GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label parenting skill. Show all posts
Showing posts with label parenting skill. Show all posts

10 January 2016

5 TIPS UNTUK ANAK BERMASALAH


Tips untuk anak bermasalah....
untuk berhadapan dengan anak yang menghadapi masalah:
1) Lambat menulis:
Penyelesaian- Dapatkan tilam/ sesuatu yang lembut dan suruh anak lompat bintang di atas tilam tersebut.
Sebab: Bila tangan dihayunkan, ia menggerakkan otot-otot tangan...
2) Anak Pelat:
Penyelesaian: Suruh anak bergayut ( contohnya di monkey bar) sambil itu anak menyebut perkataan yang sukar disebut.
Sebab: Tekanan pada badan memaksa anak untuk mengeluarkan/menyebut perkataan yang disuruh dengan betul.
3) Anak lambat bercakap.
Penyelesaian: Minta anak melakukan aktiviti turun naik tangga. Lakukan aktiviti meniup belon. Bubbles. Minum menggunakan straw.
Sebab: longgarkan artikulasi murid
4) Anak yang mempunyai tulisan buruk:
Penyelesaian: Beri anak pensil yang berbentuk segitiga.
Sebab: Mudah digenggam/grip oleh anak.
5) Anak hiperaktif
Penyelesaian: Cari berus yang lembut, gosok pada badan anak tersebut.
Sebab: Anak hiperaktif mempunyai deria sentuh yang kurang.. bila disentuh dengan berus lembut, ia akan menenangkan anak tersebut.

Boleh cuba.

07 January 2016

5 TIPS MUDAH ATASI ANAK KETAGIHAN GADGET

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat...

Anak-anak hari ini seringkali dimanjakan dengan smart phone dan tablet... sejak dari bayi lagi mereka sudah didedahkan dengan smart phone dan tablet...

Keadaan semakin meruncing bila anak mula mengamuk... tatkala smart phone atau tablet diambil daripada mereka...

Jadi ibu bapa terpaksa mengikut kehendak anak... sepatutnya anak lah yang mendengar kata ibu bapa ini dah terbalik pula....

Yesss...
Dulu anak aku yang sulung pun pernah ketagih tablet dan smart phone... masa tu mama guna samsung tab, ayahnya guna iphone dan ayahnya ada belikan atoknya ipad... persekitaran yang dipenuhi manusia yang menggunakan gadget... he3

Walaupun anak aku bukan ketagihan teruk... tapi tetap juga menangis bila diambil tab dari tangannya dan sering meminta tab dari mama...

Seawal usia 1 tahun lebih dah tau buka youtube... bukan kerana tahu membaca... hanya dengan mengingati bentuk icon youtube... dan mengecam beberapa imej penting... kemudian sentuh dan buka... mudah kan?

Akhirnya kami memilih untuk menyekat penggunaan gadget pada anak-anak... kerana kesannya sangat buruk... antaranya kesan radiasi daripada gadjet tu sendiri, selain boleh merosakkan saraf di bahagian mata... anak tidak reti bergaul... dan pelbagai lagi masalah...

Dekat sini aku nak kongsikan bagaimana anda boleh hentikan ketagihan gadjet pada anak-anak dengan beberapa langkah mudah...

1. Letak password di setiap gadjet.
Pastikan setiap gadjet diletakkan password. Ubah kata laluan mengikut keadaan... sudah pasti anak-anak anda tak dapat mengakses gadjet anda...

2. Hati mesti kering
Hati kena tahan... mungkin pada permulaan anak anda akan tantrum... kerana tak dapat barang kesukaan mereka. Tak pe biarkan je...

3. Gantikan dengan educational toy
Pepandai la korang gantikan dengan educational toys untuk anak-anak korang... tak de la diaorang jadi bosan... ini salah satu cara untuk alihkan perhatian anak-anak

4. Tunjukkan contoh anda juga bukanlah ketagihan gadget
Depan anak-anak tak payahlah sibuk hadap wasap ke.... jika kita sudah tunjukan contoh yang elok... semestinya anak bakal mengikut...

