GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label sedar sejenak. Show all posts
Showing posts with label sedar sejenak. Show all posts

18 October 2014

KISAH RUMAH MESRA RAKYAT

Assalammualaikum

Rumah mesra rakyat. Harga RM70ribu...  RM20ribu disubsidi dari kementerian. RM50ribu, ditanggung oleh pemohon...

Syaratnya, pemohon hendaklah cagar tanah untuk memohon rumah ini. Bayaran bulanan sekitar RM150 selama 240 bulan...

Dikampung kampung banyak rumah mesra rakyat terbina. Ada keluarga mendapat sehingga 3 buah rumah. Ini rumah angah...ini umah uda....

Dan ada juga rumah RM70ribu ini dibina oleh manusia yang baik dengan ketua kampung. Baik dengan JKK, baik dengan YB. Dibina dalam dusun. Dibiar kosong....


Bila ditanya...

Kenapa kosong pakcik?
Saja bina, musim buah nanti boleh tidur dalam rumah baru ini....


Orang miskin manalah ada rumah....
Inikan pula tanah untuk dicagar...
Nak tumpang tanah orang pun belum tentu dapat...
Terbaik.....


nota kaki:
pergi ke kampung kampung bersepah rumah mesra rakyat kosong.

bila ditanya, rumah siapa?
ini rumah JKK...
ini rumah Anak ketua kampung angah...
ini rumah anak sedara JKK
ini rumah ketua pemuda
ini rumah ahli majlis
ini rumah ehem


perkara inilah yang buat aku tak suka dengan apa yang ada sekarang. ko faham kan???


untuk nilai rumah hanyalah contoh...
point utama... bagaimana orang miskin mahu bina rumah jika tanah pun tiada =)

24 September 2010

SIAPA OSAMA BIN LADEN



WIRA YANG AMAT DIGERUNI BARAT

KETIKA Timur Tengah menikmati peningkatan ekonomi hasil dari perdagangan minyak pada tahun 1970-an, Muhammad bin Laden berhijrah dari Yaman dan bermastautin di Saudi Arabia. Beliau memulakan sebuah perniagaan yang kemudiannya menjadi salah satu daripada syarikat pembinaan yang terbesar di Timur Tengah, iaitu Bin Laden Corporation. Syarikat ini terbabit dengan pembinaan jalanraya, bangunan, masjid, lapangan terbang dan lain-lain prasarana di kebanyakan negara-negara Timur Tengah.

Osama adalah anak kepada Muhammad bin Laden. Sebagai seorang anak muda, beliau jelas lebih warak daripada saudara-saudaranya yang lain dan penglibatan syarikat keluarga beliau dalam pembinaan semula Masjidil-Haram dan Masjid An-Nabawi di Makkah dan Madinah telah memberi kesan yang mendalam pada diri beliau.

Pada tahun 1979, sebaik sahaja beliau menamatkan pelajaran diUniversiti King Abdul Aziz di Jeddah dengan memperolehi ijazah dalam bidang Kejuruteraan Awam, Soviet Union menyerang dan menduduki Afghanistan. Pihak Mujahideen mengeluarkan permohonan bantuan antarabangsa. Osama bin Laden menyahut seruan itu dengan menghantar dirinya sendiri bersama-sama dengan jentolak-jentolak keluarganya ke Afghanistan.

Beliau tersentuh dengan permintaan dari umat Islam yang lemah menghadapi 'kuasa besar' abad ke-20, kata beliau. "Dalam agama kita terdapat tempat yang istimewa di akhirat nanti kepada mereka yang menyertai jihad," kata beliau. "Sehari di Afghanistan adalah seperti 1000 hari bersembahyang di mana-mana masjid biasa."

Pada mulanya sumbangan beliau lebih kepada sumbangan sokongan. Beliau merekrut beribu-ribu pejuang Arab dari Timur Tengah, membiayai tambang mereka ke Afghanistan dan mendirikan kem-kem untuk melatih mereka. Kemudiannya beliau juga telah merekabentuk terowong-terowong pertahanan dan parit-parit di sepanjang sempadan Pakistan, memandu jentolak dan menghadapi risiko tembakan helikopter Soviet.

Tidak lama kemudiaan, beliau sendiri mula menggalas Kalashnikov danmenyertai pertempuran. Pada tahun 1986, beliau bersama-sama beberapadozen pejuang Arab berjaya mematahkan serangan pihak Soviet ke atas sebuah bandar yang bernama Jaji, tidak jauh dari sempadan Pakistan.Bagi para Mujahideen Arab tersebut, kejayaan ini adalah antara buktipertama bahawa pihak Russia boleh dikalahkan.

Setahun kemudian, Bin Laden memimpin satu serangan ke atas tenteraSoviet di dalam pertempuran Shaban. Pertempuran tangan yang hebat menyebabkan ramai dari para Mujahideen gugur syahid. Walaubagaimanpun Osama dan para Mujahideen pimpinannya berjaya juga menghalau pihak Soviet keluar dari kawasan tersebut dengan pertolongan Allah s.w.t.

"Beliau merupakan seorang wira bagi kami kerana beliau sentiasa dibarisan hadapan, sentiasa mara ke hadapan," ujar Hamza Mohammed,seorang pejuang Palestin yang menyertai jihad di Afghanistan dan kini menguruskan salah sebuah projek pembinaan Bin Laden di Sudan.

