GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label jaga-jaga. Show all posts
Showing posts with label jaga-jaga. Show all posts

23 October 2015

SUAMI DISODOK BABI

Assalammualaikum...

Semoga semuanya sihat di samping keluarga tersayang...

Hubungan suami isteri ni sekali sekala kena ditengok tengok juga... bukan boleh biar je...

Macam kena pulak dengan perumpamaan kat bawah ni hi3...


kembali dara dalam masa 24jam

Buang angin, lancarkan peredaran haid

Usaha untuk hamil

Cantik luar cantik dalam...
Nak cerita panjang whatsapp 0179143052

Saya jual, saya pakai

18 October 2010

KETAHUI HAK ANDA JIKA DITAHAN POLIS MALAYSIA



assalammualaikum dan selamat sejahtera...

jangan kaget jika anda ditahan polis... dan pastikan anda bertindak bijak... supaya hak anda semua sentiasa dilindungi =)

RED BOOK (BAHASA MALAYSIA) Hak-hak anda bila Ditahan Polis Malaysia

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri

Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis

Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna :
  • Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
  • Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
  • Putih : Polis Simpanan
Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam

Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Peronda Polis

Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan. 

2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN

2.1 PengenaIan Diri

Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain

Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"

2.3 Adakah anda sedang ditangkap

Anda sedang ditangkap jika Polis:
  • menjawab "ya"; tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau
  • menggari anda.
Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap

Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi). 

3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Pernyataan 112

Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda danmencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi

Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda,anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis)mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhada anda mendesak anda supaya bekerjasama. 

3.3 Membuat Pernyataan 112

Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.
  • Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).
  • Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.
  • Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.
  • Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda.
  • Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
  • Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.
3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda

Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.
  • Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.
  • Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.
  • Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir pernyataan anda.
4. POLIS MENANGKAP ANDA 

4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?"

Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.

4.2 Jangan melawan semasa ditangkap

Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?"

Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap

Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:
  1. Keluarga atau rakan; dan/atau
  2. Seorang peguam.
Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).

Maklumkan kepada mereka:
  • yang anda telah ditangkap;
  • masa, tempat dan alasan ditangkap;
  • Balai Polis di mana anda dibawa.
4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap

Anda boleh ditahan sehingga 24 jam
  • Di Balai Polis, atau
  • Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.

5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN

5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam

Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yangmunasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.

5.2 Pakaian

Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan peribadi

Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 Kebajikan

Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda

Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihakPolis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam,Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman). 

6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM 

6.1 Siapakah Majistret

Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada 24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman

Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.

6.3 Berapa lamakah Perintah Reman

Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam.Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.

Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:
  • untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau
  • membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.
Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 haribergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan seorang Majistret untuk proses reman

Maklumkan kepada Majistret:
  • anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;
  • jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;
  • jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;
  • jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;
  • sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;
  • sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan
6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat

Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasamadengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll). 

7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN

7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan

Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan danmemeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.

7.2 Apa yang perlu dilakukan
  • Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.
  • Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.
  • Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/saku/beg anda.
7.3 Hak-hak anda
  • Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesionaldan sopan.
  • Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.
Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:
  • Bantah;
  • Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan
  • Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.
8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU 

8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian
  • Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.
  • Anda ditangkap.
  • Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.
8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan

Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-

1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah -pemeriksaan pakaian luaran.

2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.

3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung dan telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.

4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan. 

8.3 Hak anda
  • Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.
  • Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam andasemasa pemeriksaan dilakukan.
  • Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita
9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP 

9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda

Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2 Hak anda untuk berdiam diri

Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi).Selain Maklumat-Maklumat Peribadi,anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda.Jika andamemilih untuk berdiam diri, katakan,

"Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."

9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan

Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak bolehmengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.


9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti

Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh menggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.

PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)

• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428• Negeri Sembilan : 06-6013 844• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514• Johor : 07-2235 698• Perak : 05-2550 523• Kedah & Perlis : 04-7333 467• Kelantan : 04-7448 660• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410• Pulau Pinang : 04-2617 451/ 04-3108 451

nota: jangan takut untuk bertindak dan pastikan anda bertindak secara bijak =)

19 September 2010

TUDUNG SARUNG PERSIS TUDUNG SISTER?

assalammualaikum dan selamat sejahtera semua...

semoga diberikan keberkatan dan dirahmati sentiasa...

tudung sarung merupakan satu trend masa kini dan menjadi fenomena di kalangan muslimah di nusantara... terutamanya di malaysia dan indonesia... fenomena pemakaian tudung menjadi mudah dan disukai ramai...

adakah korang sedar?

sesekali jika tak kena caranya... tudung sarung yang dipakai oleh kebanyakan wanita malaysia... persis tudung sister... yang kebanyakan kita boleh jumpai mereka di gereja-gereja... adakah korang sedar?

jika tudung sarung yang dipakai di 'pin' kan di bahagian belakang... dan melekap pada leher... dan singkat hanya separas dada atau di atas dada... tudung yang anda pakai persis tudung sister.... ini jugak termasuk inner yang dipakai bersama tudung syria...

adekah trend tudung masa kini diinspirasikan daripada tudung sister?




selain tu jika korang perhatikan fesyen wanita muslim kini yang memakai tudung tetapi mendedahkan leher juga persis pakaian sister... anda boleh teliti gambar di bawah...




awasi setiap kali anda ingin berfesyen... 

aku pon baru je perasan sebenarnya pada pagi 1 syawal.... aku dok la pinjam tudung sarung adik aku... dok try... tengok-tengok kat cermin cam sister je dari tepi... aku pon lari-lari pegi cakap kat mama yah...

aku: ma tudung sarung ni ma perasan tak macam tudung sister kat gereja la...
mama yah: lame da ma perasan... sebab tu ma tak pakai kuar berjalan... setakat pakai nak gi sidai kain boleh la....
aku: la kenape tak kabo...
mama yah: ape pun dalam hati masing-masing... tapi ma tak sedap la nak pakai tudung sarung sebab tu ma tak beli sangat... ade dua helai je...
aku: nasib baru beli satu... (terus aku carik tudung lain)

waduh-waduh gimana sihhhh....

wohaaaaaaa ni la cara menutup aurat yang dituntut sebenarnya... bile la aku mampu jadi cam ni ohhh... jika sayangkan ayah atau suami anda sila berusaha untuk menutup dan menjaga aurat anda.... ingatan buat diri sendiri juga  =)

wallahualam....

23 August 2010

NI PERKONGSIAN PENTING!!! MACAM KELAKAR TAPI JANGAN KETAWA DERRR...



salam
semoga semua sihat selalu sepanjang ramadhan ni...
beroleh keberkatan dan kemanisan ramadhan...

sebagaimana pesan Rasulullah:

"berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu..Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil "

ape yang korang dapat daripada ayat kat atas ni?

sains tu sebahagian dari Islam betul? aku pernah cite kat dalam entri lepas-lepas... tapi pendidikan sekular tu bukan ajaran Islam kan? golongan kafir ni sentiasa berusaha menyesatkan mereka yang beragama Islam... ngape aku kate gitu?

dalam ajaran Islam... dah pesan dah jangan makan organ dalaman haiwan... tapi bila dok belajar ilmu sekular... depa kabo elok makan hati... baik untuk tambah darah... tau tak? hati tu tempat mengumpulkan toksin dan meneutralkannye? kalau kita makan bleh menjadikan otak lembab dan mudah lupa... Nabi dah pesan dah kan? nak ikut cakap sape kita ni?

orang kafir ajar kita... minum kopi tinggi kafein... tak elok macam-macam le cite buruknye kopi ni... sedangkan tu adalah salah satu minuman kegemaran baginda selain susu dan madu... tak caye? tengok la filem-filem atau cite-cite omputih atau kafir... semua profesor mereka mesti minum kopi... dan ade secawan kopi kat tangan... betul tak? vending machine kopi pon berlambak-lambak kat sane... depa kabo ke kita je tak elok derrr... tapi depa gogok gak sebab tau khasiatnya...

