GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

15 January 2016

ANTARA NAJIB DAN RAZAK: IBARAT KUAH TUMPAH KE LANTAI



Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu...

Pepatah yang biasa kita dengar adalah 'mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi' tetapi kadang kala kuah tumpah juga ke lantai...

Itulah pepatah yang paling sesuai untuk menggambarkan antara Najib dan Razak...

Beberapa hari kebelakangan ni acapkali disebut-sebut jasa Tun Razak... ya banyak sekali jasa almarhum... dalam mensejahterakan Malaysia... bila dikenangkan...

Selain sikap si isteri Tun Rahah... yang tidak sewenangnya boleh menggunakan harta negara untuk kepentingan peribadi... biarpun mereka daripada golongan berada...

Biarpun begitu... kuah yang ada tidaklah tumpah ke nasi... malangnya kuah telah tumpah ke lantai...

Ia... kuah yang tumpah ke lantai tidak lah berguna lagi... hanya perlu dibersihkan segera...

Haaa itulah perumpamaan antara Najib  dan Razak... kuah bila tumpah ke nasi rasanya enak... dan bila tumpah ke lantai... paham-paham je lah....


Jangan marah ha...


24 November 2015

SEKIRANYA BINATANG ADA FACEBOOK


Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu....

fanomena update status kat facebook.... memang dah kategori tahap dewa.... makan apa pun update, buat apa pun ramai yang sibuk update....

agaknya jika binatang ada facebook apa akan jadi?

CICAK: Jariku tersepit pintu! (sambil upload gambar jari berbalut)

KAMBING: Gatal la badan ni... kejap lagilah mandi, malas lah pulak!

HARIMAU: Eh... ada daging pulak terselit kat gigi malam ni...

terlalu sangat suka update perihal diri kan... facebook aku... aku punya sukalah... ye dak? renung-renungkan... dan selamat beramal...

25 October 2015

TAHU TAK APA BEZA BUTANG BAJU LELAKI DAN PEREMPUAN

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu
Kali ni kita share pasal pakaian la pulak ye...

Ilmu jugak kan...

Nampak tak bezanya?
Butang baju perempuan bahagian kanan di atas...

Lelaki pula bahagian kiri di atas...

Itu adalah kod etika pembuatan pakaian...
Untuk pasaran umum

Perasan tak?

Untuk semua jenis pakaian lelaki dan perempuan kita boleh nampak perbezaan ini...

Termasuk zip seluar!
Cepat2 check pakaian korang heh =)
Jangan tersalah beli!

Cutting seluar lelaki dan perempuan pun ada bezanya... bukan pakai sarung je ye!

01 November 2014

7 PERMAINAN BUDAK SEKOLAH MASA CIKGU TIADA

Assalammualaikum

ahha semoga semuanya sihat selalu...

korang akan study atau bermain jika cikgu M.C atau ada meeting atau cik masuk lambat... aku yakin majori pelajar... mereka akan bermain di dalam kelas... paling tidak pun bergosip-gosip...

antara permainan yang popular adalah...

1. main tutup botol
mesti lah ada stand by tutup botol dalam beg... ade 5 biji... bila cikgu tak de baru keluarkan... syok oooo

2. main nama, negeri, buah dan ape tah aku lupa...
kena buat beberapa kolum... biasanya guna buku garis satu hehe sape pernah main mesti tau... boleh jadi gaduh tau =)

3. main batu seremban
mirip main tutup botol...  ni orang perempuan lebih suka main la....

4. main titik titik (the dots game)
buku matematik yang kat belakang akan digunakan... haha terkantoi dengan cikgu... habis lah =)

5. lawan pemadam
siapa terror banyak giler dapat kumpul pemadam... biasanya kena guna pemadam leper baru senang menang... pemadam yang gambar bendera atau ada huruf-huruf tu...

6. bola sepak kertas
ni memang best terbawa-bawa sampai ke rumah... pintu goal, orang dan bola... semua daripada kertas... memang ohsem.... siap cantum meja tau masa main...

