GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label lawak keji. Show all posts
Showing posts with label lawak keji. Show all posts

11 October 2014

SINETRON NAJIB DAN ROSMAH

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu....

sasikan sinetron yang bakal terbit!!! hahaha

Suatu hari Najib bersama Rosmah naik helikopter untuk meninjau keadaan rakyat. Ketika helikopter terbang berlegar di sekitar satu kawasan kampung kecil terjadilah satu perbualan antara mereka;
Rosmah : Kalau ayang campak keluar 4 keping duit RM50 ni ke bawah maka pasti 4 orang yang dapat duit ini akan rasa gembira.
Najib : Kalau abang campak keluar 200 keping duit RM1 ni ke bawah maka pasti 200 orang yang dapat duit ni akan rasa gembira.
Tiba-tiba pilot yang dari tadi mendengar sahaja perbualan mereka menyampuk; "kalau saya campak Datuk Seri dan Datin Seri ke bawah, 28juta orang rakyat Malaysia akan rasa gembira… "




04 June 2014

CIBAI ASING

Assalammualikum...

orang kata masuk kandang kambing mengembek.... masuk kandang harimau mengaum.... tapi kalau tak mampu tiru jangan ditiru.... nanti lain jadinya....

tu la umpamanya macam kisah yang aku nak ceritakan ni....  okey.... dulu tahun 2004.... masa aku study kat UiTM Arau.... ade la kedai makan kat dalam UiTM tu nama May Corner... orang utara panggil lada atau cili depa panggil cabai...

diulangi CABAI....

ok... kat cafe tu menu famous diaorang adalah Moi Sup... orang utara mesti tau punya lah... sebab mende ni sangat la sedap.... terutamanya bila ade sambal sekali... bila dah jadi pembeli boleh la request macam-macam... ye tak?

masa aku tunggu order aku sampai kat kaunter... datang seorang budak... datang nak order... 

"makcik moi sup dua..." budak tu
"ok sat na..." makcik jawab
"cibai asing ye makcik" budak tu

makcik tu dah tergelak... aku ngan member aku dah berdekah-dekah gelak... ok... dia order memang special nak cibai asing ko... hahahaaha

"tu bukan cibai... itu cabai..." terang makcik tersebut

budak tu pun tersipu-sipu malu... 



gambar yang aku google di 
http://patyskitchen.blogspot.com/2012/01/simple-sunday-with-vietnamese-chao-thit.html

28 July 2013

27 September 2010

AKHIRNYA SEMUA STRESS!!!

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA...

KALI NI KITA LAYAN CITE KELAKAR YE... 

KISAHDARI WAD ORANG GILA...

PADA SUATU HARI....

SEBAIK SAJA BERJAYA MELEPASKAN DIRI DARI WAD ORANG-ORANG GILA...PESAKIT TERSEBUT TERUS MELARIKAN DIRI KE TENGAH BANDAR... KAKITANGAN HOSPITAL DI KERAH MEMBURUNYA.TIDAK SAMPAI BEBERAPA JAM BELIAU TELAH DI TEMUI SEMULA DAN DI TANGKAP DI HADAPAN KHALAYAK RAMAI.BELIAU KEHAIRANAN LALU BERTANYA:

`BAGAIMANA ENGKAU MENGENALI AKU?`

`DARI PAKAIAN TUAN YANG BERBEZA DARI ORANG BANYAK `JAWAB PETUGAS DENGAN JUJUR SAMBIL MENUNJUK PERKATAAN `HOSPITAL BAHAGIA` YANG TERTULIS DI BELAKANG BAJU PESAKIT.

`.....TAPI BAGAIMANA ENGKAU YAKIN YANG AKU INI ADALAH AKU ?`

PETUGAS HOSPITAL KEHAIRANANAN DAN BERFIKIR MENCARI JAWAPAN SEHINGGA SEMUANYA DI TANGKAP DAN DI MASUKKAN KE WAD YANG SAMA...

GAYA, MUTU, KEUNGGULAN HEHEHEH

05 September 2010

NYONYA DAN LIF



Pada suatu hari, seorang Nyonya bernama Nyonye Mei Lee datang ke KL untuk kali pertama selepas menang loteri.

Beliau check-in disebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Nyonya Mei Lee.Nyonya Mei Lee dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Nyonya Mei Lee melihat ke sekeliling.

Beliau tetiba menjadi marah lalu berkata kepada pelayan tersebut.

"Eksekius mi, lu jangan ingat wa tua, mali dari kampung, tarak tau duduk hotel.. sudah baya latus latus, lu kasi ini bilik ka??! kicik!! tarak tibi,tarak lemari tarak apa pun??? katil mau titun pun tarak???? haiyyaaa.. mau 
tipu olang ka??!!"

