GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label kenang-kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenang-kenangan. Show all posts

07 September 2010

LAGU RAYA SEPANJANG ZAMAN



assalammualaikum dan selamat sejahtera buat semua...

masih lagi autopublish =)

kali ni aku nak berkongsi lagu-lagu raya sepanjang zaman... ye la kadang-kadang orang yang puasa tak cukup pun boleh suka dengar lagu-lagu raye ni huhu... dasat betol aura lagu-lagu raya zaman dulu... ohhh lagu-lagu raya zaman sekarang biasa-biasa je...

aku ingat lagi antara penyanyi yang memang setiap tahun lagu raya dendangan mereka berkumandang dicorong radio... antaranya ialah M.Nasir... Sudirman... Fazidah Jonet... P.Ramlee... pada aku lagu-lagu raya mereka merupakan lagu raya sepanjang zaman... hehe... best kan kalau dapat dengar... kalau sebelum balik raye atau on the way balik raye... tak de dengar lagu balik kampung... macam tak best la pulak huhuhu... paling aku suka lagu raya dendangan M.Nasir iaitu Satu Hari Di Hari Raya... perghh... memang malatop... =)

jom download lagu-lagu raye plak...


banyak lagi lagu raye lain yang korang leh cari... ermm aku saje je nak share beberapa buah je... yang memang betul-betul tiap kali raye aku mesti pasang lagu ni huhu....

Mengimbas Memori Raya...

balik kampung kat sekinchan jumpa opah ngan atok... dapat duit raye dari atok ngan opah walaupon da besar panjang... lalala... (tak tau le tahun ni dapat lagi ke tak kuang3)... dulu mase dok kat Arau awal-awal puasa lagi aku da sibuk carik tiket nak balik raya... huhu memang risau tak dapat balik raye derr... sanggup habiskan mase 21 jam dalam train dari selatan ke utara semata-mata nak balik kampung... huhu... mase dok shah alam pulak... kalau tiket bas da habes... aku sanggup balik seminggu lebih awal walaupun kena naik train... dapat pegi beraya dengan kawan-kawan lama... wahhh memang momen sangat best... tak tau la raye tahun ni sempat ke tak... sebab makin lame semua makin sibuk...

p/s: papa wi pesan jangan lupa lap sliding door dengan adik... haziq bersihkan longkang... diba... kemas almari kasut.... huhu... ade duit raye tak?

25 August 2010

PUCUK PAUH DELIMA BATU... ANAK SEMBILANG DI TAPAK TANGAN...

salam
moga korang semua sihat walafiat la harapnye....
ape kejadahnye aku berpantun cam tu?
bikin semua reader geli-geli  membacenye...
adoiyai... hehe... yang sebenarnya.....

nak ucap
TERIMA KASIH
TOCEY TOCEY
XIE XIE
THANK YOU
SYUKRAN JAZILAN
ARIGATO GOZAIMAS

kepada




sebab dia orang bagi award...
dengan terharu aku menerimanya...
cuma aku nak kabo...
aku malas nak tag orang...
huhuhu

cuma
kalau ade yang rase nak amik award ni
silakan lah ye...

{^_^}

21 August 2010

KEMATIAN ITU PASTI - REVIEW PERISTIWA BARU SEKEJAP TADI



salam
buat semua...
moga sihat dan sentiasa diberkati...

kematian itu pasti bagi setiap makhluk...
hatta izrail si pencabut nyawa....
hanya DIA saja yang tidak diberanakan...
hanya DIA saja yang tidak dimatikan...
kematian itu akan datang tidak cepat dan tidak lambat walau sesaat...

dulu aku pernah sentuh mengenai 

cuma aku tak pernah lagi buat entri pengalaman...
mase arwah atok aku meninggal pun aku ade je kat sisi dia...
dari awal... lepas dimandikan... dan aku ikut hingga ke tanah perkuburan...

sekitar 10 malam tadi... satu lagi berita kematian yang aku terima...
kematian jiran... yang juga mak kepada kawan aku... ermmm...
dan jenazah dari hospital muar telah sampai sekitar pukul 9 pagi tadi....