7. main pistol pen
peluru guna kulit buah duku... sakit jugak kalau kena... tapi syok... nanti ketua kelas atau penolong... akan marah-marah sebab buat sepah... dan orang yang bertugas bersihkan kelas pun akan marah... cikgu pulak lagilah marah!!!

siapa yang kurang main dan banyak study mesti dia tak rasa detik-detik manis... jadi budak sekolah... sebab budak-budak tau nye main je... haha =P

31 October 2014

ORANG PERAK DAN ORANG SARAWAK

Assalammualaikum...

okay kali ni aku nak kongsi cerita lawak... asyik-asyik yang serius je ye tak?

ni kisah orang Perak dan orang Sarawak... mereka berjumpa dan berbual...

Sarawak : Awak ni orang Perak kan?
Perak : ye, kenape?
Sarawak : Bahasa korang berbeza sikit kan?
Perak : Ada le sikit
Sarawak : Kalau terbakar, korang panggil apa?
Perak : Terbako, terbako
Sarawak : Hmm.. memang lain, kita orang panggil lain.
Perak : Korang panggil ape?
Sarawak : Kita orang panggil Bomba.
Perak : cis @#!!

Senyumlah sikit!!! =)



30 September 2014

NAIK MOTOR PELUK ERAT-ERAT

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu... dan bahagia di samping keluarga tersayang...

masa aku sekolah dulu... ada la sepasang suami isteri... ustaz dan ustazah aku... naik motor pegi sekolah... motor jenis biasa-biasa saja... bukan la kawasaki ninja... Ducati atau yang sewaktu dengannya...

tapi si isteri memang peluk erat gila-gila si suami... haha sampai kan kami ni suka gelak-gelak bila tengok depa berpeluk sakan atas motor huhu (jahat tak)...

now...

bila aku dah kawin... haha... aku rasa bagi mereka-mereka yang selalu sibuk dengan urusan masing-masing... sekali sekala dapat membonceng husband... tu lah masanya nak peluk erat-erat... biarpun naik Honda C70 je... he3...

maksud aku...
secara automatiknya akan terasa kemesraan dan kasih sayang tu meresap ke dalam sanubari... cewahhhhhhhhhhh... aku rasa macam tu la feeeling ustazah aku tu dulu... keh3

walaupun baru lepas bergaduh ke ape... sebagai penumpang belakang kita kena lah peluk erat-erat supaya tak tergolek... itu peranan peluk erat-erat semasa naik motor... selain tu secara halusnya ia dapat memberi nostalgia romantik... dan juga salah satu cara mengeratkan kasih sayang suami isteri...

semakin lama semakin gua faham feel jadi bini-bini ni haha

hihi tu pandangan aku je laaaaaaaaaa =)

ok babai see u next =)


28 September 2014

NOSTALGIA BLOGGER

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

aku mula berblog pada tahun 2009... blogspot bukan la medium pertama aku... mula-mula aku guna 'Friendster', dan kemudian 'Yahoo' tak silap aku... lepas tu baru aku guna blogspot...

2009 merupakan tahun percubaan bagi aku... dan 2010... memang sangat seronok.... dan penghujung 2010 aku pun bernikah.... so agak slow la sikit... sampai ke 2013 dan 2014... aku mula aktif kembali...

masa tahun 2010... sangat ramai blogger baru... tumbuh bagai cendawan selepas hujan... masing-masing berlumba-lumba untuk menghasilkan blog yang terbaik... belajar mengenai SEO... bagaimana cara nak tingkatkan trafik dengan penulisan... memang hari-hari ade je blogger baru... dan geng-geng aku pada awal 2010... ada yang semakin sukses dan ada yang mula menyepi...

antara rakan-rakan blogger yang selalu lepak sesama kat kedai kopi 'maya' adalah  blogger...
Cik Tom - www.ciktom.com
Zaer, Yuyu, Mankete, Jeman Beragas, Mak a.k.a Lagenda Mahsuri dan lain-lain... banyak suka duka kami sesama... bergurau, berkongsi ilmu, bergaduh... hahaha memang sangat nostalgia....

masa tu masih single... so depa  call me MissXYZ.... now just XYZ...

nak cari idea untuk taip blog setiap hari... ilmu untuk tarik pembaca... kepentingan komen daripada pembaca... belajar mengenai SEO... dan lain-lain... banyak ilmu yang dapat ditimba... kebetulan aku memang sangat suka dengan komputer dan internet...

memang tak dapat dipisahkan... tak de handphone ok lagi la... tapi kalau tak de komputer dan internet... huhuhu rasa suram... 

semoga aku dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat...



