GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

23 May 2014

LELAKI KURANG BAIK PUN TAK NAK PEREMPUAN MURAH

Assalammualikum

semoga bahagia selalu...
lately... ramai sangat perempuan yang seronok bila kena ngurat... semalam aku terdengar panggilan hangit.... untuk seorang perempuan... ade lelaki nak berkenalan... tapi dia cakap tak nak... sebab tak kenal... dan bersungguh-sungguh dia untuk mengelak daripada berbual dengan lelaki yang tak dikenali lama-lama...

satu je aku nak cakap aku respect dengan dia walaupun aku tak kenal... sebab sangat menjaga... ya... maruah seorang wanita... mungkin dia juga fikir jika dia tergedik-gedik dengan lelaki... mungkin ayah dia juga akan tumpang 'berkongsi dosa'...

ye... anak perempuan yang belum bernikah... dosa masih ditanggung oleh ayahnya juga... kerana itu ada frasa "wanita... tutuplah aurat mu... jika sayangi ayah dan suamimu..."

aurat mesti dijaga...
nada suara mesti dipelihara...

mungkin ade yang bangga sebab ada suara menggoda... selak-selak ada yang tergoda... tapi dia belum nampak lagi neraka menunggu... yang meyala-nyala...

ade... 
rasa diri cantik... market baik... so... tunjuk sana sini... tapi Allah uji... tak berjodoh sampai lanjut usia... Allah nak tunjuk bukan kerana cantik je dia akan dipilih untuk menjadi suri.... jagalah aset yang telah dianugerahkan... bukan untuk didedah-dedahkan... bukan untuk ditayang-tayangkan...

tanya lah lelaki... jahat pun...
mesti dia akan cakap... dia nak perempuan baik jadi isteri... tak baik banyak... baik sikit pun jadilah... semoga semua wanita menjadi wanita yang mahal...

=)





03 December 2013

PEREMPUAN JANGAN CEPAT CAIR

Assalammualaikum

Masa bercinta semuanya indah belaka..

Betul ke perempuan mudah jatuh cinta?
Betul ke perempuan cepat cair?
Betul ke perempuan ni perasan?

Bila lelaki berbual kat telefon cakap dengan lemah lembut.. mulalah dikatanya... lelaki tu tulus ikhlas mencintai ku... hu3

Padahal memang dengan semua perempuan dia cakap dengan lemah lembut termasuk dengan mak dia... (kau pernah dengar ke di cakap ngan pempuan lain?)

Bila lelaki mula ambil tahu... tanya khabar... mulalah rasa lelaki tu suka kat dia..... kadang-kadang lelaki saja nak test... nak tengok senang ke perempuan ni nak kena ayat...

Bagi lelaki yang masih single... mestilah mereka nak test market.... dan nak memilih mana satu wanita yang mahal untuk dijadikan isteri...

Dan bagi yang sudah berkahwin mungkin mereka saja2 nak tambah kawan pempuan... nak isimasa la katekan...  but bila ada perkara lebih penting mestilah isteri juga yang diutamakan...

So... as a women...
Jangan cepat cair... jadilah istimewa.. dan jangan biarkan diri ditipu berulang kali... wanita mesti kental...


27 July 2010

PEREMPUAN DAN TONG GAS



salam
semoga semuanya sihat selalu

kali ni adalah entri hasil perkongsian daripada encik padin...
menurut encik padin perempuan ibarat seperti tong gas...
apekah? berani betol padin cakap cam tu!!! hehehe

hujahnya:

sifat perempuan yang kadang kala cepat marah... suka menyimpan... dan miliki macam-macam kerenah...  (betul ke cam tu padin? kalau salah sila betulkan ye) jika lelaki tak mampu mengawal atau silap mengawalnya... abis la meletup... betul ke? 

perempuan = tong gas

padin mungkinkah ko sanggup mengumpamakan hana zaty seperti tong gas? hehehe... hana... kalau tak puas hati sila pukul padin laju-laju... =)

sedikit renungan:

wanita itu asalnya daripada tulang rusuk yang bengkok... lelaki tu umpama pemimpin kepada wanita... oleh itu pimpinlah dengan ilmu dan amal... tetapi jika pemimpin sendiri tak berilmu dan beramal... bagaimana dia nak membentuk muridnya menjadi manusia yang baik... wanita tu lemah dari segi kudrat berbanding lelaki. kerana tu lelaki yang gagah perlu menjaga wanita yang lemah ini... di dalam peperanagn juga dilarang membunuh "wanita" perempuan tua dan anak kecil... tetapi lelaki juga perlu ingat tanpa "superwoman" tak mungkin ada "superman"... bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara... bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa... tetapi lelaki juga perlu ingat jangan hanya mengharap ketaatan tapi binalah kepimpinan... pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah... pimpinlah diri sendiri dahulu untuk taat kepadaNya...

Isteri hamparan dunia 
Suami langit penaungnya 
Isteri ladang tanaman 
Suamilah pemagarnya 
Isteri bagai kejora 
Suami menjadi purnama 
Tika isteri beri hempedu 
Suami tabah menelannya 
Tika suami terteguk racun 
Isteri carilah penawarnya 
Sungguh isteri rusuk yang rapuh 
Berhati-hatilah meluruskannya 

wallahualam...

p/s: ni entri bergurau senda... jangan ade yang marah plak ye huhuhu... masih menunggu hujah lelaki = dapur gas hahaha =P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...