aku dapat lihat sendiri wajah arwah... saat dibuka... untuk dikucup oleh anak-anaknya... suami dan sanak saudara terdekat... kemudian jenazah disembahyangkan di rumahnya... anak-anak si mati juga turut serta... jenazah kemudianya di bawa ke tanah perkuburan... alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar...

semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... amin

beruntunglah jika ibu dan bapa memiliki anak-anak yang mampu menguruskan jenazah mereka hingga ke liang lahad...  =)

al-fatihah buat arwah...

p/s: aku ade cite kan dalam dua minggu lepas aku gi hospital muar then aku gi HUKM pada hari ahadnya... ermm  aku sekeluarga sempat menziarahi beliau sebelum pemergiannya...

31 July 2010

MEMANG BEST!!!

salam
moga semua sihat walafiat
hari tu aku tengok cite adik lakonan mr.os
cite tu ditayangkan mase tahun 1990

sape kenal budak baju kaler merah tu?

yang baju biru bercorak tu sape?

same ke tak dengan gambar kat atas tu?

budak yang baju kaler merah tu BUZEN HASHIM
budak baju kaler biru bercorak tu TAM@SUHAIMI yang berlakon dalam cite CILI PADI


sedutan cite ADIK - 1990
tak jemu aku layan cite-cite lame
cite yang ade nilai kekeluargaan antara adik dan abang
hehehe =)

30 July 2010

11 TAHUN TELAH BERLALU

salam
moga sihat di hari jumaat...
hari ni adalah 30 julai 2010...

semestinya dah genap 11 tahun arwah atok aku meninggal dunia... dia meninggal mase umur 79 tahun... pada pukul 12:30 tenghari bersamaan dengan 30 julai 1999 pada hari jumaat... mase dia nak amik wuduk... oh teringatkan cite lame sangat rindu kat atok...

haji alias bin bontil... yang kita orang panggil dengan nama atok bak.. bak tu adalah ayah dalam bahasa sanskrit... dia seorang atok yang sangat baik... tiap kali balik kebun... kalau cucu-cucunya ada mesti dia belikan nasi lemak... hehehe... huwaaaaaaaaaa... atok selalu pesan macam-macam...

tak leh cite lebih-lebih nanti rindu... ohhh... Al-Fatihah untuk beliau... moga sentiasa dicucuri rahmat...

ni gambar tahun 1985

ni gambar raye tahun bila tah... aku tak ingat dah... tahun 1995@1996 kot

ni la cucu-cucu atok yang da besar sumenye sekarang... 
dari kiri along, angah, diba, haziq, shahrir, aku

sejak da besar ni tak de la plak gambar kita orang berlima
untuk info mase kecik kami berlima sangat akrab
along, angah, aku, haziq, shahrir
may be mase along kawin nanti leh snap gambar sama-sama
tu pun kalau semuanya ade... hehehe

4 orang daripada cucu atok ni da ade blog sekarang kalau nak usyar klik je link kat atas tu

06 July 2010

SUATU MASA DULU... HANYA UNTUK BUDAK DULU-DULU

thundercats

salam
masih ingat tak lagi dengan kartun thundercats?
dulu-dulu mase aku kecik memang popular la kartun ni....
bila kartun tu cakap "thunder... thunder.... thundercats!!!"
pedang dia makin membesar dan membesar....
memang cukup berpengaruh kartun ni.....

tomatoman

tomatoman pun antara kartun yang popular... dalam cite kartun ni selalu ade pertandingan makan-makan... hahaha... aku dulu sanggup cepat-cepat balik sekolah agama sebab nak tengok tomatoman... ohhhhhhhhhh

p/s: baru lepas layan cite speedy gonzales

04 May 2010

TERIMA KASIH KEPADA Mijie & Fiqry

salam
kepada semua pembaca BLOG aku
semoga sihat selalu
aku nak ucapkan 
TERIMA KASIH 
kepada 
yang bagi
AWARD BEAUTIFUL BLOGGER
sebelum ni aku dah pernah juga dapat
usyar SINI & SINI

