GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

03 June 2015

PETUA HALAU SEMUT

Cuba petua berikut untuk menghalau semut di rumah anda:
1. Cili kering :
Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

2. Minyak masak :
Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

3. Bawang merah :
Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

4. Kulit telur :
Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

5. Asam gelugur :
Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

6. Daun sirih :
Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

selamat mencuba!!

28 April 2015

7 RESEPI MENGGUNAKAN PERIUK NASI

Assalammualaikum
semoga semuanya sihat selalu... periuk nasi... bukan sekadar untuk masak nasi... anda boleh cuba pelbagai resepi lagi... untuk dimasak menggunakan periuk nasi....
jom kita tengok antara resepinya...
antara resepi yang anda boleh cuba di rumah, dengan menggunakan periuk nasi anda!

1. Macaroni cheese

38659_593
Bagi mereka yang sangat gemarkan masakan western, anda boleh cuba resepi Macaroni Cheese ini. Cara menyediakannya sangat mudah.
Bahan-bahan:
2 cawan ‘macaroni’
1 1/2 cawan stok ayam
1 sudu kecil garam
1 cawan susu
1 1/2 cawan keju yang telah dicincang halus

Cara menyediakan:
Masukkan ‘macaroni’, stok ayam dan garam ke dalam periuk nasi untuk dimasak selama 15 minit. Kemudian, masukkan susu dan keju, kacau sehingga sebati, tutup tudung periuk dan masak untuk 20-30 minit. Periksa Macaroni Cheese anda sekali sekala sehingga betul-betul masak.

2. Kek Pisang

banana-bread-600
Mesti ramai yang terkejut bila dapat tahu, periuk nasi boleh digunakan untuk membuat kek.
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung
3/4 cawan gula putih
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda penaik
1/2 sudu kecil garam
1 cawan pisang yang di lenyek
1/3 cawan mentega yang telah dilembutkan
1/4 cawan susu
1 biji telur
Minyak masak

Cara menyediakan:
Masukkan tepung, gula, serbuk penaik, soda penaik dan garam ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan pisang yang dilenyek, mentega, susu dan telur. Kacau sehingga adunan menjadi tebal dan berkrim. Anda juga boleh masukkan bahan pilihan anda seperti kacang atau buah-buahan kering.
Sebelum masukkan adunan ke dalam periuk nasi, sapukan minyak masak ke dalam periuk. Masukkan adunan ke dalam periuk nasi. Periksa adunan anda sehingga ia benar-benar masak.

3. Puding Pisang

banana-pudding-gallery0809
Jika anda inginkan pencuci mulut, anda boleh mencuba resepi puding pisang.
Bahan-bahan:
30g mentega yang dicairkan, tambah 60 g mentega yang diasingkan
2 sudu besar gula merah, tambah 1/2 cawan gula merah, diasingkan
1 biji pisang, dihiris halus, tambah 2 biji juga diasingkan dan dilenyek
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
2 sudu besar susu
1 cawan tepung penaik

Bahan-bahan untuk sos karamel:
300ml krim
1/2 cawan gula merah
80g mentega

Cara-cara menyediakan:
Ratakan kertas pembakar ke dasar periuk nasi dan tuangkan 30g mentega yang telah dicairkan ke atas kertas tersebut kemudian, taburkan 2 sudu besar gula merah dan ratakan. Susun pisang yang telah dihiris ke atas gula yang di tabur dan letakkan ke tepi.
Campurkan mentega yang telah dicairkan, gula merah yang telah diasingkan, telur, serbuk kayu manis, pisang yang dilenyek dan susu ke dalam mangkuk. Tapis tepung and campurkan ke dalam adunan pisang tersebut. Tuangkan adunan ke dalam periuk nasi yang telah diasingkan tadi.
Ratakan permukaan adunan. Masak untuk 5 minit. Apabila periuk nasi telah ke mod “warm”, rehatkan ia untuk 10 minit. Kemudian, masak puding untuk 10 minit lagi. Jangan angkat penutup. Ulang langkah ini untuk dua kali sehingga puding masak. Cucuk sedikit di tengah puding untuk pastikan ia masak iaitu apabila lidi yang anda cucuk tidak melekat puding dipermukaannya. Terbalikkan puding ke atas pinggan. Buang kertas pembakar.
Cara menyediakan sos karamel:
Bersihkan permukaan periuk nasi. Masukkan cream, gula merah dan mentega ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Masak sehingga mendidih. Masak dan kacau selama 5 minit sehingga gula hancur ke dalam adunan dan menjadi tebal. Masukkan sos yang di masak ke dalam jag kalis haba.
Apabila sedia untuk dihidang, potong puding pisang dan tuangkan sos karemel ke atas puding dan tambahkan ice cream atau “whipped cream”.

