GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

27 June 2018

SALAM AIDILFITRI DARIPADA KAMI

Assalammualaikum

lama sungguh tak bersiaran
untuk tahun 2018 ni merupakan entri pertama haha selepas setengah tahun berlalu...
gitu...

memandangkan sangat sibuk
anak-anak sekolah, periksa 
ada baby baru...

kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya kepada semua rakan dan taulan
semoga sentiasa dalam rahmat Allah...

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

budak2 hipster cakap SHRMZB

bye. jumpa di entri yang lain.







07 January 2016

5 TIPS MUDAH ATASI ANAK KETAGIHAN GADGET

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat...

Anak-anak hari ini seringkali dimanjakan dengan smart phone dan tablet... sejak dari bayi lagi mereka sudah didedahkan dengan smart phone dan tablet...

Keadaan semakin meruncing bila anak mula mengamuk... tatkala smart phone atau tablet diambil daripada mereka...

Jadi ibu bapa terpaksa mengikut kehendak anak... sepatutnya anak lah yang mendengar kata ibu bapa ini dah terbalik pula....

Yesss...
Dulu anak aku yang sulung pun pernah ketagih tablet dan smart phone... masa tu mama guna samsung tab, ayahnya guna iphone dan ayahnya ada belikan atoknya ipad... persekitaran yang dipenuhi manusia yang menggunakan gadget... he3

Walaupun anak aku bukan ketagihan teruk... tapi tetap juga menangis bila diambil tab dari tangannya dan sering meminta tab dari mama...

Seawal usia 1 tahun lebih dah tau buka youtube... bukan kerana tahu membaca... hanya dengan mengingati bentuk icon youtube... dan mengecam beberapa imej penting... kemudian sentuh dan buka... mudah kan?

Akhirnya kami memilih untuk menyekat penggunaan gadget pada anak-anak... kerana kesannya sangat buruk... antaranya kesan radiasi daripada gadjet tu sendiri, selain boleh merosakkan saraf di bahagian mata... anak tidak reti bergaul... dan pelbagai lagi masalah...

Dekat sini aku nak kongsikan bagaimana anda boleh hentikan ketagihan gadjet pada anak-anak dengan beberapa langkah mudah...

1. Letak password di setiap gadjet.
Pastikan setiap gadjet diletakkan password. Ubah kata laluan mengikut keadaan... sudah pasti anak-anak anda tak dapat mengakses gadjet anda...

2. Hati mesti kering
Hati kena tahan... mungkin pada permulaan anak anda akan tantrum... kerana tak dapat barang kesukaan mereka. Tak pe biarkan je...

3. Gantikan dengan educational toy
Pepandai la korang gantikan dengan educational toys untuk anak-anak korang... tak de la diaorang jadi bosan... ini salah satu cara untuk alihkan perhatian anak-anak

4. Tunjukkan contoh anda juga bukanlah ketagihan gadget
Depan anak-anak tak payahlah sibuk hadap wasap ke.... jika kita sudah tunjukan contoh yang elok... semestinya anak bakal mengikut...

5. Ajak mereka lakukan aktiviti yang lebih bermanfaat
Ajak anak-anak melakukan aktiviti yang bermanfaat seperti membaca, menulis, bersukan... bergurau senda... pasti mereka sedikit demi sedikit akan lupa pada gadjet...

pokok pangkalnya dalam mengatasi masalah ketagihan gadjet di kalangan anak-anak... ibu bapa perlulah lebih kreatif dan bijak menawan hati anak-anak supaya mereka sukakan pelbagai aktiviti selain hanya mengadap gadjet... 

sekian. bertemu lagi di lain entri...

Budak ni la dulu yang kemaruk gadjet. Tapi sekarang dah ok... sehari tak hadap hp pun tak pe je... hi3








25 May 2015

KAU NI ASYIK DAPAT ANAK PEREMPUAN JE!!!


Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

setiap manusia memiliki 46 kromosom... 

ini adalah kromosom

di mana kromosom bagi wanita adalah 44XX dan lelaki pula adalah 44XY... kemudian kromosom tu akan membahagi kepada 22X + 22X (bagi wanita) dan lelaki pula akan membahagia kepada 22X + 22Y (bagi lelaki)... bagi yang pernah belajar biologi... pasti faham... kalau tak pernah belajar... hadam pelan-pelan haaa... =)

kemudian apabila berlaku persenyawaan kromosom yang terbahagi daripada wanita dan lelaki akan bergabung... daripada itulah akan menentukan jantina bayi anda... sebagaimana rajah pertama di atas... jadi jelaslah di sini jantina anak anda sama ada lelaki atau wanita akan ditentukan oleh kromosom daripada lelaki... =)

hehe...

almaklum la... kadang-kadang kita selalu jumpa mak mertua marah-marah bila menantu perempuan asyik lahirkan anak perempuan je... tetapi hakikatnya begitulah kejadian bagaimana jantina bayi terhasil... dan redhalah kerana ini ketentuanNya...

jadi buat sesiapa yang ada masalah mengenai jantina anak... sila fahamkan mereka dengan betul... bagaimana jantina anak itu terhasil... =)

dan ini semua bukan salah orang perempuan haaaaaaaaaaa 

wassalam...

27 September 2014

KOMIK YANG MEMBINA MINDA ANAK

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat sejahtera... dan gembira di samping keluarga tersayang...

kali ni aku nak share mengenai komik... komik yang aku maksudkan adalah komik korea yang dialih bahasa kepada bahasa melayu...

komik ni sangat bagus untuk anak-anak anda... selain siri conan dan shin chan.... kenapa aku suka siri conan?

sebab ia adalah komik yang berbentuk penyiasatan... yang ada umphhh... haha... kenapa aku suka shin chan? sebab keluarga shin chan ni selalu je ada macam-macam masalah... tapi at the end of the story adalah happy ending... walaupun mama shin chan garang dan banyak lemak... papa shin chan dan shin chan yang gatal... himawari yang tak reti duduk diam... tapi tu semua menjadikan keluarga mereka bahagia... wink wink wink... =)

ok... berbalik kepada siri komik baru yang aku maksudkan.... komik ni aku da mula baca masa 2010... sebelum aku kawin lagi... aku dah ade 7 siri komik ni... siri KOMIK SAINS IKHTIAR HIDUP... dan ade banyak tajuk.... sampai lah sekarang... komik ni ade menceritakan mengenai aplikasi sains dalam kehidupan seharian...

bagaimana terjadinya kudis?
apa warna darah serangga?
apakah elemen dalam darah kita?

dan macam-macam lagi ilmu yang diajar... jika kita berhadapan dalam keadaaan yang sukar... macam mana nak atasinya.... huhuhu

tahun ni aku dah mula balik baca komik ni haha... tapi dah tak berapa sempat... sangat... al maklum la... nak berniaga online lagi... wat kerja umah lagi... nak taip entri blog lagi...

tapi komik ni la yang aku cadangkan korang bagi anak korang baca... daripada beli komik BEN 10, atau komik yang tak membina minda anak-anak... biarlah anak korang dapat berhibur sambil belajar...



kat mane nak dapat komik ni?
ada di kebanyakkan kedai buku...
seperti POPULAR & MPH



03 December 2013

MENGENAL PASTI MASA SUBUR WANITA

Assalammualaikum

Huhu entri untuk yang agak serius

Masa subur seorang wanita biasanya paling lama adalah 24jam.... dan biasanya lebih meningkat usia masa subur akan menjadi lebih pendek...

Yesss...

Mengetahui masa subur sangat penting bagi mereka yang merancang untuk hamil... atau pun merancang untuk menjarakkan kehamilan...

Dan biasanya mereka yang agak lewat berkahwin... potensi untuk hamil agak rendah... tetapi kuasa Allah lebih hebat... itu sekadar kajian sahaja...

Cara mengenali waktu subur....

Cecair yang keluar dari vagina biasanya akan berwarna putih dan lebih kenyal... pada masa ini seorang wanita sedang mengalami proses pengovulan...

Ini adalah antara cara yang mudah untuk kita kenali waktu subur... tanpa penggunaan sebarang alatan...

Even i know about this... my hubby never asking... "bila masa subur" 

Haha sebab tu dah 2 baby... =P

02 December 2013

AKU YAKIN KAU JODOHKU

Assalammualaikum

Semoga december ini menggembirakan kita =)

Alhamdulillah aku gembira bersama suami dan anak-anak.. cewahhh

Naluri
Rasa hati
Instinct
Six sense

Biasanya sangat kuat di antara
Suami dan isteri
Ibu dan anak
Bapa dan anak
Adik-beradik

Dan instinct dikalangan mereka yang ber'couple'
Kadang kala ada yang betul dan ada yang salah... tak kurang juga disebabkan perasaan yang terbuai2 oleh cinta dan rindu pada sang kekasih...... kerana di sebalik itu ada juga hasutan dan bisikan syaitan...