apa pun aku ucapkan TERIMA KASIH INFINITI buat Mijie & fiqry
aku menjemput SEMUA rakan BLOGGER 
untuk LEPAK & SINGGAH kat blog Mijie & fiqry

http://mymijie.blogspot.com/ & http://zulfiqry.blogspot.com/


klik gambar pun boleh


klik gambar pun boleh


mereka merupakan blogger baru
blog diaorang ni macam-macam ado
TERIMA KASIH sekali lagi aku ucapkan kepada Mijie & fiqry
SEMOGA BERJAYA DI DALAM DUNIA PENULISAN BLOG
JUGA SENTIASA DIBERKATI DUNIA & AKHIRAT


sebelum tu aku kena buat ni semua:
* bina entry pasal award comel ini *
* kena la ucap terima kasih dan link pada yang kasi award ini *
* copy badge beutiful blogger award ini *
* tag sesiapa yang anda terasa beliau berhak terima award ini *

mereka yang aku rasa patut menerima AWARD ni adalah


piewahid
(blogger yang aku selalu datang KOMEN kat sini OTAI)
Jaya Jr
(blogger yang betul-betul HYPER ACTIVE)
zulkbo
(blogger dari JENGKA yang bersemangat HIJAU)
zulaikabukanpenggoda
(blogger yang mengaku BUKAN PENGGODA)
WhiteCempaka
(blogger yang merantau ke NEGERI ORANG)
gooseberries
(blogger yang bernama SALLY)
Pipi Muncet
(blogger yang BERANI BERSUARA)
man
(blogger penggemar foto yang MELAMPAU)
ijafareeza
(blogger yang cuba mencari KESEMPURNAAN)


gelaran tu aku bagi dengan suka-suka hati aku je
harap tak de yang berkecil hati
hanya untuk hiburan semata-mata


award ni sekadar suka-suka & sambil promote blog korang
 inilah peluang aku untuk ucapkan
terima kasih 
kepada semua yang sudi menjengah di blog yang tak seberapa ni
kepada yang lain-lain walaupun aku tak bagi award ni
aku tetap hargai korang semua

03 May 2010

TANGAN YANG MENGGAPAI AKHIR LAYU TERKULAI

salam
cisssss...tajuk entri tak de kaitan...
ehhhh.....
tangan yang best bila pegang kamera picture pun jadi cantik
lalalala
aku sukakan binatang
tempat-tempat cam pantai pulau air jujun (terjun)
sungai
semua tempat semulajadi aku suka
jom layan foto oleh jurugambar amatur
mr. EMAN

burung-burung

mr. EMAN cakap tunggu burung tu kembangkan sayap dia

tunggu lagi

yesss... dia dah kembangkan sayap...
mr. EMAN cakap yang cam ni la baru snap

oh semut

semut lagi

pengunjung

tengok la bila aku yang snap gambar tah ape-ape

mr. EMAN snap... abaikan tompok putih itu.... elok pulak

cermin mata pengunjung, jam tangan & awek-awek

ni la hasil gambar yang aku snap... separuh je....
sila abaikan tompokan putih itu...

aku tak faham... tangan aku ni masalahnye ape...
i think u can become a photographer laaa....
sekarang skill aku dah up sikit KLIK SINI & SINI

lokasi : BUKIT CERAKAH
tarikh : 11 januari 2009
masa : 11am to 2pm
gadget : canon IXUS

01 May 2010

KISAH HIDUP KANAK-KANAK MELARAT

salam
lama dah tak layan cite
allahyarham SUDIRMAN HAJI ARSHAD
setiap kali tengok cite ni mesti sedih

jom tengok kat youtube....
kalau rajin download la sekali...
kisah benar kanak-kanak yang hidup melarat


KAMI (1982)

PART 1
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6                          
PART 7
PART 8
PART 9
PART 10
PART 11

sudirman banyak menghidupkan watak TUKU...
memang beliau berbakat =)

28 April 2010

MENJADI TEMAN KEPADA ORANG TUA-TUA

salam...
menulis di waktu malam...

mak aih...
jemulah asyik cakap ulang-ulang...

jemu ke?
dengar cerita orang tua-tua...

