GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

23 April 2016

JANGAN CAMPUR TANGAN URUSAN ANAK ORANG LAIN

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

kadang-kadang setiap kali bersalin atau dapat baby baru... mesti ada yang suka masuk campur bila kita sibuk uruskan anak kita... yang akan muncul untuk tunjuk terror... tak kira lah daripada keluarga sendiri atau keluarga mertua... (maklum la aku bukan jenis ikut sangat petua... nak-nak petua yang tak masuk akal dan mengarut)

husband pulak jenis angguk je setiap kali orang luar cakap (husband aku ni jenis menjaga hati hi3)

iye...
tengok anak kita ada kena kuning lepas lahir... haaaa sibuk la ajar macam-macam petua.... walhal bagi susu ibu je pun budak tu dah boleh ok... inshaAllah... ni tak sibuk soh minum air anggur hijau lah... susu kambing lah... jemur lah... adoi la kan... dah lah mak budak tu dalam pantang lepas tu ada yang menyibuk bagi petua-petua yang belum terbukti keberkesanannya...

bab susu badan...
eh... cukup ke budak tu minum? eh budak tu kembung ke? boleh ke makan itu boleh ke makan ini.... haish serabut betul... 

belum lagi bila tengok kita dah mula bagi puri atau bubur dekat anak... hahaha ni lagi kelakar... nanti ada la yang cakap... senang je bagi nestum... beli yang dalam tin bancuh dengan air panas... wah wah wah...

dia tak tau nestum tu tinggi kandungan gula... memang tak la aku nak bagi kat anak-anak aku... tak kan aku nak biar anak-anak aku kena diabetis kot... 

kadang-kadang bila aku jumpa situasi macam ni... nak je aku sound... pegi la beranak sendiri... pasti tu ko buat la macam tu dekat anak kau... dekat anak aku jangan nak sibuk-sibuk...

bab namakan anak pun macam tu jugak... sibuk la soh boh nama cam tu nama cam ni... biar la bapak budak tu yang bagi... sebab dalam islam ajar... yang paling berhak bagi nama anak adalah bapa...

so orang lain tak payah sibuk... okay...

sebab tu aku pilih untuk berpantang dengan husband... haha hadap muka dia je... tak puas hati pun aku komplen dekat dia je... kih3

28 September 2015

SAYANG ANAK TANGAN-TANGANKAN

Assalammualaikum...

Bismillah... semoga semuanya sihat selalu... kali ni aku nak share mengenai sayang anak tangan tangankan...

Sebenarnya pepatah lama tu masih relevan digunakan pada zaman sekarang... sayang mana kita kat anak kita jangan la sampai tak boleh ditegur atau dimarah...

Janganlah bila anak mengadu kena rotan dengan cikgu kita nak gi marah cikgu pulak... tanpa selidik apa punca anak kita kena marah...

Anak tersadung akar... akar pulak yang dimarah dan dicarutnya... padahal si anak sendiri yang tak berhati-hati...

Selain tu kecuaian dan kealpaan sendiri semasa anak dalam pengawasan kita... kita sibuk nak marahkan orang lain dan salahkan orang lain...

Budaya menyalahkan orang lain pada masa kini semakin menjadi-jadi... walhal dalam al quran juga dah diberitahu ibu bapa lah yang akan mencorakkan anak mereka.

Semoga kita semua tidak tergolong dalam kategori ibu bapa yang sering menyalahkan insan lain....

Kalau anak kau balik sekolah mengadu kena acah2 buli ngan kawan2 sekolah... kau nak bambu budak2 tu ke? Atau kau ajar anak kau defend diri sendiri dulu? Mestilah ajar anak defend diri sendiri dulu... ajar anak untuk jadi berani pertahankan diri sendiri...

Kalau kau sibuk layan fon. Anak kau... kau bagi main dengan orang lain... then jatuh... kau nak marah anak orang atau kau nak marah diri sendiri yang careless...

Semuanya atas ibu bapa sendiri... kalau tak nak anak comot main kat luar... kau tak payah bagi main kat luar lepas mandi... kalau kau tak nak anak kau tergolek... tak payah bagi main dengan anak orang lain... bila kau bagi ruang dan peluang pada anak kau... kau kena terima risiko negatif atau positif yang bakal jadi...

Haha anak aku kalau selamba je makan jajan dan gula2... memang kena bebel lah... jalan kalau menonong tak reti nak hati2 pastu terjatuh... kena marah la jawapnya...

Stop blame others...

Wassalam...


