GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

13 May 2015

ORANG KITA VS ORANG ISLAM


Orang kita kata
kalau dah ada rezeki baru kahwin,
tapi orang Islam kata
nak tambah rezeki kena kahwin.
Orang kita kata
nak senang kena banyak
simpan duit,
tapi orang Islam kata
nak senang kena banyak
keluarkan duit atau sedekah.
Orang kita kata
dah kaya
baru bantu orang miskin,
tapi orang Islam kata
kalau nak kaya
bantu orang miskin.
Orang kita kata
makan sampai kenyang,
tapi orang Islam kata
berhenti sebelum kenyang.
Orang kita kata
sakit itu bala,
tapi orang Islam kata
sakit itu penghapus dosa.
Inilah keindahan Islam
yang sentiasa positif,
yang bersandarkan
keyakinan tinggi kepada Allah.
Allah Maha Mengetahui.

07 February 2015

IMAN PERASAAN

Seorang lelaki telah datang kepada aku seraya berkata. "Majoriti manusia hari ini mempunyai iman perasaan. Mereka merasa cukup dengan iman yang ada. Mereka belajar agama supaya dapat mengamalkan ilmu tersebut dan berharap dengan iman tersebut dapat selamat di akhirat kelak."

"Apabila ada manusia lain tertindas mereka merasa marah dan sakit hati. Jika ada manusia berbuat maksiat mereka merasa sedih. Jika ada yang tidak menutup aurat mereka merasa malu. Pada yang jahil mereka merasa kasihan. Semua perasaan tersebut dikongsi dan diceritakan dalam media sosial tanpa ada usaha sedikit pun secara fizikal. Inilah namanya iman perasaan."

Dia kata lagi, "Perkara yang paling patut difikir-risau-bimbang ialah masalah iman. Manusia akhir zaman dahagakan iman tetapi tidak tahu bahawa mereka sedang menderita iman."

Dia sambung bicara, "Iman kita tak sebanding Sahabat. Iman Sahabat ialah iman pengorbanan. Sahabat telah mengorbankan seluruh kehidupan mereka untuk agama. Mereka sanggup tinggalkan Mekah Madinah semata-mata menyebarkan Islam dan buat usaha atas iman."

"Hari ini kita perlu usaha atas iman. Buat dakwah cara Nabi. Bukan nak betulkan manusia. Bukan nak tunjuk pandai. Tapi untuk islah diri perbaiki diri dan ajak orang lain usahakan iman supaya mereka juga sedia dan ajak orang lain dan orang lain juga usaha atas orang lain sehinggalah agama sampai ke hujung-hujung dunia."

Dia kata, "Semua orang Islam bertanggungjawab atas kerja ini. Kerja mengajak manusia kepada ALLAH. Kita kena buat kerja agama ini ikut cara dan sunnah Nabi. Bukan cara dan fikir kita yang cetek. Pergerakan cara Nabi ini akan menarik hidayah dan rahmat ALLAH."

(Aku merasa dia berkata mengenai aku. Aku pun tak tahu bahawa iman aku iman perasaan atau iman perasan. Dia ada bagi metafora tentang iman perasaan. Aku cuba lukiskan. Moga yang membaca akan lebih faham dari yang melukis.)



kredit to: awang fauzi (4zee) - kartunis MAJALAH GILA-GILA

p/s: anda di mana?

06 February 2015

MEMBAZIR SEBELUM WUDUK

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat...

fenomena yang agak selalu ditemui... terutama jika singgah di masjid-masjid... atau surau... tatkala hampir masuk waktu solat....

sampai-sampai di paip air nak berwuduk....

dah buka air siap-siap...

lepas tu baru nak lipat lengan baju....

tu belum lagi sempat sembang-sembang dan tegur kawan-kawan...

hehehe

betul tak??

tapi...

ada juga yang jenis prihatin dan tak membazir.... sampaikan semasa berkumur pun dia tutup air paip... takut membazir... =)

sekian dan selamat beramal soleh =)




22 October 2014

KISAH SEDIH LENCANA SEKOLAH

Assalammualaikum

yang tengah baca entri ni mesti pernah sekolah kan?

ingat tak dulu-dulu cikgu selalu suruh beli dan jahit lencana sekolah siap letak nama lagi... berapa ramai yang buat? berapa ramai yang kena denda dulu baru buat? haha

tapi bila besar sibuk pulak nak pakai t-shirt (i'm .....) macam-macam colour ada... ni trend sekarang... nasib aku tak terikut-ikut =)

ok babai... tu je nak cakap...