4. Bibimbap

enhanced-buzz-21256-1365021067-19
Bagi mereka yang meminati makanan Korea, anda boleh menghasilkan ‘bibimbap’ dengan cara yang mudah. Tapi, untuk masakan ini, anda perlukan nasi kerana tanpa nasi, ia akan hanya menjadi “bibim”, bukan?
Bahan-bahan: 
280g sayur bayam
Minyak bijan
Cuka beras
Garam dan lada hitam
225g salmon yang di potong setebal 1/4 inci
1 cawan beras, bersaiz serdahana yang telah dibasuh
1 lada hijau, dihiris halus
3 sudu besar kimchi yang telah dicincang
2 biji telur
Kochuj ang atau pes cili korea atau pes cili biasa
Bijan dan daun bawang yang dicincang untuk perhiasan

Cara menyediakan:
Gunakan fungsi stim, stimkan bayam di dalam periuk nasi kira-kira 8 minit sehingga lembut. Selepas itu, letakkan bayam ke atas tisu dapur untuk dikeringkan dan hiris nipis bayam tersebut dan masukkan ia ke dalam mangkuk. Masukkan minyak bijan, cuka beras dan garam. Taburkan sedikit garam dan lada hitam ke atas salmon, dan stimkan salmon selama lebih kurang 15 minit. Potong salmon kepada kepingan.
Bersihkan periuk nasi dan masak nasi. Masukkan hirisan lada hijau dan kimchi, kemudian kacau nasi sehingga ke dasar periuk nasi. Tuang 2 sudu kecil minyak bijan ke atas nasi dan pecahkan 2 biji telur ke dua belah nasi dengan berhati-hati. Tutup penutup dan masak untuk masa 5 minit.
Setelah masak, susun salmon dan bayam di sebelah telur, tutup dan stim lagi sehingga telur masak. Letakkan pes cili di tengah-tengah nasi.
Apabila sedia untuk dihidang, gaulkan kesemuanya. Ceduk nasi yang telah digaulkan ke dalam pinggan dan taburkan bijan dan daun bawang di atas.

5. Oat Badam Vanilla

Vanilla-Almond-Granola-Vegan-Gluten-Free-7
Untuk sarapan, anda boleh cuba sarapan Oat Badam Vanilla yang menyelerakan ini!
Bahan-bahan:
1 cawan oat kasar
2 cawan susu soya tanpa gula
1 1/2 cawan air
2 sudu kecil esktrak vanilla
1/2 sudu kecil garam
Badam yang dicincang kasar
Gula merah
‘Maple syrup’
Cara menyediakan:
Masukkan oat, susu soya, air, ekstrak vanilla dan garam ke dalam periuk nasi. Masak menggunakan ‘setting’ bubur.
Hidangkan, taburkan ‘topping’ pilihan anda di atas.

6. Tofu bersama Asparagus

1319075109RiceCookerAsparagusTofu
Untuk mereka yang inginkan makanan sihat tetapi lazat, anda boleh mencuba resepi Tofu bersama Asparagus dengan menggunakan periuk nasi sahaja.
Bahan-bahan:
1/2 ikat asparagus, dipotong 1 1/2 inci
1/2 blok tofu goreng, dipotong bentuk kiub
1/2 lobak merah, kupas dan dihiris nipis
1 ulas bawang putih, dicincang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos kicam manis
1 sudu kecil minyak sayuran
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil madu

Cara menyediakan:
Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Masukkan bahan ke dalam pinggan kalis haba. Letakkan ke dalam periuk nasi. Masak untuk 15-20 minit.

7. Kek coklat

03-Rice-Cooker-Chocolate-Cake
Jangan terkejut sekiranya kek coklat boleh dihasilkan dengan menggunakan periuk nasi sahaja. Memang lepas ni ramai la yang cuba resepi mudah ini.
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung
1/2 cawan gula
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda penaik
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil serbuk penaik ‘double-action’
90ml minyak bunga matahari
1/2 sudu kecil ekstrak vanilla
1 sudu besar cuka
1 cawan air

Cara menyediakan:
Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda penaik, garam, serbuk kayu manis, serbuk penaik. Kacau sehingga sebati. Asingkan. Untuk adunan seterusnya, masukkan minyak, ekstrak vanilla, cuka dan air. Kacau sehingga sebati. Campurkan kedua-dua adunan kering dan basah, kacau sehingga lembut.
Sapukan mentega sebagai pelincir ke dalam periuk nasi. Tuangkan adunan dan masak untuk 60 minit. Periksa kek dalam masa 45 minit. Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.
Setelah kek masak, biarkan kek sejuk untuk 15 minit sebelum dikeluarkan dari periuk. Apabila sejuk, terbalikkan kek ke atas pinggan leper. Taburkan gula iasing ke atas kek.
sumber: Facebook

03 October 2014

KUASA MEMBELI SECARA TUNAI

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

dalam suasana peningkatan kos sara hidup... macam-macam hal terjadi... minyak dinaikkan... harga kereta diturunkan... kos membeli hartanah meningkat... GST bakal dilaksanakan... dan pelbagai lagi... yang nyata merunsingkan setiap individu...

