... terlihatlah KEUNGGULAN kanak-kanak tersebut...

setiap pagi si ibu akan menyediakan sarapan untuk anaknya... ye la nak anak membesar sebagai johan kan.... kena la siapka sarapan untuk anak dia... yup setiap pagi si ibu menyediakan cereal honey star a.k.a bijirin bintang madu... untuk anak beliau...

pada suatu hari si anak melihat ikan yang di dalam akuarium... dan teruja untuk memberi ikan tu makan cereal yang dimakannya setiap hari... ye la... budak-budak kan... ape lagi... beria la budak tu nak buka tutup akuarium tu... nak bagi ikan tu makan...

tiba-tiba...

si ibu menjerit dari arah dapur...

"adik!!! jangan bagi ikan tu makan... nanti dia mati..." jerit si ibu dari dapur... 
"tapi kenapa ibu bagi adik makan benda ni hari-hari?" balas anaknye...

kuang kuang kuang...


22 July 2010

WANITA BERDAYA... HARAPAN BERGANDA...

salam...
moga sihat semuanya...

Ramli Ahmad punya gambar perghhhh... cayalah!!!
auntie: hei lu orang... ape pandang-pandang?!

TUALA BERJANTINA


salam...
tetiba aku teringat satu peristiwa...
taklah lame sangat... tapi agak kelakar...

mase tu tengah lepak kat cafe menara UiTM... 
kebetulan dapat tengok TV sekali... ade satu iklan...

Jim: tengok! pempuan dalam TV tu... seronok bukan main bila jumpa tuala wanita... she's tellin' all the world!!! hehe (jim sengih sambil makan roti canai)

aku: yelah!!! hang tak pakai tuala wanita bolehlah cakap... esok lusa kalau hang kena pakai tau na... (terberenti aku nak menyuap)

Jim: dila!!!

2 minggu Jim tak dapat duduk sebelah aku mase dalam kelas (padan muka ko)


NOTA KAKITANGAN: aku belajar satu, tuala pun ada jantinanya. wanita dan lelaki. kot, ntah! (merapek)

16 July 2010

SOAL JAWAB GURU DAN SHIN CHAN

nampak tak shin chan aku ngah merajuk...

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan perlahan."

_____________________________________________________________


Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y- A"
Guru: Bukan, Salah tu.
Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya saya macam mana saya mengejanya, itulah yang saya eja!

_____________________________________________________________


Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10 tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!

_____________________________________________________________

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!


aku suka gila shin chan... memang best... =)


p/s: jumpa dalam folder lame

14 July 2010

SEINDAH AWAL PERKAHWINAN




seindah awal perkahwinan

teruna: akhirnya inilah saat yang ku tunggu telah sekian lama...
dara: apakah kau rela kalau aku pergi?
teruna: tentu tidak! jangan sesekali kau berfikiran begitu!
dara: apakah kau mencintaiku?
teruna: tentu! selamanya akan tetap begitu!
dara: apakah kau pernah berlaku curang?
teruna: tidak! aku tidak akan melakukan perkara seburuk itu!
dara: mahukah kau menciumku?
teruna: ya!
dara: sayangku....!

sesudah 5 tahun perkahwinan korang bace dari bawah ke atas pulak... hahaha... faham tak? sila bace sampai faham.... =)

08 July 2010

APEHAL NAK MARAH PULAK NI?


salam
harap semua kawan-kawan sihat ye...
ni ade cite baek punya....

jam dah menunjukan pukul 5:30 petang... hujan semakin lebat... Bedul tak kuasa lagi nak menunggu hujan reda... Bedul semakin gelisah kerana isteri beliau sedang menunggu kat umah....

tanpa berfikir panjang Bedul pun masuk ke dalam perut kereta dan bertekad untuk meredah hujan biarpun sangat lebat.... Bedul mengambil langkah mudah... untuk follow je kereta yang kat depan... almaklum jalan memang betul-betul tak nampak.... putih siot..... (korang penah kan alami cam ni?)

tiba-tiba kereta depan tu tekan emergency brake... Bedul pun tersondol la kereta yang dia follow tu.... Bedul pun keluar kereta marah-marah.... dengan muka bengisnya marah pada pemandu kereta tersebut....

pemandu kereta tu pun buat muka pelik....

"hei apesal lu nak marah? gua tekan brake sebab da sampai kat garaj kereta umah gua..."