10 October 2014

EH! KAU SALAH RESEPI

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat sejahtera...

sekarang sangat biasa orang-orang share resepi di Facebook... macam-macam resepi ada... kan? ayam masak merah, ikan siakap 3 rasa, puding roti dan lain-lain...

dan sangat selalu juga orang-orang singgah komen... eh.... tak de itu tak de ini... eh ni bahan-bahannya tak cukup.... eh tertinggal halia... macam-macam komen ada.... yang paling aku menyampah ada yang komen eh... awak salah resepi.... eh awak tertinggal itu.... ini...

pada aku nak memasak ni jangan skema sangat.... jangan terlalu ikut resepi... terutamanya dalam memasak lauk-pauk... masak je la guna apa yang ada... tak perlulah tiru bulat-bulat resepi... dan pada aku jika tak letak satu dua bahan tu semua tak jadi masalah dan tak jadi isu besar pun dalam memasak...

yang jadi masalah dan akan rasa memasak tu susah... jika ko rasa seolah-olah wajib untuk lengkapkan setiap bahan-bahan dalam resepi... sebab itu akan jadi masalah besar hahaha

mana tau bahan tu tak de ke... tempat kau susah nak jumpa ke... kan payah.... so memasak ni tak de istilah salah resepi kalau tak masuk sau dua jenis bahan... mungkin masa tu kat rumah dia tak bahan tersebut sebab tu dia tak letak...

dan pada aku... orang yang ada ilmu memasak ni dia kan gunakan apa yang ada di dapur dan diolah menjadi satu menu yang enak.... haaaaa itu baru betul tahu memasak...

kan?

so stop complain.... eh! resepi kau ni salah...

ok see you next bebeh...

wassalam...


09 October 2014

GUA BENCI BARISAN NASIONAL!!!

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat...

benci sahaja tak cukup.... jika tanpa usaha melahirkan rasa cinta... kerana akhirnya akan binasa... hehe


kata-kata buat renungan =)

chill

baiki diri dan peribadi... in sha Allah semua ok =)



12 August 2014

BEST KE JADI SKANDAL?

Assalammualaikum...

wah wah wah... kontroversi je tajuk...

lelaki jadi skandal untuk wanita...
wanita jadi skandal untuk lelaki...

nak nak jika wanita/lelaki yang berskandal tu dah berkahwin...

dua-dua semestinya berdosa... confirm haha... paham-paham je la kalau dah berdosa tu kan... jika tak sempat taubat lu pikir lah sendiri....

sebab aku selalu tengok paper kes-kes pelik sejak akhir-akhir ni... tak de isu skandal atau curang ni... tak de la kiamat makin hampir ye tak?

so renung-renungkan...

dah la kat dunia tak bahagia... sebab setakat jadi skandal je... tak kan nak tak bahagia kat akhirat jugak... lu pikir la sendiri... =)

peace yo!!!

ni skandal guwa jugak.... haha...  =P



ANTARA KIFARAH DAN UJIAN

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu....

jarang berpeluang untuk mengarang dan menaip panjang-panjang...

ada tak yang pernah alami? 

bercinta bagai nak rak tapi tak kawin-kawin jugak... akhirnya kekasih menikah dengan orang lain....
ada peluang belajar disia-siakan dengan bercinta... sudahnya diri sendiri tak ke mana... dan macam-macam lagi perkara yang menimpa pada diri kita yang kadang kala ada yang berfikir... "sampai bila aku harus diuji...?"

cewahhhh ayatnya....

benarkah itu ujian?
atau kifarah dosa-dosa anda?

pada aku... banyaknya rintangan dalam kehidupan... ni... kerana banyaknya dosa kita... al maklum la... jika tak diuji bagaimana dosa kita nak terhapus ye tak?

tu tandanya Allah sayang kita.... Dia tak nak kita mati bersama dosa-dosa yang bertimbun... kang lain pulak ceritanya... hi3...

diuji dengan sakit...
diuji dengan dugaan yang hebat...

ehhh macam-macam lagilah....

semoga kita semua tabah & sabar dalam mengharungi ujian daripadaNya... =)

ni ujian jugak... he3... ujian yang membahagiakan...

semoga aku selalu syukur =)




03 August 2014

JANGAN SALAHKAN AIR BATU



Assalammualaikum...

