GENG LENSA HIDUP

09 July 2014

RAMADHAN DI PALESTIN


GAZA: Sekurang-kurangnya 24 warga Palestin terkorban dan lebih 122 orang awam cedera ekoran serangan yang dilancarkan tentera zionis Israel ke Gaza sejak Isnin lalu, lapor web Infopalestina.


Terbaru adalah serangan tengah malam tadi ke atas sebuah rumah di di Beit Hanun, utara Gaza yang mengakibatkan enam sekeluarga warga Palestin terkorban termasuk dua kanak-kanak.



Inya menjadikan jumlah kanak-kanak yang maut dalam serangan tersebut setakat ini adalah enam orang.



Seorang pemuda Palestin juga turut terbunuh dalam serangan udara berasingan di bandar Deir al-Balah di tengah Gaza.



Pesawat-pesawat tempur Zionis secara intensif melancarkan serangan udara tanpa henti di seluruh penjuru wilayah Jalur Gaza dengan sengit.



Israel telah mengumumkan pelancaran serangan tentera - digelar "Operation Protective Edge" - dengan alasan menyekat serangan roket dari Gaza.



Sementara itu, laporan setakat ini menyebut tentera Israel telah melancarkan 447 roket berat, 374 serangan udara agresif dan 39 bom laut ke atas 111 buah rumah di Gaza.



Mereka juga turut mensasarkan beberapa buah masjid dan hospital.



Pejuang Palestin pula khususnya Brigade al Qassam, turut melancarkan serangan balas roket ke kota-kota Zionis. -

SUMBER: HARAKAHDAILY

BERTEMU JANJI ALLAH

REVIEW BUKU : BEREMU JANJI ALLAH

Tok Guru cuba mendorong kita menjadi mukmin yang cintakan akhirat..

Hitam putih kehidupan akhirat seseorang adalah dicorakkan sendiri oleh pegangan hidup semasa di dunia. Allah SWT telah mendatangkan para rasulNya bersama wahyu sebagai panduan untuk umat manusia.

Kegagalan mengikut apa yang telah diperintahkan Allah SWT akan menimpalah azab daripada-Nya. Keresahan di mashsyar tidaklah dapat dibayangkan, sehingga mata yang melihat akan terbelalak dengan azab itu. Meminta tolong pun tiada guna kerana orang lain juga menanggung azab yang sama.


JOM BELI & TAMBAH ILMU =)

TIPS TURUN BERAT BULAN RAMADHAN

Assalammualaikum...

hahaha... baru turun berat sikit gua rasa dah nak bagi tips yuhuuuu =P

apapun paling utama niat kita berpuasa kerana Allah bukan kerana nak kurus ok...

paling utama...
kurangkan pengambilan karbohidrat.... seperti nasi, roti, mi,dan lain-lain yang sewaktu dengannya.... dengan kurangnya pengambilan karbohidrat ni... berat memang akan turun berkilo-kilo....

second...
kurangkan makan atau minum manis-manis... sebab makanan atau minuman yang manis ni... tinggi kandungan kalori...

jangan!!!
terlau kurang ambil garam... maksudnya bukan la sampai takut sangat ambik garam... tapi dun worry garam ni bukan nye hanya daripada garam masak je sumbernye.... kat dalam sayur dan buah juga dah ade garam mineral... dalam minuman air mineral juga ade garam... kena tau ape dia formula kimia bagi garam iaitu 

Natrium Klorida-dalam bahasa melayu
Natrium Cloride- dalam bahasa inggeris

dan ringkasan kimianya NaCl...

sebab... jika kita kurang ambil garam.... ia boleh sebabkan 'krem' - kekejangan sebab fungsi garam ni adalah untuk melancarkan pergerakan saraf... sebab tu dalam agama Islam garam sangat la penting... tapi bukan la pengambilan yang melampaui batas...

banyakkan!!!
minum air kosong masa berbuka... jangan tinggalkan kurma... banyakkan aktiviti... bagi suri rumah... buat aktiviti mengemas... main2 dengan anak-anak... bagi yang berkerja.... tingkatkan aktiviti berjalan kaki dan menaiki tangga.... dan bila hari cuti jangan tidur je... tetap teruskan aktiviti riadah yang boleh bakar kalori yang ada... termasuk mendukung anak juaga!!!

dan maintain kan cara hidup sebegini sehingga tamat ramadhan... makan dengan sederhana... banyakkan aktiviti(supaya tak mudah masuk angin dan kendur bila kurus)... tingkatkan pengambilan sayuran dan vitamin yang mencukupi... supaya tiada masalah penyakit kekurangan gizi pulak nanti... =)

selamat mencuba!!! anda buat anda dapat!!!

*gua 50kg after 10 ramadhan i lost 2.5 kg... ohoho... i want my weight before i'm getting married... 43kg hihaha 

ni pic masa belum kawin

ni pic sebulan lepas kawin.... dah preggy time ni...

ni pic dah anak dua...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...