08 May 2015

JASA NOVEL CINTA, DRAMA DAN FILEM CINTA KARUT

MENGAPA BERCERAI MUDA?
Rumahtangga yang dibina oleh generasi muda hari ini banyak yang tidak berasaskan realiti dan dibangunkan atas dasar impian dan fantasi yang tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Sehingga apabila mereka bernikah masing-masing merasa kecewa kerana pasangan atau perkahwinan TIDAK SEINDAH YANG DISANGKAKAN.
Si lelaki berasa kecewa kerana isterinya tidak menjadi seperti bidadari yang dia selalu gambarkan. Masak tak pandai, layan atas katil macam tunggul, kulit yang disangka gebu ada kurap. Manakala si isteri pula mengadu bahawa suaminya tidak tahajjud tiap-tiap malam, tak membisikkan kata-kata cinta macam dalam filem dan novel serta tidak lembut dan peyayang seperti yang disangkakan.
Hakikatnya, kehidupan berumahtangga bukan sebagaimana yang ditulis seperti dalam novel, drama dan filem cinta karut tersebut. kejap-kejap merajuk ada yang sibuk nak pujuk, kejap-kejap marah, kejap-kejap ada skandal, kejap-kejap lari untuk cari ketenangan... realiti yang sebenar bukanlah begitu. Jika empunya badan asyik memikirkan perasaan sendiri kehidupan rumahtangga tak akan ke mana. 
Realitinya, anda perlu bertolak ansur menjaga anak-anak, menguruskan kerja rumah, menyalurkan rasa cinta dan sayang, hinggakan tak ada ruang untuk merajuk lama-lama, untuk nak lari tinggalkan anak dan keluarga semata-mata mencari ketenangan. Kerana banyak perkara yang lebih penting untuk dilakukan dan difikirkan.
Kegagalan mengurus 'Expectation' yang berbeza boleh mengundang kepada pergaduhan dan perceraian. Jasa novel-novel cinta khayalan, drama dan filem cinta karut, ustazah novelis yang tak praktikal banyak menyumbang kepada masalah ini.
Selain itu sikap tidak sabar dan pentingkan diri amat menebal dikalangan pasangan muda apabila masing-masing berkahwin dengan 'cara fikir' yang salah iaitu 'Apa yang aku akan dapat dari perkahwinan ini' sedangkan sepatutnya yang dipegang ialah ' Apa yang akan aku sumbang dan manfaatkan dengan perkahwinan ini'.
Inilah masalah yang berlaku apabila masing-masing hanya memikirkan kekurangan orang lain bukan dirinya sendiri. Si suami hanya fikir tentang kelemahan isteri dan si isteri hanya tahu menyalahkan suami kerana tak tahu menjaga perasaan dirinya.
Begitu besar impak... terutamanya jika anda sangat gemar berkhayal sambil membaca novel-novel picisan dan menonton drama cinta di stesen TV yang ada. Yang pastinya apabila anda berkahwin, cuba sedaya mungkin membahagiakan pasangan, bertolak ansur, terima segala kelebihan dan kekurangan...  InshaAllah... segalanya dapat diharungi bersama biarpun pelbagai rintangan yang melanda =)
Bukannya menyalahkan novel atau drama cinta semata, tetapi pastikan anda berfikir dan berpijak di bumi nyata sebelum melangkah ke alam perkahwinan dan semasa mengharungi alam rumahtangga.
semoga kita semua sentiasa dalam lindunganNya
wallahua'lam
sekadar hiasan =P

25 February 2015

RANCANG UNTUK TIDAK VAKSIN ANAK



Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu....

memilih untuk vaksinasi anak atau untuk menolak vaksinasi kepada anak?

ya isu ini semakin kerap dibincangkan... dan dikongsikan di media sosial... sebenarnya isu vaksin ini dah lama... yang paling menjadi isu adalah status halalnya... adakah vaksin ini halal? di mana pengiktirafan halalnya?

kebanyakkannya tak ada pun... macam juga ubat-ubatan hospital... jika dilihat pada botol atau bekas asalnya... kebanyakkannya tiada pun pengiktirafan halal...

begitu juga dengan vaksin...

kita juga semestinya tidak mahu tubuh badan kita dan ahli keluarga tercemar dengan sesuatu yang syubahah kan?

dari sudut lain... ramai juga yang memandang vaksin ini bukan lah kaedah total untuk mengatasi penyakit... kerana vaksin hanya sesuai untuk penyakit tertentu sahaja....

vaksin adalah proses memasukkan bakteria yang lemah dalam badan... untuk biarkan tubuh membina imunisasi... kerana tu... ada bayi yang demam jika disuntik vaksin... dan ada juga yang tahan dan tak demam...

selain dengan suntikan vaksin... memberikan susu ibu juga adalah bagus untuk membina imunisasi semulajadi baby... dan kita tak perlu risau jika anak tak diberikan vaksin... kerana tubuh badan manusia ni hebat... kan ciptaan Allah hebat... kerana imunisasi akan terbentuk secara semulajadi...

selain pengambilan makanan secara semulajadi yang boleh meningkatkan sistem imun badan... dan pada aku jika ada ibu bapa yang tidak setuju jika anaknya divaksin.... tak perlu lah ada terlalu menghina... kerana mereka ada alasan tersendiri.... dan juga tak perlulah ada yang mengatakan 'jangan nanti anak dah tak reti duduk diam terloncat-loncat macam kera baru nak menyesal sebab dah vaksin anak'

sebab pada aku pertama sekali adalah doa seorang ibu buat anak-anak... dan selebihnya adalah ketentuan Allah... kerana masih ada juga anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat biarpun telah di vaksn... dan beruntunglah jika ada anak-anak yang dapat membesar tanpa vaksin....

apa yang penting keyakinan kita... hanya Allah sahaja yang berhak menjadikan 'kun faya kun'




23 February 2015

BLOGGER WANITA ATAU BLOGGER LELAKI MANA LEBIH BAGUS?