5. Ajak mereka lakukan aktiviti yang lebih bermanfaat
Ajak anak-anak melakukan aktiviti yang bermanfaat seperti membaca, menulis, bersukan... bergurau senda... pasti mereka sedikit demi sedikit akan lupa pada gadjet...

pokok pangkalnya dalam mengatasi masalah ketagihan gadjet di kalangan anak-anak... ibu bapa perlulah lebih kreatif dan bijak menawan hati anak-anak supaya mereka sukakan pelbagai aktiviti selain hanya mengadap gadjet... 

sekian. bertemu lagi di lain entri...

Budak ni la dulu yang kemaruk gadjet. Tapi sekarang dah ok... sehari tak hadap hp pun tak pe je... hi3








04 January 2016

RANGSANGAN UNTUK ANAK-ANAK


Assalammualaikum

Semoga semuanya sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T

Anak-anak adalah anugerah daripada Allah... ia seperti kain putih ibu bapa yang perlu mencorakkan mereka. Kerana ibu bapa adalah insan yang paling banyak masa bersama anak-anak...

Di sekolah guru hanya membantu... dan jangan diharapkan 100% daripada guru kerana guru perlu memberi perhatian kepada lebih ramai murid biasanya sekitar 30 orang untuk satu kelas...

Jadi sebaik-baiknya ransanglah anak anda sejak mereka lahir ke dunia... melalui sentuhan kulit ke kulit... pandangan mata... perbualan dengan bayi... zikrullah dan pelbagai lagi...

Biarpun seperti kita sahaja yang berinteraksi... hakikatnya bayi boleh merakam dan merasai semua itu... jadi rangsanglah mereka seawal mungkin dan sejajar dengan peningkatan usia mereka...

Boleh belikan mereka buku, flash card sebagai bahan bantu... selain permainan yang merangsang minda, koordinasi mata dan lain-lain lagi...

Seperti blok berwarna-warni, alat muzik, rakaman zikir dan al quran...

Bacakan mereka buku... ajak mereka mengenal pasti bentuk dan objek... biarkan mereka menyentuh, merasa... ajar mereka kenali rasa manis, masam, pahit, pedas...

Ajar mereka mengayuh basikal... melompat... buat bersama-sama mereka... rangsangan tidak semestinya bersifat ilmiah sahaja... 

Rangsang mereka untuk berdikari... suap makan sendiri... menuang minuman kegemaran mereka... 

Biar mereka bermain buaian... bermain bola... bawa mereka melihat sendiri pokok... burung, gajah, sungai... dan lain-lain (real things) bukan sekadar melalui gambar atau video sahaja...

Semestinya itu semua pengalaman mengasyikan bagi anak-anak...

Pasti mereka akan ingat dan gembira... selain dapat belajar ia menguatkan lagi ikatan ibu bapa dan anak-anak...





Ahmad dan alisha belajar menguli, memotong doh, mencanai doh dan mencetak donat...

Nu'man suka tengok buku

Main air

Terapung

Bermain dengan blok warna warni dan huruf pelbagai warna

Alisha belajar mengenal huruf dan nombor



Belajar mengira dan menulis nombor dalam urutan menurun

Ahmad lukis gambar mama ohhh sedih hahaha

Kerusi jadi terowong hahaha

Rangsang anak anda seawal mungkin...
Kerana usia 0-6 tahun adalah waktu yang sangat berharga buat mereka...

Berikan juga mereka makanan yang berkhasiat... semoga anak-anak kita membesar dengan sihat dan kuat juga mampu menjadi anak-anak yang soleh dan solehah... 

Sekian...

Nota: aku ada 3 orang anak. anak sulung 4 tahun 5 bulan, kedua 2 tahun 9 bulan dan ketiga 7 bulan...