"Beliau bukan sahaja memberikan wang, malahan beliau juga memberikan dirinya sendiri. Beliau datang dari istana untuk tinggal bersama-sama dengan orang miskin Afghan dan para pejuang Arab. Beliau memasak dengan mereka, makan dengan mereka, menggali kubu-kubu dengan mereka, itulah cara Bin Laden.

"Semasa pembesaran Masjidil-Haram dan Masjid An-Nabawi pada sekitar 1980-an, Raja Fahd sendiri menawarkan Osama kontrak untuk membesarkan Masjid Rasulullah s.a.w. di Madinah. Kontrak ini akan memberikan untung bersih sebanyak $90 juta kepada beliau. Beliau menolak tawaran ini kerana beliau tahu tawaran ini adalah untuk mengalih perhatian beliau dari jihad di Afghanistan kepada pembinaan masjid. Beliau pernah berkata bahawa kekayaan beliau bertambah dan perniagaan beliau semakin maju selaras dengan bertambahnya wang yang beliau belanjakan untuk jihad. Bin Laden pulang ke tanahair dan disambut sebagai kenamaan.

Tetapi kepopularan beliau mula menghilang apabila beliau mula mengatakan kebenaran, terutamanya yang menyentuh rejim Saudi. Kerajaan tersebut sudahpun dikritik oleh para aktivis Islam kerana penyelewengan dan tidak melaksanakan perundangan Islam. Itulah yang ditentang oleh Bin Laden.

Akhirnya, apabila Raja Fahd membenarkan tentera kuffar Barat masuk keSaudi ketika Perang Teluk, beliau mula mengkritik kerajaaan dengan terbuka. Beliau juga menjadi sasaran kempen penganiayaan ke atas aktivis Islam, lantas beliau melarikan diri ke Sudan pada 1991. Sejumlah besar pejuang 'Arab Afghan' dari pelbagai negara mengikuti beliau ke Sudan dan bekerja di syarikat yang beliau tubuhkan di Sudan. Beliau berusaha membantu Sudan dengan membina prasarana.

Kerajaan Saudi mengisytiharkan beliau penjenayah dan kewarganegaraan beliau dilucutkan. Sejumlah wang yang banyak juga diletakkan untuk 'kepala' beliau. Di Sudan, perniagaan beliau berkembang maju sehingga menjadi lebih besar dari yang di Timur Tengah. Satu cubaan membunuh beliau telah dilakukan tetapi beliau berjaya menyelamatkan diri walaupun mengalami kecederaan.

Beliau tinggal di Sudan selama kira-kira lima tahun, membiayai jihad di pelbagai negara di dunia seperti Afghanistaan, Bosnia, Yaman,Chechnya dan lain-lain tempat sehinggalah kerajaan Sudan mengusir beliau atas tekanan dari Amerika Syarikat dan atas tuduhan beliau membiayai gerakan pengganas (gelaran kuffar Barat kepada Mujahideen) di seluruh dunia.

Dengan kekayaan peribadi yang dianggarkan sekitar $300 juta, beliau dianggap 'U.S. State Department' sebagai "seorang daripada penaja kewangan utama gerakan extrimis Islam di dunia kini." Ataupun seperti mana yang dikatakan oleh seorang pegawai AmerikaSyarikat, beliau adalah 'ikan besar' kerana reputasi keperwiraan beliau memberikan beliau pengaruh. Menurut pegawai ini, "Bin Laden adalah orang yang boleh pergi menemui seseorang dan berkata, "Saya mahu awak tuliskan cek 6 angka", dan beliau akan mendapat cek tersebut serta merta.

Pada musim panas 1996, Bin Laden berpindah dari Sudan ke Afghanistan. Beliau kini di Afghanistan membantu membiaya dan menyusun para Mujahideen seluruh dunia. Selepas keadaan yang semakin buruk di Saudi Arabia, selepas penahanan para ulama dan ratusan pemuda-pemuda Mujahideen, selepas kekayaan negara tergadai kepada Barat dan pendudukan tentera Amerika di 3 bumi suci, Bin Ladin membuat keputusan untuk bertindak.

Pada 26 Ogos 1996, beliau mengeluarkan kenyataan yang pertama. Dokumen berbahasa Arab setebal 12 mukasurat yang bertajuk, "Pengisytiharan Perang" oleh Osama bin Muhammad bin Laden. Kenyataan ini memberikan amaran terakhir kepada semua tentera Amerika agar meninggalkan bumi suci umat Islam atau mereka akan menerima tindakan ketenteraan dari para pemuda dengan bantuan Allah s.w.t yang sama, yang telah mengalahkan kuasa kuffar terbesar di dunia, di Afghanistan. "Umat Islam terbakar dengan kemarahan terhadap Amerika. Demi kebaikannya sendiri, Amerika mesti meninggalkan Saudi Arabia-bumitanah haram" - Osama bin Laden.