cara paling mudah adalah sabar dan elakkan berhutang... dengan cara tingkatkan kuasa membeli secara tunai. bagaimana ya?

orang akan cakap ye je boleh beli kereta atau rumah atau motor secara tunai... dan elakkan membeli secara ansuran barangan kecil-kecil seperti handphone, sofa baru, laptop dan lain-lain barang.

caranya beli apa yang perlu... sabar dan gigih menabung... kenapa budak zaman sekarang kurang bersabar? tak seperti orang zaman dulu...

orang zaman dulu awal-awal kerja... boleh je hidup naik motor atau bas.... dan setelah lebih 10 tahun berkerja baru la merasa nak beli kereta... kalau nak beli pun bayar duit muka banyak untuk elak komitmen bulanan yang tinggi... ada juga yang beli tunai!

ini memang terjadi...

bapa aku boleh beli kereta vios second hand cash.... 53K otr. siapa kata tak boleh? bapak kawan aku beli kereta cash 27K biarpun hanya seorang penoreh... yang penting kesedaran dalam diri untuk mengelak daripada berhutang. 

tapi pada awal mereka meniti kehidupan... perlulah berjimat cermat dan menyimpan... dan ada kesabaran... sebab terpaksa naik motor.... dan sangat penting tidak bermewah-mewah dalam kehidupan... baru matlamat boleh tercapai...

berbeza budak zaman sekarang...
nak telefon pintar... itu pun dibayar ansuran... nak beli kereta... juga secara ansuran... atas alasan sebab tak de kenderaan nak pergi kerja... tak nak naik motor takut basah kena hujan... dan bla bla bla...

ditambah pula kini banyak bank yang sudi memberi pinjaman... hmmm sebab itu ramai yang tak fikir panjang untuk berhutang.... tetapi jika anda memikirkan keuntungan dan kelapangan sendiri... anda akan pilih untuk jadi insan yang bebas hutang.

yang paling kecewa pihak bank. kerana jika anda mengelak untuk berhutang anda sudah mengurangkan keuntungan bank =)

insan terdekat yang aku boleh jadikan contoh... adalah ayah aku yang most of the thing dia beli tunai... hanya rumah pertama dan kereta kedua dia je dia berhutang. kereta pertama dibeli secara tunai... dan kereta ketiga juga secara tunai.

barang lain kebanyakkan dibeli tunai... motosikal, telefon pintar... laptop.. PC, perabot rumah dan segala barangan elektrik... dibeli secara tunai... nak dapat tunai... kena lah menabung untuk dapatkan sesuatu =)

budak-budak sekarang
baru habis study dan dapat kerja... dah tak tahan nak ambik kereta baru... itu pun dengan zero down payment... hmmm nampak tak beza kesabaran orang dulu dan orang sekarang...

hidup bebas hutang adalah logik...

dan pada aku.... itu semua logik dan masuk akal untuk dilakukan oleh setiap orang... selain... anda berjaya untuk mengelakkan riba' yang sangat ditegah dalam Islam...

apapun... yang terjadi... semua bergantung pada pilihan anda sendiri...

berbelanja ikut kemampuan dan sabar dalam menabung he3 =)

bye... it's just my 10 cent opinion...





13 September 2014

MASA TIDUR YANG INDAH

Assalammualaikum

semoga semuanaya sihat sejahtera....

masa tidur yang indah.... satu tajuk yang terlalu umum... masa tidur bagi mereka yang baru berkahwin memang indah-indah hahaha... bila dah ade anak satu dah mula ada mata panda....

untuk dapatkan tidur yang selesa... terutamanya bagi dewasa, warga emas, kanak-kanak dan bayi... pastikan anda lakukan senaman ringan sebelum tidur... atau anda boleh juga lakukan urutan lembut.... pada bayi atau kanak-kanak... untuk diri sendiri pun tak jadi masalah!

hasilnya...

keesokan hari... anda akan dapati badan anda menjadi ringan dan tak de lenguh-lenguh... bagun pagi anda mulakan dengan segelas 'plain water' itu sudah memadai....

anda akan dapat rasakan tenaga anda sudah dapat dipulihkan kembali...

untuk lakukan regangan...
anda boleh lakukan senaman ringan untuk bahagian pinggang, tangan, kaki dan belakang...

untuk lakukan urutan...
anda boleh lakukan urutan di tapak tangan, perut, belakang dan tapak kaki...

jika anda rajin dan konsisten... pasti anda akan dapat tidur yang berkualiti... =)

tanpa perlu menggunakan supplement berbayar yang ada di pasaran.... anda buat anda dapat!



tidur yang berkualiti sangat indah!