Kadang kala saat bercouple...
Kita sangat YAKIN si dia lah yang akan berjodoh dengan kita... siap kita sertakan bukti2 bahawa si dia sangat sayang dan cinta pada kekasihnya nan satu itu...

Walhal berkasih nak rak
Bercinta nak rak
Miliki instinct tentang betapa kasih dan cinta yang ada dari si dia untuk anda... walhal... hakikatnya hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat hambanya...

Kerana yang maha mengetahui hanya Allah S.W.T

Kerana itu tidak semua yang bertunang itu berkahwin, tidak semua yang bercouple itu juga akan berkahwin...

Dan apa yang Allah berikan itulah yang terbaik untuk hambaNya...

Kerana jodoh dalam perkahwinan... yang Allah berikan adalah untuk saling lengkap melengkapi...

Si banyak cakap pasangannya si pendiam
Si pemarah pasangannya seorang yang cool
Si pemboros dengnan si penjimat

Dan macam2 lagi...

Dan biasanya Allah akan temukan seseorang dengan mereka  yang sekufu

Tidak kiralah sekufu

Dari segi ekonomi
Dari segi pendidikan
Dari segi agama

Kerana Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya... agar kita tidak kekok dan janggal apabila berkumpul bersama keluarga pasangan kita...

Apabila sudah berkahwin... ya itulah jodoh yang diberikan Allah buat kita... jika memang bukan jodoh... setia hingga hujung nyawa tetap takkan berkahwin juga... jika bukan jodoh sejuta orang yang memaksa takkan berkahwin juga...

Kerana jodoh, ajal, maut, pertemuan... semua ketentuan Allah... Dia berkuasa ke atas apa yang Dia kehendaki...

Nota: daripada kami bertunang sampai kami berkahwin... cincin kat jari manis aku... sentiasa muat kat jari kelingking my hubby... hu3 walaupun hubby aku dah berisi... dulu2 masa mula2 kenal... 60kg plus2 je... now dah 70kg plus2... orang tua2 kata kalau muat cincin tu... tu lah partner kita huk3 wallah hualam



13 November 2013

BEZA DOA EMAK UNTUK ANAKNYA DAN DOA ANAK UNTUK EMAKNYA

Assalammualaikum...

Semoga semuanya sihat selalu....
Kadang kala kasih seorang anak terhadap emaknya tidak dapat dibandingkan dengan kehebatan kasih sayang seorang emak terhadap anaknya....

Situasi 1
Si anak yang telah ditimpa kemalangan... dan terlantar sakit... lumpuh separuh badan.... setiap hari emaknya tak jemu berdoa...
"Ya Allah Kau sembuhkanlah anak ku seperti sedia kala... kerana aku tak sanggup kehilangannya.... aku rindu dengan keletahnya... aku rindu dengan senda guraunya..."

Situasi 2
Si emak terlantar sakit... akibat strok... dan tak mampu berjalan... lagi... maka setiap hari anaknya berdoa...
"Ya Allah.... engkau ambilah nyawa emak ku... jika itu adalah yang terbaik... kerana aku tidak sanggup melihat segala penderitaannya..."

Berbezakan?

Kerana itulah kasih ibu hingga ke syurga...

Biarpun tak semua anak begitu... tapi itulah kebiasaannya... kesanggupan seorang anak dan kesanggupan seorang emak....

Semoga kita semua sayang ibu kita... =D

TIPS: MENGENAL YANG MANA SATU JODOH KITA

Assalammualaikum

Tips untuk mengenal jodoh.... 

Bila kita berjalan-jalan.... terjumpa insan yang berkenan di hati....
Tanyalah dia...

"Awak nak ke mana?"

Kalau dia jawab tak de ke mana pun....

Haaaa tu dia jodoh kita....

Sebab orang tua-tua kata... kalau dah jodoh takkan ke mana.... =D

Happy wednesday... jangan stress stress... just for fun...

09 November 2013

REALITI PERTUNANGAN, PERKAHWINAN DAN PENCERAIAN MASYARAKAT HARI INI

Assalammualaikum....

Situasi seperti yang aku ceritakan kat sini... bukan berlaku pada setiap orang... tetapi sudah menghampiri kebiasaan...

Majlis Bertunang
Akan dibuat secara besar-besaran... siap si lelaki ikot sama.. dan pakai baju melayu sedondon... ala-ala nak menikah dah... disertai dengan pelamin bagai...

Bertunang dalam islam tidak perlu dihebahkan...

