GENG LENSA HIDUP

07 October 2010

PERBALAHAN ANTARA DUA MALAIKAT...

salam dan selamat sejahtera buat semua...

semoga sihat sejahtera... kali ni nak berkongsi kisah daripada kiriman member aku... Mohd Izuan bin Hamid... semoga kisah ni memberi manfaat buat semua... =)

Pada zaman dulu, ada seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang. Dia ingin menjumpai pendita untuk meminta fatwa supaya dia dapat bertaubat dari dosanya. Sebaik saja berjumpa, dia pun menerangkan bahawa dia telah membunuh 99 orang dan bertanya sama ada dia masih ada peluang untuk bertaubat. Pendita dengan tegas mengatakan dia tidak boleh bertaubat kerana dosanya terlalu banyak. Lelaki itu mejadi marah dan terus membunuh pendita itu, menjadikannya mangsa yang ke-100.

Dia masih ingin untuk bertaubat dan terus mencari kalau-kalau ada ulama yang boleh membantunya. Akhirnya dia berjumpa dengan seorang ulama. Dia menceritakan bahawa dia telah membunuh 100 orang dan bertanya sama ada Allah masih menerima taubatnya. Ulama itu menerangkan dia masih ada harapan untuk bertaubat. Seterusnya dia menyuruh lelaki itu pergi ke sebuah negeri di mana terdapat sekumpulan abid (orang beribadat). Apabila sampai di sana nanti, ulama itu menyuruhnya tinggal di sana dan beribadat bersama mereka. Ulama itu melarangnya pulang ke negeri asalnya yang penuh dengan maksiat.

Lelaki itu mengucapkan terima kasih lalu terus menghala ke negeri yang diterangkan oleh ulama tadi. Sebaik saja sampai separuh perjalanan, dia jatuh sakit lalu meninggal dunia.

Ketika itu terjadilah perbalahan antara dua malaikat, iaitu Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat ingin mengambil roh lelaki itu kerana pada pendapatnya dia adalah orang baik lantaran azamnya untuk bertaubat sementara Malaikat Azab mengatakan dia mati dalam su'ul-khatimah kerana dia telah membunuh 100 orang dan masih belum membuat sebarang kebajikan. Mereka saling berebutan dan tidak dapat memutuskan keadaan lelaki itu.

Allah kemudian menghantar seorang malaikat lain berupa manusia untuk mengadili perbalahan mereka berdua. Dia menyuruh malaikat itu mengukur jarak tempat kejadian itu dengan kedua-dua tempat; adakah tempat kejadian itu lebih dekat dengan tempat kebajikan yang hendak dituju atau lebih dekat dengan tempat dia mula bertolak. Sekiranya jaraknya lebih dekat dengan tempat kebajikan, dia kepunyaan Malaikat Rahmat. Setelah diukur, didapati jarak ke negeri kebajikan melebihi kadar sejengkal saja. Lalu roh lelaki itu terus diambil oleh Malaikat Rahmat. Lelaki itu akhirnya mendapat pengampunan Allah.

Moral & Iktibar 
  • Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani.
  • Orang yang berbuat dosa hendaklah diiringi dengan penyesalan dan taubat.
  • Jangan merasa putus asa dari rahmat Allah meskipun telah melakukan dosa yang sangat banyak kerana rahmat Allah sangat luas dan lebih besar daripada dosa besar yang kita lakukan.
  • Menjalankan amar makruf dan nahi mungkar hendaklah dengan hikmah dan bijaksana.
  • Fatwa yang salah dan tidak berlandaskan hukum sebenar hanya menyusahkan diri sendiri.
  • Pelepasan dari azab diperolehi hanya dengan berlebihnya timbangan kebajikan meskipun dengar kadar yang sedikit.
  • Orang yang hendak bertaubat mesti buktikan penyesalan dengan tindak-ikut yang sewajarnya.
  • Orang yang bertaubat dengan sungguh-sungguh penyesalan dan berikrar tidak mengulangi kejahatannya akan diterima oleh Allah taubatnya.
  • Mereka yang diterima oleh Allah akan taubatnya seolah-olah tidak mempunyai sebarang dosa.
  • Mereka yang sempat bertaubat 'nasuha' sebelum roh sampai ke khalqum dimasukkan ke dalam syurga.

kisah ni disiarkan selepas disemak daripada sumber yang sahih... korang semua boleh rujuk kisah ni... kerana ia diambil dari hadith Rasulullah s.a.w diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari Abu Said Al-Khudri... kisah tersebut boleh didapati dalam Riyadhus Shalihin karangan Imam Nawawi... 

sekian terima kasih =)

KALAU ABANG JADI ULTRAMAN...

salam semua...

jom kita layan cite best nak? layannnnnnnn

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya
Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga
Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya
Makwe: Kenapa bukan kumbang
Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe: Wah! hebatnya abg nie.... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah....bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)
Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... ..buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9).... sayang takde apa2 ke?
Makwe: Takde sikit je bang.... cuma luka sikit jer dahi nie
Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu, Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami: Masakan abg boleh lupa
Isteri: Kalau saya jadi bintang
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Kenapa bukan Ultraman....
Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie.
Isteri: Kalau saya jadi bunga
Suami: Abang jadi beginilah
Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2
Suami: Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo
Isteri: Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami: Takdo nak romantik kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah... 

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami: Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

p/s: lawak derrr.... jem aku bace huhu

PERNAHKAH LELAKI RASA KURANG... JIKA KETIADAAN PEREMPUAN?

assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua yang sudi singgah...

kali ni rase nak berkongsi hal cam ni rasenye... huhu

ade seorang kawan sudi bercerita... kat aku... dia cakap ayah dia jadi agak haru biru bila mak dia balik ke kampung atas urusan keluarga.... ermmm...

nak dipendekkan cite bila ayahnye nak memasak ade je la ramuan yang terkurang tak la same cam mak dia memasak... bila nak keluar rumah selalu je la ade sesuatu yang tertinggal... biasanya ade isteri dia akan tolong mengingatkan... 

ye la...

ayah dia cakap...

kalau ade mak ko....

mane dia penah lupa nak letak bawang putih mase nak menumis....

kalau ade mak ko...

tak sah kalau dia tak membebel sebelum keluar rumah... ingatkan bawak itu ini...

ehehe...

member aku sengih je la...

ni rase kurang ke?

atau rase rindu bini?

hahahaha...

sebenarnye tak de la semua lelaki rase bergantung cam tu... boleh je berdikari bila orang pempuan tak de huhu... cume of coz la rindu kat bini yang da bertahun-tahun hidup bersame... kan kan kan?

tak kan le tetiba si bapak nak kabo ke anak... ayah rindu sangat kat mak ko...

mati kena gelak le bapaknye ye tak? tapi tu la hakikat... huhu... papa wi pon penah gak rase kurang je bila mama yah balik kampung... huhu =P

nota: jangan amalkan untuk orang yang belom berkahwin...

p/s: geli jugak aku dengan orang yang buat-buat pelat... padahal umo da tua bangka... "cayang titew windu kat cayang la..." - credit to mamat 

*makluman beliau bukan pengguna frasa itu... cuma turut berasa geli dengan perkataan pelat... wehuuuuuuuuu

baby kalau pelat tak pe la gak huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...