30 August 2014

3 CARA ATASI KETAKUTAN

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

setiap orang mesti ada ketakutan sendiri.... aku pun cam tu... dulu-dulu  biasanya kalau rasa takut aku akan buat jugak perkara tu... nanti lama-lama perasaan tu akan hilang....

contohnya takut nak pegang ular ke....
takut bila tengok binatang berbisa ke...
takut pegang katak ke...

hahaha now aku cuma takut dan geli ngan bunyi cicak je... sebab aku rasa cicak tu macam ketawa dan tegur orang je kuang3

my mother in law says "bini eman pegang je katak tu... siap hantar pegi kat semak lagi" huhihuhi....

bila kita berjaya atasi ketakutan atau kegelain terhadap sesuatu... kita akan lebih yakin... actually aku memang lebih beryakinan sikit la... dan perasaan itu beransur-ansur subur... alam jiwa...

sebab daripada tadika lagi aku selalu involve dalam aktiviti persembahan... nasyid, tarian, lakonan... masa belum baligh aku memang banyak terlibat dengan aktiviti seni la...

then bila dah besar sikit... aku lebih kepada memasuki pertandingan seperti catur... kuiz dan jadi presiden persatuan... jadi keyakinan dan rasa takut diatasi sedikit demi sedikit...

tip atasi rasa takut:
1. lakukan saje perkara yang kita takuti itu
2. selalu bercakap pada diri yang anda boleh
3. yakin Allah sentiasa ada untuk anda

 ni 1st time masak banyak untuk open house menu nasi tomato ngan ayam masak merah


aku tetap buat jugak... biarpun ade rasa was2 takut tak menjadi...

masa bujang dulu penah la masak untuk open house rumah sewa... tapi dulu menunya lain... bihun sup, soto dan lodeh

hehehe..

akhirnya berjaya masak dengan sedap... dan tetamu puji... =)

26 August 2014

TIPS: SAYA MENGANDUNG LAGI!!!

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu... dan bahagia di samping keluarga tersayang.... 

saya mengandung lagi!!!

arghhh!!!

relax... bertenang... jika anda disahkan mengandung lagi... dan orang pertama yang mesti tahu adalah suami anda... =)

supaya dia boleh bantu anda uruskan anak-anak yang lain... dan bantu anda lakukan kerja rumah... dan bantu la apa-apa yang patut...

jangan stress... dan pastikan pemakanan anda dalam kuantiti yang sepatutnya.. lengkap dengan karbohidrat, protein, zink, zat besi, potassium, serat, vitamin A, B, C dan lain-lain nutrisi keperluan ibu mengandung...

selain itu...
anda juga dah boleh rancang kewangan anda untuk menyambut orang baru... bila ade duit tak perlulah runsing ape yang nak dibeli... hihihi 

amalkan gaya hidup aktif... untuk mudahkan kelahiran... juga amalkan makanan sunnah... dan perispan rohani... supaya kandungan anda sihat dan sejahtera... 

elakkan percaya perkara yang karut marut... ok... ni tak... bila dapat berita mengandung je... abis semua perkara karut marut masuk dalam kepala...

badi haiwan tu yang tak tahan... haiwan tak de badi ke ape... dalam islam cuma ajar tak boleh aniaya haiwan... tak kira la ko tu mengandung ke tak... ko tu lelaki ke perempuan... sebab haiwan tu makhluk Allah jugak ok???

hentikan amalan-amalan yang bertentangan dengan Islam... seperti lenggang perut, dan tah la... aku rasa macam banyak je... tapi sepanjang aku mengandung... aku tak pernah buat pun...

dan jangan takut untuk berurut... kalau ikut orang tua-tua dulu kalau urut tak boleh kat pinggang dan belakang bahagian pinggang... takut muka anak kemek katenye lah...

tapi pada aku tu semua tak betul... sebab kandungan kita Allah dah lindungi dengan bendalir amnion... (air ketuban) dan Plasenta(uri) untuk melindungi daripada sebarang hentakan... atau tekanan... setakat mengurut tu tak de masalah...

kecuali eksiden atau hentakan yang terlampau kuat... tapi apapun sebagai ibu kita perlu yakin yang Allah akan sentiasa lindungi anak dalam kandungan kita... disamping kita jaga apa yang patut...

nota: sepanjang aku mengandung... aku masih mengurut... aku pernah jugak minum air selusuh... seteguk la gitu... tu pun sebab hubby dah buatkan... tapi actually aku tak percaya tu semua... 

p/s: my hubby actually nak tambah baby baru... tapi hari buat UPT masih negatif... huhihi... my hubby dah senyum-senyum tunggu result hu3 sebab kat member2 dia... dia dah cite dia on the way untuk 3rd baby... =)

masa pregnant anak kedua

anak kedua nur iman alisha

anak pertama ahmad al mahdi ( tengah makan cupcake oren mama buat)

15 August 2014

CARA ERATKAN HUBUNGAN KELUARGA

Assalammualaikum....

hubungan keluarga... sangat penting... terutama antara emak, ayah dan anak-anak... itulah keluarga kecil kita... masa yang ada mestilah dimanfaatkan untuk keluarga... cari nafkah untuk keluarga... beriadah bersama keluarga... bercuti bersama keluarga...

mungkin bapa kadang kala sibuk mencari rezeki di luar... tapi si ibu jangan pula abaikan anak-anak... selalulah hiburkan hati mereka dengan perkara bermanfaat... kerana ini semua boleh mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga...

