Doktor dan jururawat di sebuah hospital merasa hairan kerana semua pesakit yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) meninggal dunia pada hari yang sama ( malam jumaat) jam 12 malam. Malah ramai yang beranggapan ia suatu yang aneh dan berkaitan dengan hantu !!.
Tiada siapa yang berani menyiasat....
Namun begitu, mahu tidak mahu terpaksa juga mereka mencari puncanya demi menjaga reputasi hospital tersebut.
Malam jumaat berikutnya, masing2 menunggu jam 12 malam dengan penuh debar. Mulut tak lepas dari membaca ayat suci Al-Quran. Malah ada yang mula berzikir dan membaca entah apa doa.
Jam semakin menghampiri 12 malam, masing2 semakin berdebar. Dalam bilik ICU tersebut hanyalah sekujur tubuh pesakit yang nampaknya tenat. Hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan untuk hidup.
Tepat jam 12 malam, debaran makin terasa. Jantung bagaikan tersentak bila melihat satu lembaga hitam sedang menuju ke bilik ICU itu sambil menarik sesuatu. Masing2 terus bersembunyi, menggigil ketakutan.
Pintu bilik ICU terbuka, lembaga hitam tu melangkah masuk......
Makcik Kiah yang bertugas sebagai cleaner pada setiap malam jumaat tu (shif pukul 12 malam) lantas mencabut power supply alat bantuan pernafasan dan lantas mencucuk plug vacuumnya lalu memulakan tugasnya.
p/s: itulah punca kematian misteri...
No comments:
Post a Comment