aku nak tanya selalu tak korang berhadapan situasi macam ni....
jumpa dengan orang tua....
tak pasti sangat asal dia dari mana...
lepas jumpa ko terus dia buka cerita hal anak cucu dia...
begitu dan begini...
tak sampai satu jam dia mengadap ko semula....
tetap ulang cerita yang sama juga....

mak aih....
kalau ko tak tahan tentu ko angkat kaki terus blah...
kan? kan? kan?

sebenarnya orang tua-tua ni suka kita dengar bila mereka bercerita...
mereka pun sebenarnya bukan ingat sangat cerita yang dah di ceritakan dekat kita. sebab tu cerita yang berulang-ulang sering terjadi... so dengarkan je lah... jangan lah rasa marah pulak....

beri tumpuan sepenuhnya saat mereka sedang menyampaikan cerita... baru mereka akan rasa gembira... jangan lupa bertanya beberapa perkara.... interaksi dua hala sangat penting... bukan mendengar dengan hati yang pura-pura... nanti ko akan rasa jemu...

tunjukkan rasa minat untuk dengar cerita mereka. jangan terlalu ambil hati dengan apa yang mereka katakan. teliti mendengar percakapan mereka.

yepp...
aku ada jiran yang dah kena strok. percakapan dia pun tak berapa jelas lagi. aku panggil dia atok. dia sangat suka bercerita. hal zaman perang-perang dulu. aku selalu datang umah dia. untuk dengar cerita dia. aku tahu dia gembira. kadang-kadang orang tua-tua ni mereka selalu rasa tak berteman. atok ni tak penah lupa tarikh besday aku... selalu pesan kat bini dia bagi hadiah kat aku... heheh....

aku juga ada atok dan opah... mereka dah tua. perlukan perhatian lebih dari anak dan cucu. masa tu lah mereka nak mengadu sakit itu dan ini. minta urut itu ini. nak suruh dengar cerita itu ini. jadi dengarlah cerita mereka. aduan mereka. sakit mereka. kenapa mereka begitu. kenapa mereka begini.

jadi sayangi mereka. jadi teman kepada mereka. jangan jemu dengar cerita mereka. =)

tah aku tak kenal tok google

atok aku haji zawawi bin haji mohd arbi (79 tahun)
yang suka mintak aku urut tapak kaki dia =)
aku sayang beliau okay!!!
opah sori.... gambar opah tak de kat sini...
nanti kakak upload lain ye...
luv u too... =)

ni tok-tok sedara aku

27 April 2010

HEI JAWS TANGKAP YUSOF HASLAM DENGAN KUS...

salam
sangat lucu dan gusi aku tak mau kering
layan cite SIKIT PUNYA GILA

antara otai yang berlakon adalah
HAMID GURKHA
DHARMA HARUN AL-RASYID
NORLIA RAMLEE
YUSNI JAAFAR
dan ramai lagi....

dialog yang memang kelakar ~

"hei jaws!!! tangkap yusof haslam dengan kus... jangan tangkap aku... aku member"
sambil lari-lari masuk laut....

FRESH WATER PRAWN & A BIG CATFISH

salam
i want i want catch u...
it's not so gud....
the weight could be more than 6kg...
i dun want to taste it....
please... =P





UTM lake moment

p/s: aiyak my little bro, please show off ur talent at home....

26 April 2010

GILA JIWANG - UNTUK DEKORASI ALBUM PENGANTIN

aku adalah bintang terang
melintas diantara ribuan cahaya
aku adalah matahari
hangatkan jiwa yang beku
andai kau tahu
tubuhku disiram kasih sayang
ku bagi hangatnya
lihat aku…
bahasa hatiku terdengar merdu
senandung berirama
terdengar dari puncak bahagia



Ya Allah sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan pernikahan ini
sebagai ibadah kepada-Mu dan bukti cinta kami kepada sunah Rasul-Mu



Ya Allah…
aku tidak meminta orang yang sempurna,
namun aku meminta seorang yang tidak sempurna,
sehingga aku dapat membuatnya menjadi sempurna di mata-Mu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...