antara aktivitinya...

membaca:
membaca bersama anak-anak, mengajar mereka membaca, mencari material untuk dijadikan bahan bacaan... ajar anak baca iqra', ajar anak bahasa ibunda, ajar anak bahasa antarabangsa... ini semua aktiviti yang menyeronokan bagi anak-anak... dengan kos yang paling minimum...

bersiar-siar:
setiap hari pastikan anda beri peluang anak-anak untuk bermain diluar rumah dan bawa mereka bersiar-siar... menaiki kereta... motosikal atau berjalan kaki.... sambil-sambil tu boleh berbual-bual dengan mereka... untuk uji pengetahuan mereka tentang alam sekitar.... jika ada anak kecil boleh tanyakan kepadanya... itu apa? mana pokok manggis? dan lain-lain... secara tak langsung mereka dapat belajar, beriadah dan juga hubungan antara ibu dan bapa semakin erat...

bermain:
bermain saidina... uji ilmu matematik anak... bermain catur... uji ilmu strategi anak-anak... main permainan yang boleh libatkan ramai orang... lagi bertambah meriah...

masak bersama:
antara suami dan isteri... anak-anak juga boleh turut serta dengan pengawasan ibu bapa... nanti anak-anak anda akan kenal yang mana satu gula... garam... bawang merah...dan lain-lain bahan-bahan dapur... - my son ahmad (3 tahun)... memang suka teman mama nya ke dapur... kicap adabi... kurma safiya.... bawang merah... minyak masak... tumis... goreng... hampir semua hal ehwal dapur dia tau... sampaikan cita-cita nak jadi chef... pakar masak katenye la...

mengemas:
ajak anak-anak, suami juga tolong mengemas... ini boleh membentuk dan mengasah kreativiti.... dalam kemahiran meminimunkan penggunaan ruang... mengguna semula perkakas rumah... mengajar mereka perasaan menghargai... hasil usaha orang lain mengemas.... melatih mereka untuk jadi pengemas... dan berdisiplin...

bercuti:
jika ada bajet lebih... bolehlah bawa keluarga anda bercuti di dalam negara atau luar negara... untuk belajar mengenal budaya dan cara hidup di tempat lain... selain menikmati pemandangan yang baru... dari lokasi tempat tinggal anda...

sebenarnya banyak lagi perkara yang kita boleh lakukan bersama ahli keluarga... bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan... dan hargailah keluarga yang kita miliki... kerana itu semua pinjaman sahaja... sampai masanya mereka akan pergi meninggalkan kita... dan yang tinggal cuma kenangan... jadi coraklah kenangan dan memori yang indah bersama mereka...

sekian...

my hubby memasak menu special... ikan keli panggang dengan mangga...

anak-anak gembira dapat bermain kat luar

masa kat army museum PD

on the way to Teluk Gorek...diaorang suka turunkan seat depan samapai habis... then duduk berdua kat atas tu... =)

mengaji iqra'

singgah makan kat sagil... masa on the way balik kampung lepas one week holiday... 
Kuala Selangor - Port Dickson - Segamat

i love my family... kalau cite pasal family hubby gua boleh jadi sedih kih3...
actually my hubby sayang kat wife dia ni... sebab tu sanggup buat apa saja untuk bini dia... 
"abang akan usahakan apa permintaan sayang selagi mampu"

Alhamdulillah syukur =)

03 July 2014

SPOT-SPOT TERBAIK SEMBUR PERFUMES


[SPOT-SPOT TERBAIK UNTUK SEMBUR PERFUMES ANDA]

Kami ingin share tips untuk spot semburan perfumes yang boleh menyerlahkan bauannya. Biar semerbak agar keyakinan diri dan aura diri bertambah.

Sebelum tu saya nak list kan rules pemakaian perfumes yang berkesan:



1. Cara yang PALING SALAH (ramai orang buat) adalah dengan sembur pada bahagian hujung lengan then gosok dengan menggeselkan kedua-dua hujung lengan. Dengan menggosok tu certains notes boleh hilang.



2. Sila sembur perfumes selepas mandi, apabila badan sudah dilap kering.



3. Jangan pakai ketika berpeluh-rejat terutamanya jika anda guna perfumes jenis 'fresh'.



4. Sembur dalam jarak 5-10 cm dari badan supaya spreadingnya akan optimum dan berkesan. 



5. Untuk lebih berkesan, digalakkan guna juga deodorant, losyen, after-shave yang dalam jenama yang sama. 



6. Paling terbaik untuk lelaki yang lasak dan kuat berpeluh dalam cuaca tropika adalah dari jenis spicy campuran woody. Contohnya: D&G The One Gentlemen, Versace Eros, Ralph Lauren Double Black, Hugo Boss Bottled



7. Sembur pada nadi badan. Untuk lebih baik, sebagai tambahan sembur sekali pada tapak tangan kemudian tepuk-tepuk lembut pada pakaian.