30 December 2015

7 CARA MENGATASI ANAK ENGGAN KE SEKOLAH



Anak yang enggan ke sekolah adalah suatu masalah yang normal yang sering dihadapi oleh kebanyakkan ibu bapa, terutamanya bagi anak sulung yang pertama kali masuk sekolah (Sekolah Pra mahupun Darjah satu)
Banyak sebab menjadi punca kepada masalah ini. Mungkin kerana anak merasa takut atau tertekan untuk datang ke sekolah, hal ini akan memberi kesan kepada si anak.
Kadang-kadang kita mengambil ringan tentang tekanan yang dihadapi oleh anak ini. Perkara ini perlu diambil perhatian kerana ia bukan sahaja menjejaskan emosi kanak-kanak tersebut, bahkan mampu menjejaskan sistem tubuh anak seperti selalu mengalami sakit kepala dan sakit perut.
Yang pasti, mesti ada sesuatu sebab kenapa mereka tidak mahu pergi sekolah. Contohnya tidak suka pada guru yang garang, dibuli rakan, takut berpisah dengan ibu dan sebagainya.
Selidiki punca masalah; apakah sebab anak tidak mahu pergi sekolah. Pujuk dan tanya kenapa dia tidak mahu pergi sekolah; adakah sebab kena buli, takut kawan atau guru atau sebagainya.
ANTARA LANGKAH YANG BOLEH KITA LAKUKAN DALAM MENANGANI MASALAH ANAK TIDAK MAHU KE SEKOLAH ADALAH:
1. Seelok-eloknya sebelum sekolah bermula, anak sudah didedahkan dengan cerita mengenai sekolah baru supaya emosinya lebih bersedia. Ceritakan suasana positif dan keseronokan di sekolah, seperti ada ramai kawan,“guru yang baik, ada taman permainan dan sebagainya..
2. Kita sendiri sebagai ibu bapa perlu cekal apabila menghantar dan meninggalkan anak buat pertama kali kerana emosi kita banyak mempengaruhi emosi anak.
3. Cuba berfikiran positif dan elakkan daripada menunggu anak dalam kelas terlalu lama. Perkara ini akan menyukarkan proses penyesuaian. Tinggalkan saja anak sebaik menghantarnya ke tadika walaupun dia menangis. Usah bimbang kerana biasanya anak akan diam selepas ibu atau bapa pulang. Apabila ditinggalkan, insya-Allah dia akan mula bergaul dengan kawan lain.
4. Pastikan juga kita tidak lewat mengambil anak pulang dari tadika atau sekolah terutamanya pada minggu pertama. Biasanya kanak-kanak akan berasa takut apabila melihat kawan sudah pulang.
5. Beri ganjaran (umpan) kepada anak yang tidak mahu ke sekolah dengan sesuatu yang disukai sekiranyanya dia rajin ke sekolah tetapi elakkan daripada mengumpan anak dengan jajan dan mainan yang mahal. Teruslah menghantar anak ke tadika secara konsisten. Tidak konsisten akan melambatkan proses penyesuaian.
6. Buat kerja rumah dan ulangkaji bersama-sama. Tanya hal-hal aktiviti, siapa kawan dia di sekolah dan sebagainya. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolahannya.
Mungkin juga dia tidak suka pakaian sekolahnya yang tidak selesa. Tudung yang panas
7. Sebagai ibu bapa, banyak berdoa untuk kesejahteraan anak. Selalu membaca surah as-Syura ayat 19 dan Ali Imran, ayat 200 untuk melembutkan hati anak dan supaya mereka senang belajar. Puan juga boleh amalkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum dan Ya Latif’.
PENUTUP
Sekiranya anak terus meragam, sentiasalah bersabar dan memujuk mereka dengan banyak berbual, bermain dan bercerita. Ia boleh meredakan banyak masalah emosi anak.
Setiap kanak-kanak adalah berbeza dan mengambil masa yang berbeza untuk menyesuaikan diri. Jangan khuatir kerana fitrah anak-anak memang suka kepada alam persekolahan.