Lalu pelayan itu pun menjawab...

"Sabar Nyonya, ini baru lift, maaa...."

28 August 2010

ADEGAN PANAS BULAN RAMADHAN

salam
moga sihat sentiasa


tengok la betul-betul...
ni kan tuala...
siot je....

25 August 2010

SEBELUM MALAM PERTAMA...



salam
selang beberapa entri akan ade entri... kurangkan tekanan... okay kan?
Sepasang kekasih yang hendak bernikah sedang berbincang. Si Gadis berbisik pada kekasihnya, “Sekarang waktunya kita saling jujur agar kelak kita tidak kecewa.”
Si Pemuda mengangguk. Gadis berkata, “Sesungguhnya dada saya rata, seperti papan. Kalau kau tidak suka katakan saja. Kita boleh batalkan pernikahan ini. Saya sedia menghadapinya,” kata Si Gadis.
Si Pemuda dengan lemah lembut menjawab, “Itu tidak menjadi masalah. Bagiku seks bukanlah hal yang penting. Tetapi cinta kasih.” Gadis pun lega mendengarkannya.
“Saya juga perlu mengatakan sesuatu sejujurnya padamu,” jelas Si Pemuda. Gadis mengangguk tersenyum.
“Sesungguhnya ‘anu’ saya seperti bayi,” kata Si Pemuda.
“Syyy… sudahlah, itu tidak penting. Bagiku seks bukanlah hal yang penting, tetapi cinta kasih,” sahut Si Gadis. Si Pemuda pun lega mendengarkannya.
Malam pengantin pun tiba. Si Gadis mula membuka baju dan nampaklah dadanya yang memang benar-benar rata. Si Pemuda hanya tersenyum melihatnya.
Kemudian Si Pemuda mula membuka seluarnya sehingga nampaklah ‘anu’nya. Melihat ‘anu’nya itu Si Gadis menjerit dan pengsan. Setelah sedar Si Gadis bertanya, “Kau katakan ‘anu’mu seperti bayi?”
“Ye la memang seperti bayi, panjang 50 cm dan berat 3 kg…” Sabo jer lah.
p/s: hahaha lucah sikit je lalala =P

20 August 2010

PUNCA PERUT SEBU DAN MENGERAS DI BULAN RAMADHAN



salam
semoga hari-hari yang dilalui penuh ceria dan gembira....
disamping limpahan rahmat dariNya... =)

perkara ni mugkin terjadi setelah korang semua membaca petikan-petikan di bawah... jom silakan bace... jangan malas-malas... membaca jambatan ilmu... =)

Satu percakapan dipetik di atas sebuah bas yang penuh sesak dengan penumpang. Seorang penumpang mencuit bahu penumpang lain dan bertanya dengan penuh sopan.

"Maafkan saya, apakah anda anggota angkatan bersenjata?"

"Tidak."

"Apakah ayah atau keluarga anda yang lain anggota angkatan bersenjata?"

"Tidak."

"Apakah anda anggota polis?"

"Tidak."

"Atau barangkali, bekerja di jabatan pemerintah?"

"Tidak."

"Jadi, tidak ada keluarga anda berhubung kait dengan pemerintah?"

"Tidak."

"Kalau begitu, jangan pijak kaki saya!"

______________________________________________________________________________


Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya, "Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah menganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut. Doktor minta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu..., dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut saya tidak berbau dan senyap."

Doktor itu menjawab, "Ok, sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan." 

Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali. "Tuan Doktor," panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau apa yang yang doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...tapi baunya sangat busuk." Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat, sekarang, mari saya periksa telinga makcik."

dipetik daripada himpunan DVD kelakar MissXYZ

p/s: ade lagi 20 DVD kisah kelakar... mau?

14 July 2010

SEINDAH AWAL PERKAHWINAN




seindah awal perkahwinan

teruna: akhirnya inilah saat yang ku tunggu telah sekian lama...
dara: apakah kau rela kalau aku pergi?
teruna: tentu tidak! jangan sesekali kau berfikiran begitu!
dara: apakah kau mencintaiku?
teruna: tentu! selamanya akan tetap begitu!
dara: apakah kau pernah berlaku curang?
teruna: tidak! aku tidak akan melakukan perkara seburuk itu!
dara: mahukah kau menciumku?
teruna: ya!
dara: sayangku....!

sesudah 5 tahun perkahwinan korang bace dari bawah ke atas pulak... hahaha... faham tak? sila bace sampai faham.... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...