8. Pakai yang 100% Ori sahaja, yang lain sila say BYE BYE (perfume ori adalah yang terbaik)

SPOT-SPOT TERBAIK [RUJUK GAMBAR]
Untuk Golongan Berjimat : (1) (2) (3)
Untuk Rakyat Marhean : (1) (2) (3) (4) (5)
Untuk Eksekutif : (1) (2) (3) (4) (5) (8) (9)
Untuk Yang Kaya Berjaya: (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9)


02 June 2014

MINIMUM UNIQUE VIEW UNTUK DAPATKAN BUFFERED EARNING

Assalammualikum 

semoga semuanya sihat selalu...

mesti ramai yang tertanya-tanya cam ne ye nak jana pendapatan melaui blog.... haha jangan ketinggalan untuk jana pendapatan pasif melalui blog... sebab ia sangat mudah...

pendapatan daripada Nuffnang...
pasang iklan...dan Nuffnang akan kenal pasti blog anda sekitar 21 hari... sebelum iklan diberi.... update survey mengenai blog anda...

cuba dapatkan sekita 20orang pealwat unik... kemudian cuba tingkatkan sedikit demi sedikit.... dan niatkan anda berblog untuk kongsi manfaat kepada orang lain... barulah rezeki anda berkat...


ok sekian dulu daripada saya... =)

wallahu'alam


20 December 2013

TIPS ERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI

Assalammualaikum

Berdasarkan pengalaman... kami suami isteri.... cewahhh

1. Bergurau senda itu mesti
2. Suami kena pastikan isteri selalu senyum
3. Isteri kurangkan 'say no' pada suami
4. Suami rajin2 lah baring di riba isteri fav my hubby ho3
5. Suami biasakan peluk isteri masa tido.. kompem isteri nyenyak haha
6. Suami rajin tolong isteri masak
7. Bergilir-gilir memasak apa salahnya
8. Suami isteri kena gilir2 urut.... kan penat dah seharian dengan aktiviti
9. Dua2 kena gilir2 ada sifat keanak-anakan...
10. Sekali sekala brainstorming best jugak

Banyak lagi lah... cara untuk eratkan kasih sayang suami isteri... lagi lama kawin sepatutnya lagi bertambah erat... hu3

Untuk aku dan mr.e... perkahwinan yang dah menjangkau usia 3 tahun ni... sangat2 best... dan happy... disamping sepasang cahaya mata... dan sangat seronok tengok keletah diaorang ni... 

Selain aku yang sangat beruntung miliki hubby... yang sangat menjaga isteri dan anak2...

One of my friend said... untung aiman ada isteri macam ko... fulltime housewife dan tau bisnes online plak... ha3

Nak tergolek aku  dengar... 


13 November 2013

TIPS: MENGENAL YANG MANA SATU JODOH KITA

Assalammualaikum

Tips untuk mengenal jodoh.... 

Bila kita berjalan-jalan.... terjumpa insan yang berkenan di hati....
Tanyalah dia...

"Awak nak ke mana?"

Kalau dia jawab tak de ke mana pun....

Haaaa tu dia jodoh kita....

Sebab orang tua-tua kata... kalau dah jodoh takkan ke mana.... =D

Happy wednesday... jangan stress stress... just for fun...

22 October 2013

TIPS SUPAYA MASAKAN SEDAP

Abang ahmad yang baru recovered from fever...

Adik alisha da masuk 6 bulan dan berat pon  dah 8.05kg... 

To my hubby...
Tq tolong sayang.. mase sayang semeseme... he3....
tulun masak n tulun pape yang patut...
Akhir kata pesan chef AA (aiman abidin)
Masak dengan ikhlas... supaya rasa sedap... 
(Padanlah tak payah taruk ajinomoto pon da sodap)

02 September 2013

TIPS JANA PENDAPATAN DENGAN BLOG

1. Buat entri yang bermanfaat. Untuk memastikan entri anda sering berada dalam kedudukan teratas di semua ejen carian

2. Kemudian anda boleh letakkan iklan daripada mana-mana syarikat pengiklanan yang anda mahukan

3. Buat ruangan iklan untuk disewa dengan kadar tertentu

4. Selain itu, menghasilkan blog jualan untuk meraih pendapatan yang lebih tinggi

5. Dan anda bolehlah berblog dengan gembira dan masyuk

P/s: dulu aku ade la watruang iklan untuk disewa... skang da xde.... coz x sempat nak design iklan customer... al maklum da berumah tangga.... suami di dulukan dan anak diutaman... blog dikemudiankan...

03 August 2013

HANTAR ANAK KE RUMAH PENGASUH? FIKIR-FIKIR DULU...

salam dan selamat sejahtera...

zaman sekarang ni... ramai ibu-ibu yang berkerjaya... ye tak?

of coz la depa kena hantar anak kat umah pengasuh atau taska... kat sini aku nak share la... ape yang patut difikirkan dan diperhatikan sebelum hantar anak ke rumah pengasuh...