Assalammualaikum....

semoga semuanya sihat di samping keluarga tercinta...

kehadiran ramai blogger... ibarat cendawan tumbuh selepas hujan... memang ramai sangat...tetapi sekalipun banyak saingan... anda tak perlu risau kerana jumlah pelawat blog akan hadir daripada serata dunia... ini sedikit sebanyak akan menyumbang peningkatan trafik...

yang pasti... sajikan fakta dan ilmu-ilmu berguna buat pengunjung anda... itu lebih bermanfaat berbanding anda bercerita perihal diri sendiri... pada aku itu hanya cerita sampingan sahaja... =)

berbalik kepada topik asal antara blogger wanita dan blogger lelaki mana lebih bagus?

pada aku kebanyakannya adalah blogger lelaki... kerana mereka lebih banyak menyajikan perkongsian perihal penggunaan SEO, penggunaan keyword, perkongsian fakta dan pelbagai lagi yang lebih ilmiah... berbanding blogger wanita... kerana kebanyakan blogger wanita hanya berkongsi kisah peribadi... dan ini agak kurang menarik minat para pembaca... biarpun ada beberapa personal blog yang telah mencapaii rating yang tinggi.... 

dan dalam dunia blog ini kreatif dalam menaip entri juga memainkan peranan penting di samping sajian entri yang memiliki informasi kuasa kuda... nescaya sangat mudah untuk jadi viral... hehe...

apa pun... semoga kita semua dapat berkongsi sesuatu yang berfaedah kepada umum... dan akan dapat manfaat bersama...

selamat berblog!!!




11 February 2015

DAUN KETUMBAR DALAM MASAKAN


assalammualaikum
semoga ceria selalu...

spegetti goreng

sangat sedap di tambah sedikit daun ketumbar
memang owesome

selain tu daun ketumbar juga sedap di tambah dalam tom yam
memang terangkat...
kalau makan kat kedai pun kebanyakkan nya memang ade tambah daun ketumbar

letak dalam ikan masak stim pun sodap...

macam mana rupa daun ketumbar ye?
rupanya macam daun sup...
tapi baunya ain sikit

ce try cari kat supermarket... mesti jumpa

cubalah =)

bye bye

20 October 2014

HALATUJU SEBUAH BLOG

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat...

nak berblog mesti memiliki halatuju... dan kena pastikan blog anda kategori apa...personal atau blog informasi...

blog yang mudah untuk mendapat unik visitor yang tinggi adalah blog yang masuk kategori blog informasi... yup tidak kira mengenai negara kita... negara luar... informasi artis... informasi semasa dan lain-lain...

macam entri teka-teki dan jawapannya pun boleh dikira informasi... sebab aku pernah buat entri teka teki dan jawapannya... dan pada minggu tu semua pengguna internet sibuk cari jawapan untuk teka-teki tu... dan aku menerima lebih daripada 1K visitor untuk entri itu sahaja...

mudah kan?

blog informasi biasanya lebih menjadi pilihan ramai berbanding blog personal... yang cerita hari ni anda makan apa... hari ni anda kena gigit nyamuk ke... dan lain-lain mengenai didi anda... kerana anda bukan artis... lainlah jika Siti Nurhaliza tulis blog menceritakan hal ehwal dia mungkin ramai yang baca... hehe

jika personal blog biasanya kebarangkalin pelawat yang sama adalah tinggi... ya... peminat dan pembaca tegar blog anda... dan ini mengurangkan potensi anda menjana unik visitor...

entri aku yang menjadi viral di Facebook adalah entri ini...

6 LOKASI PERCUTIAN UNIK DI MALAYSIA mencecah lebih 300K visitor dalam masa 4hari
SIAPA PEMBUNUHNYA? jawapan untuk teka-teki pun ada yang google

dan ketahuilah jika anda memberikan informasi lebih ramai yang suka datang ke blog anda... tetapi jagan yang lucah sudahlah...

ok sekian babai


18 October 2014

KISAH RUMAH MESRA RAKYAT

Assalammualaikum

Rumah mesra rakyat. Harga RM70ribu...  RM20ribu disubsidi dari kementerian. RM50ribu, ditanggung oleh pemohon...

Syaratnya, pemohon hendaklah cagar tanah untuk memohon rumah ini. Bayaran bulanan sekitar RM150 selama 240 bulan...

Dikampung kampung banyak rumah mesra rakyat terbina. Ada keluarga mendapat sehingga 3 buah rumah. Ini rumah angah...ini umah uda....

Dan ada juga rumah RM70ribu ini dibina oleh manusia yang baik dengan ketua kampung. Baik dengan JKK, baik dengan YB. Dibina dalam dusun. Dibiar kosong....


Bila ditanya...

Kenapa kosong pakcik?
Saja bina, musim buah nanti boleh tidur dalam rumah baru ini....