27 November 2015

KETEPIKAN WALKER: ASUHLAH ANAK SECARA ALAMI



"Cantik walker Syafiqah, ada mainan di bahagian depannya. Inilah yang menyebabkan Syafiqah ke hulur ke hilir dengan walker pemberian neneknya"

"Syafiqah ni baru 6 bulan.Kalau saya tiarapkan atau dia meniarap sendiri tak boleh lama-lama.Nanti dia menangis. Dia marah sebab badannya agak berat,dia tidak menjulur ke depan"

" Saya nak berkemas dan memasak terpaksalah masukkan dia ke walker. Syafiqah suka duduk di depan pintu melihat orang lalu lalang.Saya boleh buat kerja" ujar ibu Syafiqah

Inilah masalah yang dihadapi oleh ramai ibu di luar sana dan entah berapa ramai lagi anak-anak yang senasib dengan Syafiqah. Sebagai ibu kita perlu sedar bahawa meniarap, menjulur serta merangkak adalah pergerakan atau latihan fizikal yang penting bagi pembangunan fizikal dan intelek anak-anak

Dalam al-Quran surah al-Infithaar,Ayat 7-8 Allah berfirman: 

"Yang telah mencptakanmu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan anggota-anggotamu seimbang,menurut rupa yang di kehendaki-Nya.Dia menyusun tubuhmu".

Oleh kerana Allah sempurnakan penciptaan manusia dengan sebaik-baik kejadian, lantas manusia berperanan menggunakan sebaik mungkin setiap kurniaan Allah.Penggunaan walker boleh memudaratkan anak.

Sering kali anak ditinggalkan sendirian tanpa diawasi sementara ibu sibuk di dapur mengemas atau membasuh lalu terjadi kejadian yang tidak diingin seperti terjatuh dari walker atau anak-anak ditimpa buku atau pasu bunga yang sering diletak di atas meja kerana ditarik alasnya oleh anak

Kejadian seumpama ini boleh membahayakan anak terutama kepalanya boleh cedera.Kemungkinan ia tidak nampak dengan mata kasar tetapi kecederaan otak iaitu dari dlm.Apa yang lebih penting ialah sekiranya anak diletak dalam walker,anak tidak berpeluang untuk menjulur dan merangkak

Hakikat inilah yang perlu disedari oleh ibu-ibu. Tiarapkan anak sebaik sahaja selepas dilahirkan dan amalkan setiap hari. Insya-Allah anak akan cepat menjulur dan merangkak. Ini memberikan dia peluang utk berkembang dr segi fizikal dan intelektual

Manfaat Anak Meniarap
Di samping itu, ibu-ibu perlu tahu kebaikan dan manfaat tujuan anak ditiarapkan,menjulur dan merangkak. Antara kebaikannya adalah :

+ Mempercepatkan pembangunan sistem saraf otak 

+ Membolehkan kepalanya membesar dan berbentuk bulat (tidak leper)

+ Mempercepatkan pembangunan daya penglihatannya sehingga ia dapat menembungkan penglihatan ke dua-dua matanya 

+ Menguatkan otak-otak leher,bahu dan belakang sambil mempercepatkan pernafasannya

+ Mempercepatkan dia membuka jari-jari tangan agar meningkatkan daya genggaman,mengacu serta daya sentuhan

+ Membolehkan anak menggunakan kedua-dua tangannya untuk mengangkat badannya dan terus mula mengimbang badannya

+ Membolehkan dia bergerak dgn tujuan meneroka

+ Mencegah segala masalah yang boleh berlaku jika anak ditelentangkan

+ Memperkuatkan asas bagi dia cepat berdiri dan menyusur

+ Meningkatkan asas bagi anak memperoleh pertuturan yang baik

Di sini saya menyarankan agar ibu-ibu yang mempunyai walker di rumah eloklah disimpan saja.Walker banyak mendatangkan kesan buruk pada perkembangan anak-anak. Jika terlalu cepat dimasukkan ke dalam walker otot-otot leher yang masih lembut akan rosak. Ini merugikan anak

Di samping itu, anak tidak berpeluang meneroka sedangkan itulah masa untuk mereka meneroka. Anak-anak di dalam walker cepat marah, menangis bila tidak dipedulikan ibu-ibu. Ibu-ibu mulalah lepas tangan dengan pekerjaan sehingga anak berkemungkinan anak terjatuh dari walker

Kenapa mesti pilih walker? Kenapa tidak menjulur dan merangkak sahaja? Itulah persoalan yang ibu-ibu perlu jawab berdasarkan artikel ini.