01 July 2010

DOA UNTUK DUA ORANG ISTERI



ada seorang lelaki..dia mempunyai 2 orang isteri, isteri pertama bernama Hasanah, isteri kedua bernama Aminah... 

maka, walaupun si lelaki ni kurang pengetahuan mengenai agama..tapi kerana bersemangat nak praktikan (tanpa mencari lebih ilmu/maybe baca dalam buku je..)..dia ingin bersembahyang berjamaah ngan isterinya satu hari.... 

so, malam isteri pertama(Pn Hasanah), dia pun bersolat berjemaah ngan si isterinya, dengan baik..selepas selesai, maka dia pun berdoa la gak.. 

malam berikutnya, dia bersolat jemaah pulak dengan isteri keduanya(Pn Aminah)...selepas je solat, dia baca la doa... 

"Robbana Aa tina fid dun ya HASANAH, wa fil Aa qi ro ti HASANAH, wa qi na a' za bannar (sori aku taip dalam rumi ye). 

maka, si isteri pun menegur... 

"abang..tak aci la cam ni..." 

si suami pun terkejut,"kenapa yang?" 

"ye la bang, nama Kak HASANAH je yang abang doakan, nama saya takde pun abang doakan..."

"laa..macam tu ke?...takpe..abang masukkan nama ayang sekali ye.." 

so, si suami yang kurang berpengetahuan agama ni pun membaca doa tu kembali.... 

"Robbana Aa tina fid dun ya HASANAH, wa fil Aa qi ro ti AMINAH, wa qi na a' za bannar (sori aku taip dalam rumi ye). 

15 June 2010

KALAU TAK SEMPAT SANGAT BERDOA... LAKUKAN INI


salam
hai semua....
moga sihat di hari selasa ni...
hari-hari datang blog ni bace tazkirah je....
korang jemu tak? heheh....

ni aku nak bagi tips...
kalau korang dilanda kesibukan...
yelah korang semua kan busy...
pas solat tak berapa sempat nak berdoa lame-lame beb....

lakukan ini.... doa je cam ni....
"ya Allah ya Tuhan ku.... doaku seperti biasa... amin"

gile pe berdoa cam tu... haha untuk hiburan semata-mata...
asik entri serius je... wat kelakar sekali sekala okay jugak kan?

khalas =)

p/s: sila jangan lakukan ye =)

08 June 2010

RESEPI PISANG GORENG BAKAR


salam
moga sihat hari ni...

yihahaha....

goreng pisang?
perbuatan menggoreng pisang...
kalau orang tanye... ngah wat pe tu?
jawab la tengah goreng pisang....

pisang goreng?
pisang yang dah siap digoreng... ready untuk dimakan...
kalau orang tanye... tengah wat pe tu?
jawab la makan pisang goreng...

ada betul ka?
suka hati korang la nak jawab ape....

ohhhhhhhh....

________________________________________________

kisah ni bermula...
bila perut rasa lapar...
so.... jalan-jalan la cari makanan...
jumpa satu gerai...
GORENG PISANG BAKAR
hah?!!!!
teruja...
berkobar-kobar...
nak mkan goreng pisang tu...
SUNGGUH!!!

so... jalan laju-laju...
"pakcik bagi saya PISANG GORENG BAKAR RM5"
siap dibungkus...
tengok ape dalam plastik...
HAH?!!!
same je macam PISANG GORENG lain??
"pakcik mane PISANG GORENG BAKAR?"
ohhhhhhhhhhhhhhh BAKAR tu name PAKCIK

terus makan pisang goreng laju-laju... =)

* tips untuk rangupkan adunan tepung pisang goreng masukkan sedikit tepung beras untuk lebih rangup =)

31 May 2010

KALAU EZAM DUDUK DALAM MIC...

salam
agak-agaknya...
kalau si ezam md. noor tu dok dalam MIC...
lame dah dia kena pecat dengan SAMY VELLU...
ohhhhhhhhhh

ezam & samy
samy & ezam



nasib la dia bukan serupa samy...
punya kaler
punya agama



edited SAMY SUPER TOL!!!

PENEMUAN TERKINI ANGKASAWAN!!! [ MAKLUMAT PENTING ]

salam
ini kajian terkini
hahahaha
sampai bila pun tak kan jumpa dacing atau keris
macaaaaaaaaaa

22 May 2010

SAMY VELLU & AYAT-AYAT KELAKARNYA


salam
best pulak aku tengok berita tadi MUGILAN buat G.A.S huhuhu...
GERAKAN ANTI SAMY VELLU la tu...

ayooo amma pa...
yenna dey...
yenna poo!!! poo!!! (tanda tengah sangat marah)

Sami Vellu kata akan meninggal MIC taun depan....
aku selalu pening dengar sami bollu cakap

LAWAK SAMY YANG TAK MUNGKIN AKU LUPA

Samy Vellu on pos laju : "BESOK KIRIM, HARI INI SAMPAI" =)


On TV when in trying to say he was ashamed, he said:`Kemaluan saya besar`

Samy said in a ceramah "Kita akan bina satu jambatan untuk orong-orong kampong di sini", one pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai,buat apa bina jambatan?" and Samy glorious replied,"Kalau takde sungai, kita bina sungai!"