kafir ajar pulak kita makan McD... kita ikot... suka... anak-anak melompat-lompat bila ajak gi McD... hoho... (aku pon dulu suka gak)... yang tua pon ape kurangnye... rase bangga dapat pegang cawan McFlurry sambil-sambil dating... rase best bila dapat gigit ayam McD spicy... hoho... buat entri lepas makan GCB... hohoho tau tak yang McD tu makanan yang tinggi kandungan MSG... kentang gorengnya lebih tinggi kolestrol daripada kentang goreng KFC... tapi tu la makanan kegemaran bila tulis kat BIODATA nak bagi kat pakwe baru...

kafir ajar kita wehhh... bagus minum air soya derrr... baik... nanti anak putih... bla bla bla... ye la mesti la depa cakap bagus... depa boleh tanam soya dengan senang.... depa pengeluar soya terbesar... pastu jual kat kita... air soya ni boleh diminum... tapi kalau terlalu banyak boleh menimbulkan rasa was-was... selain melemahkan kejantanan lelaki... (mau lemah ke???) dan kurangkan kesuburan pempuan gak... selain meningkatkan risiko kanser ovari, kanser prostat, melemahkan otak dan tulang... sebab dalam soya ade kandungan estrogen yang same ngan pempuan... soya pon ade phytic asid... yang akan mengganggu penyerapan kalsium, zinc, dan magnesium... pada tubuh

kafir gak ajar makan maggi dan minum air coke... tak de kelas laaaa... kalau kat dalam peti sejuk umah korang tak de air coke botol besar... cewahhhh... padahal makanan tu sume akan jadi racun dalam tubuh... selain tinggi kadar keasidannya... betol tak?

moral: tak payah la kita nak bangga dok tiru gaya hidup depa... atau percaya dengan fakta-fakta salah mereka... rujuk cara makan dan kebaikan makanan dalam Islam...

p/s: penah dengar orang barat kabo minyak sawit bagus? depa kate minyak bunga matahari... minyak soya... bagus... kan? apesal? depa nak tanam sawit celah mane?

dalam Islam ajar makanlah apa yang ade di negeri kamu... =)


maaf jika ada yang terasa ni satu ingatan buat kita semua...

04 May 2010

OPPSSSSSS JANGAN PUKUL BELAKANG....

salam semua
harap sihat & senyum sentiasa
entri nampak macam main-main je...
tapi macam aku selalu katakan..
aku akan berusaha... 
untuk memberi INFO BERGUNA dalam setiap entri aku

BELAKANG
TULANG BELAKANG
SARAF TUNJANG

ketiga-tiga perkara di atas ada kaitan
okeh BELAKANG terdiri daripada TULANG BELAKANG
dan di dalam TULANG BELAKANG itu terletaknya SARAF TUNJANG

apakah SARAF TUNJANG?
adalah tisu saraf yang berada di dalam salur saraf pada tulang vetebra. alahai... senang cerita SARAF TUNJANG ni ada dalam TULANG BELAKANG kita...

SARAF TUNJANG adalah salah satu komponen daripada sistem saraf pusat... untuk INFO anda SISTEM SARAF PUSAT terdiri daripada OTAK & SARAF TUNJANG.

korang semua biasa tengok DRAMA atau FILEM kat TV atau kat PANGGUNG? bila orang JAHAT nak datang serang ORANG BAIK diaorang PUKUL BELAKANG? bila ORANG BAIK nak pertahankan diri diaorang BANTAI BELAKANG ORANG JAHAT?

ada alasan SAINS di situ... kerana BELAKANG kita adalah tempat letaknya SARAF TUNJANG... dengan cara SERANGAN begitu boleh menyebabkan MUSUH CEDERA... ataupun LUMPUH & HILANG UPAYA untuk selamanya...