Orang miskin manalah ada rumah....
Inikan pula tanah untuk dicagar...
Nak tumpang tanah orang pun belum tentu dapat...
Terbaik.....


nota kaki:
pergi ke kampung kampung bersepah rumah mesra rakyat kosong.

bila ditanya, rumah siapa?
ini rumah JKK...
ini rumah Anak ketua kampung angah...
ini rumah anak sedara JKK
ini rumah ketua pemuda
ini rumah ahli majlis
ini rumah ehem


perkara inilah yang buat aku tak suka dengan apa yang ada sekarang. ko faham kan???


untuk nilai rumah hanyalah contoh...
point utama... bagaimana orang miskin mahu bina rumah jika tanah pun tiada =)

17 October 2014

KAKITANGAN AWAM VS KAKITANGAN SWASTA

Assalammualaikum

walaupun aku bukan penyokong tegar kerajaan sekarang... tapi aku nampak jugak perbezaan kakitangan awam dulu-dulu dan sekarang...

dulu-dulu
gaji kakitangan awam ni kecik je... sampaikan atok aku cakap tak nak jadi cikgu sebab gaji kecik... je menoreh lagi banyak duit boleh dapat... 

ye..
dulu masa ayah aku mula-mula jadi cikgu berapa ratus je gaji dia... masa tu tahun1980-an... dan lama kelamaan baru kakitangan awam dapat tangga gaji menarik... sebab kerajaan nak tarik orang awam supaya berminat jadi penjawat awam...

kini...
semakin lama kerajaan cuba mengangkat martabat kakitangan awam... dari segi tangga gaji... elaun dan sebagainya... maka berebut-rebutlah mak bapak suruh anak-anak kerja jadi kakitangan awam... sebab dapat pencen la bagai... (kan mentaliti orang melayu seronok dapat duit tanpa buat apa-apa huhu)

tu pun ramai yang masih merungut....
alaaaa gomen dapat bonus setengah bulan gaji je.... swasta dapat bonus berbulan-bulan gaji... ada yang sehingga 12bulan gaji... omak kau... banyoknye...

bezanya kerja gomen ni... yang jadi driver kakitangan... boleh sesambil hantar bini pergi pasar naik kenderaan jabatan... boleh sembang-sembang dan borak-borak.... boleh dapat cuti lama...  masa isteri bersalin... yang wanita boleh cuti bersalin lama...

kakitangan swasta...
datang lambat pun ada yang menjeling
ada silap sikit je dah kena amaran... dah lah kena kerah betul-betul tenaganya...

so pada aku... kerja sebagai kakitangan awam atau swasta ada pro dan kontranya sendiri... apa yang penting... hati-hati supaya tiada unsur syubahah dalam duit gaji anda...

agar terpelihara sentiasa.... dan jangan mengular =)

dan selalu bersyukur kerana ada kerja tak kiralah dalam sektor awam atau swasta... berbanding mereka yang masih tercari-cari pekerjaan lagi... =)

chill dan jangan mengeluh...



16 October 2014

HIDUP BIAR BERADAB

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat sejahtera...

sangat selalu kita jumpa orang yang sibuk promosi itu ini... produk kesihatan lah.... insurans lah... MLM lah dan macam-macam lagi... dengan alasan... bila makan boleh sihat... yang susah boleh senang...

nak promosi pun biarlah beradab sikit....

Promosi Produk Kesihatan
jangan lah kau datang melawat orang tengah sakit kau sibuk dok promosi produk kesihatan kau tu lebih lama daripada kau tanya khabar orang sakit tu... nanti takut bertambah sakit pulak... ini yang aku katakan hidup biar beradab... jangan sampai orang menyampah... silap haribulan kawan pun lari...

Promosi Insurans
nak promosi boleh. tak salah pun. tapi janganlah sampai takut-takutkan orang... "nanti suami mati mana akak nak dapat duit? nak sara ana-anak" dan macam-macam ayat lagi digunakan supaya orang ala-ala terpaksa beli polisi kau... kalau dia memang mampu lain cerita... jangan sampai seolah-olah tak de jaminan rezeki daripada Allah... selagi hidup pasti ada rezeki cuma sikit atau banyak je... dan tak kira lah lakinya hidup atau mati... ahli keluarga yang lain Allah dah tetapkan rezeki mereka... tinggal yakin dan usaha je... buat penjual polisi insuran... nak cari rezeki biarlah beradab.

Promosi Produk Boleh Jadi Kaya
join dan bayar RM50 nanti duit masuk hari-hari... join RM100 hari-hari boleh dapat 2K, 3K... cerita kemain lagi memang havoc lah... siap bergambar dengan duit... jika betul-betul menjadi... apa kata kau dulukan duit kau untuk suruh orang susah join supaya boleh jadi kaya macam kau. ok tak?

jangan cakap sebab kau tak join bisnes aku la kau masih susah sampai sekarang... kan tak beradab tu... kau mana tahu? entah-entah dia memang sedang diuji? atau memang rezekinya tertahan dek sebab sesuatu perkara silam yang dia pernah buat... kau mana tau.... Allah lebih tau... dan tak payah lah kerek sangat dengan rezeki yang kau dapat... 

aku taip ni pun sebab selalu tengok orang ala-ala paksa dan jadi kurang beradab untuk suruh orang lain cuba produk mereka dan join perniagaan mereka...

beradab bukan setakat masuk meminang je nak ada adab. hari-hari pun mesti beradab =)

ok harap maaf jika ada yang tersinggung... wassalam

13 October 2014

KISAH LELAKI KECEWA

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat sejahtera....

sejak-sejak dunia maya ni semakin popular.... media sosial seperti Facebook, wechat, blog, dan lain-lain.... maka ramailah dan selalulah perempuan update status.... ala-ala tengah kecewa....

antara ayat yang biasa...

"cukuplah aku dah malas dengan ko!!!"

"aku dah penat macam ni!!!"