Whenever Samy opens his mouth it's always volume 10. Never see him talk softer.

Samy's favorite quote on national television for the decade is this lah:"Toll naik sikit, banya marah saya. You ingat semua ini toll saya punya bapa punya kah!"
Semasa krisis air: "semua orang diminta jangan membuang aiyerr..!" 
Tentang masalah sosial: "..orang-orang muda sekarang banya hisap dada.."
Semasa kempen derma darah sg Siput:"..marilah kita semua menderma dara.."
Semasa memberi ucapan di pelbagai function: "...selamat datang saudara-mara semua.." 

During the height of the al-arqam saga, he said in a press conference, "Saya gembira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes arqam.."

Samy Vellu, you seem to be very popular. Everyone here seem to be taking pot shot of that rat sleeping on your head.

At an opening ceremony:
"mempersilakan datin paduka rafidah aziz naik ke pentas untuk membuka kain"
Commenting about his modesty: "sebenarnya, kemaluan saya sangat-sangat besar"
PLUS = Pungut Lebih Untuk Samy That's why Samy can use PLUS helicopter whenever he want.

DEDICATED TO SAMY VELLU

Kici kici lembu jaga sudah besar kerani jaga masuk MIC tol jaga kiri pusing kanan pusing jadi kaya ada misai tara jangut itu kucing ada jangut tarak misai itu kambing ada jangut ada misai itu karam singh tarak misai tarak jangut tarak rambut itu botak chin TAPI itu tarak misai, tarak jangut, tarak rambut tapi taruh rambut itu kaki pusing.

p/s: post ni separuh bahasa inggeris supaya semua orang dapat menikmati ayat-ayat Samy Vellu yang sangat lawak. kalau kurang faham sila baca berulang kali... supaya korang faham apa yang beliau cuba katakan.. sila baca dengan lenggok bahasa SAMY VELLU....

15 May 2010

WOW!!! BOLEH PANDAI MAIN MUZIK CAYALAH...

salam

ape ni?
pandai main muzik? hahahaha

PESAKIT: doktor? berapa lama tulang saya yang retak ni akan sembuh?
DOKTOR: paling cepat 6 minggu...
PESAKIT: bila sembuh... adakah saya mampu bermain muzik?
DOKTOR: oh... tentulah..
PESAKIT: hebat!!! pada hal sebelum ni saya tak pernah bermain muzik...

p/s: ade ke?

macam ni ka?

13 May 2010

HAHAHA... KORANG TAK TAU ALAMATNYA!!!

salam
jom nak dengar cite aku tak?
cite tak la kelakar sangat...
tapi kelakar la jugak...

Mat berkerja dengan Pak HAji Dollah sebagai penghantar ayam... beliau sangat rajin... pada suatu hari Pak Dollah telah memanggil Mat....

Pak Dollah: mat esok kau hantarkan ayam kat rumah Haji Shukor 10 ekor... dia pesan jangan sembelih... ni ha alamatnya...

Mat: okay. boss...

keesokan harinya Mat pun menghantar ayam yang telah dipesan oleh Haji Shukor. Mat pegi naik motor je...

Mat: woi ayam!!! korang diam lah sikit... aku ni nak fokus bawak moto...

tiba-tiba moto Mat hilang kawalan... maka... Mat dan ayam-ayam tersebut pun jatuh.... ayam-ayam yang Mat bawa semuanya terlepas... bertempiaran lah ayam-ayam tu lari...

Mat: woi!!! ayam-ayam semua wat ape korang lari? alamat rumah Haji Shukor ade kat aku!!! hahaha... korang mesti naik moto dengan aku baru sampai sane... hahaha...

Mat masih ketawa lagi...

p/s: apehal la Mat ni...