15 August 2014

CARA ERATKAN HUBUNGAN KELUARGA

Assalammualaikum....

hubungan keluarga... sangat penting... terutama antara emak, ayah dan anak-anak... itulah keluarga kecil kita... masa yang ada mestilah dimanfaatkan untuk keluarga... cari nafkah untuk keluarga... beriadah bersama keluarga... bercuti bersama keluarga...

mungkin bapa kadang kala sibuk mencari rezeki di luar... tapi si ibu jangan pula abaikan anak-anak... selalulah hiburkan hati mereka dengan perkara bermanfaat... kerana ini semua boleh mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga...

antara aktivitinya...

membaca:
membaca bersama anak-anak, mengajar mereka membaca, mencari material untuk dijadikan bahan bacaan... ajar anak baca iqra', ajar anak bahasa ibunda, ajar anak bahasa antarabangsa... ini semua aktiviti yang menyeronokan bagi anak-anak... dengan kos yang paling minimum...

bersiar-siar:
setiap hari pastikan anda beri peluang anak-anak untuk bermain diluar rumah dan bawa mereka bersiar-siar... menaiki kereta... motosikal atau berjalan kaki.... sambil-sambil tu boleh berbual-bual dengan mereka... untuk uji pengetahuan mereka tentang alam sekitar.... jika ada anak kecil boleh tanyakan kepadanya... itu apa? mana pokok manggis? dan lain-lain... secara tak langsung mereka dapat belajar, beriadah dan juga hubungan antara ibu dan bapa semakin erat...

bermain:
bermain saidina... uji ilmu matematik anak... bermain catur... uji ilmu strategi anak-anak... main permainan yang boleh libatkan ramai orang... lagi bertambah meriah...

masak bersama:
antara suami dan isteri... anak-anak juga boleh turut serta dengan pengawasan ibu bapa... nanti anak-anak anda akan kenal yang mana satu gula... garam... bawang merah...dan lain-lain bahan-bahan dapur... - my son ahmad (3 tahun)... memang suka teman mama nya ke dapur... kicap adabi... kurma safiya.... bawang merah... minyak masak... tumis... goreng... hampir semua hal ehwal dapur dia tau... sampaikan cita-cita nak jadi chef... pakar masak katenye la...

mengemas:
ajak anak-anak, suami juga tolong mengemas... ini boleh membentuk dan mengasah kreativiti.... dalam kemahiran meminimunkan penggunaan ruang... mengguna semula perkakas rumah... mengajar mereka perasaan menghargai... hasil usaha orang lain mengemas.... melatih mereka untuk jadi pengemas... dan berdisiplin...

bercuti:
jika ada bajet lebih... bolehlah bawa keluarga anda bercuti di dalam negara atau luar negara... untuk belajar mengenal budaya dan cara hidup di tempat lain... selain menikmati pemandangan yang baru... dari lokasi tempat tinggal anda...

sebenarnya banyak lagi perkara yang kita boleh lakukan bersama ahli keluarga... bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan... dan hargailah keluarga yang kita miliki... kerana itu semua pinjaman sahaja... sampai masanya mereka akan pergi meninggalkan kita... dan yang tinggal cuma kenangan... jadi coraklah kenangan dan memori yang indah bersama mereka...

sekian...

my hubby memasak menu special... ikan keli panggang dengan mangga...

