GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

13 November 2014

KAJIAN: MENGAPA WANITA MUDAH MEMAAFKAN



satu kajian mengenai sifat wanita...

Menurut rencana yang mengulas laporan Journal of Sexual Medicine itu, kajian Universiti Florence, Itali mendapati kecurangan lelaki yang sudah berkahwin boleh meningkatkan risiko serangan jantung. Suami orang yang ada kekasih gelap memang selalu tertekan. Mana tidaknya, dengan telefon tidak berenggang siang malam. Tercicir telefon di mana-mana, seperti hilang duit berjuta. Bukan nilai atau harga telefon itu yang jadi punca. Yang dibimbangkan kalau-kalau ada panggilan, atau SMS yang masuk ketika telefon bukan di tangan. Bayangkan kalau siang malam, 24 jam hati tidak tenang, yang sihat pun boleh pitam

“Siapa saja yang mempunyai dua orang isteri, kemudian dia lebih cenderung kepada salah satunya, maka orang itu pada hari kiamat akan dipapah oleh seseorang kerana jatuh atau bertatih-tatih” (HR al-Tirmidzi)

ISU menipu di kalangan suami bukanlah suatu yang baru dalam kehidupan berumah tangga. Selalunya, isteri tidak sedar yang diri mereka ditipu ‘hidup-hidup’ oleh suami. Ini kerana si suami bijak bermain dengan kata-kata dan mencipta pelbagai alasan untuk meraih simpati. Tambahan pula, suami bijak berlakon untuk mengaburi mata isteri. (mind frame)

Percaya atau tidak, sikap suami yang gemar berbohong kepada isteri bakal mengundang musibah kepada institusi perkahwinan. Masakan tidak, jika sekali mereka berbohong, mungkin perbuatan itu akan berulang dan mengundang keseronokan dalam jangka masa panjang.

Pensyarah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Roslan Mohamed, berkata menipu dalam Islam adalah sifat keji dan tanda bagi orang Munafik.

“Memetik hadis riwayat Bukhari dan Muslim, ada tiga tanda bagi orang Munafik, iaitu apabila berjanji dia akan mengingkari; jika bercakap, pasti dia berdusta, dan bila diberi amanah pula, akan diabaikan. Oleh itu, dapat kita lihat perbuatan menipu itu buruk kepada sesiapa saja dan tiada yang terkecuali walaupun ia dilakukan oleh suami,” katanya.

Roslan berkata, masalah menipu adalah masalah psikologi dalaman yang dialami individu lantaran mereka dididik dengan moral yang begitu. Dalam hubungan ini, suami mungkin diajar menipu sejak kecil lagi oleh kedua ibu bapanya.

Adakah anda bersedia menerima perkhabaran kecurangan suami anda?

Tentu pelbagai taksiran menerjah di kotak fikiran. Ya, mungkin kebanyakan wanita yang mengalami permasalahan sebegitu akan berasa diri teraniaya diperlakukan sedemikian rupa.

Kecurangan suami sentiasa berlegar malah mengisi setiap minit kecurangan suami bermain di benak fikiran.

Perunding Klinikal Psikologi Perkahwinan dan Terapi Seksologi Keluarga, Datuk Dr Mat Saat Baki, berkata kecurangan mempunyai definisi yang cukup besar khususnya dalam hubungan suami isteri.

“Banyak faktor yang tidak diketahui mengapa lelaki curang. Kita mesti mengkaji mengapa suami bertindak sedemikian (curang). Malah, mungkin juga bagi lelaki dia tidak melihat perbuatannya itu sebagai suatu kecurangan sedangkan wanita pula sangat menitikberatkan soal kepercayaan.

Mungkin lelaki bernama suami mempunyai alasan tersendiri kerana menduakan wanita. Faktor keseronokan dan sifat tidak cukup hanya satu membuatkan sesetengah lelaki mula mencari wanita lain.

Faktor sentiasa tidak berpuas hati membuatkan sesetengah lelaki bertindak mudah dengan mencari teman wanita. Malah, ada antara mereka tidak langsung memikirkan risiko perbuatan curang itu semata-mata atas tiket keseronokan.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan suami berlaku curang mungkin sebagai alasan untuk berpisah dengan pasangannya atau sekadar inginkan keseronokan.

Ini tidak adil kepada si isteri dalam perkahwinan tersebut apabila wanita lain dalam diam sedang ‘mencuri’ suaminya. Isteri berkenaan merupakan mangsa tidak bersalah dalam seluruh perhubungan terlarang yang dilakukan oleh suaminya. Isteri itu juga tidak layak melalui bebanan kepedihan emosi yang melampau menerusi penipuan suami dan kekasih barunya itu.

Kebanyakan wanita yang melakukan perbuatan curang dengan lelaki yang telah berkahwin juga hanya melakukannya demi kuasa. Malangnya, sebahagian lelaki langsung tidak berasa bersalah dan sanggup membela kekasihnya dan bukan isterinya. ini kerana nafsu lelaki tidak boleh dikawal oleh akalnya, dia mesti mendapatkan demi kepuasan nafsunya.