Mujahid ini meninggalkan kehidupan mewah dengan kekayaan yang tak termimpi oleh kita. Apakah sebabnya? Apakah yang ada pada jihad sehingga menjadi lebih manis daripada kehidupan mewah dengan wang $300 juta? Masihkah kita sayangkan sedikit kekayaan kita dari cinta pada Allah juga RasulNya? Masihkah kita sayangkan dunia ini hingga melupakan akhirat? Masih lekakah kita dengan hidup sehingga kita melupakan mati. Mati yang hanya sekali itu...
Untuk siapakah mati kita?

mampukah aku jadi seperti itu???

renung-renungkan lah...

23 August 2010

NI PERKONGSIAN PENTING!!! MACAM KELAKAR TAPI JANGAN KETAWA DERRR...



salam
semoga semua sihat selalu sepanjang ramadhan ni...
beroleh keberkatan dan kemanisan ramadhan...

sebagaimana pesan Rasulullah:

"berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu..Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil "

ape yang korang dapat daripada ayat kat atas ni?

sains tu sebahagian dari Islam betul? aku pernah cite kat dalam entri lepas-lepas... tapi pendidikan sekular tu bukan ajaran Islam kan? golongan kafir ni sentiasa berusaha menyesatkan mereka yang beragama Islam... ngape aku kate gitu?

dalam ajaran Islam... dah pesan dah jangan makan organ dalaman haiwan... tapi bila dok belajar ilmu sekular... depa kabo elok makan hati... baik untuk tambah darah... tau tak? hati tu tempat mengumpulkan toksin dan meneutralkannye? kalau kita makan bleh menjadikan otak lembab dan mudah lupa... Nabi dah pesan dah kan? nak ikut cakap sape kita ni?

orang kafir ajar kita... minum kopi tinggi kafein... tak elok macam-macam le cite buruknye kopi ni... sedangkan tu adalah salah satu minuman kegemaran baginda selain susu dan madu... tak caye? tengok la filem-filem atau cite-cite omputih atau kafir... semua profesor mereka mesti minum kopi... dan ade secawan kopi kat tangan... betul tak? vending machine kopi pon berlambak-lambak kat sane... depa kabo ke kita je tak elok derrr... tapi depa gogok gak sebab tau khasiatnya...

kafir ajar pulak kita makan McD... kita ikot... suka... anak-anak melompat-lompat bila ajak gi McD... hoho... (aku pon dulu suka gak)... yang tua pon ape kurangnye... rase bangga dapat pegang cawan McFlurry sambil-sambil dating... rase best bila dapat gigit ayam McD spicy... hoho... buat entri lepas makan GCB... hohoho tau tak yang McD tu makanan yang tinggi kandungan MSG... kentang gorengnya lebih tinggi kolestrol daripada kentang goreng KFC... tapi tu la makanan kegemaran bila tulis kat BIODATA nak bagi kat pakwe baru...

kafir ajar kita wehhh... bagus minum air soya derrr... baik... nanti anak putih... bla bla bla... ye la mesti la depa cakap bagus... depa boleh tanam soya dengan senang.... depa pengeluar soya terbesar... pastu jual kat kita... air soya ni boleh diminum... tapi kalau terlalu banyak boleh menimbulkan rasa was-was... selain melemahkan kejantanan lelaki... (mau lemah ke???) dan kurangkan kesuburan pempuan gak... selain meningkatkan risiko kanser ovari, kanser prostat, melemahkan otak dan tulang... sebab dalam soya ade kandungan estrogen yang same ngan pempuan... soya pon ade phytic asid... yang akan mengganggu penyerapan kalsium, zinc, dan magnesium... pada tubuh

kafir gak ajar makan maggi dan minum air coke... tak de kelas laaaa... kalau kat dalam peti sejuk umah korang tak de air coke botol besar... cewahhhh... padahal makanan tu sume akan jadi racun dalam tubuh... selain tinggi kadar keasidannya... betol tak?

moral: tak payah la kita nak bangga dok tiru gaya hidup depa... atau percaya dengan fakta-fakta salah mereka... rujuk cara makan dan kebaikan makanan dalam Islam...

p/s: penah dengar orang barat kabo minyak sawit bagus? depa kate minyak bunga matahari... minyak soya... bagus... kan? apesal? depa nak tanam sawit celah mane?

dalam Islam ajar makanlah apa yang ade di negeri kamu... =)


maaf jika ada yang terasa ni satu ingatan buat kita semua...

SEDAP DERRR... KARI MAPLEY TU...

sekadar hiasan... dari encik google

salam
ape khabar semua?
harap baik-baik je...

"aku harap-harap ade orang sudi belanje... huhuhu..."

cam tu le gamaknye ayat-ayat orang yang da tersangkut dengan air tangan mapley... ayat kat atas tu contohnye je la... ade yang suka lepak kat kopitiam? kat mamak? kat KFC? kat McD? kat mane-mane kedai makan la... korang kisah tak siapakah yang menyediakan makanan korang tu?

semua orang tau meninggalkan solat tu berdosa ye tak? plak tu solat tu tiang agama... masuk plak dalam rukun Islam yang kedua... kalau rukun nikah kita tinggalkan... nikah tak sah kan? kalau rukun solat kita tinggalkan solat tak sahkan? kalau kita tinggalkan rukun Islam plak? lu pikir sendiri...

seperti satu kisah di zaman nabi Musa.... ade seorang lelaki yang dah berumahtangga... dia belom memilki zuriat... lalu dia pun bernazar...