anak-anak gembira dapat bermain kat luar

masa kat army museum PD

on the way to Teluk Gorek...diaorang suka turunkan seat depan samapai habis... then duduk berdua kat atas tu... =)

mengaji iqra'

singgah makan kat sagil... masa on the way balik kampung lepas one week holiday... 
Kuala Selangor - Port Dickson - Segamat

i love my family... kalau cite pasal family hubby gua boleh jadi sedih kih3...
actually my hubby sayang kat wife dia ni... sebab tu sanggup buat apa saja untuk bini dia... 
"abang akan usahakan apa permintaan sayang selagi mampu"

Alhamdulillah syukur =)

31 July 2014

3 PERKARA KEJI DI HARI RAYA

Assalammualaikum...

tak terlambat rasanya nak wish selamat hari raya... ye tak? maaf zahir dan batin...

okeh berbalik pada isu... 3 perkara keji di hari raya...

pertama
tuan rumah tanya tetamu nak makan kuih raya ke nak duit raya je... gua rasa ni la perkara paling tak beradab dalam sejarah peradaban melayu kuno hingga lah melayu moden kini... pada aku ni memang sangat kurang ajar kepada tetamu... biarpun soalan tu ditanya pada budak-budak...

dan juga sebaliknya...

bila tetamu sendiri yang cakap dia hanya nak duit raya sahaja... tak nak masuk umah menjamah juadah dan minum air... ini juga perkara yang sangat kurang sopan... biarpun si pelakunya kanak-kanak... ni mesti mak bapak tak reti nak ajar anak jadi orang yang beradab...

kedua
si tetamu atau tuan rumah... sibuk sangat dengan gadjet masing-masing... masa tu tu la nak reply mesej FB... nak reply mesej whatsapp... dan lain-lain.... memang keji la bagi gua...

ketiga
bertambah keji lagi... bila tanya tuan rumah ape password wifi tuan rumah.... ni dah jatuh tahap Super Keji... =) hahaha...

gua harap... mereka yang beradab tak de la lakukan perkara-perkara di atas ni... supaya anda tak tergolong dalam golongan yang keji di hari raya hahaha =)

babai...

29 June 2014

PERTEMUAN DITENTUKAN ALLAH

Assalammualaikum

semua yang terjadi Allah sudah tentukan... aku dah lama tak jumpa kawan masa sekolah dulu... even... kami asal daripada tempat yang sama...

last berjumpa pada raya 2011... dia datang melawat aku bersalin... anak pertama.... dan pada 21 jun 2014....

di Teluk Gorek Mersing....

my friend ade kursus kat situ la... that day kursus dah abes... dia pun terasa nak amik gambar pemandangan Teluk Gorek... snap dua keping gambar.... bila tengok semula... dia perasan dalam gambar macam husband aku... dia baru nak cari aku kat mana...

aku pun dah perasan dia... aku pun panggil la...

serius memang cantik pertemuan yang Allah dah aturkan....



1st picture (husband aku)


2nd picture (ada aku)

28 June 2014

AJAR ANAK BERENANG

Assalammualikum

sekali sekala seronok jugak beriadah bersama anak-anak ni ye tak... nak-anak ade anak-anak yang suka main air ni... seronok betul tengok keletah dia orang...

my hubby sangat suka selam-selam kan anak kita orang... tapi abang ahmad agak penakut sikit berbanding adiknya Alisha... 



jumpa kawan baru ajar swimming =)



nampak kan muka abang macam cuak je hu3








thanks dear sebab rajin melayan anak-anak kita swimming =)
Alisha suka sangat dapat masuk air.... abang Ahmad berani-berani takut... huhu
sabo je la....

ok babai

07 June 2014

BILA DAH ADA ANAK...

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu... dan gembira di samping keluarga tersayang.... cewah... masa bujang memang banyak masa nak buat itu ini.... dapat duit pun guna untuk diri sendiri je.... belanje mak ayah... tu je lah...

ohhhh...
bila dah ade anak... mesti la macam-macam fikir...