Mengulas isu orang ketiga ini, pakar motivasi terkenal, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata, individu tersebut melakukan dosa, malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang juga haram hukumnya.

Ini termasuk mengirim khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) atau mengadakan pertemuan dengan seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga.“Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan sebab Allah sudah mengatakan jangan hampiri zina. “Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Katanya, kepercayaan isteri terhadap suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dikhianati apabila suami menggunakan kesempatan berada jauh daripada isteri untuk bersama wanita lain.

“Suami yang berlaku curang sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya.

“Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan dilakukan suami yang termasuk dalam pengabaian nafkah batin,” katanya.

Katanya, isteri yang tidak mampu menangani masalah seumpama itu diharuskan untuk menuntut cerai daripada suami sama ada melalui cerai taklik, fasakh atau khuluk.

“Sebenarnya, lagi terkenal seseorang individu itu, lagi besar ujian yang dihadapinya dan ianya perlu dilalui dengan penuh kesabaran.

“Jika orang ketiga itu sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan, dia perlu memahami hati isteri pertama yang rela berkorban untuk menerima kehadirannya kerana ia bukan satu keputusan yang mudah,” katanya.

Tambah beliau, isu main kayu tiga atau curang semakin mudah berlaku apabila pasangan mengambil kesempatan atas kemudahan teknologi telekomunikasi seperti sistem pesanan ringkas (SMS), mesej bergambar (MMS) dan laman jaringan sosial seperti Facebook, Myspace, instagram, chatting, Friendster dan sebarang bentuk komunikasi untuk menambah kenalan.

“Mereka mungkin teman profesional yang akhirnya menjadi teman sosial, rakan sekerja atau orang yang baru dikenali tetapi mempunyai keserasian semasa bersama.“Apabila wujud keadaan seseorang tertarik atau ditarik seseorang, konflik mula timbul perempuan bertunang pun boleh putus kerana kehadiran lelaki yang beristeri ini kerana perempuan mudah terpedaya kepada rayuan lelaki yang mempunyai pengalaman.

Apabila pasangan melakukan kecurangan dalam suatu hubungan, ia seolah-olah menaruh tuba dalam minuman apatah lagi selepas segala kepercayaan dan harapan tinggi diletakkan kepadanya. Jika ini yang terjadi adakah seseorang itu boleh memaafkan pasangannya?

Ketua Unit, Guaman Syarie Universiti Teknologi Mara (Uitm), Prof Madya Noor Awang Hamat, berkata berdasarkan pengalaman sebagai peguam syarie tidak dinafikan dalam kebanyakan kes dirujuk, lelaki didapati lebih ramai yang curang dalam sesuatu hubungan itu berbanding wanita.

Beliau berkata, begitu juga dalam memaafkan pasangan didapati wanita lebih bersifat pemaaf dan boleh menerima kesilapan yang dilakukan serta diakui pasangannya.

“Wanita atau isteri ada sikap dan naluri untuk bergantung serta inginkan perlindungan daripada lelaki ataupun suami, maka sebab itulah dia mudah memaafkan pasangannya. Walaupun wanita itu ada kerjaya sendiri dan dilihat boleh berdikari, sikap ingin bergantung dan dilindungi pasangan tetap ada dan sebab itulah ada yang boleh memaafkan pasangannya. Malah, selagi tinggi status dan kukuh kedudukan wanita itu, selagi itulah dia bergantung kepada pasangannya.

“Ingin bergantung atau dilindungi pasangan itu bukanlah dari segi wang ringgit dan kasih sayang semata-mata, tetapi lebih kepada faktor luaran, termasuk tanggapan serta pandangan masyarakat dan ingin menjaga maruah. Wanita itu takut akan gelaran ‘janda’ kerana status berkenaan sehingga kini masih dipandang negatif dalam masyarakat,” katanya.

Noor Awang berkata, disebabkan faktor itulah dalam sesetengah kes walaupun suami terus berlaku curang dan mendera emosi mahupun fizikal, isteri masih boleh bersabar dan cuba mempertahankan perkahwinan itu. Bagi wanita berkenaan, sekurang-kurangnya dirinya masih bersuami dan tidaklah masyarakat memberikan persepsi negatif terhadapnya.

Bagaimanapun, beliau berkata ada juga wanita berani menerima kenyataan hidup dan boleh menempuh hidup bersendirian, tetapi ada aspek lain yang diberikan pertimbangan termasuk soal harta dan anak hasil perkahwinan dibina.

Katanya, kejadian dan ciri wanita yang dijadikan Allah berbeza dengan lelaki turut menjadi faktor mengapa wanita mudah memaafkan seseorang itu. Walaupun wanita berjiwa sensitif berbanding lelaki, mereka mempunyai sikap yang tabah dan kesabaran tinggi serta jarang membuat keputusan melulu ketika membuat pertimbangan sesuatu perkara.