"sedih"

"semuanya kisah kita berakhir di sini..."

hinggakan ada yang berkongsi status nak urus urusan penceraian di wall Facebook!!! nak menagih simpati  ke ape ha???

shame on you

seolah-olah zaman sekarang sangat ramai perempuan yang selalu kecewa.... macam lah orang lelaki tak ada kisah mereka kecewa dengan perempuan... huhuhu

cuma mereka tak delah kemaruk nak share di wall facebook!!!

aku harap ramai lah yang sedar dan tak kongsikan hal peribadi di wall Facebook.... nanti seolah-olah inginkan publisiti murahan atau pun seperti mahu di'ngorat' kembali....

nanti esok-esok kecewa lagi dengan lelaki hidung belang.... awak jugak yang kemaruk share hal ehwal kat Facebook... maka ramai lah yang cari peluang...

hahaha... jangan ingat lelaki tak de yang kecewa.... mereka lebih suka diam daripada share di wall Facebook huhu =)

ok babai... see u next 




10 October 2014

7 PERKARA DIGEMARI MELAYU

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu

kali ni aku nak kongsikan berdasarkan pemerhatian aku mengenai melayu.... apa yang digemari orang melayu.... adalah...

1) Menonton Drama
menonton drama adaptasi novel. yang tak sudah-sudah berkisarkan perempuan malang berjaya kahwin dengan lelaki kaya atau kisah kahwin kontrak. benci gila-gila kemudian jatuh cinta.

2) Majlis Kahwin Besar-besaran
ini menjadi trend orang melayu. majlis bertunang besar-besaran. majlis kahwin nak buat besar-besaran. biar bergolok gadai. asal nampak gah. kalau nak bayar yuran sekolah anak kemain lagi liat. kalau nak bagi derma pun macam-macam excuse. itulah melayu.

3) Mentaliti Lapuk
anak-anak bercinta dengan si polan si polan bangga. sebab anak anda ramai yang suka. anak minta kahwin awal dikatanya gatal dan belum habis study lagi. dan dia belum merasa duit anak. hehe ini aku selalu jumpa.

4) Mudah Kena Tipu
suka nak jadi cepat kaya tanpa buat apa-apa boleh jadi kaya. dah banyak kali diingatkan. tapi masih ramai yang mudah tertipu dengan pelaburan duduk diam tanpa kerja apa-apa duit boleh berganda. belum lagi isu ditipu masa pilihanraya. haha.... mudah sangat percaya dengan janji manusia. janji Allah susah pulak nak percaya.

5) Kemaruk Teknologi
yelah aku faham korang baru kenal ape itu Facebook, ape itu twitter,apa itu whatsapp dan segala macam media sosial. tapi agak-agak la nak bersosial secara maya pun. jangan sampai orang cop kau tu jakun. sepanjang aku kenal internet sejak 1998. masa aku darjah 6. tak de pulak aku ni kemaruk sangat nak post atau publish sesuatu yang ala-ala dahagakan pujian atau dahagakan glamour hehe

6) Sukakan Hiburan
ni memang tak dapat disangkal lagi. kalau nak tengok orang melayu ramai. pergilah Jom Heboh. pergi lah siaran langsung raja lawak, maharaja lawak, siaran rakaman Hari Raya bersama Siti nurhaliza. dan kalau nak majlis ramai yang datang. panggil je artis.... nyanyi satu dua lagu.... confirm ramai datang. yang paling penting kalau dapat bergambar dengan artis suam-suam kuku pun dah suka hahaha. duduk dan ketawa terbahak-bahak. selain menyanyi bersama artis kegemaran.

7) Percaya Benda Karut
hahaha ni memang tak boleh blah... dalam pada maju denagn teknologi masih ada lagi yang percaya bila dengar bunyi gagak... tu tandanya ada orang nak meninggal.... kalau kawasan banyak gagak.... mesti hampir pupus orangnya ye.... sebab gagak kan suka sikit-sikit bunyi.... sikit-sikit bunyi.... suka percaya pada bomoh... percaya dengan istilah ketegur... dan lain-lain... pantang larang agama dah jatuh nombor dua. sebab lebih percaya pantang larang tradisi yang tiada bukti saintifik kebenarannya.. dan sangat suka hantu dan percaya pada hantu. termasuk filem-filem hantu. huhu

ni lah beberapa perkara yang digemari melayu.... biarpun bukan semua melayu suka.... tetapi inilah antaranya kebanyakkan melayu suka...

ok sekian =)






KELEBIHAN KAHWIN AWAL

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

isu kahwin awal... atau kahwin muda... sering menjadi bualan.... yup hakikatnya bayak kelebihan.... 

1) susah senang bersama
biasanya jika kahwin muda... dan sebaya.... ketika masih study atau baru mula membina kerjaya.... anda akan rasa.... susah senang bersama dan detik itu akan jadi manis bila anda dah mula meniti usia emas.... anda akan terkenang zaman mula-mula membina keluarga... sangat sweet =)

2) cepat dapat anak
jika Allah kurniakan anak awal... anda akan merasa anda masih muda untuk jadi nenek... hehe... anda masih muda anda dah ada anak bujang dan ada yang dah terima menantu... tak seronok ke?

3) kos belanja kahwin
jika kahwin awal kos belanja kahwin masih murah.... nak nak sebelum ada GST... haha so cepat-cepatlah kahwin...