- saving untuk anak-anak (aku lepas pantang je biasanya terus buka saving akaun untuk anak-anak)
- nak belikan buku untuk diaorang la
- nak belikan pakaian, kasut dan lain-lain...
- nak bawa gi holiday

pendek kata semuanya nak fikirkan untuk anak... sebab anak-anak yang dah makin besar diaorang selalu teringin macam-macam... so, aku akan usaha untuk dapatkan...

duit boleh dicari... kegembiraan belum tentu boleh dibeli... pada aku lebih banyak aktiviti bersama anak-anak... lagi erat hubungan kita dengan mereka... macam tu jugak hubungan suami isteri...

kerjaya boleh bersilih ganti...
keluarga tiada tukar ganti...

* latest plan nak bawa anak-anak mandi swimming pool dan jalan-jalan pergi ostrich farm.... kena tunggu hubby cuti la... =)

untuk anniversary celebration dan besday my hubby... kena fikir tempat lain la plak =)

03 June 2014

ANTARA GENRE YANG DIGEMARI RAKYAT MALAYSIA

Assalammualaikum

berdasarkan pengalaman aku... rakyat Malaysia ni terutamanya yang Melayu... sangat suka kepada hiburan dan gosip-gosip.... bila ada tajuk berita dalam blog..... dalam paper.... yang agak hot je.... mesti terlajak larisss... selain tu isu politik.... isu yang ada berbau lucah.... memang akan jadi hot...

orang Malaysia masih kurang suka kepada sesuatu yang ilmiah.... kisah-kisah tentang sejarah Islam.... sejarah kebangkitan Islam.... selain tu suka sangat menonton drama adaptasi daripada novel cinta.... yang sangat mengarut...

aku rasa malas nak ulas panjang lebar hal-hal macam ni... sebab banyak dah kot teguran yang diberikan oleh ustaz-ustaz dan orang perseorangan.... mengenai tabiat rakyat Malaysia.... ni...

selamat hari selasa....

don't waste your time bebeh =)

23 May 2014

LELAKI KURANG BAIK PUN TAK NAK PEREMPUAN MURAH

Assalammualikum

semoga bahagia selalu...
lately... ramai sangat perempuan yang seronok bila kena ngurat... semalam aku terdengar panggilan hangit.... untuk seorang perempuan... ade lelaki nak berkenalan... tapi dia cakap tak nak... sebab tak kenal... dan bersungguh-sungguh dia untuk mengelak daripada berbual dengan lelaki yang tak dikenali lama-lama...

satu je aku nak cakap aku respect dengan dia walaupun aku tak kenal... sebab sangat menjaga... ya... maruah seorang wanita... mungkin dia juga fikir jika dia tergedik-gedik dengan lelaki... mungkin ayah dia juga akan tumpang 'berkongsi dosa'...

ye... anak perempuan yang belum bernikah... dosa masih ditanggung oleh ayahnya juga... kerana itu ada frasa "wanita... tutuplah aurat mu... jika sayangi ayah dan suamimu..."

aurat mesti dijaga...
nada suara mesti dipelihara...

mungkin ade yang bangga sebab ada suara menggoda... selak-selak ada yang tergoda... tapi dia belum nampak lagi neraka menunggu... yang meyala-nyala...

ade... 
rasa diri cantik... market baik... so... tunjuk sana sini... tapi Allah uji... tak berjodoh sampai lanjut usia... Allah nak tunjuk bukan kerana cantik je dia akan dipilih untuk menjadi suri.... jagalah aset yang telah dianugerahkan... bukan untuk didedah-dedahkan... bukan untuk ditayang-tayangkan...

tanya lah lelaki... jahat pun...
mesti dia akan cakap... dia nak perempuan baik jadi isteri... tak baik banyak... baik sikit pun jadilah... semoga semua wanita menjadi wanita yang mahal...