“Melalui pengalaman sebagai peguam syarie dan banyak membantu pasangan yang menghadapi krisis rumah tangga, saya lihat sifat peribadi dan ciri kewanitaan banyak mendominasi diri isteri dan ini dapat membantu menyelamatkan keruntuhan rumah tangga apabila berlaku kecurangan yang dilakukan suami,” katanya.

Beliau berkata, dalam kebanyakan kes yang membabitkan kecurangan isteri, boleh dikatakan hanya 25 hingga 30 peratus lelaki saja boleh memaafkan dan menerima pasangannya semula.

Sikap ego yang begitu menebal dalam diri hampir semua lelaki menyebabkannya sukar untuk memaafkan pasangan. Lebih-lebih lagi, sifat pemaaf memang sukar diamal dan selagi seseorang itu berpendapat bahawa setiap kejahatan serta keburukan seharusnya dibalas secara setimpal.

Malah, katanya, kerana ego yang tinggi ada suami yang berlaku curang dan tahu kesilapan diri sendiri masih ingin meletakkan kesalahannya kepada isteri. Lelaki berkenaan sanggup menyatakan, isteri menjadi punca semua itu berlaku kerana tidak mampu memberi kebahagiaan kepadanya lantaran itulah beliau terpaksa beralih mencari wanita lain.

wallahualam...

kajian ini hanya dilakukan oleh manusia... dan tidaklah tepat 100%... kerana Allah lah Yang Maha Mengetahui mengapa sesuatu perkara itu terjad

04 December 2013

BERKAHWIN... BUKAN SEKADAR PELUK DAN CIUM...

Assalammualaikum

Pertama
Terlalu banyak membaca novel cinta versi bahasa melayu... pada aku lebih banyak buruk daripada baiknya... begitu juga dengan menonton drama melayu adaptasi daripada novel...

Nyata penontonnya adalah di kalangan wanita...

Hasil daripada menonton biasanya akan rasa, geram, sedih, suka dan sebagainya... dan kadangkala ada yang memasang angan2 untuk menjadi sebagai mana watak di dalam novel.... eksiden dan bertemu lelaki kaya... lalu berkahwin... dan dibenci mertua.... kemudian... jadi mangsa itu dan ini... then... akhirnya bahagia hidup sebagai isteri orang kaya yang kacak bergaya...

Nanti ada jugak yang akan menggambarkan yang indah2 belaka... jadi begitu dan begini bersama menempuh ranjau asmara...

Hakikatnya berkahwin bukan setakat menempuh ranjau asmara... berpeluk dan bercium... tak habis2

Haha nonsense

Hakikatnya
Satu ikatan perkahwinan itu... menjadikan seseorang lebih fokus dan bermatlamat... si suami fokus untuk mencari nafkah... buat isteri dan anak2... berazam memiliki aset untuk kemudahan keluarga... dan bukan seperti dalam novel lepas kena langgar dengan orang kaya boleh kawin dengan orang kaya dan hidup senang...

Isteri pula mengasuh anak2 di rumah... menjaga makan pakai... melayan suami... menjaga harta suami... eh macam2 lah peranan suami isteri...

Berdasarkan pengalaman aku... masa belum ada anak memanglah selalu bergolek2 tengok cite korea dengan laki... memang sangat banyak masa terluang untuk jalan2 pegi pantai... jalan2 pegi makan2... slot mengada2 dengan laki...

But..
Apabila family makin besar... means dah ada anak2... tu semua bukanlah keutamaan... ye tak?

Takkan lah si mak sibuk memerhatikan si bapak makan... kononnya masih romantik lagilah... tapi anak dibiarkan menangis kelaparan... dan ketika inilah kita diuji untuk saling bertolak ansur antara pasangan dan berlebih kurang...

Bukan bererti tiada lagi romantik antara pasangan... tapi perkara romantik tersebut... kena la tunggu anak2 dah tidur... ataupun saat anak2 leka bermain... ha3

Dan...
Perkahwinan bukan bila dapat duit... lompat2 enjoy buat beli baju ropol2, tudung tingkat2, hp paling hebat...

Berfikir untuk future investment juga perlu...

Seperti ayat yang kita biasa dengar perkahwinan adalah membina sebuah institusi keluarga... institusi itu suatu yang besar dan berat tanggungjwb nya...

So... menempuh alam perkahwinan itu suatu amanah yang besar...jadi.. buat gadis2 dan teruna2 yang belum berkahwin... perlu tahu perkahwinan itu bukan setakat romen2 je... peluk dan cium sahaja... tetapi lebih dari itu...

Apa kata habit baca novel melayu jiwang ditukar pada habit baca novel inggeris...at least boleh gak improve vocab u olls... baru lah boleh jadi cerdik sikit dan tak kuat sangat berangan... hu3

Mujur my hubby n ai bukan addicted dengan drama melayu yang sangat stereotaip dan tidak membina minda... =P

Eh eh... janganlah pulak takut nak kawin... kawin tu SERONOK SANGAT... sebab ade orang peluk mase tido... ade anak2 yang manja... ade yang tolong masakkan.. ade yang tolong bebel bila buat salah... pendek kata asam, garam, gula, msg.. sume cukup... ha3

Wallah huallam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...