1. pastikan umah pengasuh tak de tangga... nak nak kalau anak kita jenis lasak
2. tak de anak bujang - kalau anak kita budak perempuan
3. persekitaran bersih
4. perhatikan cara pengasuh menjaga anak-anaknya
5. bahasa yang digunakan oleh pengasuh
6. sejauh mana nilai-nilai Islam diamalkan oleh pengasuh

dengan beberapa tips di atas at least kita da cuba memilih pengasuh yang terbaik untuk anak kita... di samping beberapa faktor lain lagi yang mesti kita perhatikan dan fikirkan sebelum menghantar anak ke rumah pengasuh...

kadang-kadang ada jugak pengasuh yang suka bagi budak-budak yang dia jaga tu... makan junk food... stail cam tu pun aku tak berapa berkenan... nak bagi anak dengar kata dan diam... di bagi makan junk food pulak... he3

tq.. sebab sudi luangkan masa membaca entri kali ni... =)


25 June 2013

TAK BAGI DIKATA... DAH BAGI EKSEN PULAK!!

Salam dan selamat sejahtera semua...

Semoga semuanya sihat selalu... biarpun jerebu...

Bila musim cuti sekolah... banyak la jemputan untuk pergi kenduri kawin... da jadi ala ala kewajipan gitu... tuan rumah kena sediakan goody bag... untuk tetamu...

Dulu dulu tak pe je... kalau datang umah kenduri kawin tak de goody bag... sekarang ni... gI kenduri tahlil pun tuan rumah kena sediakan goody bag... kalau tak ade la yang soseh soseh...

TapI...
 Bila tuan rumah bagi goody bag... gula gula atau coklat...
Kena komplen jugak...
Cakap... "asyik gula gula n coklat je..."
Tak pun cakap... " budak budak takde... tak de sape yang nak makan... nanti cair je..."

Perghhh
Cube la jaga hati tuan rumah sikit...
Kalau tak abis pun tak payah la sebut sebut...

Tau la zaman sekarang da mewah dengan makanan... tapi tak payah la eksen bebeno... aku menyampah betul makcik2 yang suka komen cam tu... sebab yang suka komen ni biasanya makcik2... pakcik2 tak de la banyak songeh sangat...


09 October 2012

LATIH ANAK MAKAN SAYURAN

salam dan selamat sejahtera semua...

untuk memastikan anak-anak mendapat khasiat yang seimbang... si ibu perlulah lebih prihatin dengan jenis sajian yang diberikan kepada anak-anak... masalah yang paling utama adalah nak bagi anak makan sajian yang berasaskan sayuran.... ye tak???

anak kecil sifatnya mudah meniru...
tunjukkan pada mereka yang anda makan sayuran yang telah dimasak dengan pelbagai jenis menu... dan juga ulam-ulaman... 

Pastikan!!!

sayuran dicuci bersih... 
dipotong dengan saiz yang sesuai...

jadikan sayuran seperti lobak merah, tomato dan timun antara snek kegemaran anak anda... anda boleh potong timun dan lobak secara memanjang seperti saiz kentang goreng... manakala tomato dihiris nipis dan biarkan anak anda meratah... sambil menonton TV atau bermain...

tunjukkan contoh dan memek muka... bahawa makan sayuran tu sedap dan menyelerakan... mulakan seawal mungkin... terutamanya apabila mereka sudah tumbuh beberapa batang gigi di barisan hadapan...

percayalah... anak anda akan jadi penggemar sayur-sayuran...

anak saya juga penggemar daun selom, tomato, timun, lobak merah... dan hampir semua jenis sayuran dia akan makan... walaupun usianya baru menjangkau 1 tahun 2 bulan...








17 August 2012

EMAK MU... EMAK KU JUA...

salam dan selamat sejahtera...

entri santai... ringkas dan padat...

dah dekat nak raya... aku nak ucapkan la selamat hari raya... kepada semua yang aku kenal dan aku tak kenal... yang muslim je okay.... "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN"

bila raya... macam-macam citer orang nak balik kampung...

"ko balik kampung mane?"

ade gak yang malas-malas bila kene balik umah sebelah husband atau wife.... keluarga mertua la katekan...

cuba korang elakkan daripada istilah keluarga mertua... mak mertua... bapak mertua.... mesti lepas korang akan rasa lebih mesra dan tak kekok... anggap dua-duanya adalah sama... ce cube ce cube...

hasilnya korang akan selesa dan tetap enjoy walaupun beraya kat mane-mane umah...

nota: ingat... mak dan bapak mertua kita sama taraf dengan mak dan ayah kita juga... sebab tu wuduk dengan memantu tak batal hatta mereka sudah bercerai.... sekian

22 July 2012

CIPTA SELERA BAYI ANDA

salam dan selamat sejahtera semua...

kali ni aku nak berkongsi tips untuk membuat makanan bayi...

memandangkan aku sekarang ni da ade baby... sebagai seorang mummy... mesti la kena pastikan anak kita makan makanan yang berkhasiat je... betol tak???

makanan yang mengandungi semua khasiat dalam piramid makanan...

bagi aku...

bila my baby cukup 6 bulan... aku selalu fikirkan menu-menu yang boleh membuka selera anak aku tu.... hehe...

korang boleh cuba beri bayi korang...