"kalau aku dapat anak... aku akan minum air kencing anjing hitam"

dengan izin Allah... isteri lelaki tu pon pregnant... pastu dia pun dapat le anak lelaki... dan-dan teringat nazar dia... nak minum air kencing anjing hitam... mesti le risau kan? air kencing anjing hitam tu....

info: mase zaman nabi Musa syariatnye berbeza ngan zaman nabi Muhammad s.a.w... kalau zaman Rasulullah bernazar perkara yang haram tak payah buat cuma kena bayar dam(denda)... tapi zaman nabi Musa lain... asal bernazar je mesti buat... walaupun haram...

lelaki tu pon berjumpa la dengan nabi Musa... dan berceritalah yang dia telah bernazar... kemudian nabi allah Musa pun menjawab yang lelaki tu tak payah minum air kencing ainjing hitam.... tapi akan minum air yang lebih hina dari tu... 

nabi Musa pun memerintahkan lelaki tu untuk menadah air yang jatuh dari bumbung orang yang meninggalkan  solat... kemudian minum air tu... ermmm tu baru air bumbung orang yang tinggalkan solat... pun da lebih hina daripada air kencing anjing hitam...

cam ne plak dengan orang yang tak solat atau meninggalkan solat? kemudian masak untuk kita? air tangan orang tak solat? tu belum lagi kalau kita makan air tangan orang kafir... terfikir tak? kenapa anak-anak sekarang ramai yang degil? yang rase payah nak buat perkara baik-baik... penah kita amik tau tak tukang masak tu solat ke tak?

lebih baik makan kat umah makan air tangan isteri atau ibu kita... ye tak?

wanita plak kena la jaga solat supaya anak-anak atau suami tak gelap hati makan air tangan kita... lihat la betapa pentingnya solat... dan betapa hinanya orang yang culas dalam solat... tapi orang kita selalu rase bangga bila kerap makan kat luar kan? tu mentaliti orang-orang kita... 

MAKAN KAT LUAR BUKAN SIMBOL KUKUHNYA KEWANGAN DERRRR
nota: cerita ni telah diolah sedikit daripada cerita asal... tetapi maksud cerita tak berubah... =)
p/s: usahakan memasak sendiri... kalau da terpakse nak wat cam ne... tawakal je la ye... ohhhh

22 August 2010

BELAJAR BIARLAH TINGGI-TINGGI... TAPI JANGAN BODOH BERTINGKAT-TINGKAT


salam
moga semua sihat walafiat...
ermmm... memandangkan aku tak sempat nak taip entri...
so aku nak kongsikan cite daripada Mtd. Kota Lama... hehehe... harap bermanfaat...

kadang-kadang anak kecil hanya melihat apa yang mereka nampak...

"Mak...besar nanti Atan (bukan nama sebenar) nak jadi Perdana Menteri", kata anak pada si ibu yang sedang sibuk menganyam tikar untuk dijual dipasar tani. "Bagus la Atan kalau kamu bercita-cita macam tu" balas si ibu pada Atan.

"Tapi.." kata si ibu yang masih lagi menganyam tikar sambil memandang jauh ke anak mata si anak."Jangan kamu menindas rakyat" sambung si ibu lantas si anak terus bangun dan merapati si ibu tadi."Kenapa mak cakap macam tu?" Atan bertanya.

"Atan tau kan kita hidup susah? tanya si ibu pada Atan. "ayah dah lama pergi, kita ni kais pagi makan pagi, kais petang makan petang".
"Atan memang tau kita hidup susah mak" balas Atan."Sebab tu Atan nak jadi Perdana Menteri" jawab Atan sambil tersenyum.

"Jadi Perdana Menteri boleh bawa mak jalan-jalan, makan sedap-sedap, duduk rumah besar" kata Atan lagi. Si Ibu merenung jauh, memang betul kata Atan, tak perlu jadi Perdana Menteri,jadi ketua cawangan pun dah boleh beli macam-macam. Macam anak Pak Abu, baru jadi ketua cawangan Kampung Ngok Ngek, dah pakai kereta besar, menjalar-jalar. Itu belum lagi anak Pak Tam, jadi ketua bahagian Kuali Hitam, rumah mengalahkan istana sultan.

Si ibu mengusap rambut si anak, Atan yang baru berumur 6 tahun tak mengerti lagi erti hidup.Apa yang dilihat itu yang ditafsir. Yang tersirat belum lagi dapat di rungkai oleh Atan.Atan belum lagi perlu memikirkan mengenai perbelanjaan rumah.Gula nak dibeli, beras nak dibeli, minyak motor nak menghantar tikar ke pasar tani perlu diisi. Mujurlah rumah ini tak perlu disewa, biarlah buruk, asalkan ada tempat untuk berteduh tinggalan arwah suami. Tiba-tiba airmata si ibu tadi menitis, mengenai pipi si anak yang berada dalam ribaannya. "Kenapa mak menangis?'' tanya Atan. Si anak tak mengerti, jerih perit menjalani kehidupan yang semuanya memerlukan kuasa wang. Lantas si ibu mengusap cepat-cepat airmatanya.  "Takde apelah Atan, mata mak masuk habuk tadi" jawab si ibu.