Majlis Pernikahan...
Lokasi pernikahan nak buat dekat mekah lah.... nak nikah depan kaabah lah.... dalam taman lah.... tepi pantai lah.... huhu macam-macam lokassi lagi lah... Sudah menjadi trend......majlis pernikahan dan resepsi... bertema.... merah lah... kuninglah... eh.... macam-macamlah...kalau boleh seluar dalam dan bra juga nak ikot tema yang sama.. belum lagi bab pelamin... bab inai... bab tabbaruj.... pakai tudung elok dah.... tapi sarung pulak rantai besar kat luar... huhuhu... ade yang sangggup cukur kening... sebab katenye mak andam suruh cukur..... tu kening anda.... pilihan di tangan anda juga... bersanding dah nak jatuh hukum wajib... terutama kat johor.... dan akan menjadi kepelikan jika tiada majlis bersanding terutamanya di pihak perempuan...

Untuk family aku bapak kita orang memang tak benarkan anak-anak dia bersanding.... nak beli baju mahal ke... nak tempah baju mahal ke... nak kenduri guna khidmat katering ke... tu memang kita orang buat.... yang bapak aku tak bagi cuma bersanding.... al maklum lah... rugi je kan.... sewa 2, 3 ribu.... pastu guna sekejap je.... baju nikah, baju resepsi.... tu sume boleh tempah.. kalau sewa kat mak andam tak rare lah kan.... dah bekas orang lain pakai.... dan tak boleh simpan untuk kenangan.... dan alhamdulillah setakat ni semua mengikut kata...

Penceraian...
Masa bertunang, masa nikah, masa bersanding .... punyalah hebat dan meriah.... tapi masa nak cerai tepi longkang pun boleh.... ye.... nak bercerai tu memanglah senang.... guna air liur je... sambil main game GTA... pun boleh nak lafaz talak... ye tak? Tapi sebagai lelaki.... kena lah lebih sabarnya.... panjang akalnya.... kuat imannya.... barulah boleh jadi kapten untuk keluarga.... baru boleh tahan asakan daripada isteri =D

Pastu alasannya kami dah tak sehaluan.... huhuhu....

Biarpun hampir biasa fenomena begini dalam masyarakat hari ini.... moh le kita elakkan diri daripada menjadi sebegitu....

Alhamdulillah usia perkahwinan kami sudah mencecah 3tahun.... pada 6 november 2013.... dan aku beruntung memiliki.... mr.E yang penyabar, lemah lembut.. elok budi bahasa.... hu3 kurang bercakap.... (kate beliau tu adalah cara untuk kurangkan dosa mulut hu3)

Sekian...

18 October 2013

SINGKAP DAN SUMBAT

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...
Semoga semuanya sihat selalu...

Tajuk singkap dan sumbat... mesti ramai yang tertanya-tanya... tentang ape pulak ye...

Breastfeeding bukan sekadar singkap dan sumbat...

Malah lebih daripada itu...
Kesabaran
Kecekalan
Sokongan
Dan berbagai lagi yang perlu dikorbankan. Bagi menjayakan breastfeeding. 

Sangat meletihkan bagi ibu yang berkerjaya... tetapi... berkat kesabaran dan sokongan suami tercinta... diteruskan juga... breastfeeding.

Kehadiran cahaya mata... adalah saat terindah...
Allah juga kirimkan rezeki buat anak-anak yang lahir... rezeki susu ibu...

Yakin dalam hati...
Anugerah yang diberikan Allah adalah makanan yang terbaik buat bayi anda... sebagaimana tertulis dalam kitab suci susukan anak mu selama 30 bulan...

Berdasarkan pengalaman
Anak-anak yang minum susu ibu... biasanya tidak demam berhari-hari.. tidak mudah dijangkiti batuk atau selsema...

Anak pertama aku dijangkiti demam buat kali pertamanya pada usia 1tahun 2 bulan... itu pun demam di sebelah malam... dan kebah esoknya...

Anak kedua aku pulak kena demam masa umur 3 bulan...tapi kurang daripada 12jam... demamnya dah kebah...

Percayalah susu ibu adalah anugerah terbaik buat ibu dan anaknya...

So jangan malas... untuk susukan anak korang dengan susu ibu... tak de alasan air susu tak de ataupun air susu sikit... apa yang anda fikir itulah yang anda dapat... =)

Kerana jika korang betjaya susukan bayi korang sendiri... korang akan rasakan satu kepuasan... menjadi seorang ibu... kerana langkah pertama anda telah mulakan... untuk membentuk seorang insan yang berjaya... 

Kerana perkembangan otak anak-anak yang minum susu ibu adalah lebih baik.... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...