Artikel : Dato' Dr.Noor Laily
Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-kanak Nury

15 November 2015

10 TIPS MUDAH HENTIKAN ANAK PAKAI PAMPERS


1.Jangan pikir pasal air kencing/ najis jatuh merata, fokus pada tujuan kita. Paling teruk pun kita kene bersihkan.
2.Mulakan dengan simpan pampers2 yang ada, supaya tak tergoda denganya ya
3.Lepas mandikan anak, pakai kan seluar dalam, ini sangat penting ya. Sebab menghalang air meleleh /najis terus jatuh ke bawah, mudahkan untuk kita bersihkan nanti
4.Rajin2 la tanya adik nak encing/kencing ape2 bahasa la yang dia mudah dan boleh faham supaya jadi “trade mark” – 2jam sekali
5.Kalau dia terkucil tolong jangan sesekali MARAH, CUBIT atau apa cara yang boleh menakutkan mereka, nanti dia jadi FOBIA
6.Kalau dia terkucil bawa dia ke tandas, sambil2 tukarkan seluar rajin2 berbual dengan dia cakap ” kalau adik nak kencing/ Yak adik bagi tau ya” , bawa tempat yang sama supaya dia ingat kat mana patut pergi kalau nak membuang.
7.Pastikan tandas anda sentiasa kering,bersih dan selamat untuk anak-anak, ajar juga langkah-langkah bila hendak membuang air dari buka seluar hingga la “flush” tandas, serta cuci tangan dan utamakan kebersihan diri.
8.Biarkan lampu bilik air sentiasa terpasang, bagi mudahkan dia ke bilik air dengan selamat
9.Ingat ya, walaupun anak kita tidak boleh berkomunikasi dengan baik, buat cara yang boleh dia ikuti dan ingat. Bila hari-hari ulang rutin yang sama anak2 akan mudah ingat
Bila sudah terbiasa dengan rutin ini anak kita dengan sendiri dapat bezakan dan rasa nak membuang dan dengan sendiri dia buka seluar terus ke tandas

10.Amalkan rutin ini dalam 7 HARI (seminggu), mission untuk putus pampers akan berjaya.
*Ulangi rutin ni setiap hari
Dengan amalkan rutin ini, anak kami berjaya putus pampers dalam masa 7 hari. Saya tidak risau lagi walaupun keluar berjalan tanpa pampers kerana dia dah terbiasa dan akan ulang rutin yang sama.
*Untuk rutin malam, ulangi juga rutin yang sama, bezanya, pasang alas lapik tidur kalis air dan pastikan dia ke tandas sebelum masuk tidur. Terkencing atas katil adalah perkara biasa di awal latihan.
nota: pampers itu sebenarnya jenama... istilah yang betul adalah lampin pakai buang atau diapers... bahasa di atas adalah mengikut panggilan kebanyakkan rakyat malaysia. tq

05 October 2015

KISAH BENAR: KEAJAIBAN SURAH AL HUJURAT BUAT IBU YANG MENYUSUKAN

Assalammualaikum...

ni bukan la tips saje-saje copy atau tak pernah buat... ni petua yang memang aku buat dan amalkan baru-baru ni...

dah lebih sebulan...

anak aku yang nombor dua ni belum lagi putus susu... sejak aku mengandung sampai la dia dapat adik... memang masih BF lagi...

sebelum ni aku pernah baca yang surah al hujurat tu bagus untuk ibu menyusukan anak... tapi aku tak pernah try...

dijadikan cerita... baru-baru ni aku try... aku baca tak de spesifik pada ayat tertentu... aku baca je satu surah... surah tu pun bukan panjang sangat.... memang boleh habis lah...

lepas je baca esok paginya aku bangun tido... baju aku lenjun dah dengan air susu yang mencanak-canak... basah tau basah... siap menitik-nitik lagi... bengkak tapi tak sakit la... 

maka anak-anak aku yang berdua tu pun berhuhuhuhuhu a syok dapat minum susu yang melimpah ruah....

jika korang baca... korang kena yakin... Allah akan bantu kau setelah kau berusaha... dan jangan ada rasa was-was dengan pertolongan Allah...

al hujurat ni maksudnya bilik-bilik....

so berbilik-bilik la susu yang terhasil keh3 (ayat last ni sesaje je penyedap rasa)

apa lagi bagi ibu-ibu yang susu drop tu boleh la cuba.....

wallahua'lam


03 October 2015

PERLU KE BAYI PAKAI SARUNG TANGAN?


