GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label rumah tangga. Show all posts
Showing posts with label rumah tangga. Show all posts

18 March 2014

PEROSAK RUMAH TANGGA... JANGAN CONFIDENT SANGAT

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu

Rumah tangga antara suami dan isteri...
Suami ade perempuan lain... masa kini itu perkara biasa... begitu juga dengan isteri yang ade pasang lelaki lain... sering juga terjadi....

Istilah orang ketiga sering kita gunakan untuk si fulan itu... =)

Khas untuk si fulan itu...
Kadang kala sikap endah tak endah si lelaki atau wanita yang mengganggu rumah tangga orang lain... hingga memporak perandakan rumah tangga mereka... hingga ada yang bercerai berai... atau si fulan itu yang beria-ia meminta si isteri meminta cerai... atau menyuruh si suami menceraikan isterinya... anda kena ingat belum tentu lagi jodoh anda dengan si dia itu... jika mereka bercerai...

Jika Allah nak tunjuk kuasaNya... lepas bercerai terus tak kawin-kawin lagi.... yang menghasut untuk bercerai pun mengucing je.... muka yang dah malu... pun tak tahu nak sorok di mana...

So, apabila dah bernikah jaga dan peliharalah rumah tangga... jika betul2 mampu barulah boleh nak tambah isteri... supaya tak menyesal di kemudian hari...

Fenomena lelaki dan perempuan curang memang biasa akhir zaman ni... buat mereka yang teraniaya yakinlah balasan Allah itu pasti buat si pendosa... never give up and chill =)

20 December 2013

TIPS ERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Assalammualaikum

Berdasarkan pengalaman... kami suami isteri.... cewahhh

1. Bergurau senda itu mesti
2. Suami kena pastikan isteri selalu senyum
3. Isteri kurangkan 'say no' pada suami
4. Suami rajin2 lah baring di riba isteri fav my hubby ho3
5. Suami biasakan peluk isteri masa tido.. kompem isteri nyenyak haha
6. Suami rajin tolong isteri masak
7. Bergilir-gilir memasak apa salahnya
8. Suami isteri kena gilir2 urut.... kan penat dah seharian dengan aktiviti
9. Dua2 kena gilir2 ada sifat keanak-anakan...
10. Sekali sekala brainstorming best jugak

Banyak lagi lah... cara untuk eratkan kasih sayang suami isteri... lagi lama kawin sepatutnya lagi bertambah erat... hu3

Untuk aku dan mr.e... perkahwinan yang dah menjangkau usia 3 tahun ni... sangat2 best... dan happy... disamping sepasang cahaya mata... dan sangat seronok tengok keletah diaorang ni... 

Selain aku yang sangat beruntung miliki hubby... yang sangat menjaga isteri dan anak2...

One of my friend said... untung aiman ada isteri macam ko... fulltime housewife dan tau bisnes online plak... ha3

Nak tergolek aku  dengar... 


04 December 2013

BERKAHWIN... BUKAN SEKADAR PELUK DAN CIUM...

Assalammualaikum

Pertama
Terlalu banyak membaca novel cinta versi bahasa melayu... pada aku lebih banyak buruk daripada baiknya... begitu juga dengan menonton drama melayu adaptasi daripada novel...

Nyata penontonnya adalah di kalangan wanita...

Hasil daripada menonton biasanya akan rasa, geram, sedih, suka dan sebagainya... dan kadangkala ada yang memasang angan2 untuk menjadi sebagai mana watak di dalam novel.... eksiden dan bertemu lelaki kaya... lalu berkahwin... dan dibenci mertua.... kemudian... jadi mangsa itu dan ini... then... akhirnya bahagia hidup sebagai isteri orang kaya yang kacak bergaya...

Nanti ada jugak yang akan menggambarkan yang indah2 belaka... jadi begitu dan begini bersama menempuh ranjau asmara...

Hakikatnya berkahwin bukan setakat menempuh ranjau asmara... berpeluk dan bercium... tak habis2

Haha nonsense

Hakikatnya
Satu ikatan perkahwinan itu... menjadikan seseorang lebih fokus dan bermatlamat... si suami fokus untuk mencari nafkah... buat isteri dan anak2... berazam memiliki aset untuk kemudahan keluarga... dan bukan seperti dalam novel lepas kena langgar dengan orang kaya boleh kawin dengan orang kaya dan hidup senang...

Isteri pula mengasuh anak2 di rumah... menjaga makan pakai... melayan suami... menjaga harta suami... eh macam2 lah peranan suami isteri...

