GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label masjid. Show all posts
Showing posts with label masjid. Show all posts

06 February 2015

MEMBAZIR SEBELUM WUDUK

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat...

fenomena yang agak selalu ditemui... terutama jika singgah di masjid-masjid... atau surau... tatkala hampir masuk waktu solat....

sampai-sampai di paip air nak berwuduk....

dah buka air siap-siap...

lepas tu baru nak lipat lengan baju....

tu belum lagi sempat sembang-sembang dan tegur kawan-kawan...

hehehe

betul tak??

tapi...

ada juga yang jenis prihatin dan tak membazir.... sampaikan semasa berkumur pun dia tutup air paip... takut membazir... =)

sekian dan selamat beramal soleh =)




26 August 2014

ZIONIS MUSNAH MASJID SUMBANGAN RAKYAT MALAYSIA


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa seluruh umat Islam bangkit menyelamatkan masjid-masjid khususnya Gaza. 

"Jihad besar-besaran mesti digerakkan untuk melindungi masjid di Gaza," tegas presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Menurutnya, serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza sehingga memusnah lebih 65 masjid adalah terkutuk dan masyarakat dunia perlu bertindak tegas untuk menghukum entiti haram Israel sebagai negara penjenayah.

Katanya lagi, kemusnahan sepenuhnya sebuah Masjid Umar Abdul Aziz dalam serangan semalam adalah masjid yang telah dibina daripada sumbangan 100% oleh rakyat Malaysia yang diusahakan pihaknya.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Serangan Israel yang berterusan ke atas Gaza sehingga memusnah lebih 65 masjid adalah terkutuk dan masyarakat dunia perlu bertindak tegas untuk menghukum entiti haram Israel sebagai negara penjenayah.

Kemusnahan sepenuhnya sebuah Masjid Umar Abdul Aziz dalam serangan semalam adalah masjid yang telah dibina daripada sumbangan 100% oleh rakyat Malaysia yang diusahakan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim). 

Sebelum ini sebuah musolla yang juga dibina oleh Mapim juga hancur sepenuhnya dibedil oleh rejim zionis Israel. Sebuah lagi masjid Mapim iaitu Masjid Nasr juga rosak dibom oleh rejim Israel.

Masjid Umar Abdul Aziz yang telah terbina setahun yang lalu merupakan salah sebuah dari 9 masjid yang telah dibina melalui kutipan dana oleh Mapimsejak 2010.  

Sumbangan yang dikutip melalui kempen di seluruh negara adalah sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia untuk membantu membina semula Gaza bermula serangan pada 2008/2009. Dalam serangan rejim Israel ketika operasi 2008/2009 itu 32 masjid musnah sepenuhnya.

Masjid Umar Abdul Aziz merupakan masjid yang telah dimusnah dalam operasi Operation Cast Lead 2008/2009 oleh Israel. 

Mapim telah didatangi oleh Persatuan Islam Bait Hanoun, Gaza dan memohon bantuan agar masjid ini dapat dibangunkan semula. Mereka memaklumkan bahawa masjid tersebut amat bersejarah dan sangat penting untuk komuniti di daerah Bait Hanoun.

Dengan persetujuan Mapim, akhirnya pembinaan semula masjid ini telah dimulakan dengan cara menawarkan kepada sebuah masjid di Malaysia untuk menjadi masjid kembar kepada Masjid Umar Abdul Aziz. 

Sejak dari 2011, qaryah yang dipilih iaitu Masjid Al-Falah Subang Jaya bersama Mapim telah melancarkan  kutipan dana berjumlah RM1.9 juta dan masjid itu siap dibina dan dirasmikan oleh Perdana Menteri Gaza Ir Ismail Haniyeh bersama dengan Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Masjid Al-Falah Subang Jaya, Datuk Seri Syed Zainal Syed Mohd Tahir pada Mei 2013.

Masjid ini telah diumumkan sebagai yang tercantik di Gaza dan ia menjadi batu tanda kehadiran Malaysia di bumi Gaza. 

Rakyat Palestin Gaza telah memberi perhormatan yang sangat tinggi kepada Malaysia hasil dari kejayaan Mapim mengambil inisiatif mengerakkan pembinaan masjid sehingga ia menjadi tali persaudaraan yang akrab antara masyarakat Malaysia dan Gaza.

Pemusnahan total akibat serangan 3 roket yang dilancarkan ke atas masjid tersebut telah menyebabkan Masjid Umar Abdul Aziz itu sekali terpaksa dibina semula dengan sumbangan umat Islam.

Mapim mengumumkan bahawa kami tidak akan membiarkan Israel membunuh semangat umat Islam untuk terus mempertahan dan membangunkan semula rumah Allah yang suci ini. 

Kami berpendirian bahawa adalah menjadi tanggungjawab kami dan seluruh umat Islam untuk melancarkan pembangunan dan jihad melindungi masjid sehingga kehormatan masjid sebagai premis ibadat dipertahankan.

Mapim mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertamadun rejim Israel ini yang tidak boleh dibiarkan oleh masyarakat antarabangsa. Rejim Israel adalah jelas sebuah negara penjenayah dan perbuatannya yang melakukan jenayah perang ini tidak boleh dibiarkan tanpa dihukum.