Assalammualaikum

semoga semuanya sihat sejahtera...

kali ni aku nak share pengalaman dan kisah berdasarkan pemerhatian aku. korang yang dah pernah jadi ibu atau bapa... pernah atau tak dengar... orang tua-tua cakap anak bayi suka genggamm tangan dan bila buka tapak tangan berkerak... yes...

jika diikutkan... pengamaL perubatan... depa tak galakkan pemakaian sarung tangan bayi @ mitten. kenapa mereka tak galakkan?

pertama
untuk beri galakkan bayi belajar menggenggam tangan ibu bapa atau orang berhampiran seawal mungkin.... biasanya tangan ibu lah... ketika sesi penyusuan... dan ketika sesi bual-bual dengan bayi... rangsangan ni sangat penting... inilah sebab utama kenapa tak digalakkan pemakaian sarung tanagn bayi...

kedua
untuk pastikan tangan bayi bersih dan bebas kerak... seperti yang diceritakan oleh orang-orang lama... maklum lah... bila asyik pakai sarung tangan tak pernah buka... tangan bayi pasti akan sentiasa menggenggam kerana tiada rangsangan... then bila kerap digenggam dan terkurung sudah pasti berpeluh... tu yang kena rajin cuci dan dibersihkan... kalau tak rajin berkerak la jawabnya...

ketiga
kenapa bayi lebih baik tak pakai sarung tangan. untuk pastikan ibu bayi rajin potong kuku bayi... haha betul ke? dah banyak kes aku perati je... bila bayi tu ligat sikit je... tetiba sarung tangan bayi tu tertanggal.... mak aiiiiiiiiii panjang betul kuku bayi tu... then si mak baby tu... dengan pantas sarungkan semula sarung tangan tu... see... adoi la kan... kot ye pun potong la kuku bayi tu... baru la nampak kemas dan bersih...

berdasarkan pengalaman aku...
anak pertama memang agak lama aku pakaikan dia sarung tangan kira lebih dari sebulan... so jari-jemarinya kurang nampak fresh... 

tapi untuk anak kedua... dan ketiga... hari kedua dah tak pakai dah. hari pertama kena pakai sebab aku tak dan nak potong... coz masa tu masih kat hospital... hari kedua dah balik rumah... jadi memang aku terus potong kukunya dan tak perlu pakaikan sarung tangan lagi... dan kuku bayi kena lah selalu di periksa jika panjang je sikit...  cepat-cepat potong untuk elak dia cakar muka...

so far... alhamdulillah... comel, cantik dan bersih je.... berbeza dengan sarung kaki @ stokin @ booties... sebaik-baiknya sentiasa dipakai... untuk elak mudah masuk angin... tapi anak aku bila dah besar sikit tak berapa sesuai pakai stokin stail orang besar tu... sebab dia jenis semangat... betis besar...

anyway semoga membantu anda semua untuk jadi ibu dan bapa lebih baik dan hebat!

wassalam...

jari baby yang tak pakai sarung tangan

14 April 2015

JAWAPAN YANG PERLU DIELAK, JIKA ANAK MULA BERTANYA

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

anak banyak tanya?
ibu bapa mula rimas?
atau ibu bapa tak tau nak jawab apa?

pertama sekali...

sebagai ibu bapa sila lalukan persediaan dengan lebih rapi bila anak-anak anda mula membesar.... kerana pastinya mereka akan mula bertanya itu dan ini...

sebagai ibu bapa banyakkan membaca... dan mencari ilmu... bukan setakat ilmu... agama...sahaja... sains, geografi,  dan pelbagai lagi...

kerana anak-anak pasti akan bertanya... dan anda sebagai ibu bapa cuba elakkan daripada menjawab entahlah tak tau... setidak-tidaknya anda perlu berikan harapan yang anda akan mencari jawapan bagi setiap persoalan anak anda... biarpun bukan on the spot... sekurang-kurangnya anda boleh jawab "mama tak pasti... nanti mama akan carikan jawapan untuk soalan awak tu"

sekurang-kurangnya jawapan anda masih membuahkan harapan pada anak... untuk mereka mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam...