Batuk , Demam dan Selesema selepas Hari Raya ??? Kadangkala ada yang sakit sampai kena tahan wad.

Jangan salahkan Air Batu yang di hidangkan atau musim buah buahan tetapi doa pada Allah s.w.t moga moga sebagai kafarah terhadap dosa dosa kita yang lalu , mungkin insya allah kesan di atas rintihan dan munajat kita pada Allah s.w.t sepanjang Ramadhan yang lalu , menunjukkan Allah s.w.t ingin mengampun kita mana tahu dengan sifat penyayang Khaliq pada hamba hambanya..ianya tidak mustahil... wallahualam...

Justeru moga moga kita terus berdoa dan istiqamah mudah mudahan yang terbaik daripada Allah s.w.t buat diri kita . Semoga di ampuni dosa dosa kita dan di terima amal kita.

Wallahualam

ISTIGHFAR DALAM ISTIGHFAR


Rabiatul Adawiyah pernah berkata,

"Istighfar kita perlu kepada istighfar lagi seandainya istighfar kita hanya dengan lidah sahaja, tidak disertai
dengan hati."

Istighfar ni suatu doa. Doa mohon ampun. Simple pun doa juga.

"Sesungguhnya doa yang paling utama adalah doa yang keluar dari hati yang bersungguh-sungguh dan tekun. Itulah doa yang didengar dan diterima, walaupun doanya sedikit." (HR Al-Hakim)

"Tidaklah menetapi dosa orang yang beristighfar" (HR Abu Daud & Tirmidhi)

Maknanya, walaupun sebut "Astaghfirullahaladzim" je pun, hati pun kena seiring dengan lafaz di bibir. Bukannya bibir melafaz, hati tak ingin. Hati menidakkan.

Istighfar bunyinya satu. Tapi sebenarnya dua.. (hati & bibir)

FAHAM?

SENYUM =)

04 July 2014

MENINGGAL HARI JUMAAT

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu.... begitu pantas masa berlalu...  aku nak share sedikit info... semoga dapat menjadi ilmu buat kita semua =)


Meninggal dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda ‘Husnul Khatimah’, iaitu dibebaskan dari fitnah (azab) kubur.

Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.” (HR. Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani).

02 July 2014

BUAT AMALAN SYAITAN

Assalammualaikum

kadang-kadang... kita rasa kita dah banyak amalan baik.... ye baguslah... tapi adakah kita tinggalkan amalan buruk?

solat sunat rajin buat
puasa sunat rajin buat
suka berdoa
suka mengaji

tapi selamba je hari-hari membazir makanan... buang makanan... masak banyak-banyak... tak habis makan dan rileks je buang makanan....

dia lupa agaknya... membazir tu amalan SYAITAN...

semoga kita semua dijauhi daripada amalan sebegini AMIN....

09 June 2014

DOSA KITA HARI-HARI

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu....

ucap syahadah rukun islam pertama
kemudian solat lima waktu sehari semalam
ketiga puasa di bulan ramadhan
menunaikan zakat fitrah
dan terakhir tunaikan haji jika mampu

buat ke tak semua yang kat atas tu?

hari-hari kita ada ke tidak terlibat dengan riba? loan kereta... loan rumah... 
hari-hari adakah kita menutup aurat? tutup ke aurat tu dengan sempurna?
hari-hari kita ada tak menipu? walaupun bohong sikit-sikit dengan anak...
hari-hari kita ada tak membazir? duit, makanan, air, dan lain-lain....
hari-hari kita ada tak jadi tak amanah? keluar masa kerja? ambil barang ofis buat urusan peribadi...
hari-hari kita pasti ke kita tak kecilkan hati ibu bapa kita?
hari-hari adakah kita yakin tiada teman, tetangga, insan lain berkecil hati dengan sikap, percakapan kita...

jika nak sebut punyalah banyak dosa kita hari-hari....
memang banyak tak terhingga... orang modern kata... BANYAK GILERRRRRRR LAH...

sekali sekala je Allah uji

'sakit' - cara dosa kita dihapuskan selain dengan cara bertaubat...

ada juga Allah uji sakit yang berpanjangan....

benarlah sakit itu penghapus dosa...
jika Allah tak da beri sakit... nescaya dosa kita ini banyak tak terhingga... confirm tak bau syurga
biarpun diuji dengan kesakitan.... kita semua belum lagi confirm masuk syurga....

sebab tu dalam doa taubat....
kita cakap... kita memang tak layak nak masuk syurga... tapi tak sanggup nak masuk neraka... 

tapi Allah sayang pada hambaNya Dia beri macam-macam ujian supaya hambaNya layak masuk syurga.... tahan sikit ujian daripadaNya... In Sha Allah ada hasilnya... tanpa rahmatNya siapalah kita untuk cium bau syurga milikNya.... inikan pula nak menjejakkan kaki ke dalamnya...

adakah kita benar-benar taat dan sayang pada Pencipta?

astaghafirulllahalazim...
lailahaillAllah...