Kami menggesa kerajaan Malaysia tidak mendiamkan diri terhadap satu lagi jenayah yang dilakukan oleh Israel ke atas Gaza sehingga sekarang  masuk hari ke-48. 

Kerajaan Malaysia hendaklah mengambil daya usaha yang lebih tegas dengan menyuarakan kutukan dan desakannya supaya agensi dunia tidak berdiam diri. Mendiamkan diri akan mengakibatkan pemusnahan yang lebih besar akan dilancarkan oleh Israel untuk menghancurkan banyak lagi masjid di Gaza.

Memusnahkan masjid-masjid di Gaza kini adalah agenda jahat rejim zionis Israel untuk melenyapkan syiar Islam dan cuba menghapuskan institusi agama yang merupakan pusat pembangunan masyarakat Islam di wailayah tersebut.

OIC perlu bertindak kerana antara tujuan kewujudannya bermula 1969 adalah untuk menjaga kemuliaan dan kepentingan Islam dan umat Islam. Kewujudan OIC bertitik tolak dari peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa, sebab itu sebarang pengkhianatan terhadap masjid dimana sahaja hendakalah ditentang sekeras-kerasnya. 

Adalah menjadi sangat memalukan ketika mana ratusan masjid di Gaza dibedil dan dimusnahkan.

Mapim menggesa seluruh umat Islam bangkit menyelamatkan masjid-masjid khususnya Gaza. Jihad besar-besaran mesti digerakkan untuk melindungi masjid di Gaza. - HARAKAHDAILY 26/8/2014

30 August 2010

MENUTUP AURAT DALAM MASJID ATAU SURAU




salam 
semoga sejahtera dan beroleh keberkatan...

kali ni bukan untuk menimbulkan sebarang provokasi... tetapi entri ni adalah untuk membawa kita semua berfikir... aku dah terang banyak kali dalam entri yang sebelum-sebelum ni... pemimpin yang ada kini cuba menerapkan dalam kotak pemikiran kita semua rakyat Malaysia terutamanya Muslim adalah... Politik dan Masjid tak boleh digandingkan...

fahamkah anda maksud SIASAH? siasah adalah politik... cuma perkataan tu dalam bahasa Arab... betul tak? bagaimana boleh Politik dan Masjid tak boleh digandingkan? sedangkan aku dah ulang banyak kali... di dalam Islam itulah adanya Politik... di dalam Islam tu ade semua...

kenapa nak pisah-pisahkan?

di masjid juga  kita boleh imarahkan dengan perbincangan, forum, ceramah, bukan sekadar bersolat je... di masjidlah tempat para muslimin dan muslimat berkumpul... kan senang nak bincang hal ehwal ekonomi, politik dan sebagainya.... ye tak? belajar mengaji boleh... macam-macam la... nak serahkan bantuan ke... betul tak?

cuba anda semua lihat gambar kat atas tu?

muslim yang tidak bertudung atau non muslim yang tak bertudung yang akan memikul dosa?

kenapa non muslim yang masuk ke surau tak menutup aurat digembar gemburkan?
kenapa muslim yang tak menutup aurat tak diceritakan sama?

adakah kerana itu imej isteri perdana menteri? 
semua media arus perdana dilarang menyebut atau menyekat... 
adakah kerana non muslim itu dari pakatan rakyat? 
kerana tu dia diumpat... dia dihambat...

sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi... tak pernah melarang atau menegah non muslim untuk memasuki masjid... kerana itu adalah salah satu jalan dakwah... supaya mereka merasakan indahnya rumah Allah... 

non muslim tak boleh masuk masjid?

perlu ingat sebagai wanita muslim jangan hanya masuk masjid atau surau je nak tutup aurat... di luar masjid atau surau juga wajib hukumnya... kenapa Jabatan Agama Islam tak tegur tu semua? adakah kerana menjaga sensetiviti pemimpin utama?

jangan pertikaikan non muslim masuk surau atau masjid tak tutup aurat... kerana tu semua tak wajib bagi mereka... yang wajib adalah wanita muslim untuk menutup aurat sama ada di luar atau di dalam masjid.... betul tak?

dengan melabelkan non muslim tersebut mencemar kesucian rumah Allah... bagaimana dengan muslim yang tak menutup aurat? perintah wajib yang dipandang enteng... anda pula cuba meremehkan hukum siapa?

dan pada aku tak perlulah nak mainkan isu ni dengan hebat sekali kat dalam media arus perdana... kerana boleh menyebabkan non muslim tak mau mendekati islam... hapuskan la undang-undang yang khufarat... yang cuba diada-adakan untuk menyelewengkan Islam... demi memastikan kekuasaan politik anda tidak tergugat...

jangan biarkan pemikiran sekularism bertapak dalam kepala kita untuk memisahkan politik dan agama =)

jangan sangka pemikiran rakyat masih di dalam tempurung... =)

nota: khurafat adalah perkara yang diada-adakan

wallahualam...

p/s: aku setuju jika non muslim perlu berpakaian sopan... fikirlah anda akan faham insyaAllah

senipis iman adalah membenci kemungkaran dalam hati... paling tinggi iman apabila menghentikan sesuatu kemungkaran dengan tangan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...