MENU 1 (bubur kurma)

segenggam beras
air secukupnya
5-6 biji kurma dicincang halus (option)

rebus sehingga lembut dan agak hancur... (bagi bayi yang da ada beberapa batang gigi) bagi bayi baru nak belajar makan.... lecek atau blender...

*kurma sangat bagus kerana mengandungi pelbagai khasiat dan merupakan makanan sunnah

MENU 2 (bubur ikan bilis)

segenggam beras
air secukupnya
10-20 ekor ikan bilis bergantung pada saiz
sedikit sayur hijau yang dicuci bersih (contoh: sawi, bayam hijau, bayam merah, pucuk manis)
lobak merah (sumber vitamin A yang bagus untuk mata)

rebus sehingga lembut dan agak hancur... (bagi bayi yang da ada beberapa batang gigi) bagi bayi baru nak belajar makan.... lecek atau blender... ikan bilis boleh ditumbuk atau blender....

MENU 3 (bubur ayam)

segenggam beras
air ssecukupnya
isi ayam tanpa lemak
sedikit sayur hijau seperti menu kedua
sedikit labu
sedikit lobak merah

rebus sehingga lembut dan agak hancur... (bagi bayi yang da ada beberapa batang gigi) bagi bayi baru nak belajar makan.... lecek atau blender... 

MENU 4 (bubur daging)

segenggam beras
air secukupnya
daging tanpa lemak
sedikit sayur hijau seperti menu kedua
lobak merah
kentang

rebus sehingga lembut dan agak hancur... (bagi bayi yang da ada beberapa batang gigi) bagi bayi baru nak belajar makan.... lecek atau blender... 

MENU 5 (bubur ikan)

segenggam beras
air secukupnya
isi ikan (contoh: siakap, tenggiri, haruan, keli, kembung, selar dll)
sedikit sayur hijau seperti menu kedua
lobak merah
kubis ungu

rebus sehingga lembut dan agak hancur... (bagi bayi yang da ada beberapa batang gigi) bagi bayi baru nak belajar makan.... lecek atau blender... 

nota: beri kombinasi yang bersesuaian dengan piramid makanan... dan bahan-bahan yang ada di dapur anda...

labu - memberikan warna kuning pada bubur
lobak merah - warna oren
sayuran hijau - warna hijau
kubis ungu - warna ungu
bayam merah - warna merah ungu

pasti bayi anda berselera dengan warna-warna yang menarik...

cuba elakkan penambahan garam atau gula di dalam makanan bayi anda... dan berikan rasa semulajadi... =) selamat mencuba!!!

anak aku ahmad al mahdi susah nak menolak bila disuakan bubur...

ahmad al mahdi mase umo 10 bulan... 



21 November 2010

TIPS JIMAT PETROL BERSAMA MARIAH CAREY

salam dan selamat sejahtera...

memandangkan sifat kita semua sebagai manusia suka jimat ye tak? huhuhu...

jom le kita cuba tips ni yang bukan dibawakan oleh mariah carey...

tajuk mesti la nak bagi gempak je.... =)

jemput baca tips ni yeeeeeeeeeeee

1. pandu kenderaan dengan halaju yang konsisten... terutamanya mase memandu dalam perjalanan yang jauh dan tak de mngalami kesesakan lalu lintas... (dibuatnye jalan jem cam ne laaaa halaju nak konsisten ye tak?)

2. bila korang balik daripada kampung atau gi bershopping atau ade bawa pape barang yang banyak kat dalam bonet kereta... sebelum korang gi kerja esoknye... harap korang kuarkan la semua barang-barang tu... supaya kereta korang tak berat bawa beban... (leh la jimat sikit petrol tu)

3. jika korang da tau destinasi korang nak pegi tu... contohnye setakat hujung minggu pusing-pusing gi pasar atau beli barang dapur... korang tak yah la isi minyak kereta penuh-penuh... supaya kereta korang tu tak kena tanggung beban tangki penuh... (tangki penuh dengan tangki tak penuh mesti la lain bebannye kan?)

4. isi minyak kereta kalau dapat utamakan la waktu pagi atau malam.... (mase tu petrol kurang meruap)

5. korang tak yah gi memane pon (kompem petrol korang jimat dan tak luak hehehe)

6. rajin-rajin la amik gambar dengan kereta... bukan jalan-jalan naik kereta (kompem jugak petrol korang jimat)

nota: aku ulang lagi tips ni bukan dibawakan oleh mariah carey... tips kat atas tu ade gak yang berguna... tak kurang jugak ade yang hampeh... =P

haaaaaaaaa amik gambar dengan kereta je... kan boleh jimat petrol... jangan le jenjalan naik kereta =P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...