GENG LENSA HIDUP

15 June 2010

AWAS!!! BAHANA MERATAPI KEMATIAN


salam
kepada semua aku harapkan korang sihat sejahtera
dirahmati & diberkati selalu.....
ermmm.....
penulisan entri agak kurang kerap ye sekarang ni... 
sibuk membaca sikit.... huhuhu....

kali ni aku nak kongsikan perihal kematian.... 
juga perihal orang yang meratapinya...

dari Umar bin Khattab berkata sabda Rasulullah s.a.w:
"seorang mati disiksa dalam kubur menurut apa yang dijeritkan dalam tangisan keluarganya"
(HR. Bukhari dan Muslim)

dari Ibnu Mas'ud berkata: sabda Rasulullah s.a.w:
"bukan dari golongan ku orang yang memukul-mukul pipi dan merobek saku dan menjerit dengan suara kaum jahiliyah"
(HR Bukhari dan Muslim)

dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a berkata:
"Rasulullah s.a.w telah mengutuk orang yang merintih dan yang mendengarkannya"
(HR. Abu Dawud)

antara larangan sebagaimana di dalam keterangan beberapa buah hadis mengenai meratapi kematian... diharap dapat dijaikan ikhtibar buat semua....
1. tidak termasuk menjadi umat Nabi Muhammad
2. merupakan tanda kekufuran
3. dapat menjerumus dalam kekufuran
4. pada hari kiamat dipakaikan pakaian dari aspal dan kutang(baju dalam) dari nyala api neraka
5. memperoleh kutukan
6. dibarisakan di tepi Jahannam sambil menggonggong bangkai anjing untuk ahli neraka

ini semua adalah petikan daripada beberapa potong hadis tafsiran asal.... ermmmmmmm.... kena la aku terang kan sikit ye dalam ayat-ayat modem supaya mudah difahami.... 

oh biasenye orang pempuan la yang suka meratap ni... huhuhu.... lelaki pun ade gak... tapi agak kurang.... mengingati dan menyebut-nyebut alamat(tanda) sebelum kematian seseorang juga dilarang seperti "sebelum dia meninggal dia banyak diam.... tak mau bercakap.... selama ni tak pernah nak bersalam bila pegi keje.... tapi sebelum dia eksiden dia salam saya pulak" ni contoh je ye.... perbuatan cam ni pun tak leh gak.... kan selalu kuar kat TV sikit-sikit tanya cam tu.... kan?

seseorang yang meninggal dunia... jika diratapi oleh waris atau orang-orang yang masih hidup... si mati akan menerima siksaan akibat daripada ratapan kita kat dunia... selain tu perbuatan meratapi.... memukul-mukul dada... dan sebagainya merupakan perbuatan orang-orang Jahiliyah....

alaaaaaaa..... siapa yang biasa kita tengok suka meraung-raung kalau ade kematian? kalau kat hospital siapa yang suka meraung-raung? "ayoyo.... ayoyo yenna pa...." semestinya cina & india.... korang nak jadi cam tu ke?

apabila ada kematian mereka yang hidup hendaklah bersabar.... sambil mengingati mati... kerana mati itu suatu yang pasti.... buat mereka yang bernyawa... cuma cara & masa je yang berbeza.... yang tidak akan menghadapi kematian hanyalah Allah S.W.T.... itulah sifatNYA tidak mati.... tiada permulaan.... tiada pengakhiran.... tidak tidur.... tidak mati...

kita semua makhluk... sama ada malaikat, syaitan, manusia, pokok dan semua makhluk akan mati.... hanya masa dan keadaan saja yang berbeza-beza... nanti aku sambung lagi mengenai.... ucapan takziah ngan cite-cite lain okay =)

segala yang baik datang dari DIA yang buruk semua dari aku....

wallahualam....

p/s: dulu waktu aku jahil aku nangis la jugak siap peluk-peluk bantal.... mase arwah atuk aku meninggal... siap sebut-sebut jugak mase sehari sebelum meninggal aku cium dahi dia.... sebelum ni tak de pun... mase tu aku form 1... harap silap tu tak berulang lagi.... ade sape-sape nak test? meninggal... aku nangis ke tak.... huhuhu

2 comments:

terokai seni said...

sudah jodoh hidop adalah mati, sabo je le nak wat camana yerk... moga aku takle termasuk golongan tu

zulkbo said...

salam..
betul belaka aok cakap tu
bab baung tebiat kononnya
pun tak baik kita cerita
dan kisahkan kat orang ramai
koi nak kongsi sket..orang cina
kalau mati siap bayar orang
untuk menangis..lagi kuat lagi
mahal bayarannya..mcm2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...