Si ibu menjeling ke arah dapur, gula dah kehabisan, beras tinggal 2 cupak lagi, cukuplah untuk sehari dua. Tikar yang telah siap nak dihantar ke pasar tani esok. Minyak motor cukup sekadar untuk pergi, tapi balik belum tentu lagi. kalau jualan bagus, dapatlah beli sedikit barang dapur. Dapat untuk membeli buku mewarna untuk Atan.

Si ibu sayu, memikirkan tentang perbelanjaan rumah. Takkan hari-hari makan ikan kering berkuahkan kicap?. Nasib baiklah air diambil dari perigi. Perigi yang digali oleh arwah suami, tak perlulah risau untuk bayar bil air. Cuma bila malam, rumah usang ini hanya bertemankan pelita, nak harapkan cahaya dari lampu neon?..jauh sekali.

Cuma bila ada pilihanraya, ramailah wakil-wakil dari parti politik datang. Mewahlah sedikit hidup, dapat beras, gula, tepung, biskut kadang-kadang duit pun dapat. tapi itu cuma sementara, habis pilihanraya semuanya  hilang, janji yang ditabur lenyap bersama empunya mulut. Apa boleh buat, dah nasib, pujuk hati si ibu tadi.

Mereka orang kaya, semua YB-YB, tak perlu pikir tentang nak beli gula, susu, beras dan minyak. Mereka banyak  duit, fikir si ibu tadi. Aku perlu bekerja beras untuk semua tu. Tapi bila harga barang naik, aku tersepit. Nak mengadu?, sekadar mengadu tapi tindakan macam kura-kura. Lembap!.

"Atan, nanti bila Atan sekolah, Atan belajar sungguh-sunguh tau" ujar si ibu.
"Atan janji mak, Atan akan belajar sungguh-sungguh, Atan nak belajar setinggi yang boleh mak" balas Atan.

"Tapi nak..belajar biarlah tinggi-tinggi..tapi jangan jadi bodoh bertingkat-tingkat" kata si ibu. "Maksud mak?" tanya Atan.

"Atan kalau nak jadi Perdana Menteri, kena fikir masalah rakyat, jangan bebankan rakyat" kata si ibu. "Sebab, nak jadi perdana Menteri kena Belajar tinggi-tinggi, tapi jangan bodoh bertingkat-tingkat" kata si ibu lagi.

Atan mula berfikir, apa yang pasti, Atan masih tidak mengerti maksud si ibu. Sengaja si ibu membiarkan Atan berfikir. "Ingat nak...belajarlah tinggi-tinggi..jangan bodoh bertingkat-tingkat". pesan si ibu pada Atan.

Atan melihat mata si ibu... 

daripada: Mtd. Kota Lama

17 August 2010

KO TAK NAK SAMBUNG BELAJAR KE?

belajar tak semestinya cam ni je kan?


salam
apa khabar semua...
harap sehat selalu la ye...

ape kat fikiran korang?

bila kate belajar je mesti ade pen, kertas, jadual kelas yang padat dan sendat... macam tu? hohoho... sila usir dari kepala pemikiran yang macam tu... sebab setiap hari kita semua belajar kadang-kadang tu mungkin setiap jam... ye ke?

jawapannye ye!! titik...


tak de istilah sambung belajar sebenarnye... sebab hari-hari kita memang akan belajar... yup belajar sesuatu yang baru... hehe (sibuk je aku ni wat teori sendiri)

semalam tak tau nak wat kuih karipap... eheheh... hari ni da tau la... belajar ngan sape? belajar ngan mak mertua... belajar gak tu kan? 

semalam bace blog orang lain... eheheh... hari ni da wat blog sendiri la.... belajar ngan sape? tengok-tengok orang wat nak cuba la jugak sendiri... hohoho belajar gak tu kan?


banyak lagi contoh.. manusia ni sentiasa belajar dan tak pernah berhenti belajar walaupun da grade dari mane-mane universiti... da tamat tingkatan 5... da tamat tingkatan 3... da tamat darjah 6... selagi kita semua bernyawa kita semua akan terus belajar... ye tak?


terlalu banyak medium untuk kita belajar.... tengok semut pun kita boleh belajar... tengok rumput pun kita boleh belajar... tengok baby pun kita boleh belajar... tengok kartun pun kita boleh belajar... yang penting hati kita nak atau tak...

nak nak dalam al-quran... memang la rujukan paling sesuai untuk kita belajar... sebab dalam quran ade ajar kita  macam-macam perkara... fizik, biologi, ekonomi, jenayat, ibadat, dan ape segala ilmu semua ade dalam al-quran... ye tak? jawapannye ye...

wohoooo...
weh quran tak ajar pun cara nak masak karipap... cara nak buat blog... cara nak menjahit... ohhhh... ana fenin la... fenin la... jangan fenin la...


Dan kami tidak mengutus engkau (Muhammad), melainkan orang lelaki yang kami beri wahyu kepada mereka;maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui. 
(An-Nahl:43)


ilmu manusia ni TAK PERNAH LENGKAP...
tu yang perlu kita ingat dan semat dalam hati...
kerana tu kita semua perlu terus belajar...
dan jangan kedekut untuk mengajar...


orang dulu-dulu tak masuk U pun bijak ye tak?


wallahualam...

02 August 2010

11 JENIS MANUSIA DIDOA MALAIKAT



salam
sedikit perkongsian....