08 June 2014

LELAKI ELOK BERJALAN DI DEPAN WANITA



Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu... =)

LADIES FIRST adalah budaya barat yang diserap perlahan-lahan dalam minda orang Muslim =)

"Ladies first, please"
Bukanlah ayat seorang gentleman.

Tidak.
Langsung tidak.

Adam.
Berjalan , dahulukan dirimu.
Daki tangga , dahulukan dirimu.
Hatta melangkah longkang, dahulukan dirimu.

Biarkan kami di belakang.

Andai ada Hawa yang berkata;
"Ahh. Sweetnya akhi tu bagi kite jalan dulu. Gentle"

Maka Adam,
Tawarkanlah senduk padanya.

Kami izinkan.

"Sungguh , aku lebih rela berjalan di belakang singa berbanding seorang wanita" -Saidina Umar al-Khattab.

04 June 2014

TANDA - TANDA ORANG YANG REDHA

Assalammualikum

semoga semuanya sihat sejahtera.... mudah je nak sebut perkataan redha.... ye tak??? aku redha.... dan bla bla bla... untuk reda di hati tidak semudah sebutan...

ape ye agaknye tanda orang yang redha?

yup... tandanya adalah....

tiada sekelumit pun persoalan di hati kecilnya.... "kenapa aku diuji begini?"

ya itulah tanda dia redha dengan setiap saat kehidupannya.... aku, ko, dia macam mana? redha atau tidak?

tak perlu jawab.... hanya Allah je yang tahu.... dan dapat dilihat oleh orang sekitar yang merasa betapa gighnya seseorang itu meneruskan kehidupan tanpa sedikit pun keluh kesah....

semoga kita semua berada dalam kelompok insan yang sentiasa redha...

sekian...

27 May 2014

AGAMA BAGI ORANG YANG TAMAK... ADALAH SEPERTI BERIKUT...

Assalammualikum

untuk kita-kita... yang punya Agama...
  1. Agama adalah suatu OBJEK yang indah. Maka ramailah antara kita belajar “keindahan” dalam agama.
  2. Ramai yang belajar hingga ke tahap Master dan PHD usuludin, syariah dan sebagainya.
  3. Akhirnya ramai juga yang menggunakan “unsur” keindahan dalam agama untuk mengaut keuntungan secara “TAMAK”.
  4. Maka digunakanlah perkataan “berbaur agama” seperti “pahala”, “sunnah nabi”, “syurga”, “suci”, “ikhlas”, “muamalat”, dan tidak lupa... “barang ini bagus Tuhan suka kalau kita beli ubat gigi ni sebab ada chop halal”
  5. Perkataan “berbaur agama” wujud ibarat cendawan tumbuh selepas berak diluar longkang surau-
  6. Perkataan “berbaur agama” seperti “pahala”, “sunnah nabi”, “syurga”, “suci”, “ikhlas”, wujud dalam melariskan insurans, melariskan kicap, melariskan institusi institusi kolej, melariskan restoran restoran...

KISAH USTAZ BERTUAN

saudi arabia...al azhar...ana ...anta...

Ustaz untuk yang benar-benar tulen
Ustat untuk yang jual agama untuk kepentingan sendiri

bila tanya ustat: “perlukah kita berkerja kuat untuk mencari rezeki?"
Ustat pun menjawab...tak perlu kerja kuat asalkan kita kaya pahala...
Ustat pun menjawab...tak perlu kerja kuat asalkan kita kaya ibadat...
Ustat pun menjawab...tak perlu kerja kuat asalkan kita kaya zikir...

Sedang dalam keadaan begitu,
ustat jugak goyang kaki dok kaut untung dari MLM.
jual segala macam produk atas nama agama
dah bacakan 30 juzuk al-quran
dah diselawatkan
dah macam macam dah...