=)





21 May 2014

AWAS!!! JANGAN BERLAMA-LAMA DI TANDAS ATAU BILIK MANDI!!!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Awas!!..Jangan lama2 di Tandas atau Bilik Mandi...
.
Dalam sebuah hadis,,Rasulullah bercerita bahwa Iblis meminta tempat tinggal kepada Allah seperti halnya Allah memberikan tempat tinggal kepada anak adam untuk berada di bumi..
.
"Ya Allah,,adam dan keturunannya Engkau beri tempat tinggal di bumi,,maka berilah pula aku tempat tinggal..!!" Kata Iblis..Allah berfirman,,"Tempat tinggalmu adalah bilik mandi atau tandas..(HR. Bukhari) 
.
Dari situlah kemudian Iblis pun menggoda setiap orang yang memasuki rumahnya yang berupa bilik mandi atau tandas..
.
Godaan iblis macam-macam dan aneka warna.contohnya menggoda manusia supaya: 
.
1. Berlama-lama di dalam bilik mandi
.
2. Bernyanyi atau berkata-kata
.
3. Bermain-main air atau sesuatu yang lain (bawa hp mendengarkan muzik, ber'facebook') 
.
4. Membisik seseorang supaya kencing sambil berdiri 
.
5. Membiarkan baju yang kotor t'gntung di dalm bilik mandi
.
6. Melupakan seseorang untuk berdoa ketika hendak masuk atau keluar dari bilik mandi 
.
7. Mengambil Wuduk sambil telanjang 
.
8. Mengoret-oret dinding bilik mandi 
.
9. Merencanakan kejahatan 
.
Maka,,hati-hatilah sewaktu dalam bilik mandi atau tandas.Dan tips yang baik adalah mandi,buang air dll sewajarnya saja.. 
.
lebih cepat lebih baik 

12 May 2014

NABI ISA TENGAH BUAT APE?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...

korang mesti ade kawan2 non muslim kan?
ade beberapa orang kawan non muslim aku yang suka tanya soalan pelik2...
sakit ati nak jawab ha3

ni cite mase aku study kat shah alam dulu la...

one day ade member aku budak sarawak tanya kat aku....

ms.X: dila nabi isa tu tak kena salib kan? dia dah ke angkat ke langit kan? dah ade kat syurga ye? dia tengah buat ape ye sekarang ni?

aku: weh mak ko tengah buat ape sekarang ni ye? ko boleh tau tak kalau orang tak tanya ikot tipon?

ms.X: mane la aku tau... eh tadi aku tanya pasal nabi isa... la...

aku: ye la aku pun mane tau nabi isa tu tengah buat ape... penglihatan aku ade batas... yang Maha Melihat ade satu je.... paham?

mental jugak nak jawab soalan member2 non muslim ni... 

okeh sekian...






24 July 2013

LAWAK - PURA-PURA PANDAI SOLAT SUBUH

salam dan selamat sejahtera...
petang petang ni kalau tengok cite lawak pon best gak... jom layan...

13 January 2013

RENUNG DAN PERHATI BETUL-BETUL

salam dan selamat sejahtera... 
jom rehat-rehatkan otak dan mata...
cube korang tengok gambar kat bawah ni... ape yang korang boleh nampak??? =)


12 January 2013

KUCING DAN SERBUK PENCUCI


Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 tahun membeli sekotak serbuk pencuci daripada 
sebuah kedai runcit. 

pekedai : banyak sangat ke pakaian nak dibasuh? 
budak   : saya nak mandikan kucing saye
pekedai : eh..tak boleh gunakan serbuk ni,ia terlalu kuat untuk kucing awak.silap-silap kucing awak mati nanti. 

budak itu terus berlalu selepas membayar harga serbuk pencuci itu.Seminggu kemudian budak itu 
kembali ke kedai runcit tersebut. 

pekedai : bagaimana kucing kamu? 
budak   : mati! 
pekedai : kan saye dah kata...! 
budak   : tapi saye tak fikir serbuk itu yang membunuhnya. 
pekedai : Habis siapa yang membunuhnya?
budak   : mesin basuh itu..ia berpusing terlalu laju.



29 July 2012

GATAL LAH KAU NI!!!

salam dan selamat sejahtera...

ok ringkas dan padat...

situasi...

si A: weh aku nak kawin lah
si B: gatal btol... muda-muda da nak kawin...

si C: weh aku baru je kapel tadi...
si B: wow cool!!! sape name dia?? budak mane??? (very exited)

nota: mane lebih bagus? kapel atau nak sempurnakan sebahagian daripada agama? he3 renung2 kan...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...