11 jenis manusia didoa Malaikat

Jenis manusia didoa Malaikat PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Wallahu'alam. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

kiriman emel: Amal Rahman

01 August 2010

BEWARE OF THIS SITUATION


salam
moga semua sihat walafiat...
juga bertambah berkat...

ape la agaknye topik aku nak share kali ni ye?

tajuk plak BEWARE OF THIS SITUATION
agak-agaknye ape ye?

anda makan gaji?
pekerja di sektor awam? atau sektor swasta? penah cilok time on duty? alaaaaaaaa penah tak kuar pi mane-mane mase waktu bertugas untuk urusan peribadi... kalau ko keje jadi driver ambulans ko pegi cilok jap bawa ambulans gi pasar tani sat... kalau ko staff mane-mane department... mase ko ngah keje... patut ko ade kat office... tapi ko cilok jap pi jumpa awek ke... pi shopping barang dapur ke... pi la mane-mane pun... tapi bukan atas dasar urusan keje...

penah tak?
ko ambik MC (Medical Certificate) tapi ko pegi bercuti... ko pegi satu tempat yang patutnye orang tengah MC tak patut sampai... ye la... orang ngah MC patut dok umah berehat-rehat je la.... penah tak wat cam tu?

berhati-hati...
jika korang selalu buat cam tu sila la berhati-hati... mungkin jika berlaku sebarang kecelakaan korang mungkin tak dapat nak claim pencen atau nak mintak pampasan... sebab korang cilok waktu berkerja... duit pencen yang korang nye anak bini patut dapat kalau korang mati ke... kemungkinan ahli keluarga korang tak kan dapat... sebab ape yang diisytihar tak sama dengan apa yang dilakukan... korang patut ade kat ofis... tapi korang cilok... ape cer?

kat sini ade beberapa contoh...
yang aku sendiri pernah tengok... 

kisah satu:
seorang tukang kebun yang sepatutnya pada kira-kira jam 8:30pagi berada di sekolah untuk melakukan tugasan seperti biasa... tetapi pada hari kejadian... dia telah cilok untuk ke pasar tani yang ade di hadapan sekolah tempat dia berkerja... semasa hendak menyeberangi jalanraya menggunakan motorsikal... dia telah ditimpa kecelakaan jalanraya dan koma... hingga ke hari ni... dan apabila.... waris nak menuntut pampasan... pihak waris tak berhak dapat... sebab lelaki tersebut telah 'cilok' pada masa bertugas untuk melakukan urusan peribadi...

kisah dua:
seorang pegawai di Pusat Perubatan.... telah mengambil cuti pada hari bekerja... dan di dalam borang cuti telah diisi "beliau akan pergi ke Perak" tetapi rupanya beliau telah pergi ke Indonesia.. bersama 3 orang rakan untuk urusan peribadi... tapi malangnya beliau dan seorang rakan telah hilang dan tak dapat dikesan hingga kini... yup hilang kat indon... waris yang ade di malaysia iaitu isteri dan anak-anak beliau... tak dapat menuntut pencen kerana biarpun telah diisytihar meninggal dunia... tetapi beliau telah pergi ke tempat lain berbeza dengan apa yang diisi dalam borang cuti...

sebenarnya banyak lagi contoh yang ade... cukuplah rasanya...

sebagai mereka yang faham dan tau hukum mesti ambik pusing situasi ni kerana anda dikira curi tulang dan tak jujur.... dan yang menjadi efeknya adalah waris anda... dan sangat membeban jika anda sudah berkeluarga... dan jika isteri anda tidak berkerja... lebih-lebih lagi jika kehidupan anda dikelilingi hutang... so fikir-fikirkanlah.... hutang kereta... hutang rumah... dan lain-lain... ohhhhhhh

dibimbangi waris anda tidak akan dapat apa-apa tapi terpaksa pulak berdepan dengan bebanan yang semakin bertambah

BAIK PUNYA CILOK... =)

p/s: penat gile... terlebih hi-tea ohhhh

29 July 2010

SEORANG MUSLIM TUA DI AMERIKA



salam...
buat semua yang sudi bace...
tak pun yang sudi blogwalking je hehehe...
semoga semuanya sihat walafiat...

ini adalah sebuah cerita... yang terjadi pada seorang Muslim Tua Amerika... cite ni telah dialih bahasa dalam bahasa melayu ok. walaupun ade gak pembaca blog aku ni yang tinggal kat amerika, jepun atau mane-mane negara... yang pastinya 90% faham bahasa melayu kan?

mula cite...

ada seorang lelaki muslim tua Amerika yang tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah ladang di kawasan pergunungan timur Kentucky... setiap hari datuk budak lelaki ni bangun pagi... dan membaca al-quran di meja makan dapur mereka... si cucunya ni teringin sangat meniru aktivi datuknya... dan dia pun menirulah semampu yang boleh...

satu hari cucunya bertanya "atuk setiap kali saya bace al-quran macam yang atuk lakukan hari-hari... tapi saya tak memahaminya... dan kalau faham pun saya lupa kembali seperti pantasnya saya menutup buku... ape ye kebaikan membaca al-quran yang atuk dapat?" 

kemudian si atuk yang masa mudanya kacak... pun datang menghampiri cucunya... membawa bersama satu bakul besar yang dah berhabuk dan kotor... "cuba kamu ambil bakul ni dan cedok air dari perigi dan bawa kembali pada atuk... nah pegi cepat..."

cucu yang baik mestilah ikot cakap atuk kan? ape lagi cucunya pun segera berbuat sebagaimana yang disuruh atuknya... setiap kali sampai kembali pada atuknya... air di dalam bakul besar tu da habis... diulang beberapa kali hingga budak lelaki tu keletihan... "atuk penat lah saya... setiap kali sampai dekat atuk airnya dah habis... saya dah cuba lari dengan cepat.... air tetap habis jugak..." keluh cucunya.