07 May 2010

JOM KE ITALI!!!

salam 
jangan marah entri aku cam tu...
saje je... 
aku nak kongsikan cerita satu saat di restoran ITALI

seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal. dia sendiri pun belum pernah masuk sebelum ini.. tapi demi mengambil hati teman wanitanya.. 
dia memberanikan diri untuk makan di restoran itu... setelah mereka duduk dan memakan anggur yang disajikan.. 

si lelaki mengambil menu... 
kerana bingung melihat nama-nama aneh masakan Itali.. dia memilih sembarangan... 

"waiter.. bawakan kami makanan Giuseppe Spomdalucci untuk 2 orang" kata lelaki tadi.. 
"maaf.. encik" jawab waiter "itu nama pemilik restoran ini" 

hak hak hak... nasib la ko....

linguini

04 May 2010

JELINGAN ITU APA MAKNANYA?

Kisah ini benar-benar terjadi pada kanak-kanak yang bernama Abu. Ayahnya selalu memberi amaran kepadanya dengan menjeling garang kalau Abu membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya jika Abu ke kedai mengambil gula-gula, ayahnya akan menjeling padanya, bermakna Abu disuruh meletak semula gula-gula tersebut. 

Suatu hari Abu mengikut ayahnya ke surau untuk menunaikan solat maghrib, ketika sedang rukuk, Abu melihat kain pelikat Tok Imam melekat dicelah punggungnya. Abu yang kononnya ingin membantu, terus menarik kain Tok Imam tu... ayahnya yang sedang solat terus memberi jelingan padanya...dan Abu memahami akan jelingan ayahnya itu..lalu terus memasukkan semula kain tok imam yang melekat tu ke dalam punggung Tok Imam. Apalagi melatah la Tok Imam tu, habis semua jemaah batal solat sebab latahan tok imam. Muka ayahnya merah padam akibat menahan malu dan marah lalu ayah Abu mengheretnya balik ke rumah..malam itu berbirat punggung Abu dirotannya....

p/s: jangan asyik menjeling... kalau nak menjeling silalah layan lagu Datin Azizah - Jelingan Manja


29 April 2010

KEMATIAN MISTERI

Doktor dan jururawat di sebuah hospital merasa hairan kerana semua pesakit yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) meninggal dunia pada hari yang sama ( malam jumaat) jam 12 malam. Malah ramai yang beranggapan ia suatu yang aneh dan berkaitan dengan hantu !!.
Tiada siapa yang berani menyiasat....

Namun begitu, mahu tidak mahu terpaksa juga mereka mencari puncanya demi menjaga reputasi hospital tersebut.

Malam jumaat berikutnya, masing2 menunggu jam 12 malam dengan penuh debar. Mulut tak lepas dari  membaca ayat suci Al-Quran. Malah ada yang mula berzikir dan membaca entah apa doa.

Jam semakin menghampiri 12 malam, masing2 semakin berdebar. Dalam bilik ICU tersebut hanyalah sekujur tubuh pesakit yang nampaknya tenat. Hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan untuk hidup.

Tepat jam 12 malam, debaran makin terasa. Jantung bagaikan tersentak bila melihat satu lembaga hitam sedang menuju ke bilik ICU itu sambil menarik sesuatu. Masing2 terus bersembunyi,  menggigil ketakutan.

Pintu bilik ICU terbuka, lembaga hitam tu melangkah masuk......

Makcik Kiah yang bertugas sebagai cleaner pada setiap malam jumaat tu (shif pukul 12 malam) lantas mencabut power supply alat bantuan pernafasan dan lantas mencucuk plug vacuumnya lalu memulakan tugasnya.

p/s: itulah punca kematian misteri... 

27 April 2010

HEI JAWS TANGKAP YUSOF HASLAM DENGAN KUS...

salam
sangat lucu dan gusi aku tak mau kering
layan cite SIKIT PUNYA GILA

antara otai yang berlakon adalah
HAMID GURKHA
DHARMA HARUN AL-RASYID
NORLIA RAMLEE
YUSNI JAAFAR
dan ramai lagi....

dialog yang memang kelakar ~

"hei jaws!!! tangkap yusof haslam dengan kus... jangan tangkap aku... aku member"
sambil lari-lari masuk laut....

22 April 2010

HEI PENCURI!!!

selepas berjaya mencuri 3 ekor ayam, seorang pencuri segera pergi mendapatkan seorang pembeli ayam

pencuri: saya hendak jual ayam-ayam ni
pembeli: dari mana kamu dapat? apasal 3 ekor je?
pencuri: saya mencurinya
pembeli: kamu tak tau ke mencuri tu berdosa dan menyalahi undang2?
pencuri: saya tahu. sebab tu saya tak nak simpan ayam-ayam ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...