my son ahmad... (4 years old)
dah mula bertanya... kenapa bulan bentuk lain-lain?
dekat angkasa ada apa lagi mama?
mama london dekat mana?
boleh ahmad tolong mama buat donat?
mama honey tu madu kan? 
bee yang kumpul ye?
kenapa moon siang tak ade cahaya mama?
ahmad tinggal dekat bumi kan mama?
macam mana jadi banjir mama? hujan banyak-banyak ke mama?

sangat banyak soalan yang diajukan...
sebagai mummy kena lah sediakan jawapan...
haha mama kena la tau menganai fasa bulan, satelit, bintang, planet, kehidupan serangga, benua-benua yang ada... peta dunia pun kena tau... macam mana banjir boleh jadi... kalau tak... alamatnya tak dapat lah nak menjawab soalan-soalan yang diajukan tu... 

apa pun itulah cara-cara anak nak explore...dan mengetahui sesuatu yang baru... selain jawapan... anda boleh tunjukan mereka video dan gambar... untuk membantu pemahaman mereka... dan jika ada masa boleh bawa mereka bersiar-siar untuk mengajar mereka tentang alam... seperti pokok, sungai, laut, bintang, planet, matahari, serangga, burung, dan lain-lain lagi...

semoga kita semua mampu menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak. amin =)






19 March 2015

PERBEZAAN ANAK YANG GUNA 'BABY WALKER'

please read and think deeply


Assalammualaikum

semoga semuanya sihat... dan bahagia di samping orang yang tersayang =)

jika diikutkan daripada sudut kesihatan... pakar kanak-kanak kurang menggalakkan penggunaan baby walker terlalu awal...

kerana kadang kala ada ibu bapa yang nak mudah melakukan kerja rumah... dan biarkan anak yang masih kecil di dalam 'baby walker'

pertama
perkara yang terbaik buat bayi adalah... biarkan mereka ikut flow yang sepatutnya... seperti meniarap, merangkak, memapah dan kemudian berjalan... kerana ini akan menguatkan tulang mereka secara semulajadi... dan melatih mereka lebih peka dengan persekitaran tanpa mendapat bantuan daripada peralatan

berdasarkan pengalaman aku... anak pertama...aku agak kerap letak dia kat dalam 'baby walker' tapi dia agak lambat berjalan... dah setahun baru berjalan...

dan berbeza dengan anak kedua aku tak letak langsung dalam baby walker... dia hanya meniarap, merangkak pun sekejap... kemudian cukup umur 11 bulan dia dah berjalan... dan sangat suka memanjat... 

sebenarnya aktiviti fizikal seperti ini akan membentuk struktur tulang yang kuat pada bayi... berbanding sentiasa mendapat sokongan daripada baby walker...

dan berdasarkan pengalaman doktor yang diceritakan... ada kanak-kanak yang dah lebih dari pada setahun masih tak ada petanda ingin berjalan sendiri... kerana dah terbiasa menerima sokongan daripada baby walker...

hinggakan ada yang bila dah di keluarkan daripada baby walker... bayi tersebut akan diam dan berpaut pada satu tempat sahaja tanpa ada usaha untuk melangkah walau setapak...

apapun... terpulang pada masing-masing...

tetapi ingatlah tugas kita sebagai ibu bapa adalah memberikan sesuatu yang terbaik buat anak-anak... hatta jika anak lambat berjalan atau bercakap sekalipun... jangan henti berdoa yang baik-baik sahaja untuk kesejahteraan anak kita =)

berikan rangsangan kepada mereka... sejak dari awal lagi... supaya mereka cepat meniarap, merangkak, memapah, berjalan, membaca, mengira, menulis dan menjadi anak yang soleh/solehah juga bijak =)

wallahu'alam


my 1st baby

my 1st baby less than 1 year

my 2nd baby

my 2nd baby 10 month

excited bila dah dapat 'kaki'

anak-anak akan lebih bebas bergerak dan belajar melangkah tanpa bantuan daripada sebarang alatan sokongan =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...