"usaha kamu belum cukup cepat cuba lagi..." bidas atuknya. si cucu yang baik tu mengulangi perbuatan tersebut... hingga merasa lelah kembali... kemudian mengeluh lagi... "atuk ape yang saya dapat? penat je yang dapat..." omel cucunya yang keletihan. atuknya membalas... "kamu ingat penat saja yang dapat? cuba tengok pada bakul yang kamu pegang tu..."

cucunya pun menurut arahan datuknya.... bakul yang pada asalnya kotor dan berhabuk.. kini dah bersih luar dan dalam... "cucuku itulah yang kamu akan dapat bila kamu membaca al-quran.... biarpun kamu tak mampu ingat segalanya dan mengetahui seluruh maknanya... tetapi jika kamu membacanya berulang-ulang... kamu akan berubah luar dan dalam... itu adalah kurniaan Allah dalam hidup kita..."

sebagaimana sabda baginda mafhumnya:
"barang siapa yang membawa apa saja kebaikan, maka akan mendapat ganjarannya"


p/s: bacalah al-quran dengan makhraj yang betul... dan kalau tak tau makne bacelah jugak tafsirnya sekali ok... hehehe... jangan jemu!!!

24 July 2010

PAGAR? PENTING SANGAT KE?

ni pon pagar hakhakhak =P

salam
apa khabar semua?
sihat ke?
harap sihat la ye selalu...

pernah dengar perkataan 'pagar'?

"jangan takut aku dah 'pagar' rumah ko..." kata pak Ali kepada Abu. maka dengan itu Abu pun berasa lega setelah diberitahu rumah beliau telah dipagar... oh... mudahnye...

"hei korang jangan melalak je kejenye... nanti runtuh 'pagar' penat je bace" marah ketua dorm Aspuri kepada budak-budak perempuan dorm tersebut.

banyak lagi contoh lain yang selalu kita dengar dengan telinga... dan nampak dengan mata.... apakah 'pagar' dengan cara begitu adalah mujarab?

jika yang sibuk di'pagar' tu tak solat?
jika yang sibuk di'pagar' tu tak mau mengaji sendiri?
jika yang sibuk di'pagar' tu tak jaga tatasusila?

syaitan semestinya suka dekati orang-orang yang lalai dan abaikan solat kan? syaitan gak suka pada wanita yang bersolek berlebih-lebihan kan? syaitan pun suka gak pada perempuan yang suka ketawa mengilai-ngilai kan? macam mane nak syaitan tak dekat... kalau kita sendiri tak mau bace kalam Allah?

apa salahnya amalkan je sendiri...
ayat kursi setiap kali lepas solat...
ayat 1000 dinar setiap kali lepas solat...
4 kul dijadikan amalan...
yassin dijadikan bacaan harian...
ayat kedua terakhir surah al-baqarah...
banyak lagi yang boleh kita semua amalkan...
kalam Allah dijadikan rujukan dan amalan...

rasanya semua orang boleh buatkan?

jika ada anak-anak kecik jadikan bacaan ayat al-quran buat peneman tidur mereka... ye la kan depa lom tau bace lagi hehehe... pastikan hati yakin dengan pertolongan Allah insyaAllah...

aku pernah ada 2 kali pengalaman sekali budak kecik umur 6 bulan asyik menangis je.... cecah 2 jam tu lamenye... mase tu da lah aku tinggal dengan ucu aku hahaha... of coz le aku kena handle... mase tu tak semena-mena bulu roma naik mase duduk ngan baby tu kat ruang tamu... bila pegi dapur ok je... datang ruang tamu je naik balik rase seram... padahal aku tak terfikir langsung pasal makhluk halus ni... arwah atok aku penah pesan... kalau rase meremang bulu roma tu makhluk halus ni ade kat sekitar kita je... mak su aku cuak gak... so nak tak aku kena la bace kan ayat 1000 dinar... ayat kursi... dan yassin.... dalam 10 minit kemudian baru baby perlahan sikit menangis... ermmm then teruskan membaca sampai baby tu senyap... yang penting yakin dengan bantuan DIA... sebenarnye aku sayang sangat kat baby tu... tu yang semangat je. hehehe... aku jaga dia mase umur 3 bulan lagi... yang lagi satu makcik kat taman aku... panjang plak kalau aku cite sekali kat sini hehehe...

kita juga kena ingat API takkan MENYALA kalau bukan dengan izin ALLAH... makhluk halus juga takkan dapat ganggu KITA kalau bukan dengan izin ALLAH... macam mana ALLAH nak bantu dan lindungi kita kalau kita sendiri abaikan perintahNYA...

p/s: aku kadang-kadang muak dengan orang yang mintak tok bomoh dok 'pagar' sana sini... tapi dia sendiri abaikan perintah dan tak kisah nak solat.... sebab tu aku buat entri macam ni. sori kalau ada yang terasa. 