4) menambahkan rezeki
janji Allah untuk yang berkahwin. rezeki akan bertambah. selagi kita ikut perintahNya dan tinggalkan laranganNya.... InSha Allah... jangan percaya cakap-cakap orang tunggu ada kereta... tunggu dah stabil tunggu itu tunggu ini.... sebab bukan orang tu yang kurniakan rezeki.... so jangan risau =)

5) pupuk rasa bertanggungjawab
semestinya suami akan bertanggungjawab pada keluarga.... cari nafkah dan berusaha untuk perbaiki kehidupan.... so... semua ni akan jadikan hidup seseorang tu bermatlamat dan sentiasa memberikan komitmen agar keluarga sejahtera.... seronok kan?

ok lah sebenarnay banyak lagi keistimewaan kahwin awal... aku kahwin tak de lah awal sangat tapi awal lah jugak.... masa umur 24tahun... aku dan suami sebaya.... =)

ok wassalam =)

ni barang masa aku bertunang simple je kan?
hmm

EH! KAU SALAH RESEPI

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat sejahtera...

sekarang sangat biasa orang-orang share resepi di Facebook... macam-macam resepi ada... kan? ayam masak merah, ikan siakap 3 rasa, puding roti dan lain-lain...

dan sangat selalu juga orang-orang singgah komen... eh.... tak de itu tak de ini... eh ni bahan-bahannya tak cukup.... eh tertinggal halia... macam-macam komen ada.... yang paling aku menyampah ada yang komen eh... awak salah resepi.... eh awak tertinggal itu.... ini...

pada aku nak memasak ni jangan skema sangat.... jangan terlalu ikut resepi... terutamanya dalam memasak lauk-pauk... masak je la guna apa yang ada... tak perlulah tiru bulat-bulat resepi... dan pada aku jika tak letak satu dua bahan tu semua tak jadi masalah dan tak jadi isu besar pun dalam memasak...

yang jadi masalah dan akan rasa memasak tu susah... jika ko rasa seolah-olah wajib untuk lengkapkan setiap bahan-bahan dalam resepi... sebab itu akan jadi masalah besar hahaha

mana tau bahan tu tak de ke... tempat kau susah nak jumpa ke... kan payah.... so memasak ni tak de istilah salah resepi kalau tak masuk sau dua jenis bahan... mungkin masa tu kat rumah dia tak bahan tersebut sebab tu dia tak letak...

dan pada aku... orang yang ada ilmu memasak ni dia kan gunakan apa yang ada di dapur dan diolah menjadi satu menu yang enak.... haaaaa itu baru betul tahu memasak...

kan?

so stop complain.... eh! resepi kau ni salah...

ok see you next bebeh...

wassalam...


30 September 2014

NAIK MOTOR PELUK ERAT-ERAT

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu... dan bahagia di samping keluarga tersayang...

masa aku sekolah dulu... ada la sepasang suami isteri... ustaz dan ustazah aku... naik motor pegi sekolah... motor jenis biasa-biasa saja... bukan la kawasaki ninja... Ducati atau yang sewaktu dengannya...

tapi si isteri memang peluk erat gila-gila si suami... haha sampai kan kami ni suka gelak-gelak bila tengok depa berpeluk sakan atas motor huhu (jahat tak)...

now...

bila aku dah kawin... haha... aku rasa bagi mereka-mereka yang selalu sibuk dengan urusan masing-masing... sekali sekala dapat membonceng husband... tu lah masanya nak peluk erat-erat... biarpun naik Honda C70 je... he3...

maksud aku...
secara automatiknya akan terasa kemesraan dan kasih sayang tu meresap ke dalam sanubari... cewahhhhhhhhhhh... aku rasa macam tu la feeeling ustazah aku tu dulu... keh3

walaupun baru lepas bergaduh ke ape... sebagai penumpang belakang kita kena lah peluk erat-erat supaya tak tergolek... itu peranan peluk erat-erat semasa naik motor... selain tu secara halusnya ia dapat memberi nostalgia romantik... dan juga salah satu cara mengeratkan kasih sayang suami isteri...

semakin lama semakin gua faham feel jadi bini-bini ni haha

hihi tu pandangan aku je laaaaaaaaaa =)

ok babai see u next =)


11 July 2014

PANDUAN TAMBAHAN MENCARI JODOH

Assalammualaikum....

seperti biasa... semoga semuanya sihat... dan bahagia selalu...

dalam Islam... panduan mencari jodoh tu ade...

1. kecantikan
2. keturunan
3. harta
4. agama

maka pilihlah yang beragama dan mengamalkan agama... =)

selain itu... ni aku nak share panduan tambahan... untuk memilih pasangan.... bagi lelaki dan wanita...

kekasih anda ada bagi duit kat mak bapak dia bulan-bulan tak?
jika tak de lupakan je la kekasih tu.... sebab kat mak bapak pun dia tak kisah... (sedekah terbaik adalah pada ahli keluarga sendiri)

si dia bayar zakat tak?
cuba tanya berapa nilai zakat fitrah tahun ni... jika gagap je menjawab... sila abaikan beliau... hi3

si dia nak hantaran berapa?
u........... ai ade master... u... kena sediakan 20k untuk hantaran tu dah termasuk majlis resepsi dan lain-lain kos... walhal si dia tahu anda baru je habis belajar.... ok... boleh say gud bye....