Sedang dalam keadaan begitu,
ustat jugak dok kawen 4 (isteri semua umur 25 kebawah)
dah jodoh saya katanya...

Sedang dalam keadaan begitu,
ustat jugak goyang kaki dok menjual “signature”.
meluluskan restoran mamak yang kotor gila.
meluluskan status halal makanan untuk kita-kita...

sekarang ni ramai sangat mengaku ustat...
ya ustat bertuan.... takut dan bimbang nak tegakkan kebenaran...

p/s: nak saman Cadbury... ye??? kenapa tak saman JAKIM sekali... sebab cuai tak ambik sampel produk tiap-tiap hari untuk diuji... atau pun at least sebulan sekali.... ok tak??? ujilah produk yang ade tu.... apa guna pegawai-pegawai yang ada... kalau tau conteng 'signature' saje...


09 December 2013

DAH PUAS USAHA.... KENAPA MASIH SUSAH?

Assalammualaikum

Dah puas usaha... kenapa masih susah....

Kita perlu ingat... perancangan Allah lebih teliti... dan hanya Allah yang tahu apa yang bakal terjadi pada masa depan...

Dah puas usaha tapi aku masih susah.... jenuh carik duit... nak cukupkan itu ini... itulah keluhan kebanyakkan daripada kita...

Mungkin jika Allah beri kita senang si isteri jadi lupa diri... sibuk shopping sana sini...

Mungkin jika Allah beri kita senang... Suami mula lupa anak bini... perempuan lain ada di kanan kiri...

Selalu kita tengok nanti dah tua-tua baru dapat hidup senang... Sebab Allah tahu... bila dah tua... tak larat dah nak shopping sana sini... tak  larat nak berjoli sana sini...

Bila dah tua..... mula sakit sana sini... kaki pun tak boleh berdiri lama...

Allah tahu siapa kita... sikap kita... sifat kita... segalanya tentang kita... dan Dia telah berikan yang terbaik untuk kita....

Semoga kita semua redha dengan takdirNya...kerana ada hikmah disebaliknya...=)

Renung-renungkan...

07 December 2013

IMPIAN BILA MENJADI KAYA

Assalammualaikum

Sering kali kita dengar kalau aku kaya aku nak wat bla bla bla...

Hinggakan ada yang berbunyi... kalau aku kaya... senang lah nanti nak bantu orang-orang susah... nak tolong orang bila-bila masa pun tak jadi masalah.... 

Lalu berbunyi seorang kawan...

Si A: aku kena usaha supaya jadi orang kaya... bila aku dah kaya... bolehlah bantu orang miskin...

Si B: ohhhh... bagus cita-cita kau tu...

Si A: tu lah... mudah-mudahan ada rezeki aku...

Si B: eh meh lah derma sket... untuk tabung masjid... ni....

Si A: tak boleh lah wehhh... duit aku ni je...  (sambil tunjuk not rm10)

Si B: padan lah susah nak kaya... belum banyak duit pun dah lokek... kalau banyak duit tak tau lah macam mana....

Renung-renungkan....

13 November 2013

BEZA DOA EMAK UNTUK ANAKNYA DAN DOA ANAK UNTUK EMAKNYA

Assalammualaikum...

Semoga semuanya sihat selalu....
Kadang kala kasih seorang anak terhadap emaknya tidak dapat dibandingkan dengan kehebatan kasih sayang seorang emak terhadap anaknya....

Situasi 1
Si anak yang telah ditimpa kemalangan... dan terlantar sakit... lumpuh separuh badan.... setiap hari emaknya tak jemu berdoa...
"Ya Allah Kau sembuhkanlah anak ku seperti sedia kala... kerana aku tak sanggup kehilangannya.... aku rindu dengan keletahnya... aku rindu dengan senda guraunya..."

Situasi 2
Si emak terlantar sakit... akibat strok... dan tak mampu berjalan... lagi... maka setiap hari anaknya berdoa...
"Ya Allah.... engkau ambilah nyawa emak ku... jika itu adalah yang terbaik... kerana aku tidak sanggup melihat segala penderitaannya..."

Berbezakan?

Kerana itulah kasih ibu hingga ke syurga...

Biarpun tak semua anak begitu... tapi itulah kebiasaannya... kesanggupan seorang anak dan kesanggupan seorang emak....

Semoga kita semua sayang ibu kita... =D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...