Berdasarkan pengalaman aku... masa belum ada anak memanglah selalu bergolek2 tengok cite korea dengan laki... memang sangat banyak masa terluang untuk jalan2 pegi pantai... jalan2 pegi makan2... slot mengada2 dengan laki...

But..
Apabila family makin besar... means dah ada anak2... tu semua bukanlah keutamaan... ye tak?

Takkan lah si mak sibuk memerhatikan si bapak makan... kononnya masih romantik lagilah... tapi anak dibiarkan menangis kelaparan... dan ketika inilah kita diuji untuk saling bertolak ansur antara pasangan dan berlebih kurang...

Bukan bererti tiada lagi romantik antara pasangan... tapi perkara romantik tersebut... kena la tunggu anak2 dah tidur... ataupun saat anak2 leka bermain... ha3

Dan...
Perkahwinan bukan bila dapat duit... lompat2 enjoy buat beli baju ropol2, tudung tingkat2, hp paling hebat...

Berfikir untuk future investment juga perlu...

Seperti ayat yang kita biasa dengar perkahwinan adalah membina sebuah institusi keluarga... institusi itu suatu yang besar dan berat tanggungjwb nya...

So... menempuh alam perkahwinan itu suatu amanah yang besar...jadi.. buat gadis2 dan teruna2 yang belum berkahwin... perlu tahu perkahwinan itu bukan setakat romen2 je... peluk dan cium sahaja... tetapi lebih dari itu...

Apa kata habit baca novel melayu jiwang ditukar pada habit baca novel inggeris...at least boleh gak improve vocab u olls... baru lah boleh jadi cerdik sikit dan tak kuat sangat berangan... hu3

Mujur my hubby n ai bukan addicted dengan drama melayu yang sangat stereotaip dan tidak membina minda... =P

Eh eh... janganlah pulak takut nak kawin... kawin tu SERONOK SANGAT... sebab ade orang peluk mase tido... ade anak2 yang manja... ade yang tolong masakkan.. ade yang tolong bebel bila buat salah... pendek kata asam, garam, gula, msg.. sume cukup... ha3

Wallah huallam...

13 November 2013

TIPS: MENGENAL YANG MANA SATU JODOH KITA

Assalammualaikum

Tips untuk mengenal jodoh.... 

Bila kita berjalan-jalan.... terjumpa insan yang berkenan di hati....
Tanyalah dia...

"Awak nak ke mana?"

Kalau dia jawab tak de ke mana pun....

Haaaa tu dia jodoh kita....

Sebab orang tua-tua kata... kalau dah jodoh takkan ke mana.... =D

Happy wednesday... jangan stress stress... just for fun...

11 November 2013

SURI RUMAH DILARANG SAKIT

Assalammualaikum

Tajuk macam keras je bunyinya....

Ya memang benar dalam Islam suami digalakkan membantu isteri.... dan Rasulallah juga sering membantu isteri di rumah....

Tetapi jika kita lihat pemikiran zamam tok nenek kita.... bagi masyarakat melayu khususnya.... isteri mesti bertungkus lumus di dapur.... tu tak masuk lagi buat macam-macam kerja lain.... seperti sidai kain, basuh kain, lipat kain, jaga anak, uruskan anak, kemas rumah.... ehh macam-macam lagi lah....

Suami rileks je.... dok gulung rokok daun.... then isap... pegi main dam aji kat kedai kopi... tidur.... dan sebagainya... bukan tak boleh buat tu semua... tetapi jengah lah isteri kat dapur sekali sekala.... itulah fenomena yang kita biasa nampak pada zaman tok nenek kita...

Kini.... 
Pemikiran sebegitu dah semakin berkurang dan sudah ramai suami yang tidak segan membantu isteri di dapur... membantu isteri mengemas.... dan pelbagai lagi kerja rumah....

Cuba anda bayangkan.... jika suami tidak membantu isteri...
Isteri demam cuma sehari... apa akan jadi? Ya... baju tak berbasuh... pinggan kotor berlonggok dalam singki.... anak kelaparan...  nak harapkan minum susu je... rumah berselerak... after recovered from fever... oh god!! Boleh demam balik bila tengok rumah yang tak berapa nak 'kemas'

Tu kisah jika semua urusan di rumah seperti 'wajib' dilakukan oleh isteri....

Slogan 'Suri rumah dilarang sakit'  huhu mati tak pe.... sebab laki boleh kawin lagi....

Dengan adanya ceramah agama... dan penyampaian ilmu agama yang semakin meluas... suami masa kini sudah tak segan dan semakin rajin membantu isteri di rumah... wahhh syukur alhamdulillah....

Mungkin hanya segelintir sahaja lagi yang bersikap bossy.... ketika berada di rumah....

Sekian... renung-renungkan....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...