si dia sanggup tak makan kat warung tepi jalan?
kalau tak sanggup makan tepi jalan tapi sanggup masak hari2 untuk u... ok... tapi kalau tak sanggup makan tepi jalan sebab jaga standard... sila lupakan beliau...

si dia jenis berhutang keliling pinggang atau pandai urus wang?
beli telefon pintar siap nak berhutang... beli cadar kat umah pun nak hutang... pendek kata beli benda kecik2 pun nak hutang... aku rasa elakkan la orang spesies cam ni...  

jika pasangan anda jenis yang suka membantu insan lain... tiada alasan... "i tak de duit la sekarang ni macam mana nak bagi..."

sikit atau banyak bukan alasan... ade sedikit beri sedikit... ada banyak beri banyak...

sekian semoga bermanfaat =)

BERDUIT TAPI TIDAK BERHARTA

Assalammualaikum...

semoga hari ini lebih baik daripada semalam....

ada orang yang berduit tetapi tidak berharta.... syok sangat kumpul duit... dan syok sangat tengok duit banyak kosong-kosong dalam akaun bank....

duit pada hakikatnya bila-bila masa je boleh susut nilai.... nak-nak jika tiba2 terjadinya peperangan... jika tak de perang pun duit memang akan tetap susut nilai...

dulu... ade duit 10sen pada tahun 1992/1993 (masa tu aku darjah 1) dah boleh beli sebiji donat.... sekarang nak dapatkan sebiji donat kena ade 40sen... nampak tak nilai duit semakin susut... kita perlukan duit yang banyak untuk dapatkan barang yang sama pada tahun 90-an 

harta???

beli tanah yang ade nilai komersial... biasa nilainya tak susut....
beli rumah di tempat strategik... biasanya saban tahun harga meningkat...
beli emas juga begitu... jika ada susut nilai pun... tak de la banyak sangat... dan biasanya akan naik semula nilainya... dan.... jika berlaku sebarang peperangan emas la sebenarnya yang sangat berguna kerana ketika itu mata wang sesebuah negara akan susut dan jadi tak bernilai... (semak kisah2 sejarah melayu melaka)

jika berduit... buatlah pelaburan yang bijak.... bukan la bijak jika sekadar seronok melihat banyak kosong-kosong dalam akaun bank....

jangan lupa bersedekah... bersedekah at least dapat gak pahala untuk akhirat... berbanding menyuburkan rasa lokek dan kedekut dengan menyimpan duit yang banyak kosong-kosong tanpa membuat pelaburan atau bersedekah =)

this is my 10 cent opinion... gud luck everybody!!!!

sekian...

baca juga artikel -->> RAMALAN HARGA EMAS




04 December 2013

BERKAHWIN... BUKAN SEKADAR PELUK DAN CIUM...

Assalammualaikum

Pertama
Terlalu banyak membaca novel cinta versi bahasa melayu... pada aku lebih banyak buruk daripada baiknya... begitu juga dengan menonton drama melayu adaptasi daripada novel...

Nyata penontonnya adalah di kalangan wanita...

Hasil daripada menonton biasanya akan rasa, geram, sedih, suka dan sebagainya... dan kadangkala ada yang memasang angan2 untuk menjadi sebagai mana watak di dalam novel.... eksiden dan bertemu lelaki kaya... lalu berkahwin... dan dibenci mertua.... kemudian... jadi mangsa itu dan ini... then... akhirnya bahagia hidup sebagai isteri orang kaya yang kacak bergaya...

Nanti ada jugak yang akan menggambarkan yang indah2 belaka... jadi begitu dan begini bersama menempuh ranjau asmara...

Hakikatnya berkahwin bukan setakat menempuh ranjau asmara... berpeluk dan bercium... tak habis2

Haha nonsense

Hakikatnya
Satu ikatan perkahwinan itu... menjadikan seseorang lebih fokus dan bermatlamat... si suami fokus untuk mencari nafkah... buat isteri dan anak2... berazam memiliki aset untuk kemudahan keluarga... dan bukan seperti dalam novel lepas kena langgar dengan orang kaya boleh kawin dengan orang kaya dan hidup senang...

Isteri pula mengasuh anak2 di rumah... menjaga makan pakai... melayan suami... menjaga harta suami... eh macam2 lah peranan suami isteri...

Berdasarkan pengalaman aku... masa belum ada anak memanglah selalu bergolek2 tengok cite korea dengan laki... memang sangat banyak masa terluang untuk jalan2 pegi pantai... jalan2 pegi makan2... slot mengada2 dengan laki...

But..
Apabila family makin besar... means dah ada anak2... tu semua bukanlah keutamaan... ye tak?

Takkan lah si mak sibuk memerhatikan si bapak makan... kononnya masih romantik lagilah... tapi anak dibiarkan menangis kelaparan... dan ketika inilah kita diuji untuk saling bertolak ansur antara pasangan dan berlebih kurang...

Bukan bererti tiada lagi romantik antara pasangan... tapi perkara romantik tersebut... kena la tunggu anak2 dah tidur... ataupun saat anak2 leka bermain... ha3

Dan...
Perkahwinan bukan bila dapat duit... lompat2 enjoy buat beli baju ropol2, tudung tingkat2, hp paling hebat...