18 July 2010

HIDAYAH DAN TAUFIQ MANA YANG SAMPAI DULU?


Bismillah

Rasanya dah pernah disentuh cite soal hidayah kan? hehehe... tak pe cerita lagi... macam yang pernah diceritakan dulu... hidayah Allah tu tetap akan masuk walaupun hati tu dah ditutupi, diselaputi, dan diselubungi hitamnya dosa dan noda, tapi masih ada lubang-lubang kecil walaupun satu untuk cahaya hidayah Allah itu tembus ke hati... TAPI SEMUA ITU DENGAN IZIN ALLAH. Betul tak?

Sebab tu tak mustahil, kaki bunuh, kaki botol, kaki perempuan, kaki tinggal solat, kaki tinggal puasa, kaki nyanyi, dan banyak kaki-kaki lain (siapa ye yang buat simpulan bahasa suka guna kaki ni...?) , boleh kembali ke pangkal jalan bila hidayah Allah itu menyapa, malah boleh jadi lebih baik daripada orang yang takde 'kaki-kaki' seperti dalam contoh di atas.

HIDAYAH DAN TAUFIQ

Recall ... recall
Hidayah dan taufiq.. yang mana datang dulu ?

"Hidayah la.. kak dayah lagi tua dari Taufiq !"<-- siapa yang jawab ni? hahaha jangan loyar buruk ye.. tak masuk sekolah ke? (jangan ada yang terasa ye, ampun maaf dipinta, mensuci hening dosa..) 

Ok, serius! Bayangkan ada seorang meraba-raba dalam kegelapan, tak tau nak buat apa, tak tau nak pergi mana, tak tau apa-apa, yang dia tau dia tak nampak apa-apa. Tiba-tiba ada satu cahaya menyuluh satu jalan (Hidayah). Dan lebih beruntung lagi orang tersebut dipermudahkan dan mendapat satu semangat seolah-olah ada yang menyuruhnya pergi ke cahaya tersebut dan melalui lorong yang disuluh itu. Jika ini situasinya, maka orang tersebut dikatakan telah mendapat hidayah dan taufiq. Dan ini juga yang berlaku kepada empunya-empunya badan yang mempunyai 'kaki-kaki' seperti dalam contoh di atas yang berjaya kembali ke pangkal jalan, kerana tiba satu saat, cahaya hidayah Allah menembusi pintu hati dan taufiq dari Allah juga membantu dan memudahkannya untuk mengambil jalan hidayah tadi. Maka tinggallah 'kaki-kaki' tadi bersama sejarah silamnya...

"Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" (An-Nuur : 35)

Ada pula mereka yang nampak jalan bercahaya tersebut, tetapi kerana tiada taufiq dari Allah, maka tiadalah daya yang mampu mengajak mereka ke arah jalan hidayah kebenaran tadi. Mereka ini pula seperti yang Allah Taala banyak kali khabarkan dalam Al-Quran. Antaranya :

"Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi " (Al-Kahfi: 55)

Dan ada pula yang tidak mendapat cahaya langsung.. Nauzubillah~ Kerana sesungguhnya Allah memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya...

"Sesiapa yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya" (Al-Kahfi : 17) 

Di mana kita?
Sebab itu kita seringkali diingatkan, andai terasa hidayah Allah itu menyapa, jangan buat dek saje, berusahalah agar Allah membantu kita menerima hidayahNya..

CAHAYA HIDAYAH

Betapa Maha Besarnya Allah SWT memberikan hidayah berupa cahaya (nur hidayah)
Atau apakah pernah sape-sape terbaca atau terdengar sape-sape menyebut batu hidayah, hajar hidayah, pepasir hidayah, pepohon kayu hidayah?

"Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu" (An-Nur:35)

Apabila difikirkan semula, bayangkan kalau hati sudah di selaputi dan dibaluti hitamnya dosa sehinggakan hanya ada satu lubang kecil sahaja yang tertinggal. Dengan izin Allah ditakdirkan hidayah untuk menembusi hati ini. Bayangkan kalau hidayah tadi adalah seketul batu yang mana mungkin muat dengan lubang kecil yang bersisa menagih kasih sayang Ilahi, bebutir pasir yang berat yang sekali campak bukan jauh mana pun pasir tu boleh pergi, sepohon kayu yang tak perlu cakaplah.. nak masuk ranting pun dah patah....

Tapi hidayah Allah itu berupa cahaya, mudahnya cahaya yang bergerak lurus boleh tembus apa sahaja saiz bukaan asalkan tidak ditutup sepenuhnya... Mudahkan, hidayah Allah? Tapi, ingat "Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya " dan jangan pula kita yang sengaja menyombongkan diri, menutup pintu hati serapat-rapatnya seolah-olah tiada ruang lagi untuk ditembusi hidayah Ilahi....

Marilah mencari dan berusaha mengekalkannya dalam hati..

Wallahualam...

p/s: ok tak? aku ngah berlatih menulis berserta huruf besar... tak suke tak suke rase tak layak untuk menulis ='(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...