tak percaya? pernah tak korang ikuti kes pengulas sukan RAS ADIBA? beliau telah lumpuh akibat menerima hentakan di bahagian BELAKANG... penjenayah tersebut menggunakan HELMET untuk mencederakan beliau... haaaaaaaa itulah IMPAK pukulan di bahagian BELAKANG.

pukul bukanlah pukulan manja. tapi pukulan sepenuh jiwa. dan sekiranya anda diserang... silalah pukul belakang orang jahat tu.... at least korang ada usaha nak selamatkan diri... tapi kalau kena tembak aku tak tau nak kata apa.... heheh...

lumpuh atau tak... hidup atau mati... segalanya datang daripada DIA... itu hanyalah TEORI & FAKTA sains... yang penting silalah BERHATI-HATI...

03 May 2010

ANAK JATUH DITIMPA TANGGA? SALAH SIAPA?

salam
kepada semua pembaca blog aku
terima kasih kerana sudi singgah dan baca entri...

anak jatuh ditimpa tangga? salah siapa?

bukan lah salah sesiapa...
tapi sebagai ibu bapa kenalah teliti dan ambil tahu sebelum menghantar anak-anak ke rumah pengasuh @ baby sitter....

betul tak? 
kena lah ambil tahu persekitaran rumah pengasuh tu macam mana...
rumah pengasuh tu ada tangga ke?
atau bahagian yang agak merbahaya kepada kanak-kanak...
ada punyai anak-anak lelaki ke?
cara pengasuh tersebut mendidik anak-anak...
dan macam-macam lagi perkara yang perlu diambil tahu

kenapa aku katakan perlu ambil tahu rumah pengasuh bertangga atau tak? yelah sekiranya rumah pengasuh tersebut memilki tangga maksud aku double storey house... jika pengasuh itu cuai anak anda berkemungkinan untuk terjatuh dan cedera adalah tinggi... almaklum kanak-kanak ni lasak bukan? kecuali baby yang tak tau buat apa-apa lagi...

sekiranya anak anda perempuan. sila ambil tahu sama ada pengasuh anak anda memilki anak lelaki atau tak. yup... dibimbangi akan berlaku pencabulan kehormatan kanak-kanak atau penderaan seksual pada anak-anak. bukan sekali kejadian begini berlaku di malaysia bukan?

keprihatinan pengasuh itu sendiri dan cara beliau menjaga anak-anak beliau sendiri perlu diambil tahu. kenapa? yelah... sekiranya pengasuh itu suka menggunakan perkataan yang kurang sopan... mugkin anak-anak kita boleh terpengaruh. banyak lagi faktor mengapa perlu memilih pengasuh yang miliki sahsiah yang baik...

lain pula cerita sekiranya anak anda mahu dihantar ke taman asuhan kanak-kanak.... faktor lain juga harus dipertimbangkan... jom kita usyar apa alasannya... 

sekiranya mahu dihantar anak-anak kecil di bawah usia 5 tahun ke taman asuhan kanak-kanak. perlu juga ambil tahu keadaan anak anda bagaimana. adakah mereka mudah terkena jangkitan penyakit atau tak. sekiranya mudah terkena jangkitan penyakit mungkin mereka kurang sesuai untuk dihantar ke taman asuhan kanak-kanak. kerana di sana kanak-kanak agak ramai dalam pengawasan dan penyakit lebih mudah merebak.

dan selebihnya renungkanlah sendiri. buruk dan baik. ya memang kadang-kadang ibu bapa di bandar tiada pilihan. tetapi bukankah mencegah lebih baik daripada mengubati?

* diharap sekiranya ibu bapa lebih prihatin. dan ambil tahu. maka dapat mengurangkan kejadian yang tidak diduga dan melibatkan kecederaan atau kematian kanak-kanak. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...