Berfikir untuk future investment juga perlu...

Seperti ayat yang kita biasa dengar perkahwinan adalah membina sebuah institusi keluarga... institusi itu suatu yang besar dan berat tanggungjwb nya...

So... menempuh alam perkahwinan itu suatu amanah yang besar...jadi.. buat gadis2 dan teruna2 yang belum berkahwin... perlu tahu perkahwinan itu bukan setakat romen2 je... peluk dan cium sahaja... tetapi lebih dari itu...

Apa kata habit baca novel melayu jiwang ditukar pada habit baca novel inggeris...at least boleh gak improve vocab u olls... baru lah boleh jadi cerdik sikit dan tak kuat sangat berangan... hu3

Mujur my hubby n ai bukan addicted dengan drama melayu yang sangat stereotaip dan tidak membina minda... =P

Eh eh... janganlah pulak takut nak kawin... kawin tu SERONOK SANGAT... sebab ade orang peluk mase tido... ade anak2 yang manja... ade yang tolong masakkan.. ade yang tolong bebel bila buat salah... pendek kata asam, garam, gula, msg.. sume cukup... ha3

Wallah huallam...

15 November 2013

PM SETUJU BERI BR1M RM1200... SYUKUR YA ALLAH

Assalammualaikum

Masa PM umumkan jumlah BR1M akan dinaikan daripada rm500 hingga rm1200 dan dinaikkan secara berperingkat selama 5 tahun ni... ok... faham ayat berperingkat.... bukan lepas umum... tahun depan br1m dah jadi rm1200 ye...

Then...
dalam belanjawan PM ade katakan... setelah GST dilaksanakan... penerima br1m akan dapat rm300... okeh... dalam manifesto tak de pulak bagitau br1m akan dikurangkan... (aku tak kata PM mungkir janji...) tapi beliau cuba untuk tidak menepati janji... 

Tapi tak pe... sebab tu sume belum terjadi... dan keputusan br1m akan dikurangkan jadi rm300 tu mungkin boleh berubah...

Yang pastinya...
Setelah setahun GST dilaksanakan... kemungkinan br1m bernilai rm1200 hang pa dah boleh dapat... paling lewat pun sebelum pru14...

Kalau tak dapat jugak... barulah boleh membebel janji tak ditepati... 

Satu je aku nak pesan buat penerima br1m... di kalangan penyokong BN... br1m tu cuma duit kitar semula je... setelah duit korang semua dicekik daripada pelbagai sudut... dan pada pendapat aku tak perlu la menerima br1m sambil memberi kata-kata pujian yang melambung-lambung...

Dan share ayat kat fb... "bersyukur sangat dapat br1m... daripada takde" seolah-olah duit itu PM yang punya...

Kerana PM ternyata bijak recycle duit rakyat... hinggakan kelihatan seperti superhero dalam menyelamatkan ekonomi rakyat marhaen... di mata penyokong tegar BN...

Ape pun renung-renungkan dan selamat beramal...





CARA MAKAN BUAH DELIMA YANG BETUL... BUKAN JUS DELIMA OK..

Assalammualaikum

Juz want to share...
Aku pernah terbaca dan dengar satu ceramah... tapi tak ingat kat mana...
Dalam sebiji buah delima hanya ada satu ulas sahaja yang akan jadi penawar kepada penyakit...

So...
Sepanjang pengalaman aku makan buah delima... aku akan hadap sorang je untuk sebiji... anak aku pun hadap sorang je sebiji...

Untuk ibu mengandung juga sangat bagus... untuk melahirkan anak yang berseri-seri... nak dijadikan cerita.... masa mengandung anak pertama memang aku tak de pulak terjumpa orang jual buah delima... tapi masa mengandung anak kedua... selalu pulak jumpa orang jual buah delima...

Jadi... rajin lah aku membeli dan makan... anak sulong aku pun tumpang sama... tapi mesti sorang kena habiskan sebiji... aku sanggup tunggu nak suapkan dia bagi habis sampai sebiji...

Sebab tu aku agak kurang minat nak minum jus delima... sebab aku tak sure betol ke dah sebiji buah delima aku makan... dan pada pendapat aku... melihatkan rupa buah delima yang agak kurang berair... macam mana depa nak hasilkan jus... sampai sebotol... untuk dapatkan pure delima... tentulah berbiji biji kena guna... ye tak?

Kalau dah berbiji biji buah delima untuk hasilkan sebotol jus... mestilah mahal kan? Sebab aku beli pon 3 biji rm10... kadang tu... sebiji rm5...

Pastu aku jadi pelik... jus delima tu boleh jual dengan harga rm20, rm30 cam tu... haishhhh... baik makan yang original...

Sama jugak dengan jus kurma la... tah macam-macam jus yang dikatakan boleh menghasilkan manusia bijak dan pandai... pada pendapat aku... nak makan makan sunnah tak salah pun... tapi makan lah yang original... makanlah 3 biji kurma, 7 biji kismis, dan pape makanan sunnah yang korang suka...

Kalau... minum jus... tah berapa biji kurma lah dia taruk dalam sebotol jus tu... tah berapa biji kismis la yang dikisar jadikan jus dalam botol tu...

Huhuhu tah tah tah banyak air je....

Ni bukan entri menghasut ye....

Renung-renungkan...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...