GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

04 October 2015

PERKATAAN INGGERIS YANG JADI KELAKAR BILA BUAT 'DIRECT TRANSLATION'

Assalammualaikum

asyik entri serius je... kali ni nak share entri yang antai-santai je... sambil senyum-senyum... tapi tak de la sampai ketawa terbahak-bahak... jom tengok!!!

1. hangout / gantung luar

2. thumb drive / ibu jari pandu


3 heartbreak / jantung rehat


4. withdraw / dengan lukis


5. box office / kotak pejabat


sebenarnya banyak lagi perkataan inggeris lain seperti handsome (tangan beberapa), homeless (rumah kurang), dan banyak lagi lah...

cuba sesekali korang gunakan perkataan 'tangan kedua' (second hand).... "weh ko beli kereta tangan kedua ke?" walaupun tu bukan direct translation... tapi jarang digunakan ye tak?

ok... babai...

05 July 2014

KISAH BENAR LAILATUL QADAR


Assalammualaikum...

lawak jugak hihihi...

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah. Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat teraweh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk join kawan2 melepak kat surau taman sebelah.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram waktu isyak aku lihat kubah masjid berada di tanah seolah olah sujud ke bumi. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah.

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah. Kubah tu sujud la abah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? " ini baru mlm pertama ramadan..engkau dah jumpa lailatul qadar!!!!!

Tidak pasal-pasal aku kena sergah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. Pasal tu kubah tu dia orang angkat letak kat tanah.. " sambung Abah mengomen.

* Menyambut ketibaan bulan ramadhan ~ semoga kita akan rajin² pergi masjid dan surau ...Jangan tegur benda yang pelik jika dah lama tak ke surau/masjid.

04 July 2014

KISAH MASUK MEMINANG

Assalammualaikum...

jom rehatkan otak... baca cerita kelakar jap... =)


3 lelaki masuk meminang anak Pak Imam.

Pak Imam - " Kau nama siapa?"

Lelaki 1 - " Nama saya Yusuf.."

Pak Imam - " Haa.. Kau baca surah Yusuf.. Aku nak dengar.."

Lelaki 1 membaca surah Yusuf dengan lancar..

Pak Imam - " Apa nama kau?"

Lelaki 2 - " Nama saya Ibrahim, Pak Imam.."

Pak Imam - " Kau baca surah Ibrahim.. Baca dengan betul.."

Lelaki 2 membaca surah Ibrahim dengan baik dan lancar..

Lelaki 3 mulai menggigil. 

Pak Imam - "Kau.. Nama kau apa..?"

Lelaki 3 - " Err.. Err.. Nama saya Yasin.. Err.. Tapi kat rumah, Mak dan ayah saya panggil saya Qulhuwallahuahad.."

09 October 2013

MADAH BERCILI - VERSI KELAKAR

Assalammualaikum dan selamat sejahtera....

Hai hai hai.... kadang-kadang kita rasa bosan jugak kan.... dengan entri serius.... so hari ni aku nak kongsikan koleksi madah bercili....


"Setiap kali saya ke Taiwan... seringkali saya dihulurkan tisu tandas.... barangkali mereka menyangka saya beristinjak seperti mereka" - Bekas Ratu Kebaya Malaysia 1998

"Perkataan pertama yang saya ajarkan kepada anak saya adalah 'cantik'...  supaya senang untuk beliau memuji bahawa ibunya seorang yang cantik" -  Perangkul Anugerah Ibu Mithali 1986

"Tandas duduk sangat merbahaya untuk keselamatan saya... manakala tandas cangkung pula sangat memenatkan saya..." - Bekas Pemenang Miss of Zimbabwe

"Setiap kali selepas makan dua pinggan nasi... saya tak putus berdoa untuk memiliki tubuh yang kurus dan langsing" - Bekas Pengguna Minuman Kacip Terlabik

"Oooo.... sana tade jambatan ya? Nanti saya buat sungai, supaya boleh bina jambatan" - King of Value

Ok cukuplah ye...  jumpa lagi di lain entri... =)

08 October 2013

PANGGIL CIKGU SIAL

Budak-budak zaman sekarang memang macam-macam hal... jom layan satu cite...

Cikgu: murid-murid semua siapkan latihan muka surat 112... esok saya nak semak...
Abu: ape dia cikgu?
Cikgu: lain kali dengar betul-betul masa saya cakap!
Abu: sial!
Cikgu: ape kamu cakap tadi?!!
Abu: lain kali dengar betul-betul!


Ha3 cikgu nya pulak yang terkena...

Babai...

02 September 2013

LAWAK RANTAI TURUN MENURUN

salam dan selamat sejahtera

Kisah ravi dan bininya pergi berjogging... tiba-tiba beliau disamun.... penyamun mahukan duit.... tetapi disebabkan takde duit... penyamun pun mintalah rantai isteri si ravi...

Ravi: aiyoooo.... rantai turun menurun isteri saya pun mau ka? 
Penyamun: ya lah...
Ravi: ini turun menurun dari nenek... mak... aiyooo

Hahaha... penyamun pun faham tu rantai turun temurun....

28 July 2013

12 January 2013

KUCING DAN SERBUK PENCUCI


Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8 tahun membeli sekotak serbuk pencuci daripada 
sebuah kedai runcit. 

pekedai : banyak sangat ke pakaian nak dibasuh? 
budak   : saya nak mandikan kucing saye
pekedai : eh..tak boleh gunakan serbuk ni,ia terlalu kuat untuk kucing awak.silap-silap kucing awak mati nanti. 

budak itu terus berlalu selepas membayar harga serbuk pencuci itu.Seminggu kemudian budak itu 
kembali ke kedai runcit tersebut. 

pekedai : bagaimana kucing kamu? 
budak   : mati! 
pekedai : kan saye dah kata...! 
budak   : tapi saye tak fikir serbuk itu yang membunuhnya. 
pekedai : Habis siapa yang membunuhnya?
budak   : mesin basuh itu..ia berpusing terlalu laju.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...